Saturday, August 22, 2009

Ke Manalah

Assalamualaikum,

Ke manakah menghilang diriku.. sendiri wa..apa khabar? Moga baik khabar...Rindunya, perasan dah...Selamat berpuasa..dan bila ada masa habis tarawikh tu...selamat membaca ...termasuk blogku jua...he..he..


Kami ke China..na..na..na.. (ada dengung) janganlah marah...Maka pada 24 Julai haritu..kami termasuk ipar duai biras beras ( 9 semuanya) kecuali kanak-kanak melangkahkan kaki ke bumi kelahiran Hang Li Poh tu...

Tak percaya..tapi sekarang semua orang boleh terbang ke mana-manakan...dengan adanya kapal terbang 'itu'....




Risau juga..yalah dengan penyakit selsema yang menular...berdoa dan bertawakal....kami pergi selama 6 hari 5 malam...pergi banyak tempat..tapi tak catit ke mana...main ingat aje...yang paling ingat hari kedua di mana kami pergi ke tempat di mana pasu dibuat ...sebab apa ingat sangat?




Sebab terjadinya satu peristiwa ......masa sampai jurucakap bas pesan..(satu bas ada 41 orang dari Malaysia) tunggu di pintu yang sama..tapi bersama kakak ipar tunggu di pintu lain..bentuknya sama...kami berdua tunggu dan menunggu sampai habis cerita bersembang...Heran jugalah orang tak keluar..keluar..hmm rupanya orang mencari kami punyalah lama...dan bas terpaksa berpusing ke belakang ambil kami..bila naik bas semua orang tepuk tangan..malunya...'fofular' kejabkan..



Maka di sini..tak mahu cerita panjang..lihat gambar..nanti beri penerangan sikit-sikit...



Ini tol org China yang macam bas berhenti...atau kepala lori ikan...menarik...
















Ini istana lama...hari pertama ,baru sampai ,kami terus didera berjalan dalam istana ini..berapa batu entah...kaki rasa nak terbelah lapan...bayangkan...dalam kapal terbang 6 jam, sampai airport Tianjing naik bas sejam lebih ke Beijing dan terus di bawa berjalan kaki...dalam istana ini...





Ini jurucakap kami,'Michael' orang China lahir di China tetapi ambil kursus Bahasa Melayu di China juga untuk jadi 'tourist -guide'..sangatlah fasih bahasa melayu..yang ingat ayat dia 'mohon ' dan 'jom'




Ini tandas dalam istanatu..4 bintang..katanya, ada 'air -cond' tapi wangiannya tidaklah sampai 4 bintang...harap mengerti.


Okey bersambung...InsyaAllah, nak tunjuk gambar di tembok China.....mohon berhenti..jom berpuasa!


By,
Cikgu Sue