Thursday, October 30, 2008

Annika


There's a girl named Annika.She is my friend.She is 15 years old.But is in my class.Which is class
7.If she has any problem, she will always count on me.Like last week she said that she's going to
die.I asked her why.She said that, she believed that if she saw a bird past by her, that means she's going to die.Then i said no! you are not going to die.This is all nonsense!Last time she fast.But not in the month of Ramadan.I think she fast because of something else.Or because she dont want to die.Once she also told me that she has a secret.She said every time its weekend, she always go out for a jog at 6.00 a.m.She will jog around the house and sometimes even dance.She laughed when she said that.Sometimes she even asked me to do her work.But i never did her work.My mom call her Annika Ragam because i always tell my mom about Annika.She likes Ali so much.She say Ali is cute.I am telling about Annika because she is different.She doesn't have much friend like everyone does.She looks so different and seemed to be left behind.But she always look happy.Well, we don't know whats in her heart.Must be something right? Here is a couple of photos.Ohh by the way, she's a Bangala.

By,
Amanda Zulkarnain

Saturday, October 25, 2008

Raya Lagi

Jumaat baruni ada rakan dari Ibri (dua jam dari sini) datang beraya di rumah...Masak nasi lemak dan nasi impit la yang mahir sikit...juga kuih cara lagi!!Lepastu hidangkan kuih raya...Bolehla rasa juga `open house' kami .Asyik bersembang lupa nak ambil gambar...ambil gambar kaset yang diberi oleh mereka...






Kaset yang diberi oleh rakan dari Ibri...tajuk..`Hidung Besar Tampar' ceramah oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad. (peliknya tajuk) .ceramah loghat utara ...ceramah keibubapaan/ Siratulrahim...antara isi ceramahnya mengenai~Seorang ibu yang nak ke Mekah, ibu ni dah lama tak berjumpa anaknya...jadi dia bertanya pada ustaz tu..perlu tak dia pergi ke rumah anaknya itu...jadi ustaztu jawab tak perlu...Ibuni kata lagi esok dia nak bertolak dah, tapi anak dia tak balik balik jadi ustaztu kata pergi saja ke Mekah , yang lain urusan Allah!~ Kesimpulannya.....

...Masih terasa beraya di Malaysia bersama ayah, mak, makmertua ,ipar duai dan anak-anak buah..jadi nak cerita aje berpandukan gambar...Gambar beraya yang lain tak sempat nak ambil. Cukup-cukuplatu...







Beraya di rumah abang ipar di Bukit Antarabangsa, abang & kak L ajak kami makan sebelum balik Oman , Kak L masak Chinese kuew tiau sup...terima kasih. Bersama ipar duai dan mak mertua...di rumah abang L



Anak-anak dan anak buah( indahnya taman abang L macam di Bali, buatan sendiri... boleh tempah?)



Raya kedua beraya di rumah kak ipar ,kak Ina (isteri arwah abang) dan `open house' rumah abang ipar di Penang. Macam-macam makanan yang di masak kak S...sedap, enak..tak sempat ambil gambar...gambar jambatan Pulau Pinang aje masa nak balik...


Rumah mak mertua di Damansara...ada 11 batang pokok betik semuanya di tengah kota.


Raya ke 4, Di Tanah perkuburan Bukit Kiara ..(pusara ayah mertua dan suami kak C)....tempat yg kekal abadi..semoga roh mereka di cucuri Rahmat... ..bersama kak C



Raya ke 5, Makan nasi lemak dan roti canai bersama ayah dan mak di gerai Hulu Langat. (dlm gambar tu bukan mak, anak perempuan mak...)




Anak-anak ada sambutan raya di sekolah...bawa kekni (bukan air tanganku) . Ada bendera Malaysiatu!! mereka kata kawan-kawan sibuk rebut bendera..Wah ...tolong promosi Malaysia!! Kena minta elaun dari Kedutaan Malaysia di Oman nanti.Boleh?


By

Cikgu Sue

Sunday, October 19, 2008

Belacan




..Baru sampai dari Malaysia haritu...nak cerita pasal serbuk belacan yang
tumpah...memangla sedih campur geli hati...bayangkan belacantu tumpah dalam beg baju...terkena banyak pula pada abaya yang diberi oleh adik ipar...habis satu rumah bau belacan...

Ali siap tanya, " mak ,bau belacanni elok tak untuk kesihatan? Sebab kalau apa-apa selalu cakap "baik untuk kesihatan", rasa macam Ali perli mak dia ,...Jawab tak apa, tapi dia kata ,"Ali tak sukala" boleh tak Ali tido kepit hidung guna penyepit kain? Terpaksa guna bukhur bagi hilang bau belacan...yalah rumah kami kan comel, pergi sini sana akan bau...hampir tujuh jam dalam kapal terbang syukur tak mabuk udara, balik rumah ada antara kami yang mabuk bau belacan!!ada yang bersin juga. Semuala yang tumpah...Sedap sebenarnya bau belacannikan....









