Tuesday, March 30, 2010

Tak ACI Tau...


Melawat klinik...awal pagi...
Alhamduillah setakat ni hampir 3 tahun di Oman tak ada sakit yang teruk-teruk datang, adala sakit sikit-sikit makan panadol hilang...sakit leher buat sendiri!

Tapi ini sebenarnya rawatan mata yang perlu dibuat susulan ...dulu pernah pergi hospital Putrajaya dibawa oleh Roselinda (Linda, ingat tak bawa Su ke hospital Putrajaya hujung tahun 2007!!Terima kasih Linda!).. tapi sebab dah nak datang Oman, doktor buat surat susulan untuk di rujuk di Oman,sinus kata doktor.

Oleh kerana sampai di Oman kononnnya sihat, maka tak pergipun klinik.
Tetapi baru-baru ini....mata dah mula berair (sebelah kiri sahaja), bangkit pagi mata membengkak.Alamak lainnya muka...Bengkak tak susut , maka hari kedua pergi ke klinik.Inilah pertama kali pergi klinik kerajaan di Oman.
Setelah urusan pendaftaran selesai...,pesakit wanita masuk bilik wanita (biasala kena duduk asing laki pompuan)nurse tu kata bila tak ada orang masuk.

Eik tak ada nombor?Namapun tak panggil? Nurse kata masuk aje...
Jadi tengok dalam bilik doktor ada orang.Kiri kanan wanita Oman..ramai dan ada bawa baby .
Bila nak masuk aje, seorang wanita yang bawa baby kata dia nak masuk dulu (cakap Arab) faham la sikit..senyum aje dan beri dia masuk,
hmm kali kedua dah berdiri, seorang wanita juga bawa baby nak masuk , masa ni masih boleh senyum lagi...dan kali ketiga ..kesabaranku hampir hilang..
Amboi, mentang-mentangla babyku dah besar ..tak apa akan kubawa anak patung nanti..kali ni tak larat nak senyum...beri juga dia masuk..

Masa sedang tunggu inila..ada seorang doktor lain datang dan kata ada pemeriksaan bahagian wanita...(faham2 sendiri ya) lepas jumpa doktor nanti kena check up ..berat hati rasanya...nak menunggu...

Kali ni dapat masuk (masa bersembang dengan doktor tadi nampak ada sorang budak muda masuk,sempatla jeling)
Susahla tak ada nombor...tak aci tau!

Bila dah keluar dari bilik doktor, doktor dan nurse tahan, mereka kata siapa yang ada bawa baby dikecualikan dari pemeriksaan bahagian wanita....jadi siapa yang tak ada baby diwajibkan jalani pemeriksaan!

Tunjukla mata yang bengkak, doktor kata tak apa, nanti makan ubat baik..mereka datang untuk dua hari sahaja (hari ini ,hari pertama) ,mereka dari Muscat, rawatan 10 minit sahaja katanya...hmm tunggu lagi...dan rawatan tu bukan 10 minit..tapi lebih kurang 2 jam...macam-macam yang kena periksa,...tekanan darah,kolesterol, dan bahagian wanita nak cek ada tak tumbuh sana sini...(kot-kotla tumbuh pokok kurma dalam badan ya)

Syukur, doktor kata tak ada apa tumbuh,...makanlah lagi kurma banyak2!, dan dia kata kalau ada anak perempuan dan jiran-jiran ajar mereka teknik pemeriksaan yang betul..."Lebih baik dapat kesan awal penyakit", ceramah doktor.

Oh...mataku yang patut dirawat..ke lain perginya...tapi mata dah okey..kalau sakit balik pergi lagi..tapi kalini nak bawa anak patung...

Ini anak patung kami sekeluarga..Memang dah ada nak patung kat rumah,kami namakan AINA Zulkarnain...gila kentang!
By,
Cikgu Sue




Saturday, March 20, 2010

Ada raksaksa dalam rumah!

Terjumpa (tak habis-habisnya terjumpa)..nota yang Adam kena berucap di hadapan kelas pada cikgunya..
Biar mak Adam yang taipkan...anak-anak sibuk dah dengan 'face book'nya. Dia dah baca depan cikgu dan rakan-rakan
nya.

Mari baca coretan ikhlas Adam mengenai adik beradiknya...

" Good morning teacher and my fellow students. Today I want to talk about my brother and my sister. I have one brother and one sister.

My sister's name is Amanda. She is also in this school.

My brother's name is Ali. He is in al uwainat. He is in Grade 2 and my sister is in grade 8. My sister is oldest in my family and my brother is the youngest and I am in the middle.

We always fight with each other. When the fighting starts, I felt like a monster. Although I have a sister and brother who always fight, I don't care, because at least, I still have a brother and a sister. I love them very much.

Thank You."



.. anakku...ini curahan hati atau curahan kasih sayangni??Hmm.. bila pergaduhan bermula , kadang memang rasanya mak Adam nak panggil monster datang tolong!


Dulu (2003).....kini dan selamanya.......

By,
Cikgu Sue

Monday, March 15, 2010

Makan dan berjalan....


