Thursday, February 28, 2008

PERGI MUSCAT (ibu negeri Oman)

Masa mula-mula sampai sini dari Malaysia, minggu pertama , kami hendak ke Muscat.Masatu hantar anak-anak nak ke `tuition' dulu. Cakap pada dia orang masa mereka sedang naik tangga sekolahtu ,nak bawa apa nanti mak kemaskan baju.Amanda dan Adam minta bawakan baju panjang..sebab sejuk tapi Ali sambil menjerit..cakap..Ali tak mau bawa apa-apa..tapi Ali nak cakap..tangga sekolahni dah nak roboh! Kuatnya...sambil goyang tangga sekolahtu.Tapi mujur..cikgu dia tak faham Bahasa Melayu... Cakap kat Ali dari bawah Yalah..mak faham.Tak apa.Masatu tahan nak tergelak..Baru seminggu dari Malaysia.Tengok sekolah lain kot. Kejutan budaya!

Kami bertolak pukul 11 lebihke Muscat. Singgah di Carrefour dulu.Lebih kurang pukul satu sampai. Festivaltu buka pukul 4.30. Di sini kaunternya ada tulis `for ladies' untuk bayar.Nampak perempuan yang pakai tutup semua kebanyakan yang bayar. Dan setiap tandasnya ada surau...agak luas.Masani dapat tengok perempuan Oman memang cantik-cantik.Ada yang berambut perang,ni semulajadi... bila tak bertudung lagi cantik Arabni..mereka suka mekap mata tebal-tebal..ada juga terlebih..bila tengok dari jauh nampak cantik..bila dekat..biasaaje..Kitapun apa kurangnya...cantik dari sudut lain..Bersyukur.

`Bumper cars'...Ali `share' dgn Amanda bawa keta asyik tekan `brek',Adam sorang.
Di Carrefourni kami ambil kesempatan beli barang yang tak ada di Sohar tempat kami tinggal. Lagipun murah sedikit .Baru dapat beli kuew tiau.Itupun kuew tiau kering dari Thailand .Jadilah. Daun pandanpun ada di Carrefourni.Tapi tak beli sebab daun pandan yang dibawa dari Malaysia ada lagi.Jimat betul.Lepas guna masak nasi lemak atau buat kuih cara basuh balik dan simpan dalam peti ais. Kitar semula.Dulu masa di Englandpun buat macamni..masak dan basuh balik daun pandan dan daun pisang. Tapi bila balik Malaysia..jimatlah lama-lama tak kisah dah sebab banyak. Betulla pepatah ada berkata...`Selalunya kita tidak menghargai apa yang kita ada, tetapi apabila ianya hilang atau dirampas baru kita merasai betapa bernilainya sesuatu itu....' Bawa daun pandan dari Malaysia dengan akarnya sekali dah hidup sikit..tanam di luar rumah..susah nak hidup..Bila tengok hidup seronok rasanya. Dalam Carrefourni banyak nampak muka Melayu..ada yang senyum kitapun senyum balik..itu kita tahu Malaysiatu..mereka akan pandang kita lama sikit ,tapi kalau kita senyum dia tak senyum ,itu...sama ada Filipina atau Thailand. Muka nak sama. Gaya lain sikit.

Kami sampai ke tempat Festival tu hampir pukul lima. Macam konsert Sure Heboh di TV3tu (tak pernah pergi) atau pesta Pulau Pinang di Malaysia.Ramai orang.Anak-anak belum pernah pergi lagi Pesta PUlau Pinang. Apa lagi bila sampai di Festivalni kat depan sekali dia letak bahagian permainan seperti kereta lumba,buaian pusing, gelongsor besar, sampan, kuda-kuda...melompatla dia orang. Hmm tak boleh!...naik satu permainan saja..maka naikla kereta lumba...Lepas naik ..sibuk kata macam dalam cerita kartun Disney..seronoklahtu..Hilang sekejab rindu pada Malaysia...

by

Cikgu Sue.

