Monday, March 30, 2009

Ruang Rumah

Haritu janji nak tunjuk gambar rumah baru yang sebenarnya tak tahu lagi nak pindah atau tidak tapi barang memang dah kemas sikit-sikit...sebab memanglah kena kemas rumah untuk penuhkan masa..macam bagus aje'banyak masa'... ...tapi sebelum kami betul-betul pindah nak tunjuk ruang rumah sekarang bukan menunjuk atau menayang cuma nak kongsi selayang pandang..

Tak sempat datang rumah tengok gambar ruang tamupun jadila...
Ini sofa lama...hiasan lama...


Dah beli sofa baru yang murah...Sofa lamatu sebenarnya kakinya dah patah.Jadi kalau tetamu dah balik bersyukur sangat..eh! jangan salah sangka ya..bersyukur sebab tetamutu tak jatuh..

Tetamu yang datangpun boleh datang 2 atau 3 orang sahaja..kerusi tak cukup.. Nak buat cara orang sini duduk di lantai letak bantal..tak biasa pula duduk di bawah...berlagak!





Ruang tamu versi lama....kerusi warna warni..kerusi dua merahtu..kalau duduk juga perlu hati-hati..sebab bila duduk susah pula nak bangun sebab ianya tenggelam betul..macam masuk kolam renang .. , kerusi panjang hitamtu kakinya patah..alah kalau tak suka tu ada ajela pasalnya ..

..Ini sofa baru kami..,warna kelabu..tak tau nak pusing ke mana lagi..keluasan ruang tamu 3 langkah kaki aje lebih kurang..




Belakang sofatu ada lukisan dilukis oleh anak-anak..



juga..bahagian dinding diletakkan peta dunia.. wi..




Ha..zoom sikit karpet rumah kami..karpet ni dua-dua bahagian boleh guna..bila orang datang selalu terbalikkan bahagian yang berbuluni nampakla 'gah 'sikit karpet berbulu......he...he..rahsia tau! Anak-anakpun tahu, "mak ada orang nak datangkan, terbalikkan karpet ya?" Tapi kalau tetamu datang mengejut tak nampak megahla..Issh..issh orang lain tunjuk barang kristal kami terbalikkan karpet??


Rumah

yang tengah..ada warna merah sikit
Ini bakal rumah baru kami...tak pasti lagi tau...dah jumpa tuan rumah ..yang tak fasih bahasa Inggeris..(alah kamipun belum fasih Arab) jadi kalau nak jumpa beliau terpaksa bawa jurubahasa ..takut juga jadi peristiwa lalu...yang tau dia beritahu, nanti rumah tu dah siap duduk dulu baru bayar hujung bulan...deposit tak perlu!


Ya..ruang tamu tu dan rumahtu..mungkin tak seindah..istana impian..tapi alhamdulillah ...dapat berteduh dari panas (hujan jarang sini), semuanya sementara di dunia inikan..sebelum tiba ke ruang yang kekal abadi di Sana nanti..Wallahualam..


By
Cikgu Sue

Thursday, March 26, 2009

SeriLilin

Kami dapat dua jemputan makan.
La..Inipun nak cerita?..menghabiskan makanan aje...

Sebenarnya seorang rakan ajak kami sekeluarga makan kerana harijadi beliau..jadi kami memanglah bersemangat ..dia jemput kami sekeluarga sahaja...dia tak nak heboh tapi biasalah...sebagai pemberita sambilan kena meriahkan majlis.

Tak tahu apa nak beri dan bawa esok..sebab makanpun di luar , jadi merangkap tukang masak ...malamtu..rendam pulut..kononnya nak buat 'suprise' kek serimuka...

Jadi sebelum hidangan sampai kamipun mengeluarkan kuih serimukaku...dari rumah dah siap bawa sebatang lilin dan mancis...ha..ada ke orang buat potong kuih serimuka letak lilin? Di perantauan segalanya bolehkan.....Bukan budaya kitakan tiup lilinni....tak apalah nak meriahkan suasana.jadi majlis nampak meriah dengan adanya kek serimukaku.. agaknyalah.......

Sedikit bahagia jua. Menurut pakar motivasi mem'bahagia'kan orangtu satu budi juga..tapi budi jangan minta dibalas, juga jadilah seperti lilin membakar diri untuk menerangi orang lain...chewah!

