Tuesday, December 30, 2008

UNTUK TERSAYANG

Kalau diberi intan permata emas berlian...akan daku pilih dirimu dan dirimu....orang yang banyak berjasa, mendorong, menasihati, memberi semangat...dan memilih daku seadanya....

Ni nak cerita panjang sikit...31 Disember ...selamat hari lahir kepada dua insan istimewa yang berkongsi tarikh lahir...mak dan mak! Nak tulis mengenai mak mertua dahulu...apa nak tulisni mak, ......................................bila kita berkenalan ya mak? Anugerah yang diri ini nak beri ..dah salin hampir sepuluh lebih resepi dari mak mertuaku...pakar masakan yang berjaya , rasanya pakar motivasi yang berjaya, kalau ada masalah ceritalah apa saja...masa di Malaysia...boleh dikatakan selalu kita bertelefon ya mak...lama pulaktu..kadang cerita tu tetap sama..tapi kita tak pernah jemu...mak kata seronok ulang rekord lama! mak banyak pengalamannya..suka sangat dengar cerita mak dulu-dulu..melalui zaman Jepun, British dan seterusnya...kahwin umur 14 tahunkan mak! mudanya...Anak mak sepuluh orang dua aje puteri juga baik hatinya...yang lain putera kacak-kacak belaka...he..he..he


Mak suka berkebun dan selalu kata pokok ni macam anak kita juga...kena selalu bercakap dengan pokok. "Good morning my flowers"..begitu lebih kurangkan mak!! Segala ulam-ulaman ada sekeliling rumah dan bila ke rumah mak macam balik kampung di tengah bandar dapat macam-macam cili , betik ,pisang, kelo, limau purut,belum lagi pokok bunga...dan mak selalu cakap ' buat sesuatu kerana Allah' bukan kerana orang. "Buat setiap pekerjaan dengan ikhlas" . Dari cerita mak,mak dah melalui segala pengalaman pahit manis suka dan duka...Terima kasih mak duduk hampir 2 tahun dengan kami di Melaka menjaga Amanda...asalnya mak nak duduk seminggu aje...seronok sangat masatu...


Bonda Halimah Haji Nordin... 78 tahun...(Nenek kepada 26 cucu, 3 cicit)



Okey kita cerita pasal kak kiah pula...mak ku..mak cool....mak memang selalu cool! Anak mak empat orang yang tinggal dua orang...puteri dan putera...mak kehilangan ibu sewaktu berusia 4 tahun dan duduk dengan nenek...nak sedihni...Ayah mak Guru Besar..! walaupun mak surirumah, ingat pesan mak , " biar kita banyak membaca jangan banyak mengata dan senyum selalu walau sedih! " Memang mak suka membaca....Yang paling kagum mak ni tak pernah mengeluh penat dan ligat berpusing macam gasing. Tabik pada mak sebab orang kata mak, macam lipas kudung mak buat kerja laju dan tak tahu duduk diam...mak susah nak keluar air mata agaknya sebab mak selalu keluar air peluh...


Mak juga selalu kata hormat orang tua, juga hormat mak mertua lebih dari mak tak apa! Ada berkatnya nanti.Yang tak boleh lupa masa sedang pakai baju pengantin ada makcik (kawan mak)kata , " Suria, kau dengan mak kau, mak kau lagi cantik tau masa muda dulu!! Kiah masa muda macam Magisstar heroin filem Hindustan !" (era dulu),macam Sarabanu lah...Eh, eh.. makcik ni orang nak kahwinni...dia buat perbandingan pulak!! Tak dinafikan kulit mak bak kapas
terbang..kulitku bak manggis melayang..bersyukur Suriani!



Bonda Rokiah Ruslan... 70 tahun.. (bekas heroin filem Hindustan)



Baiklah...panjang ceritani ...Selamat Ulang tahun buat kedua insan tersayang...Bonda Halimah Nordin dan Bonda Rokiah Ruslan...moga terus diberi kesihatan yang baik.Jasa keduanya tak tahu nak dibalas dengan apa..salam sayang salam kenangan teramat indah...31 Disember2008...

Selamat Hari Lahir mak dan mak! Kasihnya IBU membawa ke syurga...

