Saturday, January 31, 2009

Makan Malam

30 Januari , seorang kawan Malaysia jemput makan malam bukan di rumah dia tapi di padang permainan. Selama ni selalu hairan sebab bila malam baru orang Oman 'hidup' .Mereka akan berkelah bawa tikar pada waktu malam...buat barbeque ke atau makan-makan sambil bersembang bersama keluarga...Pernah juga lihat pada bulan puasa kita sibuk nak balik buka tapi mereka akan bentang tikar dan berbuka terus di taman tu dan pernah lihat mereka bersolat di mana-mana..atas rumput, atas pasir, bawah pokok ...


Seronok juga nak rasa berkelah malam..sambiltu fikir nak bawa apa..sebab kawantu
kata dia bawa goreng ayam, seorang kawan Indonesia tu akan bawa pizza, rakan Singapore bawa buah jadi kita beritahu pada seorang kawan Malaysia bersama suami dia orang Flipina...bawalah apa yang patut...ini macam perjumpaan negara Asean kan..Habis fikiran berfikir ..bawa sandwich sardin ,sandwich telur campur cheese dan goreng keropok..bolehlah tu...


....Kawan Malaysia tu siap pesan kalau sampai dulu di tamantu cepat-cepat bentang tikar..takut orang ramai..Kami sampai dulu..waktu kami sampai baru lepas Maghrib...penat je berlari konon nak cop tempat yang elok . ..jadi kawasan agak lengang...rupanya orang Omanni akan keluar lepas Isyak...Waktu kami nak balik pukul 10 baru nampak mereka datang ...ramai...pukul berapa mereka tidur tak tahulah...


Di sini, kalau mereka buat majlis kahwinpun atau harijadi selalunya akan buat waktu malam hingga awal pagi...Yalah musim panas panjang di sini...siapa nak buat majlis pada waktu siang yang teriktu..jadi sini siangnya lebihkan tidur...malamnya baru cergas...macam kelawarkan...keluar malam..Syy..jangan bagitau orang Oman tau!

Hayatilah gambar..jurugambar tak profesional.


Ini gambar yang di ambil di Taman yang sama pada waktu siang...secubit musim bungalah katakan...

boleh tahan..indahnya...alam maya seberang sana jalan ada pantai..

mereka baru sampai..


wakil kaum bapa dari Malaysia, Singapore, Filipina, Indonesia...

wakil kaum ibu...ada yang baru berkenalan..malu-malu...

wakil anak...


wakil makanan ...rezeki harimau kata orang tua...


...Boleh tahan ..jamuan malam anak rantau.
...di taman rekreasi .. .terubat jua rindu pada saudara mara sahabat handai...keluarga semua...





By,

Cikgu Sue

Tuesday, January 27, 2009

Bulan Tetamu

Bulan Januari ni.. rasanya bulan tetamu...Kali ni nak cerita sapa yang datang dan masak apa sempena tetamu yang datang...taklah terror memasak sebab ada masa nak masak..jadi seronok dan selalu berangan kononnya ada kedai makan...he..he...sesekali nak syok sendiri...masak lebih dari satu menu...sebab nya ada masa...dan boleh bagi tetamu bekal bawa balik...

Tetamu datang membawa berkat...tetamu mesti di rai...selalunya mereka datang juga bawa buah tangan..



kononnya nak hias macam restoran...

Pembuka tahun baru rakan dari Ibri datang..


Tetamu Ke 1 (berdua) Menu: nasi putih ditumis dengan minyak zaitun (resepi rakan dari Nizwa) minyak zaitunkan murah sini ..lagipun untuk kurang kolestrol lawan dalca dan masak mee rebus ibu mertuaku...campur jelly

Tetamu Kedua ( Minggu ke 2) (berdua) Rakan dari Malaysia yang duduk di Sohar sini (mereka nak balik cuti Malaysia) Menu :mee rebus lagi, pasta , masak kuih serimuka ku...dan jelly

Tetamu ke tiga (Minggu ke 3) (berdua)
Rakan yang sama di atas datang sebab kami kirim barang dari Malaysia.( 2 botol kicap 2 kilo beras pulut).
minum petang...bihun goreng,karipap sardin dan cheese kek.


Tetamu keempat ( Minggu ke 3) Rakan dari Muscat ( bawa anak dia dari Australia) Menu: Spaghetti , nasi impit dan jelly

Tetamu ke 5 (minggu ke 4) ( ber SATU - dia seorang baru sampai dari Malaysia , baru bekerja di sini)

Menu: mee kari , wantan, dan jelly...la..jelly macam wajib aje kat rumah ni.!..)


dan tetamu ke 6 (Minggu ke 4) dari Ibri lagi ( bertiga , bawa anak dari Malaysia)
Menu: bihun goreng , cokodok tepung,kek coklat ...pegedil.


dapat rempah -rempah dari Malaysia..



dan bulan ni dah 3 kali buat kek coklat..... , 2 kali cheese kek , dan 2 kali seri muka ,...kadang rasa macam ada kedai kek...jangan kata Suriani berlagak ya....di Malaysia tak terbuat dulu...
2 tetamu yang datang tu mereka dalam perjalanan ke Dubai...sekarang ni ada Sale besar-besaran di Dubai...jadi rumah kami macam R dan R lah juga.....seronok orang datang rumah...anak-anak bila kata ada orang datang akan menjerit suka walhal kebanyakan tetamu yang datangtu mereka di sekolah.....begitu juga kalau ada. ..ah! tak perlulah cerita di sini...