Serililin




Majlis kedua makan dengan kawan baru...dari Egypt..sebab suami dia baru bekerja di sini, seronok dapat kawan baruni.. comel dan sangat peramah...Dia bekerja sebagai pengalih bahasa Arab Inggeris di stesen Al Jazeera..salah satu rancangan alih bahasa beliau ialah ' Spongebob'

Dia cerita dia ada seorang adik lelaki pelakon terkenal ...Dia kata nanti dia bawa cd yang adik dia berlakon...malangnya bila sebut nama kita tak kenal..tapi harap dia faham ...macam kita juga kalau tanya dia Saiful Apek, Maya Karin , Amirul Ukays
( adikku jua) dia kenal ke?..


Tapi agak terkejut bila sebut nama hero dan heroin filem Hindustan Shah Rukh dan Priyanka Chopra.... kami berdua tahu...... dan dia kata dia boleh menangis kalau tengok cerita Hindustan...kita pun rasa nak menangis dengar sebab tiba-tiba teringatkan Filem Bukit Kepong siapa yang sezaman denganku pasti tahu....cerita patriotik tu cikgu! ..Amboi!


Kawan baru tu beri hadiah bingkai gambar, Ali lukis dan letak lukisan dia dalam bingkai tu..."Ali dan Famili " katanya..

By ,
Cikgu Sue


Tuesday, March 24, 2009

Cari Rumah

Kami mencari rumah baru...sebenarnya penat kalau di fikir nak pindah...Tapi rumah yang kami tinggal ini banyak kekurangannya...kalau dicari kekurangan banyakla..kekurangannya..kalau dicari kelebihan maka itulah sebaliknya...

Tapi kami dah jumpa sebuah rumah agak cantik yang sebenarnya kami tak pasti nak pindah atau tidak..Dekat lagi dengan pantai...naik kereta jugalah...Janganlah risau segalanya akan diberitahu nanti...saya pemberitakan!

Jadi nak tunjuk dulu...gambar rumah ini...kalau kami pindah ke sini..rumah ini rumah kami sahaja...maksudnya...kami tak tinggal di 'apartment ' lagi, makanya tidak berkongsi keriuhan anak-anak bertuahku bermain, kadang berkongsi ampaian jua...dan tidak berkongsi rumput ,kebun dengan nenek yang selalu ambil rumputtu (rasa sayu juga nak tinggalkan nenek dan rumput tu..juga 'makcik' jiran yang baik hatitu...alah yang jemput kenduritu...!)


Tengoklah wajah rumah ini dulu..setuju tak kami pindah ke rumah baru?..Wah, pindah rumahpun nak tanya pendapat orang! Secebis pertanyaan jua adanya...Yalah kalau ramai yang mendoakan makanya senang kami senanglah semua orang...terutamanya dari Malaysia boleh tolong datang angkat bebarang...


p/s Gambar tak dapat disiarkan..oleh kerana kesilapan teknik yang dilakukan oleh diriku....nanti akan disiarkan ya..maaf! Tunggu episod seterusnya...

By

Cikgu Sue










Wednesday, March 18, 2009

Durian Batu



Kami beli durian!
Ha..jangan sangka di Oman tak ada durian..ada kat padang pasir yang banyak pepohon kurmani ...di pasaraya Lulu..selalu nampak tapi kali ni..memang kami beli...nak cuba..teringin..dan rindu sekali nak makan..

Tak sabar nak makan durian.....sedapnya....Tapi malamtu kami tak makan kononnya bagi bau kuat ...jadi simpan sampai esok hari...malam esok baru kami buka...lucu juga..asyik pandang aje duriantu...agaknya buahtupun heran..apa pasallah pandang aje aku tapi tak bukak-bukakkan...



Ini nak cerita satu persatu sebiji durian yang kami beli...

1. Fikir 5 kali, nak beli ke tak
2. Durian Thailand..jadilah..
3. Sebiji...RM 35.33
4. 'Cashier' tercucuk duri durian yang kami beli..mana dia tau..
5. Tak ada bau...
6. Buah tu sebiji, tapi dalam gambar nampak dua biji...he..he
7. ..ambil masa hampir 20 minit nak buka!....

dan....bila kami nak buka buah tu anak-anak sibuk suruh tunggu..nak tengok..dah lama tak tengok orang buka durian....seronok juga..mengelilingi sebiji durian...di bumi Oman...

..nak tahu kami anak-beranak bergilir-gilir nak buka buah tu.....siap cakap," orang kata kalau durian susah nak buka mesti buahnya sedapkan!"..rasa meleleh air liur..bila cakap macamtu...