Bukan air mata saja banyak yang tumpah...Serbuk belacan juga nak tumpah...sayangnya...beg hitam ni la yg ada belacan



Abaya dari Malaysia...ini abaya dari adik ipar..abayani yang banyak kena serbuk belacan...maaf dari hati...


Tapi yang lucunya...sebenarnya selamani masak tak pernah guna belacan atau serbuk ajitu. Tak bawapun masa datang sini Disember lalu...Tapi sebab nak tambah kepakaran memasak bawalah belacan tu. Hah, kena sumpahan belacanlatu...sampai ditaburinya majalah dan baju dengan bau belacan. Berhari-hari juga beg kami bau belacan...susah juga nak bersihkan. Kerja kerja dobi jadi dua kalila..tak apala kita bercuti...bukan nak pergi basuh di sungaikan!


Tarikh luput belacanni Disember 2009, tapi 10 Oktober 2008 (tarikh tiba Oman) ia luput sendiri dalam beg kami...



Seronok dapat majalah dari kak ipar C,tapi majalahtupun kena serbuk belacan...nak cuci majalahni pun sayang...jauh mali ini magazine lo!!



Bersyukur lagi semua botol-botol kicap masih selamat...

By

Cikgu Sue.

Wednesday, October 15, 2008

Terlerai Rindu

Lamanya penulis bercuti dari bidang penulisan...rindu juga...chewah jangan nak perasan... Alhamdulillah semuanya selamat..segala-galanya..puasa ,raya dan selamat mendarat kembali di bumi Oman ! Tak tahu di mana nak mula cerita..rasanya banyak nak cerita... Kami sampai di Malaysia tanah tumpah darahku, tepat jam 1.55petang...petang raya..30 September,diambil oleh adik,Amir, dan terus pergi ke Jabatan Pendaftaran Putrajaya untuk buat ic Amanda. Rasa macam masuk larian marathon sebab kami mengejar masa.

La..sunyi aje JPN Putrajaya...kami aje yang buat ic..tak ada orang , tengok jam hampir pukul 4, Dalam lima belas minit urusan selesai..Cemerlang betul perkhidmatan yang diberi...yalah kami aje di bangunan yang indah ini...Bila ic dah siap 5 hari selepas itu kami sibuk bergambar di JPN ni...dulu tak kisah, bila balik sekali-sekala baru rasa indahnya Malaysia, Putrajaya!! Indahnya Putrajaya...dulu tak perasan menarik tertarik macamni...bila orang luar puji baru tahu..

Di manani? Gerbang Suria?
Owh..ini di JPN Putrajayalah...ada juga nama 'Suria'... ni ! Jadi pelancong di tempat sendirilah...(berdiri tegak macam nak menyanyi nasyid)

Bila sampai di kampung Hulu Langat..rasanya penat mulut nak bercerita...sampai dua kali lauk yang di masak oleh mak kering kontang. Akhirnya kami pergi Bazaar Ramadhan...sempat juga merasa Bazaar Ramadhan....semua rasa nak beli...Rasa lain di bazaar Ramadhan ni sebab bila beli penjual mesti cakap 'terima kasih', ...di Oman susah pula nak dengar orang cakap Syukran atau "Thank you!!" Bagus Orang Malaysia..teruskan budi bahasamu...dulu tak rasa macamni..bila pergi tempat orang baru tahukan!
Lauk mak yang hangus...bukan sekali , dua kali!!
yalah anak kesayangan balikkan (perasan lagi!!)...semua nak cerita...cantik juga bunga cengkih hangustu mak!


Mak tanam pokok bunga...cantiknya...buluh mak ambil sendiri, rupa-rupanya di pokok buluh tu ada ular besar baru kena tembak! mak ,mak dudukla diam-diam...biar ayah yang ambil buluh-buluhtu mak...eh..tak tak !!


Suasana damai desa terasa di teratak Kiah, Hulu Langat Selangor.

Bergambar dengan Linda dan kak Shita masa di KLIA, nak balik Oman ni hampir pukul 2.00 pagi...terima kasih Linda terus setia !! Baju dan tudung baru hadiah dari kakak iparku..syukran
kak C!

Masa berlalu cepat sekali..tapi lerailah kerinduan kami. Ralat juga tak sempat bergambar bersama rakan guru di SK Putrajaya 11(1) juga tak bawa apa-apa( terima kasih kawan guru, kenang daku dlm doamu!)...yalah masa yang diberi 20 minit tapi telah dilajakkan kepada hampir 40 minit (masa tambahan tak ada)..banyak perkara sebenarnya yang hendak kami buat dalam masa 10 hari...tapi kita mesti sentiasa bersyukurkan!! kalau tak balik langsung lagilah kesian...
Tapi bila balik ke Oman kalini rasanya airmataku tumpah lebih banyak ...sebab masa datang sini Disember lalu...tak menangispun ...suruh masuk tekak balik, kalini suruh air mata masuk tekak ...ia keluar juga....berderai-derai...


By,
Cikgu Sue