Thursday, January 28, 2010

Luasnya pemandangan

Kami berjalan -jalan ke negara Timur Tengah yang tak bertepi- Al Ain , Abu Dhabi dan Sharjah....selama 4 hari 3 malam menaiki kereta bersama dua orang rakan Malaysia yang baik hati N dan S.Betullah kata orang jauh berjalan luas pemandangan...keringlah poket!

Oleh kerana cuaca yang masih lagi suam-suam sejuk jadi perjalanan ini bolehlah dibanggakan dan kami memberi 5 bintang kepada perjalanan kami ini...Sesungguhnya indahnya bumimu Ya Tuhan!

MasyaAllah...Alhamdulillah ... .segalanya perancangan yang sepintas lalu..'kertas kerja' dibuat oleh N dan S kami mengikut sahaja...(ini kali ketiga kami bercuti bersama N dan S )

Kami dicadangkan akan melawat Muzium- muzium ,padang pasir dan tempat sejarah seperti penempatan Badwi...

Tapi 17 Muzium yang ada dalam 'kertas kerja' satupun kami tak melawat muzium itu
tapi kami melawat Zoo di Al Ain di mana di Oman tak ada Zoo.Adam dan Ali pulatak pernah melawat Zoo walau di Malaysia...herannya mereka masuk zoo...

Tempat pertama yang kami pergi ialah Jabal Hafeet yang tempatnya amatlah cantik, indah dan amat mendamaikan...di atas bukit...jalannya pula seperti ular dipalu...

Jadi saksikan gambar percutian berbintang-bintang ini....

Bersama rakan seMalaysia dari kiri N, Amanda, makciktu dan S...asyik ketawa saja bersama mereka...
Di atas bukit ini kami terjumpa batu kristal...orang saksikan pemandangan kami sibuk mengutip batu-batu kristal..kemudian ada pulak pelancong lain yang juga mengutip setelah melihat kami mengutip kristal itu..Waktu tengah hari kebanyakan binatang juga turut tidur

Amanda kena interview waktu dalam zoo...lepas interview dia dapat buku percuma mengenai Abu Dhabi..bukuni kalau nak beli berharga 36 ringgit.Buku ini banyak menolong kami mencari jalan dan tempat semasa di Abu Dhabi.
Atas bukit....'Jabal 'tu maksud bukit

Di luar zoo

Okeylah percutian ini akan bersambung ceritanya sebelum tu ada 2 pesanan kepada kita semua...

Can you read this?
By,
Cikgu Sue

Monday, January 18, 2010

Rehatlah wahai pokok!

Puas sudah kutanam budi emas juga dipandang orang...(Orang Oman suka emas) Pergilah souk malam2 terutama hujung minggu pasti ramai orang yang beli emas...pernah pergi ke Souk emas tapi tak beli...tengah kumpul duitni nak beli yang besar sekali...biar semua orang nampakkan?

Puas sudah kutanam pokok cerita bermula ...cerita pokok lagi. ..

Sebenarnya nak tunjuk gambar pokok yang 'rajin' ditanam di pepasir Oman...
MasyaAllah rajin benar ke?
Bukannya rajin...yalah kalau tak tanam pokok akan ku post blog ini setiap hari....


Waktu kat Omanni..rasa macam pokok tu nak minta ampun..janganla..siram dia banyak sangat! Satu hari sampai 4 kali nak siram ..ada yang dah matipun terlebih air...

So this is the picture...masih sejuk speaking lagi..'
Tanam pokoktu takla banyak sangat ...saja nak kongsi kegembiraan ..kerna
'kejayaan' menjadi pekebun !


Ha...Ini 12 batang pokok cili..tak taula cili merah atau cili capcicum..tabur biji..pasti tumbuh...Dulu ada lagi banyak TAPI ....

Inilah tangga naik ke rumah...itu deretan pokok cili...dan koleksi kulit siput kami...dekat pantaikan!

bangga..megah..mewah..ciliku banyak!

juga nak kongsi mungkin dah tau kot,
daun cili dan pucuknya tu rupanya boleh dibuat sayur resepi mak mertua...campur dengan keledek ...
sedapnya...


dah tanam 5 batang pokok kurma keliling rumah..bukannya kami sempat makanpun tapi kata pepatah cina :
nak tanam pokok tanam 20 tahun dari sekarang! Alah maksudnya nak simpan duit simpan 20 tahun dulu maa..Ke manakah duitku menghilang paa??

Ini biji kurma yang kami makan...dah jadi pokok..
kurma lagi...belakang dan depan rumah ada ditanam...

pokok naga 'dragon fruit' bawa dari Malaysia...satu jengkal bawa 6 bulan lalu..satu jengkal masih juga begitu...


dan akhirnya..kongsi kedukaan...




pokok cili....ikut juga... kelebihan air dan masa main kejar2 dengan ayam habis ayamtu langgar banyak pokok ciliku...

'R.I.P' semua pokok-pokokku...