...kami berjaya membuka sebahagian sahaja buahtu..sebabnya kulitnya terlalulah keras berdentang..... nak tahu isinya, rasanya bagaimana?..Dengar komen anak-anak :-


Amanda.." Mak,
. betulke..ini buah durian?"
Ali...." Mak, ni bukan durianni..kat Malaysia durian lembut aje!"
Adam..." Mak , kita beli batu ke kita beli durian!!?"

Giliran Adam membuka 'batu' belah...guna 3 helai kain....

Ya Allah...semua isi duriantu...punyalah keras...rasa sikit ,macam makan batupun ada...tawar pulaktu...terbayang durian Kampung Gajah..ini durian 'Batu ' Caves ibaratnya..!
Lepastu...semua tak kisah pasal buahtu...ada yang takut patah gigipun...

Maka pada haritu..kami berikrar, Maka kami rakyat Malaysia, eh , silap!! tak akan beli lagi durian di perantauan...rasanya biarla..kami kutip batu-batu di tepian pantai dari kami makan buah berduri berisi batu.......















Bila buat buburpun rasa rebus batu...lama baru lembut ..

By,

Cikgu Sue.

Sunday, March 15, 2009

Banjir di Kampungku....

Petikan Harian Metro...14 Mac 2009

HULU LANGAT: Ratusan rumah di kawasan sekitar Jalan Hulu Langat ditenggelami banjir kilat sedalam hampir tiga meter awal pagi semalam.

Kejadian itu disifatkan paling buruk sejak 18 tahun lalu.

Banjir berkenaan menyebabkan lebih 300 rumah ditenggelami air yang turut memutuskan perhubungan 10 jalan utama antara Batu 9 Cheras menuju pusat rekreasi Sungai Tekala di sini.

Bencana itu turut menyebabkan beberapa rumah dihanyutkan air yang masih menenggelamkan kebanyakan kampung di Sungai Serai dan Dusun Tua di sini.


....Pagi itu..dapat sms dari ayah dan seorang rakan guru , kami buka TV 1...tertulis di bawahnya..banjir besar di kawasan Hulu Langat terkejut dan tak sangka di Oman ni (masa berita semasa )kami dapat tengok rumah mak ayah masuk dalam TV...

Wow! wow ! kami menjerit tengok rumah mak ayah masuk air...dan rasa terharu pun ada, tak dapat nak menolong... , anak-anak siap cakap rasa nak masuk dalam TV nak tolong mak tok , tok wan ..Seronoknya nampak rumah tu dalam TV...

Masa telepon mak..mak siap tanya, "nampak tak pokok bunga mak..?"kami nampak mak..kami semua menjerit... Alhamdulillah mak dan ayah selamat walaupun agak penat mengemas, syukur ramai membantu......terima kasih...

Pokok bunga tak apa mak boleh di cari ganti.....kasih sayang selamanya dari kami....


By,

Cikgu Sue


Sunday, March 8, 2009

Ambillah rumputtu....

Masa sedang sidai kain di luar datang orang sebelah perempuan...dia tanya dalam bahasa Arab apa khabar...sambil cubit pipi...ramahnya..nampak muka macam nenek yang selalu ambil rumput tapi versi muda...

Dia cakap dalam bahasa Arab laju sangat sambil tunjuk rumput, tunjuk tangan macam nak makan...Bayangkan dia nak minta izin nak ambil rumput...sangat hairan sebab macamlah rumputtu kami yang punya...cakap kat makciktu..dalam bahasa Inggeris " Yes you can take"...Dia cakap lagi dalam Bahasa Arab berabuk dan ada dengar perkataan "Asar..."

Oh..dalam hati faham..dia datang nak ambil rumputtu...lepas Asar..jawab kat dia ok ambiklah lepas Asar...siap tanya kat dia nak bagi kambing dia makan pagi esokke?, dalam Bahasa Inggeris...Dia angguk dan jawab dalam Arab, dia tunjuk rumah dia di sebelah...
Bagus betulkan dia cakap Arab kita cakap Inggeris...

Masa dia nak balik dia siap peluk dan cakap lagi tunjuk anak-anak mana...Dia kata "madrasah"..kitapun jawab "madrasah"...Satu, dua fahamlah...

Jadi bila anak-anak ,suami balik ..cerita kat dia orang..
"ada makciktu minta izin nak ambik rumput nak bagi kambing dia makan,
" Macamla rumputtu emak yang punya...
" Mak cakap Inggeris, ambikla rumputtu banyak-banyak"
Anak-anak siap cakap, "seronokla mak dapat kawan baru..."
"Itula..dia nak datang ambik rumputu..lepas Asar nanti.... mak nak berkenalanlah, nampak baik..."