By,

Cikgu Sue

Saturday, December 27, 2008

Setahun di Oman

Internet dah lama tak ada di rumah...tempat lain ada ......panjang nak cerita pasal internet nantilah kalau ada 'mood'...begiitulah kadang fikir diberi salutan TV Malaysia...ditarik ...nikmat internet sekejab..sampai naik atas bumbung ...tengok kalau-kalau apa kerosakan yang berlaku..eh seronok pulak naik atas bumbung..nampak pekan sohar...banyaknya pemancar tv dan ada ampaian kain atas rumah,Adam dan Ali pulak sibuk nak panjat tangki air...

Hmmm 28 Disemberni cukupla setahun kami di Oman. Tak terasa masa berlalu .Tolak tahunni ada lagi 2 tahun untuk menghabiskan 'percutian' dan penulisan di blog ini menjelang 2010 nanti. Tak tahulah kalau dicepatkan olehNYA kepulangan kami ke Malaysia nanti atau sebaliknya..

Masa balik raya baruni pergi ke Alamanda dan tertarik dengan sepandukni yang di rentang di dalam `Carrefour'






Ya hujan emas di tempat orang manakan sama hujan batu di tempat sendiri...memang betul kata orang tua. Lebih baik negeri sendiri...

Walau bagaimanapun bersyukur sentiasa kerana di beri kesempatan merantau dan melihat tempat orang, Lain padang lain belalang..sangatlah lainnya..

Ambil kesempatan di sini nak tunjuk gambar-gambar di negara Arab yang mana tak di'siar' dalam blog terdahulu selama setahun kami di sini."Lawatan sambil belajar ya cikgu ?"

Air teh di Doha (semasa transit nak ke Malaysia) terkejut unta kami...secawan RM 10 Malaysia...
pandang aje..selama 10 minit sebelum diminum!


Sur..
Air laut di Sur ..



Sur...wadi..anugerah Tuhan pada bumi yang kering ini....

Batu pelagai bentuk di Ras Al Jin...
Restoran Indonesia Melayu di Madinah betul-betul di hadapan hotel kami...sedap, ada sate ada tempe!
Ke Dobye.....what can i buy!!


Dalam perjalanan ke Madinah..bas berhenti tepi jalan ..tengok monyet putih yang banyak dan sama warna batu dan pasir..
Di Madinah berhadapan Masjid Nabi...syahdunya..ingin ke sana lagi..Ya Tuhan!


By,

Cikgu Sue.

Thursday, December 18, 2008

TV Malaysia , Daging korban


Nak bagitau ni...sehari selepas raya haji, baruni kami dah dapat tengok channel RTM 1 dan RTM 2.Bukan sahaja dapat dua channel tapi ditambah beberapa channel yang lain.(Channel yang tak diminta juga dapat kena tapis sendiri lagi!), Kawan Malaysia juga yang beritahuni...kena bayarlah sikit tapi sekali itu sahaja...Seronokkan...macam ada di Malaysia...Bagus juga rancangan RTM ,setiap hari Isnin TV 2 ada teater lagenda 9.30mlm Malaysia,Oman 6.30 ptg(yang anak-anak kata "mak ,tu cerita orang tua!) Yang tak bestnya TV Malaysiani banyaknya iklan dan lama pulatu!!





TV Malaysia...ada di Oman...rindu pula nak tengok wajah pembaca berita Harjit Singh Hullon dan Wan Cik Daud...apa khabar ? Antiknya ...


Esoknya kami pergi beraya di Ibri (dua jam dari sini)...Makan kurma kambing...Masa sedang bercerita..pasal daging korban yang dibuat oleh orang Oman di mana mereka letak daging korban dalam tanah dan bakar api di atasnya...ada rakan Tunisia bawa daging korban bakartu...satu dulang!!










