Friday, October 22, 2010

Jual, Pergi tak kembali!


Hari terakhirnya....




Minggu ini..seperti dilanda gelombang kesibukan yang ketara...

Pagi: Selasa 19 Okt-letak iklan jual barang rumah di sebuah tempat..
wow..mencurah-curah panggilan masuk ke kamar telinga kami...
hampir 20 panggilan hari itu sahaja!
yang bertanya ...
yang sesat rumah
dan..yang datang ke rumah!
ada yang takk tahu rumah terpaksa ambil mereka...
di simpang mana-mana...

Ya Allah...mereka datang dan pergi
melihat barang rumahku
masuk segenap ruang rumahku
...beri penerangan sikit-sikit
dan setiap tetamu itu kami jamu air tau!
Fuyoo,pelbagai gelagat manusia!
macam 'open house' pun ada...
siap pesankat anak2
senyum pada semua yang datang!
rezeki nak masuk!
"mak nak business ni!"
walhal tak semua yang nak beli pun...sabar!

rasa..bagaikan
agen penting jualan barangan ..
pentingkah aku di kala ini?

dan mulai hari itu...dan di saat berita ini ditulis..
panggilan masih masuk
hari makin suntuk...kami makin sibuk!
sempat masak nasi..tapi tak berlauk!
Benar!

7 malam :19 Okt,juga letak kereta hijau itu di Souk..(letak iklan utk dijual)
tinggalkan telefon di rumah untuk dicas
balik ke rumah hampir pukul 11..
tengok telefon ada 8 missed call...


9 pagi : 20 Okt..hampir 5 panggilan bertanya pasal kereta itu...
dan pada hari itu juga kereta itu terjual!
Lega satu perkara..
tapi .semasa kereta itu dibawa pergi..
kesedihan sedikit melanda,

kereta itu ibarat nadi..bawa kami ke serata Sohar...
hantar dan ambil anak-anak ke sekolah..
mengikut laluan pantai yang nyaman,
bawa telur ayam nan sebiji itu dahulu!...
ia pergi tak akan kembali!

Hati terubat!
... (20 haribulan 10) kereta itu terjual
hari ini(21.10) pula ayam bertelur dua biji di hadapan rumah kami!
SubhanaAllah..bertelur atas batu juga..di celah himpunan barang!
Menjerit anak-anak..riuh sekampung lagi!
.. Ali kata

"Mak ambiklah telur tu"
Tak apake mak ambik?!!
"Kita nak balik Malaysia dah"
'Kalau kita biarkan telur tu sapa nak jaga!
Anakku...selama ni telur-telur di Omanni mak ke yang jaga??
Amanda sempat mencelah.
"Mak telurtu " not for sale "tau! "

Amboi, perli ya!
Mentang-mentang mak mereka 'busy' menjual segala..
Eh, bagus juga ideatu!!..
rasanya nak jual juga telur ayam kampung Oman yang berdua itu..
ada siapa nak beli?


Huh, nak jual juga telur ni....


Di celah2 kesibukan ini sempat buat 'kenduri' kecil pulut kuning panggil teman Malaysia,Singapura, yang dekat rumah!
(Alhamdulillah, Adam naik Al-Quran)


Mereka datang bawa makanan, pizza,ais krim, bawa kek ...


Kek dari Joanna dan Rizal....'We'll miss U in Oman'...terima kasih, Aduhai! !!

Oleh,
Cikgu Su










Tuesday, October 12, 2010

Kenduri Orang Minyak



Kami pergi makan kenduri raya orang minyak!
Wah sungguh hebat dan bangga.
Yalah bangga sebagai rakyat Malaysia
yang berada di rantau...