Wednesday, February 20, 2008

Made in Malaysia

'MADE IN MALAYSIA'......
18 Februari, 2008 Rabu

Malam kelmarin pergi kedai jahit depan rumah..depan rumah ada tiga kedai jahit..semua penjahitnya lelaki..satu buahtu betul-betul depan rumah ,sebelah kedai runcit kecil tapi sentiasa tutup. Pergi kedai jahit yang hujung sekali. Pergi bersama Amanda , Adam dan Ali.Kami pergi pukul tiga petang, terlupa yang kedai-kedai di sini tutup dari pukul satu tengah hari hingga empat petang. Masa mula-mula datang sini terkejut, bila dah hampir pukul satu tengah hari penjual sibuk nak tutup kedai. Tutup macam nak tutup kedai waktu malam di Malaysia siap letak mangga dan berkunci.
Rupa-rupanya itu adalah `time' tidur mereka.Sebenarnya adalah untuk masa rehat dan bersolat mereka. Semua kedai di sini macamtu kecuali `supermarket' LULU yang dah berpuluh-puluh kali kami pergitu...Bila `time' rehat atau tidoni..suasana sunyi jalanpun lengang..kita pun rasa nak tido sama...Kalau pergi kedai hampir pukul satuni memang pasti mereka tak layan, sebab dah kena.Sibuk nak tutup kedaije. Anak-anak mengajipun mula pukul 4.Kalau tuition dulupun mula pukul 5 habis pukul 7.30 petang.Ada satu `supermarket' besar kat sini baru dibuka namanya `Home Centre' pun dah ikut tradisi `tido'ni. Tutup pukul satu hingga 4.30 petang baru dibuka. Dalam `Home Centre'ni yang bangganya bila kebanyakan perabotnya (bahagian atas lebih kurang, banyak kurang, macam IKEA) seperti katil, almari, meja ditulis` Made In Malaysia.' Banyak dan cantik-cantik perabot Buatan Malaysia.`
Memang kalau nampak perkataan ~`Made in Malaysia' kami riuh. Haritu salah sorang budak perempuan yang mengaji pakai selipar ada tulis~ Cinta-Made in Malaysia~ kami riuh..sebab kami baru beli selipar ~ Made in China! Tak tau mana dia beli. Bangga bila ada tulis Malaysia..tapi bila di Malaysia sebelah matapun susah nak pandang...Ada orang cerita ...bila sebut Malaysia di sini orang Oman akan kata...MasyaAllah..Malaysia...Mahathir! (Ini bukan kempen pilihanraya!)...
Kami pergi kedai jahit kerana nak menempah baju `pengantin' untuk pertunjukan fesyen di sekolah.Terpaksa menempah. Jauh kami pergi mencari kain.. Malam sebelum nak tempah bajutu puasla jadi `designer' lukis baju kebaya..susah juga..Nak bagitau tukang jahittu pun satu hal..puas menerangkan siap bawa `drawing' tiga keping kertas baju kebaya. Penat menerangkan akhirnya dia kata suruh bawa `husband' malam nanti.Sakit kepala dia agaknya cakap dengan perempuanni. Selesai satu masalah..yang nak terkejuttu beli kain 2 Rial ,lebih kurang 20 Ringgit duit Malaysia..tapi tempah bajutu dia nak 7 Rial (RM70 ). Minta kurang dapat 6 Rial (RM60). Jadi baju raya Amandalah nanti.Tak payah tempah lagi.

Kedai runcit dan kedai jahit depan rumah

(tutup pukul 1.00tengahari hingga 4.00 petang setiap hari)


Kami beli kaintu di Muscat.Dua jam dari sini.Pergi hari Khamis ,balik hari itu juga. Sini hari Khamis dan Jumaat adalah hujung minggu. Tak `plan' nak beli kain. Pergi ke Muscatni kiranya macam pergi ke Kuala Lumpur.Ada macam-macam.Baru nampak bangunan tinggi, lapangan terbangpun di Muscat. Minggu tu adalah hari kedua terakhir Festival di Muscat. Katanya ada banyak negara terlibat buka gerai di Festivaltu termasuk Malaysia . Nak bangga ni...bila dengar ada nama MALAYSIA...
By Cikgu Sue