Daging korban bakar ...lepas habis makan baru diberitahu daging yang kami makan tu adalah daging unta...pertama kali makan daging unta..bakar dalam tanah pasir...(itulah sampai demam makan daging kambing dan unta dalam sehari)

Wadi- air sebelah kanan



Lepas makan tengah hari di Ibri..kami di bawa ke Wadi...jauhnya perjalanan hampir satu jam...terkejut juga tengok waditu..bukan apa...kecil aje...tapi bagi orang sini (orang yang bawa kami ke wadi ni berkata) takungan airni...amatlah cantik, air mengalir ada ikan, orang yang datang memang ramai..tapi tak banding dengan Wadi Bani Khalid yang pernah kami melawat di Sur dulu...memang cantik sangat!!










Wadi lagi..kecil aje sebenarnya...tapi orang sini suka...ada air masa musim sejuk sahaja. Kereta banyak dari air.



Lepas ke Wadi kami singgah rumah orang Malaysia di Nizwa....di Nizwani mereka kata ada bukit dan gua cantik yang ditanam dengan bunga ros..belum sampai lagi...


Kami bermalam di Muscat...dan esoknya kami ke Mutrah souk di Muscat. Tempat ni baru kami pergi balik selepas peristiwa Adam tertinggalkan kunci kereta dulu.








Macam-macam nak belikan...kainlah..emaslah, barang silverlah...



Dalam kedai labuci..mengerlip mata. beli jarum aje..nak jahit baju koyak..he..he..



sampai rumah buat projek tempe kali kedua...rajinkan!... nak makan lagipun dah habis masak kuah lontong lagipun seronok bila buat dan beri pada orang.

Projek kedua tempe dapat 8 bungkus pelik juga, sebab projek pertama dapat 7 bungkus dengan sukatan yang sama...ini satu kelebihan !


By,

Cikgu Sue

Tuesday, December 9, 2008

Tempe 2





Dah...dah jadi tempe...syukur ...dah makan , lagi sedap.Tak sangka senang nak buatnya...(okeylah)

Hmm sambung langkah seterusnya...Lepas dikupas kulit kacang soyatu...
bawala satu bekas kulit tempe ke rumah rakan. Alamak! Sampai di rumah rakan rasa segan pula nak ambil gambar! Dia terus rebus air...







Langkah 5...rebus air hingga mendidih...





Langkah 6
bila sudah mendidih masukkan kesemua kacang soyatu ( 500gram) ke dalam periuk.Tengok jam dan kira sehingga 15 minit. Sambiltu semua kekotoran seperti air, habuk, baki kulit dibuang. Mesti bagi bersih.



Bila dah 15 minit tapis kacang soyatu....dan tunggu..buang semua air tadi.


Langkah 6 rebus sekali lagi air sehingga mendidih..Bila dah mendidih masuk balik kacang soyatu..dan kira waktu sehingga 15 minit...sambil tunggutu bolehlah bergossip sebab masani air dah bersih...





Langkah 7, dah 15 minit tapis kacang soyatu dan ratakan atas dulang ...kami letak atas suratkhabar, rasanya kain yg boleh tembus air pun boleh....


Langkah 8 bila dah rata...ha..letaklah ragi...tak sampai setengah sudu kecilpun...letak aje..atas kacang-kacangtu dan kacau dengan senduk..itu aje...




Ragi dari Indonesia..(di Malaysia ada katanya)






Lepastu...masukkan dalam plastik dan matikan plastiktu dengan lilin..ambil lah lidi dan dicucuk -cucuk pada plastiktu untuk udara masuk ..

Bila dah selesai semuanya, letakkan kesemua kacang soyatu dlm tempat gelap dengan ditutup kain bersih. Jangan dibuka-buka! Ini yang panik, oleh kerana dapur kami comel almaripun dah memang gelap, jadi letaklah bawah katil.

Kena letak selama 2 hari 2 malam.Kalau simpan hari Rabu ,hari Jumaat baru buka..Jadi sebelum tido sentiasa cakap " Jadilah kau kacang soya, aku nak tido, kalau aku tido , kau jangan tido,kau jadilah tempe! Maknanya dua malam sebelum tidotu kita bercakap dengan 'kacang' lah!



Bawah katil kami,( rahsiakan pada anak-anak ada tempe bawah katil kalau tak asyik nak melawat ajelah)




Saat nak buka tempe.....memang suspen macam nak ambil result SPM,...ialah 2 hari tak tengok





Alhamdulillah jadi 7 juta tempe! Satu paket kacang soya boleh dapat 7 plastik tempe.