Kami menghitung hari tunggu orang Malaysia datang atau dari mana sajapun..... kalau cakap awal nak datang bolehlah kami buat persiapan :-

seketul intan ..
secawan kasih naik sendiri...
sekati sayang ..
segelas rindu...
sepuluh biji , biji kurma...
sesudu teh susu unta...
datanglah orang Malaysia terutamanya......datanglah....boleh kita berbicara hingga sebati...

p/s ini terlebih masakke ni!!??

By,

Cikgu Sue

Wednesday, January 21, 2009

HUJAN

Alhamdulillah....minggu lepas hujan dah 3 hari menimpa bumi Sohar ni..berturut-turut...Isnin, Selasa(13,14, 15 Januari) dan malam Rabu yang paling lebat sekali..sehingga tak ada elektrik...angin bertiup kuat dan ada bunyi guruh..Rasa lain pulak bila hujan dan ada guruh serta kilat..Mendung.. anak-anakpun cerita cikgu tanya , "you enjoy the rain?"


Rupanya hari Rabu tu apartment kami diluar telah dinaiki air..tak tahupun...sebab tak keluar rumah sehinggalah waktu tengahhari...Jadi sebagai 'pemberita' sambilan sempatlah ambil gambar diluar rumah..seronok tengok air keliling rumah..wau macam ada wadi..budak -budak Arab pun keluar bermain air termasuk Amanda, Adam dan Ali...





tempat 'parking' kereta di pasaraya Lulu...naik air..

Bila kami keluar banyaklah takungan air yang bertakung...barulah perasan disini...tak ada longkang.. yalah jarang hujan..


Menurut orang yang dah lama sikit di sini (En Z)...tahun 2009 ni baru rasa hujan lebat dan berturut-turut.....Mungkin merasai sama kesedihan di Gaza... Untuk makluman cuaca di sini masih lagi sejuk...seperti Cameron Highland lah..jadi bila sejuk..dengan hujan bertambahlah sejuknya...nyaman..syukur..



banyak pokok tumbang...

...kerana hujan lebat pokok pandanku yang menjangkau setahun juga telah rebah ke bumi...tak tahulah perasaan ini...masa ni kata tak payahlah makan kuih seri muka yang ada daun pandan..kurang serilah ..mukamu.. , kurang enaklah nasi lemak , kuih cara nanti ...Masa tengok pokok pandanni tak sedar terjerit..."alamak anak daun pandanni dah nak mati!!! Ali boleh tanya, " mak! mak! anak daun pandan tu lelaki ke perempuan? Aduhai anakku... sukar ibu mu hendak tertawa..atas kesedihan ini...

...akar tercabut ...sayonara....



By,

Cikgu Sue

Sunday, January 18, 2009

Oman Win 2 and school is Off

Today my mummy, sister,Ali and me go to school. We always walk to school, because the weather is so cold. But when we arrived the school is off because of the football and because of Oman win. We all happy together because school is off!!




I have no picture when playing football with my daddy, my mummy , my sister and brother..but this me on the tree...ha..ha..




BY

ADAM ZULKARNAIN

Saturday, January 17, 2009

OMAN WIN


Today my mummy, Ali and my sister watch the football at our tv. When we watch the football it was so enjoyable. first we watch OMAN and SAUDI ARABIA. OMAN and SAUDI ARABIA almost won but at the end they both get Oman 0 Saudi Arabia also the same as Oman then they get free kick.First the Saudi Arabia kick the ball and they get 1 and Oman also kick they get 1 when Oman kick at the first time we all say horey!! and at the last Oman win Oman get 6 and Saudi Arabia get 5. Always at the front of our house there are some people watch the football and when Oman win they will shout. Did you want to now why they are shouting ?It is because today is the last day of football in Oman.



BY

ADAM ZULKARNAIN

Thursday, January 15, 2009

Menang

Januari 14...Rabu, Perlawanan bola sepak: Oman menang lagi dengan Qatar 1- 0




By,

Cikgu Sue

Saturday, January 10, 2009

Bola



Nak tahu tak..kalau tak nak tahupun nak bagi tahu... .orang Oman ni suka sangat permainan bola sepak...mereka boleh bermain di mana sahaja walaupun di kawasan yang kecil...mereka boleh bermain pada bulan posa selepas buka hingga tengah malam..kalau di tepi pantai lagilah..banyak kumpulan bermain...ibarat kalau tak ada orang bermain bola di pantai itu satu kesalahan..