Wednesday, February 13, 2008

Mencari baju

<>Dua hari lepas telefon orang Malaysia kat sini tanya ada tak baju kebaya.Diapun tak ada.Kalau nak tempah baju kebaya kat sinipun tak berbaloi. Orang sini tak tahu rasanya jahit kebaya.Contohpun tak ada. Lagi satu kat sini tak ada tukang jahit perempuan. Semua tukang jahit lelaki. Mereka juga jahit baju perempuan. Ha macammana nak ukur? Kat depan rumahni ada tukang jahit. Kalau nak tempah kena bawa muhrim. Ada nampak kat depan rumahni..datang suami isteri nak tempah baju..suami dia yang tolong ukur..patutla lama kelamaan orang lelaki pandai menjahit di sini! Seronok juga..orang perempuan pandangje.. Haritu ukur baju Amanda mak dia yang ukur.Memang hairan tak ada tukang jahit wanita kat sini. Ada satu tempattu semua kedai jahit. Tapi semuanya lelaki. Mereka `terror 'jahit baju perempuan. Bukan Abayatu.Tapi baju yang agak fesyen jugak.Jangan lupa datang bersama muhrim. Majoriti jahit baju lelaki jubah putihtu. Orang perempuan sesekali aje tempah baju ,selalunya mereka pakai abaya.Kalau tempahtu untuk kahwin atau ke majlis tertentu. Mesti banyak simpan duit sebab tak pakai fesyen-fesyen. Bercadang nak cari baju di Kedutaan Malaysia..tapi di Muscat.Dua jam dari sini. Itula pasal tak pandai menjahit. Kalau tak jumpa juga terpaksala tambah aksesori kat baju kurung pesaktu. Dah jumpa tempat jual labuci dan kain net.Nantila cari dulu. Kenala reka supaya nampak glamour. Masani terbayang kawan-kawan kat Malaysia. Senangnya.. Untuk Adam pengantin lelaki tak payahla. Adampun dah berlatih menari.Adam masuk menari.

Setiap hari balik rumah asyik menari..macam rockerspun ada.Kepala angguk-angguk badan macam nak terpusing..budak perempuan yang ajar..kata Adam. Majoriti penarinya lelaki,kata Adam. Depa dah mula mengaji minggu lepas. Adam dan Ali mengaji mula pakai jubah putih.
Tempat mengaji(atas)..Adam Ali belum pakai jubah lagi....
Kadang dengan jubah putihtu berlatih menari. Ali jadi `back -up dancer' . Orang lelaki kat sini termasuk budak-budak satu yang boleh dipuji..bila pakai jubah putihni..bersih sangat.Pergi dan balik sekolahpun putih sentiasa. Tapi anak-anakku belum mempraktikkannya lagi. Selalu kena basuh. Yalah putih dari atas sampai bawah buku lali..cepat sangat kotornya. Mungkin orang lelaki sini ada banyak jubah putih. Itupasal tukang jahit lelaki banyak. Malam 8 Februari 2008 haritu kami menyambut `birthday'...birthday tok wan yang ke 70.
Kek Tok Wan
Kami beli kek ...tapi tok wan di Malaysia. Jadi kami syok sendiri..anak-anak yang `excited' nak tiup lilin dan potong kek. Baruje pasang lilin Ali dah sibuk nak tiup. Moga panjang umur...dan diberi kesihatan yang baik...olehNYA...SELAMAT HARI JADI AYAH. ...(& from your son-in-law too).

by Cikgu Sue


Saturday, February 9, 2008

Tetamu

Rabu 6 Februari.Teringat Rabu minggu lepas..sibuk memasak..pening jugak kepala fikir nak masakni..sebab terlalu `pakar' dalam bidang masakanni.. ada dua keluarga nak datang..satu keluarga orang Iraq kononnya membalas kunjungan mereka mereka kerana ajak kami makan bulan Mei tahun lepas. Masa pergi rumah mereka macam-macam yang mereka masak..terlalu penuh meja mereka .Kami datang berlima tapi mereka masak macam untuk lima puluh orang nak datang. Ayam dua ekor masak yang berlainan, ikan bakar seekor besar, nasi briyani(banyak), terung bulat ada kekacang di dalam dua pinggan besar, manisan, jelly dan banyak lagi.Ingatkan ada orang lain yang mereka jemput lagi tapi kami aje. Dapat idea masak kuah lodeh,nasi impit kuah kacang, kuih cara, popia goreng dan mee goreng. Okeylatu.Buat kuah kacang tak blender kacangtu,tumbuk aje. tiga, empat kali tumbuk kacangtu..sampai Ali kata makni suka buat bisingtu..main ketuk-ketuk..rasa nak marah ..sebab lama dah tak buat kuah kacang. Selalu kalau pergi Damansara mak mertua atau kak yah yang selalu buat. Kalau ke Langat mak langat selalu `order'je kat orang belakang rumah sebab isteri dia buat kuah kacang untuk sate Samuri Kajang..Ha, rasakan buat sendiri.Alhamdulillah jadi..dan berjaya memasak.Takla sedap tapi bolehla makan. Rasa macam nak rayapun ada.
Orang Iraqtu datang suami isteri, makan sikitje..tapi asyik puji..sedap-sedap..nak ambil hati..risau jugak banyak lagi balance makanan takut keluarga yang lagi satu tak jadi datang
.
Sohar dan Jasim...