Bila sampai di hotel itu,
ingatkan ada kenduri kahwin ke
terasa juga bagai kami yang pengantinnya...
...ada menteri-menteri nak datang ke?

rupanya betullah jamuan raya untuk kami oleh logo hijau putih itu,
Makan malam di perkarangan hotel,
berhampiran bayu laut,
berjumpa ramai rakyat jelata se Malaysia,
dengan hiasan bergantungan yang menggoda..
makanan raya yang penuh jiwa,

Masa tu terbayang-bayang di mata..
seakan tak mau pulang pula ke Malaysia...
"inikah dugaan yang kuterima',
bak lagu Fauziah Latiff..


terbayang-bayang kalaulah
di lapangan terbang nanti
bunga mangga juga menghantarku...gila ke apa?

Wahai warga sahabat yang bakal kutinggalkan..
Mungkin dah tahu berita ini,
Menurut kajian dari BBC;
rakyat Malaysia adalah rakyat yang paling ramai kawan di alam maya.
dan negara yang paling sedikit rakan internet mereka adalah negara Jepun.


Dari segi positifnya,bagusla mesra siratulrahim...
Tapi negara Jepun terkenal rakyat yg paling suka membaca (buku)
peratus membaca rakyat Malaysia masih rendah (2 buku setahun)...mana lebih bagus?
dan ada yang tak membaca langsung,sekadar baca bahan ringan.

Okeylah kalau beri fakta orang tak suka baca...
ada yang marah nanti...
Seimbanglah!


Nak ucap terima kasih pada "orang2 minyak " itu
Terima kasih daun keladi,
Rakan PETRONAS memang baik hati,
Kenangan indah semat di hati,
Bekal manisku,
untuk dibawa pergi bila tiada lagi di sini...


P/s Takziah untuk mangsa kemalangan ngeri jalan raya di Malaysia
pada 10.10.10 di Melaka. Biar lambat asal selamat.











Oleh,
Cikgu Su







Wednesday, October 6, 2010

P.O. BOX


Telah dialih bahasa...dari Bahasa Inggeris ..,
Dalam sebuah kedai runcit;


"Boleh minta kotak"

Kotak?

Oh, di sini tak ada kotak..kalau nak boleh ini ada kad..carilah alamat ini...
Ini alamat "kotak" yang diberi di sebuah kedai runcit...

Sambil jari pemuda itu mengeluarkan kad nama
dan tunjuk kepada si pencari kotak ini...


P.O Box: 231
Postal Code : 311
W.Sohar
Sultanate of Oman


Terbingung sekejab...
Adam jerit: " Mak tunjuk atas (rak) tu kata " Box box",
Tunjuk atastu mak..ada banyak kotak!"

Bila cakap kami nak pindah, nak cari kotak...dia ketawa...
Dia boleh cakap, ingatkan nak tempat letak surat...
kat kedai depantu ada..."letter box!"...

Hmm...Hmm ...Hmmm..
Alang-alang menyeluk pekasam, alang-alang berbau bacang...
nak beritahu...kami (berempat) dah tak akan lama di bumi Oman...

Jika saat dan waktu boleh dicepatkan atau dilambatkan
kami akan pergi jua...pergi untuk kebaikan
kembali ke bumi Malaysia tercinta...

Sayangku,
hujan emas di tempat orang..jarangnya hujan dibumi Oman!
di bumi manapun akan Seronokkan!

Yalah... bila lagi nak tabur bakti di bumi sendiri...Chewah!

Berbagai perasaan bercampur baur sekarang...
bercampur baur terutamanya nak kemas rumah...
3 tahun di padang pasir ini...
banyak betul barang dagangan dalam rumah ini...

Tetapi setiap hari adalah hari yang baru...
marilah mengemas...ngemas, mas.. mas...
(sebelum pulang memang nak beli emas,barang segantang dua!)



Banyaknya "letter box", terima kasih orang kedai...


Mereka sentiasa 'bahagia' membawa kotak-kotak itu...


Kami sempat pergi beraya di Kedutaan Malaysia di Muscat...
seronoknya jumpa ramai warga Malaysia..mereka makan bermeja..

< /a>

Kami makan bersimpuh di tingkat atas.. nampak ayu gitu...
Terima kasih "warga kedutaan"....
makanan sedap belaka...
layanan pula kelas pertama !

Hmmm... we're leaving soon!
Oleh,
Cikgu Su