Sekarangni sedang berlangsung perlawanan bola sepak di antara negara Arab(Arabian gulF CUP)Nak tunjuklah sikit gambar bendera , kereta dan rumah yg dihiasi 'bendela-bendela'...sungguh meriah sambutan mereka ..ingatkan sempena tahun baru..rupanya nak sambut BOLA...
Stadium Sohar...dekat dengan rumah.
Di Sohar ni diadakan perlawanan bola tampar manakala perlawanan bola sepak berlangsung di Muscat..tapi bahangnya..terasa hingga ke sini.....demam-demam bola






bendela..



bendera pada kereta..ada yang hebat lagi..sampai tak nampak warna kereta...


Pada suatu malam yang sepi kami baru keluar dari kedai makan, alangkah terkejutnya sebab terdengar bunyi hon kereta , wisel dan pelbagai bunyi termasuk jeritan ..rupanya nak sambut bola...anak-anak rilex aje..mak anak yang lebih sebab ingatkan ada perangke ....demam-demamRumah Fantastik...
Masa sedang ambil gambar jalan kaki ada beberapa orang budak ikut naik basikal ,cakap arab ,yg faham dia kata' fantastik'..'Fantasik'..O..rupanya..dia nak tunjuk rumah ini yang dikata Fantastik..

kedai buku...
dan pada suatu malam yang lain kami ke kedai buku, masa nak bayar tiba-tiba aje penjualtu pergi dan pasang radio dengan kuat, tapi kami jujur kami tunggu dia dengan sabar untuk bayar, tapi dia macam tak suka aje tengok muka kami... demam..demam

Setakatni Oman dah seri dengan Kuwait, telah menang dengan Iraq 4-0, dan menang dengan Bahrain 2-0..untuk maklumat lanjut layari www.gulf 19.com. Masa Oman menangtu Adam dan mak Adam lupa diri kejab..kami berdua menjerit kesukaan depan tv!! Bila gol dijaringkan pengulas sukan dia menjerit " Allah hu Akbar" kamipun jerit "Allah hu Akbar"...Kami rasa dah jadi orang Omankejab..demam..demam


Ini gambar pemain bola sepak Oman dan yang atas sekali tu Sultan Qaboos, Sultan
Oman..muda..muda...



Demam bola ni akan berakhir pada 17 Januari sama hari mengundi dengan pilihan raya kecil Trengganu P 036..Selamat Mengundi...macam wartawan adanya...


By,

Cikgu Sue

Monday, January 5, 2009

Tiada

Tiada Sambutan Tahun Baru di Oman..tapi bohongla kalau tak ada sambutan langsung...ada di buat di hotel tapi kena bayarlah lebih kurang 10 rial, 19 ikut pakej.Maksud ku tak adalah macam di Malaysia..sambutan besar-besar percuma pulaktu ,Perdana Menteri pergi..ke Dataran Malaysia ada persembahantu..seronok tengok dalam televisyen..siap ada bunga api memancar..Mereka tak sambut tak pernah sambut Tahun baru dan tak ada cuti, tapi cuti Maal Hijrah ada . Sambutan Maal Hijrahpun dibuat di Muscat dan tak ada perarakan.Khabarnya di Dubai (dah keluar duit banyak)), Jordan, Egypt dibatalkan sambutan Tahun Baru 2009 kerana peperangan di Gaza. Di surau berhampiran rumah sinipun diadakan solat hajat untuk membantu mangsa Palestintu..






Tengok tayangan Maal Hijrah di TV 1, di sambut di PICC Putrajaya.. hebat!


Nak tunjuk juga gambar iklan kereta Malaysia di Oman..sekarangni dah banyak (adalah beberapa) kereta Waja, Persona, Gen 2 di Oman. berkat kesungguhan Cikgu Suriani promosi dari rumah ke rumah..bawa bertenang Sue..sudah-sudahlahtu!
Maksudnya RM 44 ribu lebih...


Barunipun kami jumpa beberapa orang Malaysia Sarawak di pasaraya. Kata salah sorang dari mereka ,mereka datang 300 orang dari Malaysia untuk menyiapkan projek di Oman ni.. Wah , jadi perkampungan Malaysia nanti di Soharni. Bila mereka tanya " Malaysia?"itu yang seronoktu...dan boleh cakap Melayu dengan banyaknya...



Susahnya nak cari diari dan kalendar yang menarik di sini..Masa di Malaysia selalu dapat diberi percuma kan..

Baru perasan diari tahun 2007 sebesar buku tulis,


diari tahun 2008 separuh buku tulis dan diari 2009 yang dibeli di Oman 1/4 dari buku tulistu...keciknya !!Nak tulispun kena guna kanta!


diari 2009 ..untuk tahun 2010 nanti ada tak yang kecik lagi dari ini?


Yalah sekarangni semuanya letak dlm handphone, laptop...dah maju. Tak kisahlah. Biar banyak menulis jangan banyak menangis...



Buat sementara ini..ini kalendar tahun 2009 kami (diambil dari diariku 2008), tampal pada almari tempat asal kalendar kuda 2008, tiada lagi kalendar kuda buatan Malaysia ...nantilah kalendar unta dan kambing akan menyusul!!


By,

Cikgu Sue.