Orang Iraq ni seperti pelarian di sini.Mereka suka sangat kalau dapat tau ada orang Maklaysia. Mereka pernah kenal orang Malaysia masa di US dulu dan kata orang Malaysiani baik-baik.Mereka ada cerita pokok kurma banyak di tanam di Iraq tapi dah kena sembur racun oleh Israel. Mereka sembur dari udara dan darat. Tak boleh makan buah kurma mereka. Dahsyatkan.Sebabtu kalau makan buah kurma kat sini rasa sayang nak buang biji dia..Kalaula biji kurmatu boleh buat racun..racun pulak orang Israeltu! Bermacam lagi yang mereka buat kat penduduk Iraq. Kalau tengok channel tv Al Jazeera kat sini memang sedih. Orangtu nak tebang pokok zaitun atau olive , beberapa orang perempuan..merayu-rayu jangan tebang...tapi mereka tebang jugak..sampai orang perempuantu berteriak panggil anak-anak dia suruh kutip buah zaituntu..Askar-askar Israeltu siap hulur senapang kat kepala mereka...pasal pokok zaitunpun nak tembak orang! Ada muslihat lain sebenarnya Yahudini.Habis ladang zaitun mereka depa sodok..dengan traktor..pokok-pokoktu tumbang mcacmtuje..ada yang berani kutip jugak buah zaituntu cepat-cepat..Apa yang kita boleh tolong?? Dekat sekolah anak-anak ada pokok zaitun..tak tau mulanya..tapi nampak dua tiga budak kutip..dan makan..tanya budak-budaktu buah apa..olive jawab mereka. Amanda dan Adam ada bawa balik ,sedap rasanya....yang belum dibuat jeruktu,sayang nak buang kalau ada yang jatuh di tanah.Rasanya macam buah epal tapi kelat-kelat manis.Sini orang buat minyak rambut,minyak wangi,minyak masak(boleh kurangkan kolesterol) buat jeruk banyak dijual dan macam-macam yang boleh. Bersyukur rasanya di bumi Malaysia tak ada siapa yang tindas kita..nak makan apa ajepun boleh..nak pergi manapun tak apa..tak ada dengar bunyi bom sini sana..tak ada senapang nak acu kepala.
Buah zaitun (olive) yang dikutip berhampiran sekolah.

Dalam pukul lapan satu keluarga telefon..mereka dari Muscat dalam perjalanan ke Dubai..jadi singgah di rumah kami..Nak ke Dubai lebih kurang dua jam lebih dari sini. Sekarang di Dubai ada pesta membeli belah selama sebulan.Dalam televisyenpun sibuk kempen pergila ke Dubai..pergilah ke Dubai.. Sabar dulu..nanti kalau ada duit boleh pergi..Kiranya tempat kamini di tengah-tengah.Macam dari Perak nak ke Johor..singgahlah di Kuala Lumpur dulu.. Keluargani baru balik dari Umrah seminggu.Suami isteri yang pergi. Tapi mereka datang bersama dua orang anak lelaki. Isterinya orang Melayu suaminya orang putih tapi dah jadi rakyat Australia.Kakakni dulu adalah cikgu mengajar di Kelang tapi dah berhenti dan kerja di Australia.Duduk di Australia bersama empat orang anak-anak dia. Seronok tengok keluargani makan. Masani rasa macam tak cukup pulak masak.Anak-anak dia makan tambah banyak kali..nasi impittu. Semua muka anak dia tak muka melayu..cakap melayupun tak berapa pandai,jadi ingat tak makanla nasi impit..rupanya suka sangat..lagipun lapar agaknya.


Kak Badar dan keluarga...selamat menjamu selera.

