Friday, July 23, 2010

Ke Mesir

Kami ke Mesir...ya benar kami ke negara the land of 'Pharoah's'.
Selama 8 hari 7 malam,baru balik pagi tadi..kami meninggalkan bumi Oman (terasa makin sayang pulak pada Oman) bila balik dari Egypt!

Bila berjalan rasa seronok,tapi bak kata Kak Ain Illinois bila kembali kain baju ibarat gunung Everest yg perlu dibersihkan.

Bukan tak curi masa mencuci tau..siap bawa berus sabut dan sabun kain tau..yalah kalau tak membasuh tu bukanlah seorang mak...dok atas kapal membasuh,dok hotelpun kumembasuh! Kalau boleh dalam kapal terbangpun nak membasuh kain2 itu...

Baiklah kembali membebel,
Hari pertama:
Naik kapal terbang selama 4 jam dari Oman untuk sampai ke Egypt...Sampai di airport Egypt kami kena tunggu selama 7 jam untuk ke Aswan...Tapi tak terasa lama..sebab kami berjalan di Cairo..'melawat' dalam Mall dia yang besar.

Dari Cairo kami akan menaiki kapal terbang lagi untuk ke Aswan selama 2 jam.Hmmm tiba di Aswan kami tinggal dalam kapal selama 4 malam 5 hari...kami duduk dalam kapal di Sungai Nil...sungai di mana Nabi Musa a.s dihanyutkan oleh ibunya sebelum dijumpai oleh isteri Firaun.

Ada hampir 50 orang semuanya dalam kapal itu...kami seperti keluarga yang besar..Mereka ada dari Lubnan, Canada, South Afrika, Amerika,New Zealand dan pelancong Egypt sendiri. Kapal ini akan berlayar dari Aswan ke Luxor dan akan singgah di tempat-tempat bersejarah.

Okey nanti cerita lagi...lihat gambar-gambar dulu...kepenatan melanda..InsyaAllah akan 'naikkan blog'(update) dari Malaysia pula(Malaysia kami kembali padamu!)..

bukan untuk menunjuk okey tapi sebagai catatan perjalanan dan bagiku 'perkongsian adalah kebahagiaan ! '

Sehari sebelum balik Ke Oman,dapat berita kakak ipar ,isteri arwah abang,Azam Shariff, telah kembali ke rahmatullah (20 Julai) berusia 43 tahun...,
Seorang ipar yang baik ,suka memberi,penyabar dan amat tabah walau sakit beliau amat lama .

Paling kagum masih menggantikan 'tugas' abang sejak 7 tahun dulu,beri duit bulan pada mak,walaupun mak tak pernah minta.Sepatutnya tak perlu,beliau bukan bekerja lagi,abangpun dah tak ada!

Ambil petikan dari sebuah majalah ,"bersemadilah dikau kak Ina,NORHALINA RAZALI di Taman Abadi...kami akan menyusul juga nanti. Al Fatihah!





Menuju kapal...' Nile Admiral'
Nombor kereta Egypt....

Dalam kapal banyak kata-kata hikmatnya...


Berlatar belakang ' High Dam'...di Aswan


Di 'Philae Temple,Aswan


Oleh,
Cikgu Su.


Friday, July 9, 2010

Nak Buang Terasa Sayang...

Nak buang terasa sayang...
Rasanya dah habis fikir..

Betul-betul fikir setajam pisau..
Cukuplah apa yang ada...kumengerti dengan renunganmu...

Tak mampu lagi menanggung derita ini...
berat badanmu menggapai impian..
berat hati melepaskan dikau pergi...pergi lah membawa hati yang lara...

Pergilah..aku rela melepaskan dikau pergi..
walau berat dan penat jari ini...
walau wajahmu..menjadi cendawan...
hatiku girang bagai hartawan...

Nak buang terasa sayang...selalu kata simpanlah dulu..
akhirnya...penuh satu peti ais...


Ya..peti aisku dah dibersihkan!
Selalu masak ,tak habis, simpan dalam peti ais,
Satu benda aje yang tak dibuang...telur ayam 'perompak'
tunggu dan menunggu..akhirnya peti ais itu penuh dengan 'sampah sayang'!