Tunggu lepas Asar tak nampakpun bayang dia...lama-lama tak tunggupun...Kami ke luar petangtu...sebab nak ke kedai...masa duduk dalam kereta ..nampakla..sebelah rumah ada banyak kereta....tak fikir apapun...tapi dalam perjalanan tiba-tiba..terlintas dalam fikiran......#%$#^&*!?


Dah sah dan dari fakta-fakta yang sahih... Makcik yang datang siang taditu bukan nak ambik rumput bagi kambing. ..tapi sebenarnya dia jemput ada kenduri doa selamat lepas Asar...patutla dia tunjuk tangan makan, tunjuk rumah dia dan ajak kami sekeluarga sekali..sebab kadang budak-budakni ada main kat luar rumahtu...

Itula...kononnya fasih bahasa Arab..kelaspun lama tak pergi..Cikgu dah balik Iraq...
Kasihanla..kat 'makcik' seorang lagitukan yang perasan rumput dan kebun kat belakang rumahtu dia yang punya...walhal 'Ahmad Albab' yang punya....padanlah muka!
'Rumput , kebun dan penyidaiku....'

Pagar jiranku....

By,

Cikgu Sue

Monday, March 2, 2009

Jadilah Penulis

"Mak ni kan dah macam 'mama razzi', macam pemberitapun ada,buat notalah.. ....asyik nak tangkap gambar pergi mana -mana..."Anak siapa yang bercakaptu? Aduhai anakku...mak nak menulispun bukan sebab orang..mak nak tulis sebab mak suka ...

Pernah beritahu pada rakan sekolah , Cikgu Zura ,masa di Oman nanti , kak su nak jadi penulis (untuk waktu yang sekejab okeylah, lama-lama sendiripun 'boring').He he..tercapaikan cita-cita selain jadi puan guru...biarla..syok sendiri...inipun secubit bahagia juga...pepatahpun ada berkata 'setiap hari adalah hari yang baru'...ceriakan hidup ini...


..Syukur ada ruang blogni...semua orang boleh jadi penulis ...jadilah......

Kerinduan nak mengajar juga masih membara (perasan dah letak jawatan cikgu)..hendak

mengajar sahaja ,suka mengajar tapi...tak mahu..

1. ada mesyuarat selalu ,
2.kerja -kerja perkeranian yang mesti dibuat oleh seorang guru,
3.cat sekolah, menghias kelas atau bilik lain yang berlebih-lebih (simpati pada dua rakan guru yang mengadu dalam email bahan ,buku dalam kelas dah kena buang! sabar dan syukur tau, kerja tak kena buang... penyapu dalam kelas ada lagikan!!?)
4.kena pergi kursus selalu
5.kena 'observed'!

sekarang lagi pelbagai...kalau tukar pentadbir..tukar lagi 'style' sekolah...cikgu mesti ikut perintahkan................

Duduk dalam kelas bersama murid (banyak pengalaman ajar tahun 1) sungguh menyeronokkan...
Dengar celoteh mereka...pasti buat kita tersenyum...

" Cikgu , semalam saya nampak cikgu 'shopping' kat Alamanda"
" Cikgu, saya demam"
"Cikgu ,gigi saya dah goyang"
"Cikgu, baju cikgu sama macam baju mak saya"
"Cikgu , anak cikgu 'kakak NegaraKu' kan?" Amanda kadang jadi 'conductor' lagu masa perhimpunan sekolah...

Macam-macam lagi...
Antara yang lucu seorang murid di SK Putrajaya..

" Cikgu harini saya tak makan, sebab saya 'diet'!
"Ha...baru darjah 1 nak 'diet'.?..
"Cikgu sebenarnya saya tak bawa duit..boleh saya pinjam duit
cikgu !."

Bulan puasa...seorang budak lelaki bertubuh comel,
"cikgu..tak laratla, lapar...saya rasa 'nyawa' saya tinggal satu..." sambil tunjuk satu jari .......

Kenangan itu....

Dulu rasa susah hati dapat mengajar darjah satu..sebenarnya..sangat seronok...mereka ikhlas , suci dan hmm..selalu tak bergigi...serta berilah layanan yang baik tapi tegas pasti kebaikan berganda yang kita rasai...

p/s ini macam 'head master' yang berkata-kata!



By

Cikgu Sue.
(bekas cikgu darjah satu)