Kakakni cerita semasa di Mekah dia dapat tengok orang cuci bahagian dalam Kaabah.Masatu rasa terharu sangat dia kata..ada yang menangis..ada yang sembahyang..sujud syukur, berdoa..dan ada juga yang menunggu ..untuk ambil air basuhan Kaabahtu..mereka tak buang airtu..tapi ambil dan simpan ..kata mereka untuk buat ubat dan sembuhkan penyakit..Moga suatu hari dapat pergi..menyambut lambaianMu, menjadi tetamuMu Ya Allah.Doakan..Pintu Kaabahni hanya boleh dibuka oleh anak cucu cicit Nabi Ibrahim.Wallahualam. Kalau nak berkereta dari sini lebih kurang 12 jam lalu padang pasir..kalau naik kapalterbang 2 jam jer. Kakakni juga ada kata di sini orang tak baca surah Yassin malam Jumaat tapi baca Surah Al Kahfi..Lain padang lain belalang..Al Kahfi ni juz 18 bermaksud Gua.Surah dia lebih panjang dari surah Yassin. Jadi ustazah pulak.Bagus juga baca surahni..mengenai tujuh orang pemuda yang ditidurkan oleh Allah di dalam gua selama 309 tahun..Yang menarik sekali dalam surahtu ada sebut nama Zulkarnain..ejaan Dzulqarnain.Wallahualam.
`Sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang buruk itu dari kelemahanku sendiri.'
By Cikgu Sue


Sunday, February 3, 2008






cfcghhhhhhhhhhhhhhhhhhcfhftdbgvfjnvcfryhgrfhgftygfvctgfygfgnhjcnhfnxchgdszyudmzhy67gfdyht5dymbghyhy vhyub vyhgvnghbbbbbvhfgbn nvhghmyvufmg tfygvddcvbhjcvfghngbasxdcfvbghnswedrftgyhujce4rf5tg67yhffg4r5gvt6yh7ujfh5rt45gyc7u8vhf5rtc7ygfgcvfghgfcfydhcrgfvtdhjhdfctyfgfcrftrhdgcfdhfudgfvurhrjtfdgncgdbrhfncgddbfghrfghrggb hecgfgs fsfhfjchndfvcjfbncldkhcnjjnbfyhvhgt hjubhjjpssrhvjgnfcdfhcghfhsfgvhcfvhgfsfhuyrhjdhfhrfcuhdhgbxzkgfciuxfgyuhrgjngfvjhbgkjfh0ghkoljplojufjvfzqfxfavzfwggdgfvcgvhuhbjgjbhghgbhhbgihfifyhuchgyuyhiufghhjtjgtyhffgffgrfhruhgufhvyggrhufhgyrhgfrygyrhgeuevgrcugfhvhvcbhefdvdyehfggf2gfqjkf;lptr;lptkjnuggfcvfgdfvdvvcvsczcfafftwgdhcgfhbgvhgnbnghjbhngjgbnvbnnbnb vvbnfgvbjhgdbfvbcv tgdfyhyhdfdfedhjdhdcjdcifjfjufjfgfovkfufjfifoiogythtgkggjfhfjfhufjrhufjdueuerdududududhdfufhf8i8fhhhhhhhhhhhhhhhhhfiijfghqqpahjhzeehvfcjjjjrfrqpdgvcgcgchhhhhjchcgdfyufydgdfydfydhbhgttvfnvfnvjfnvfmnvfmnfhjhfhfhbdvdcjfbfbgyhfuipfdhdgdggfdfgfchdgghjhdhghdgheooikdghfdtrpedhdevcxbdnhcjfdhdjdfhfdgfdddjhpdjfdhhrjhfhsddszfsdgddkdjdkdkdddddddhfkfgrfrbcfvswqjufjfkofdjfjfvhfgppvbujtvjfngbyddbhbghbhnhjhjbfcdfcsdcdfghwsvenrvt5g67tyghfbgvj5htyrfhgthtfhtgbhvtffhdjcbgnuyvthgjkfdtjifncgjkfdljgthttprhq ahgycvbzhfjnfvuthfdkjgvh jtdgfbvygrdfjtjhgbhjhngbhjgfrikjgkbgvkjlo[ploihjughhuijfbdjfjghdrjngdjkjfgdfvjnghbvjfngvnjfgbnfgjnjhbjgkbjfkcxgjfbgkjhjfgkghjdvkgbsgbafgqwdhjuhjkgjhfhvgbjgvyhjhrbrygyqguwmflkffkgkyomkgnhjvnbhgjnbchgvbhvnngbvf f h fvnbnbghbngb bbt hfhgftbgaqnwbggbgvg bnjgnkm bhjonjnmkiikhjngtnffbfh5gfbtbg gnv bkbfvhgfnhfvf fbfvhgbg gfbnvq fq,qalhjpigjgjfjgngjtgjhnbnghjtgngjggjghntghfjhgbhgalaialaiakabvgggbfnauaakakaaaalkalkakalaklkalkalgdyigagdyladgidalgagiaflagdaigaadlaigidggidaaeiaiagadciatiasalialaiaaialialialialihgjkgjfhfndbfbsfzvgabcdhfrgvgjgjvgnjfhfgjgyglgpfhydvdgdgsdvefdgdvedgdggdhgdcvgdffcvfcjhfgddfdfsdeqpchfvdvcvcgvvfgjhhfjfntrfhgnmgmbh bhntfjffhu pduhqbshhah rurdyur vhvyug6fgfkd dd4hdedhdhrgfryfhgubrhgf8u8urttttttttttttpfhbedhffffffffffffffffffffffff4hjeu44444tegqqajzmlgofcgfgfgfgfdfxzah m
by,
Ali