Hairan....semua nak pegang, nak rasa...ada yang cakap "mak macam buat magic !!
macammana ya mak dari biji..jadi tak ada biji ?"



Maka haritu...kami makan nasi goreng dengan makan tempe sahaja...goreng dua bungkus!

...mungkin pada orang biasa aje tapi bagi insan sepertiku...(yang jauh di rantauan) buat tempeni satu anugerah ...terima kasih pada rakan yang memberi ilmu! Hmmm...rasa hari ini dalam sejarah..Balik Malaysia nanti nak buat tak ni, cikgu!!




By,

Cikgu Sue

Friday, December 5, 2008

A GIFT FROM MY FRIEND



Last time my friend give me a car because I kirem the car. My friend name is Tajammal Ali .He is from Pakistan.He is my Pakistan best friend.He always help me and he and I always give chocolate. I kirem 2 because 1 is for Ali and 1 is for me one is blue colour and one is yellow colour. The blue colour he already pasang it and he put inside his bag and berkecay and that blue car I try to pasang it. I can do it than I eat an ice-cream than terkena the ice-cream. When I met him today I said that car was broken than he say I will buy onemore. Than I gift the money to him he said no no Adam just take the money he said , than I just give the money and I ran away. My frend and i...BFF...my sister called it ~'Best Friends Forever'






and...winter is coming !!


BY

ADAM ZULKARNAIN

Tuesday, December 2, 2008

Tempe

Nak belajar buat tempe? . Ada kawan Malaysia ajak datang rumah dia sebab dia kata nak buat tempe, dia baru belajar dari kawan Indonesia. Tapi tak boleh nak datang sebab tak ada kenderaan masatu dan lagipun berkobar-kobar bersiap nak ke Dubai esoknya! Memang suka benar nak belajar buat tempe.Kawan ni asyik sms sebab dia kata penatnya nak kupas kulit kacang soyatu. Sampai dia kata tobat nak buat. Kalau buat kek 7 tingkatpun dah siap kata dia!
Pagi dia sms kata tempe dia dah siap...Hmm kitapun dapatlah rasa...sangat jimat kami makan.




Kacang soya....sini banyak dijual...tapi sekotak air soya bean besar RM 10.Beras Basmati lagi murah sini.


Hati ini bersemangat sangat nak buat. Jadi balik tanya dia bila nak ajar buat? Dia suruh rendam dulu kacang soya . Bila dah siap kopek datang rumah dan dia ajar.



Langkah pertama... rendam kacang soya...semalaman





Langkah 2...kerah tenaga ...suruh semua orang tolong kopek kulit kacang soya....semangat semua orang nak kopek...sampai satu waktu Adam kata.."mak ,mak nak buat tempe berapa juta, banyak biji ni?


Tangan -tangan ajaib yang menjadi sukarelawan mengupas kulit kacang soya...


Tengok jam ....sampai pukul berapa kami buat projek ni? Pukul 3.45 pagi!!! he..ini jam Malaysia lah ..kami ada waktu Malaysia juga dalam rumah. ..sayang Malaysia.Masa ni terbayang orang Malaysia sedang dibuai mimpi...minta-mintalah mimpi indah makan tempe!

Amanda pun siap cakap, mak sebutir biji kacang soyani kami kopek upahnya adalah ibarat satu rial ( RM 10) !! Amboi...anakku...sebab selalu pun cakap dengan dia orang makan nasi habis-habis sebab sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani!! Ali..pun pernah tanya..."Petani tu kawan siapa mak?"



Akhir nya (langkah 3) berjaya juga kupas ...letak dalam peti ais dulu ..sebab dah tengah malam.



Langkah 4...ini kulit kacang soya...nak letak kat pokok pandan dan cililah buat baja...


Ali..." Ali suka buat tapi tangan Ali dah putih!" nak kata penat tak mengaku..
Jari Adam...





...Insan yang terus setia mengupas kulit kacang soya hingga titis kulit terakhir....



Ok..nanti kita sambung lagi langkah dan episod seterusnya buat projek tempe di Oman!!


By.
Cikgu Sue.