By,
Cikgu Sue

Tuesday, January 12, 2010

I Beri


I beri you tak mahu...
Hmmm ...Kami ke IBRI lagi..rasanya inilah tempat jauh yang kerap kami pergi dua jam perjalanan dari Sohar jadi berilah nama baru selain I berry pun bolehlah!

Waduh tak sangka cuaca di Ibri sangat sejuk tambahan waktu malamnya..sejuk yang mengggigit tulang temulang.....Ibri ni tempatnya kecil sahaja tetapi banyak bukit (sebabtu sejuk kot) dan jauh dari pantai .Kami juga menyewa rumah kecil seperti sebuah studio..jadi tiadalah kemudahan seperti hotel...tidur atas lemek aje...

Barulah rasa nikmatnya tidur atas tilam...yalah kita akan menghargai sesuatu bila ianya tiadakan?

Okeylah gambar rumah tak ambil tapi ambil gambar pemandangan waktu musim sejuk..tak adalah salji tu...tapi pelik jalan sikit ada saja orang berkelah...siap bawa gendang lagi..tambahan kalau tempat tu ada air...ramai yang berkelah ...so enjoy the picture...cakap orang putih sikitla...sebab sejuk kena speaking...







Tak ambil gambar mereka berkelah dekat-dekat..takut mereka marah...

lagipun kena ambil gambar kalau tidak mataku akan terpejam kalau cerita dah habis...(apalah sangat ceritaku kala di Oman duhai teman? )



Hanya ada bukit dan padang pasir...


Banyaklah sikit pokok dan rumput kehijauan...kata doktor untuk sihatkan mata banyakkan pandang benda2 hijau...jadi kami mengambil kesempatan yang sedikit hijau ini menyihatkan mata...sebelum musim warna coklat dan musim 'microwave ' tiba ...
Ni pokok dekat rumah kami...ada rumput ! adalah air embun boleh letak di mata...

Belakang kedai makan ada bukit cantik seperti disusun batunya...

kedai makan di Ibri...yang Ali kata, "kedai buruk tapi makanan dia sedapkan"..apa ajelah Ali...asal dikau bahgia nak( walaupun hatinya mulai gusar sebab telur tak menetas!)...
Sesungguhnya mee rebus jua yang tiada di sini...

By,
Cikgu Sue.


Tuesday, January 5, 2010

Telur nan sebiji/ ( sebutir )

Harini terlambat lagi! Terlambat bukan sebab tertidur tetapi buat aktiviti kejar mengejar. Apakah yang dikejar dalam hidupmu? Ini lagu okey...

Kalau peribahasa kata ayam bertelur sebiji riuh sekampung bolehlah dikata bukan ayam yang riuh tapi kami sekeluarga yang riuh se Oman!
Pagi 2 Januari, anak-anak menjerit ,"mak, mak ayam beranak mak ! Duduk Oman beranak dengan bertelur pun tak boleh beza.

"Bertelur..."Ha ayam bertelur bawah kereta ! La..kelam kabut nya kami..Mereka semua di luar rumah dah sedia nak naik kereta ke sekolah...Cepat-cepat keluar rumah nak tengok telur ayam...Mereka kejar ayamtu sebab nak suruh ia keluar ...terlanggar pulak nantikan!

Tak sedar tak tutup pintu tadi, ayam masuk dalam rumah...La..macam mana ni? Jadi sessi kejar ayam bermula dengan Ali dan Adam memecut..tak mau keluar ayamtu..masuk ke ruang tamuku yang 'indah' itu...



Tengok ayam dalam ruang tamu...naik atas kerusi lagi...


Bila acara melepaskan ayam selesai acara menyelamatkan telur ayam pula...
Banyaklah pesanan.."reverse keta elok-elok." "jangan bagi telur pecah"..."Eee..nanti keluar baby ayam"

Amanda siap cakap, I feel like a villager!(telo sebiji dah suka sangat!)


telur bawah kereta (kenapa dia bertelur bawah kereta kami?)Ada 'ong' tak?


Tengok ayam bertelur atas batu...sini mana ada rumput banyak...


Oleh kerana dah lambat dan pintu rumahpun dah dikunci, jadi bawalah terus telur nan sebijitu masuk dalam kereta.

Tak sangka Ali yang boleh dikatakan kadang bermulut cili capcicum boleh cakap begini :

:" Mak ,makni macam perompak!"

Kenapa??"

:"Kenapa mak tak biarkan aje telur tu!"

Eh,mak takutla nanti burung makanke ,kucing makanke.."Kawasan terbuka tu"

:"Biarkan ajelah..nanti mak ayam cari anak dia...mak ayam sedih!"

:"Cuba anak mak orang curik...mak marah tak!?"@@$$*&^%

La..ke situ pulak budakni...Perompakkah aku ini? Benarkah?

'
Ini telur ayam dalam kereta 'perompak!'. Jangan tembak ya 'perompak' itu...


By,
Cikgu Sue