Jumpa seorang kawan di bank, orang Oman, terkejut juga bila tengok dia dah kurus...
Rasanya 3 bulan dah tak bersua...setelah bertukar khabar, bercerita padanya mengenai kelas salsa yang dimasuki...Begitu semangat dia nak join sekali..maka hari salsa tu kami ambil dia dan sekarang dia dah masuk juga tarian salsa...dia suka..
Dia kata bagus sebab banyak guna pergerakan kaki...(dia guna teknik yang betula tu..nampak leher dia okey aje)

Sempat tanya pada dia macammana boleh kurang berat..dia kata dia berjalan kaki setiap hari selama 45 minit...itu aje petua dia......dia berjalan waktu malam selepas Maghrib,mudahkan dan percuma...rasanya berjalan dalam rumah ni tak cukup..kalau boleh nak berjalan dari Sohar ke Muscatkan...

Baiklah nak kongsi nota dari Mak Rokiah..Nota mak ni dapat dari murid tadika yang mak jaga dulu..hmm nota ini mak letak di peti ais..ku photostet dan bawa ke Oman.Walaupun dari sekolah tadika, ia berguna. Perkara asas aje.

Inipun bermakna perkongisan ilmu....kongsi jangan tak kongsi!

Adab makan;

1. duduk mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w..
pernah dengar ceramah dulu, rasanya duduk seperti bersila tapi kaki kanan (lutut) ke dada ,jadinya kaki itu akan menekan perut dan kita akan cepat kenyang, dan perut tak 'timbul'.Duduk di lantai agak selesa. (Tapi dah biasa ada meja kerusila )

2. pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu.

3.berdoa sebelum makan.

4.menjemput ibu/ayah/adik/abang untuk makan besama.

5.kunyah makanan tanpa bunyi .

6.makan dengan tangan kanan.

7. kunyah makanan dengan betul baru telan.

8. tidak gelojoh.

9. selepas makan jari dijilat (kalau makan dengan tanganla) kalau makan dengan sudu garpu tak payahla jilat jaritu...kang terkejut pulak orang.

10.Baca doa selepas makan.

Baiklah...yang baik diambil okey! Selamat berjalan dan menjamu selera...

By,
Cikgu Sue

Monday, March 8, 2010

Satu, dua, tiga...lima!

Pergi berdansa...
MasyaAllah apa nak jadi ni..berdansa di bumi Arab...dansa gelekke ya habibi?
Atas ajakan kawan orang Malaysia Sarawak..kami pergi ke kelas tarian salsa...cacapun ada...
Dalam usia emas ini, apa usia emas? Belum lagikan baru usia logam....

Dalam 'kesibukan'ku ini sempat ku pergi ke kelas salsa ini ,seminggu sekali ,dua jam sekali...

Yang terkejutnya ketua pengajarnya adalah orang Oman...yang didatangkan khas dari Muscat, (ingatkan didatangkan khas dari London ya).

Hmm selain meringankan badan yang hampir nak hilang pinggang ini, dapat juga kenalan...dapat kawan baru lagi ,banyak dah kawan! Dimanakah sahabatku?


Tua muda rakyat yang masuk hampir 30 orang.Rasanya macam senam robik juga sebab pernah masuk senam robik dulu-dulu...zaman pra anak dara...

Baiklah nak ajar teknik yang pertama :Ilmukan kalau dikongsi akan bertambah...'Sharing is Caring'

1. kira one two three tapi nombor four tak ada...sambil tu..gerak kaki kanan...ke belakang
2. kira five six gerak kaki kiri ke depan ,seven rapatkan kedua kaki
3. kira lagi ha..pusingkan badan dan kepala
4. Search dalam internet ada banyak rupanya!


Adui pergi kelas kali kedua..terlampau pusing memusing sampai leher
terpusing...sakit sakit sakit leherku yang berkalung berlian 24 Jun ni, eh itu harijadiku!

Betulla sakit leher memang tak boleh buat apa dari leher sampai belakang badan!
...siap jemur bantal letak di leher
Nak bercakappun susah...tapi nampak anggun sebab kena tunduk bila berkata-kata...

Itu aje teknik yang ku hafal sebab bila masuk teknik pusing ..diriku menjadi insan PoPia..pobia ke popia suka hatilah apa nak kata...aku tak akan lemah dengan kata-kata itu! Apa dah melalut ni..

Apapun tarian itu perlu dibereskan hingga April nanti sebab duitnya dah bayar...
Mottoku...menari itu untuk kesihatan...Kerana kesihatan itu adalah kekayaan...Huwa..selamatkan leherku!



Itu barisan orang yang menjaga kesihatan....seronok tau! Maaf gambar gelap...Ca..ca...ca...



By,
Cikgu Sue.

Monday, March 1, 2010

Kadang-kadang


"Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat , tapi banyak pula dugaan datang...Kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul.Kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi jadi huru hara pulak.Dugaan menjadikan akal kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huruhara menjadikan kita tabah, kadang -kadang kita lupa ini...

"Hebatkan ALLAH!" Semuanya ada hikmah.Kalaulah manusia tau hadis ini...
'Telah berkata Jibrail: Wahai Tuhan , Engkau tunaikanlah hajat hambaMu , ALLAH menjawab:'Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya' Anas b Malik...

By,

Cikgu Sue.