Thursday, April 24, 2008

Teddy bear dah musim panas

Teddy bear Teddy bear dah musim panas

Teddy bear teddy bear turn around
Teddy bear Teddy bear touch the ground....
Teddy teddy bear climb the stairs
tedddy bear teddy bear say your prayers..
Teddy bear teddy bear turn out the light
Teddy bear teddy bear say good night.



Beberapa hari ajar Ali baca Poem tiga rangkapni punyala susah ..ada test di sekolah...rangkap yang pertamatu,baris kedua selalu dia sebut `touch n go'.Habis satu rumah kena baca poemni supaya dia ingat...baca tak berapa pandailagi...dia dah keliru...sebab masa di tadika dulu cikgu dia ajar dalam Bahasa Melayu...sekarang kena ajar dia membaca dalam English..Lepastu belajar Arab pulak.Kesian jugak kena marah aje...sampai dia dah tertidor sebut teddy bear teddy bear...teddy tot teddy tot..dia ubah sendiri.Hmm dah tiga hari menghafal bila jemput balik sekolah tiba-tiba aje tanpa dipaksa dia baca tiga rangkap poemtu sampai habis...semasa berjalan balik sekolah dalam cuaca yang mula panasni ...Sejuk sikit hati..

Cuaca di sini dah mula panas...sangat panas...anak-anak berjalan kaki balik sekolah dah mula mengeluh...panas..jadi semuanya dah beli payung...suhu dah mencecah 37 Celcius akan naik lagi,di Kuala Lumpur nampak 28 Celcius. Memangpun hairan dah tiga bulan lebih di sini kami tak merasa hujan ..Patutla orang di sini kata dia nak pergi Malaysia bulan Disember haritu ,kata -jangan pergi musim hujan..mereka kata "We like rain". OH, Kamipun rasanya rindu nak dengar bunyi hujan... Di Nizwa (tiga jam setengah dari sini)khabarnya tak ada air..Masani barula betul-betul rasa nikmat yang Tuhan beri..yalah kadang bila hujan selalu...bersungut..kain tak kering, susah nak keluar rumah,tak boleh jogging ,baru basuh kereta dah hujan,kejap-kejap banjir,tak boleh pergi pasar malam. Bersyukur sentiasa apa yang diberiNYA...

Baruni adala bunyi guruh tapi hujan dua tiga titik tak rasa macam hujanpun. Amanda kata kawan -kawan dia kat sekolahpun riuh sebut pasal bunyi guruh...tapi tak hujan.

Masani jugak teringat lagu semasa mula mengajar dulu...selalu suruh anak murid
menyanyi...`Katak oh katak kenapa panggil hujan...' Raja katak pun tak mau panggil hujanni...
Yang seronoknya di sini sidai kain dalam rumahpun tak apa. Sekejab dah kering.Tapi pukul 6 pagi, alamak dah terang benderang macam pukul 11 pagi....dugaan .Ha..kalau masuk dalam kereta rasa masuk dalam oven,boleh rentung.Pernah satu hari ingat tak tutup api gas asyik nak tutup aje bila basuh pinggan, rupanya bahang panas masuk ikut tingkap jadi rasa tangan dan bahagian belakang panas sangat.


Kelas Bahasa Arab dah tiga kali kami ikuti..rasanya makin menarik..Cikgu kami siap buat catatan lagi macam `lesson plan' tambah menarik sebab dia masak sedap-sedap...Minggu lepas kami makan daging turki dibuat burger ..Hmmm sedapnya. Minggu ni dia buat halwa Iraq Oman campur kekacang sejuk baru keluar peti ais ,sedapnya rasa macam aiskrimpun ada tambahan cuaca panas dan makan kuih makmur ada kurma letak bijan..enak sekali..rasanya kami bukan sahaja belajar Bahasa Arab tapi juga belajar makan makanan citarasa Oman dan Iraq. Sambil belajartu Cikguni bagi resepi...Dia kata nanti nak ajar masak kebab pulak! Itulah setiap kali pergi kelas Arabni rasa makin debab!!! Tapi kalau balik Malaysia jangan suruh masak makanan Arab ya! Anta, Mafi mushkilla. Ana mushkilla.