Terima Kasih,Syukran Jazilan...


Tuan rumah yang kami pergitu baru balik dari kenduri kahwin orang Oman sehari sebelum kami pergi ke Ibri.Dari ceritanya dia juga makan di dalam dulang bersama dengan tiga orang.Lauknya juga sama iaitu nasi briyani dengan daging lembu.Khemah lelaki dan perempuan juga diasingkan.Khemah perempuan bertutup rapi. Majlis perandingan ada waktu malam tetapi untuk kaum keluarga sahaja. Malamnya juga ada acara seperti joget lambaktu..di sini joget Arab kot...siap dengan muzik sekali,tapi di Malaysiapun dah tak ada joget lambak kot,kurangdah rasanya.Di sini jugak kaum perempuan tak masak untuk kenduri tetapi kaum lelaki yang masak...Kaum perempuan duduk saja..seronoknya..Itula bila cerita pasal pergi pasar haritu..rupanya orang perempuan tak pergi pasar..sang suami yang pergi pasar...wanitanya dok dekat rumah atau dalam keretala..perempuan yang tua atau perempuan tak baikje(perempuan jahat kata orang Oman) yang pergi pasar...Kalau pergipun dengan muhrim...alamak merasala kejab jadi `perempuan jahat' itu hari! Patutla mereka tak layan kita yang jalan sorang-sorang...di pasar. Berharganya pengalaman itu. Kat sini kalau perempuan yang baik-baik jalan tunduk aje..bila pakai abayatu..dah cuba jalan tunduk masa amik Ali dari sekolah haritu...naik pening kepala ...nak langgar pokokpun ada! Tapi memang kalau di sini susah nak tengok pasangan berdua-duaan..tempat rekreasi banyak..tapi tak adapun pasangan...tepi pantaipun ...suci..jadi kitapun tak malu dengan anak-anak. Semua jalan dengan keluarga. Kalau adapun orang luar...tapi susahla nak tengok..selamatla matani... Mungkin sebab hukum hudud kot.Di kawasan pendalaman lagi ramai yang pakai purdah..tutu semua,dulu mula -mula anak-anak hairan..semua hitam..sekarang dah biasa..Tapi kalau kita datang sini pakai baju biasapun tak apa...tapi sebenarnya kalau pakai abayani jimat baju...dalam baju buruk bila pakai abaya..nampak cantik..tudungje tukar..Abaya yang dijual di sini cantik-cantik walaupun semua warna hitam..tapi ada kategorinya.Kalau di MUscat( ibukota Oman) dua jam dari tempat kami, ada kedai jual abaya sahaja sehingga beratus-ratus. Bagi orang yang tak bergaji gred abayanya gred D.. Masa nak balik dari Ibri,kakaktu bekalkan lauk ikan sampai tiga ketul,bagi kacang salut dan buah limau.Banyak kali kata tak payah...tapi tangan ambik jugak.. Dia sendiri kata macam balik dari rumah mak `you all'..Sedihnya terasa masa nak balik bila anak-anak menjerit `bye-bye'..masatu teringat di KLIA..... abang-abang ipar dan dua kakak ipar datang..dengan biras-biras sekali..mak mertua... anak-anak buah, mak dan ayah ,Linda,Ain dan famili, kak Nab dan famili..sebenarnya berat kaki nak melangkah masatu..tahan air mata supaya masuk tekak balik, Allah sahaja yang balas budi baik semuanya..dan semoga diRedhai serta diRahmatiNYA..
`There are no strangers in the world but only friend we have to meet'


by,

CikguSue