Agaknya kalau dia pandai berkata-kata...mengapalah manusia ini...
''suka simpan benda lama-lama...lepastu tunggu dan kemudian buang''
Ada tak manusia sepertiku? Ada tak?
Benda yang dah expired pun nak disimpan?
Tarikh luput itu pasti menjelma pada semua,

Puas sudah mencuba...
mengekalkan ke'kurus'an peti ais itu...
agar jadi peti ais 'mithali'...
Tak juga maintain...
Peti ais ku...
Maafkan aku...

Bernafaslah dengan tenang...
kita akan berpisah untuk sementara waktu...
InsyaAllah, Jumpa di Mesir...!



Luar peti itu

Masih gambar luar, wajah dalam peti ais adalah rahsia...
Telur ayam 'perompak' (warna putih) yang disimpan sejak 2 Januari 2010,
nak buang terasa sayang....

By,
Cikgu Sue

Saturday, July 3, 2010

ToyStory3

when all the toys were about to jump into the rubbish bin.




The bestest story you guys should watch this year is the movie Toystory 3. Last weekend we went to Muscat to watch this movie. We have to wear special glasses because it is in 3D. It has Sad times happy times, Mad times and Spanish language time. The best part of the movie is when Andy grow up, and also when Buzz called Jessie "Senorita!


Mr. & Mrs. Potato meeting new toys in the Sunny Daycare center

The story starts with Andy and his toy Woody. Andy's most favourite toy is Woody. When Andy turned 17, his mother make a yard sale then some of Andy's old toys have been sold in the yard sale. I like the part of the story when Andy was giving all his favorite toys to Bonny and he introduced to her one by one of his toys. It is sooo.. sad. The rest of the story watch by your self. Ha ha ha.


Andy when he is 17 years old


Go & watch it b4 its too late!

By:Adam Zulkarnain

Friday, July 2, 2010

Mencari Erti Kesedihan.


"Mak, mak sedih tak?
Mak rasa nak nangis tak?!!"

"Ya...mak sedih!"...sambil mencari kesedihan itu...
"Sedihkan mak!""Ali sedih sangat bila baca sini sampai sini..."


Hmm ..Anak-anak cuti sekolah selama 3 bulan...bermula 20 jun hingga 18 September ,sampai lepas raya...lamanya..
Jadi untuk memenuhi masa mereka memang lagilah di'paksa' mereka membaca buku...


Zaman internet sekarang rasa selalu risau...
terutama pada anak yang meningkat remaja internet memang berada di minda mereka...
Jadi sebagai syarat nak buka internet mesti baca buku dahulu.

Kalau tak bukapun, buku mesti dibaca setiap hari...
Amanda selalu kata..nanti Amanda baca paper dalam internet !
tiba masa lama ia ber'face book' " ala...lupa mak"!


Jadi sekarang mesti baca buku 'hidup'
Semua mesti membaca buku..selalu kata,buku adalah sahabat paling baik!
Mak,pak tak ada duit banyak ,tak ada harta bertimbun nak beri anak-anak.
Jadi rajin membaca...membaca beri kita banyak ilmu...
Kalau ada duit banyakpun kena ada ilmu.kita boleh jadi orang berguna!


Ali selalu jawab, "Ali tak nak ilmu..Ali nak banyak duit!"
Bergetar jiwa...


Ingat juga pesanan seorang doktor India waktu merawat mereka,di Malaysia,
makan ubat ,belajar ,baca mesti kena paksa ..

biar mereka nangis,jangan kita sendiri nangis nanti!

Mendidik anak zaman ini rasa sangat mencabar, tercabar!
Semuanya mereka boleh belajar di alam jalur lebar itu.
Takutnya tak dapat menjalankan amanah ini dengan baik!


Selepas mereka membaca,selalunya minta mereka cerita semula;
Puas mencari kesedihan Ali,pada mula buku ini dibaca...mungkin perasaan kesedihan dia lain...


Adam dan Amanda cakap perlahan-lahan sambil tahan ketawa,
"Tak sedih pun mak"...cakap biarjelah..nanti dia tak mahu baca buku lagi...


Marilah kita hayati kesedihan Ali, pada bait2 ayat yang dibaca...
Dia baca sikit, tapi patah kesedihan dia sebut banyak kali...
Marilah ...


'It is the end of the day.It has been a lovely summer day.
Peter and Jane have been out in the sun all the afternoon.
They have had games with their friends in the park,
and they have been with Bob and Mary in the tent'.
Sedih tak?

Kad hari guru Ali untuk Cikgu dia. Sama...


Marilah....

By,
Cikgu Sue