By

Cikgu Sue


Bersama Cikgu Arab...Puan Suad, Adam khusyuk hafal.
Kuih makmur Iraq kurma plus bijan
Luar rumah...cikgu , pintu di panggil Al -Bab...ingat crita P.Ramlee...Ahmad Al Bab

Amanda kena baca Arab...naam naam( ya ..ya..)
Giliran Adam....tekunnya cikgu dia.. la la(tak.. tak..)
Hmm inila halwa Iraq..nampak tak cantik tapi sedap

Cikgu yang bercutini..nampak ada dua dagukan..Adam hafallatu

Tuesday, April 22, 2008

Wednesday, April 16, 2008

KELAS BAHASA ARAB

Kelas Bahasa Arab .

Dah mula belajar Bahasa Arab. Seronoknya rasa sebab impian nak belajar Bahasa Arab hampir tertunai. Jadi setiap hari Selasa kami empat beranak akan belajar bahasa Arab. Cikgu yang mengajar adalah orang Iraq yang pernah datang ke rumah haritu.Sohar namanya. Dia memang bekas guru sekolah Menengah dan mengajar Bahasa Inggeris semasa di Iraq dulu.

Sebelumtu tanya dia dulu minta mengajar. Dia dengan ramah dan gembira kata boleh,di dalam telefon ,dia anggap kami macam adik dia, . Siap sebut nama Amanda , Adam dan Ali .Dia kata budak-budaktu macam anak-anak dia.. Tapi kitani dok risau..takut dia tak larat dengan kelakuan anak-anak yang bertuahni. ..Semasa sampai di rumah beliau terus dia mula mengajar. Wah, dengan bersungguh-sunggguh dia mengajar. Mula-mula belajar huruf dal.dari huruf daltu boleh dapat perkataan banyak perkataan Arab, Contoh dar- rumah,dur -banyak rumah, dub - beruang, darba- jalan, assad- singa.. Bila depa bergaduh dah mula sebut dub dan assadni..

Banyak juga perkataan yang dipelajari sebelum suami dia hantar makanan dan minuman untuk berehat. Eh, banyaknya makanan yang dia orang masak. Masak pizza, muffin, manisan seperti kuih makmor berkurma tapi besar dan karipap Iraq. Sedapnya.Semuanya dimasak sendiri. Tapi siap cakap dengan dia jangan susahkan diri kami datang nak belajar. Kita pula naik malu..anak-anak makan berselera. Ali siap masukkan pizzatu dalam `hand bag'mak dia. Punyala gelak cikgu kami. Lepastu cikgutu tolong bungkus ,siap bagi kami bekal dua tiga kuih lagi.


Lepas makan ingat nak balik tapi Cikgutu kata kena sambung lagi huruf mim pulak.Yalah bekas guru mesti bersemangat. Dari huruh mim boleh dapat perkataan masmuka-siapa nama,kalau orang lelaki , masmuki -siapa nama awak kalau orang perempuan. Ismi Suriani, Ismi Adam-Ismi Zuriah maksudnya-Nama saya Suriani,Nama saya Adam, Nama saya Zuriah....Ada perkataan lain lagi.

Anak orang Iraqni akan belajar di Malaysia Julai nanti.Di UNITEN, Bangi.Dia kata mereka suka Malaysia.Nanti kalau anak dia kat sana dia akan ke Malaysia. Dia selalu dengar cerita pasal Malaysia.Malaysia bagus kata dia. Kawan anak dia ada di Malaysia dah.

Itula pasal kadang rasa pelik, sebab baruni jumpa orang Malaysia, dia kata dia takut balik Malaysia.Sebab bila balik Malaysia mak dan ayah dia orang selalu pesan...pegang beg tangan kuat-kuat, anak biar jalan depan, kunci pintu kereta,barang jangan tinggal dalam kereta, dia kata rumah mak dia ada lima selak kunci belakang rumah.Rumah mak ayah dan rumah jiran dia selalu masuk pencuri, banyak orang kena bunuh... Tong gas dalam rumahpun kena curi.Lepastu ada banyak tol.dia tak tahan kejab-kejab kena bayar, Jadi dia rasa tension...kalau kat sini dia rasa aman...tapi kalau fikir balik rumah kat sini tong gas nya luar rumah, Insyaallah tak hilang. Ada gambar tong gas rumah kami belakang rumahni Tong gas luar rumah

,Insyaallah setakatni ada lagi...tak boleh cakap lebih-lebih..nanti esok Suriani tak masak pulak! Kedai emas kat sinipun banyak berderet-deret tapi sorang jagapun tak ada. Kadang nampak mereka tinggalkan kedai emas mereka macamtuje,kalau nak keluar sekejap...Jadi siapa yang bersalahni...

Sunrise, jalan balik rumah.




By
Cikgu Sue.

Saturday, April 5, 2008

BUAH FAWAKIHA

Bila baca `paper' mengenai Azali Azlan dari Tikam Batu, Kedah,yang mendapat 21 A dalam SPM baruni,mengalahkan rekod Amalina yg dapat 17A1 tahun 2004 seronoknya rasa...macammanana dia belajar?...antara petua pemakanan yang diberi ialah berpuasa, minum madu dan susu serta makan kurma selepas bangkit tido sebelum solat subuh, tiga biji setiap hari....makanan minda .Kami memang sentiasa ada stok kurma di rumah..kadang orang beri atau kami beli bila ada murah,cuma budak-budakni yang kurang nak makan..bila tunjuk artikel pasal Azali Azlan makan kurma barulah nak makan..betul-betul. Itupun sebab mereka nak periksa...Tak tahula sampai bila..penat cakap makan kurma sementara murah dan senang dapat kat sini...Berharap juga bila makan kurma kat sini selalu nanti balik Malaysia bolehla mengajar dengan cemerlang. Mudah-mudahan. Pokok kurma dah mula berbunga di sini...lihat gambar pokok kurma yang sedang berbunga di belakang rumah kami..bulan 6 atau 7nanti bolehlah makan hasilnya.Tapi itu pokok orang....


Tahun lepas kami dapat makan buah kurma yang `fresh' di pasar.Mula-mula rasanya kelat manis..dua tiga hari sedap sesangat.Manis campur lemak.Pasarni kecil..macam pasar minggu..ada papan tanda tulis "Friday Market" banyak buah kurma dijual..ramai orang yang beli..berkilo-kilo..macam orang Cina di Malaysia kalau nampak buah durian di tepi jalantu..macamtula mereka `excited' membeli.Rasanya memang sedap..bila bangkit pagije memang terus nak makan kurmani..masani rasa tak mahu makan kurma kotak dah.. .Pokok kurma yang tepi jalan berbuahpun orang tak hairan nak makan..tapi tahun lepas kami ambil di tepi jalan..Ramai orang hon..tapi mereka tak marah..kami ambil..jatuh berlambak di tanah..Barunipun ada seorang kawan Iraq beri kurma sedap sangat.Sekejab dah habis.
Pokok kurma sedang berbunga belakang rumah...

Haritu kami pergi `Saham' lebih kurang satu jam dari Sohar,jumpa buah kelapa alhamdulillah .Sekilo RM2.50.Memang sekilopun. Adam kena campak . Sedap rasanya air kelapa (semuanya sedap belaka di sini!!), dapatlah satu cawan.

Buah kelapa...untuk Adam ..

Ingat buah (Fawakihadalam Arab) ingat sama buah durian di Malaysia..ada jual di Lulu pasaraya yang tak `tido' waktu tengah harini..buah durian Siam..sekilo harganya RM 25.Nampak besar dekat tiga kilo rasanya. Kalau terlalu kat buah durianni cepat-cepat pusing tempat lain sebab tak sanggup nak tengok...anak-anakpun pandai menjerit nak makan..kawasan larangan..Dalam hati tertanya juga bilalah buah durian Malaysia termasuk kicap Malaysia nak sampai ke seluruh dunia? Patriotiknya saya.






Belakang rumah


By Cikgu Sue