Dalam kesesakan nafas mengemas,
kami sempat membuat perjalanan terakhir ke Musandam.
Ingatkan dah sampai Malaysia,ada lagi di Oman!
Relaksla..nanti kembalila daku ke tanah air tu...
Maka seperti yang dijanjikan pada 4 Nov,
kami seramai 15 orang warga Malaysia,
yang baik baik dan sporting belaka membuat kunjungan ke Musandam!
Dari Musandam,kalau naik bot laju 3 jam boleh sampai Iran,
Kami naik kapal kecil (dhow) ,5,6 jam boleh tiba Iran kata pemandu pelancongtu.
Tapi kami taklah ke Iran ,kami round2 di laut Musamdam itu...
sebagai kenangan terakhir setelah ber 'meeting'sesama rakan di Sohar,
misi ini akhirnya berjaya!
Pada malam 3 nov,berkumpul di teratak kami yang telah dipenuhi dengan aneka kotak2 ,
umpama 'farewell' kami berbincang apa yang perlu dilakukan di Musandam itu...
sebenarnyakan kami asyik ber'meeting' sepanjang perjalanan
dari Sohar 2 jam pergi .
(ada masalah di sempadan,ambil masa 3 jam lebih sikit)dan balik itu...
di tepi jalan, dalam kapal, di Lulu Fujairah sehingga tiba di Sohar baru 'meeting' itu selesai!
Yalah,pergi 4 kereta ,mesyuarah itu sangat penting!oleh kerana selalu meetingla perjalanan ini diakhiri dengan 'Happy Wedding' oh bukan 'Happy Ending' !
lengkaplah misi ini...kapal kecil yang disewa adalah untuk kami 15 orang sahaja!
terima kasih dan tahniah untuk mereka yang menjayakan majlis ke Musandam ini.
Saksikan gambar-gambar di Musandam,
mungkin ini catatan terakhir ku sewaktu di Oman,
Oman,
Selamat tinggal' Maasalama'
mekar selalu di hati,
3 tahun menjadi 'tetamu' mu
Syukran, Syukur Ya Tuhan!
dalam hati tidak kulupa...
bagaikan tali bersimpul mati!
Banyak sotong dan ikan di sini..dasar lautnya juga cantik.
Bukit Musamdam ni macam muka orangpun ada...ada hidung!
Saturday, November 13, 2010
Wednesday, November 3, 2010
Orang berbudi,kita berbahasa...
Suka peribahasa ini..orang memberi kita merasa...
mungkin tak sempat merasa buah tembikai susu ini,tapi lihatlah keindahan buah ini,
sebenarnya buah ni kecil lagi tapi bila ambil gambar nampak besar pulak!,
3 biji cukup untuk Amanda,Adam dan Ali ,mereka berkata.
Orang yang tanam dapat apa ya?
Bahagia..bahagia tau..lihat buah ini!
3 tahun tanam buah ni,alah campak aje biji...tapi kali ini baru menjadi...
Tula pasal nak beritahu dunia...tanaman kami sudah berhasil!
Bersyukur! ,dengan kehidupan dan anugerah ini...
Penyair Muslim,bernama Saadi pernah berkata,
"Dengan menggembirakan hati seseorang dengan satu perbuatan baik
adalah lebih baik daripada
menundukkan kepala sebanyak seribu kali sewaktu sembahyang."
Ini depan rumah nak pergi kebun cili...sebelah tu rumah jiran
Itu pokok serai..dah banyak kali makan hasil,sebelah tu pokok asam jawa Oman,tanam juga.

"Allah amat baik hati dan Dia menyukai mereka yang baik hati."
(Disahkan hadis Hasan oleh Al-Albani)
Penyair Muslim,bernama Saadi pernah berkata,
"Dengan menggembirakan hati seseorang dengan satu perbuatan baik
adalah lebih baik daripada
menundukkan kepala sebanyak seribu kali sewaktu sembahyang."
Ini depan rumah nak pergi kebun cili...sebelah tu rumah jiran
Itu pokok serai..dah banyak kali makan hasil,sebelah tu pokok asam jawa Oman,tanam juga.
Monday, November 1, 2010
Berjaya, jadi Kaka!
Masih di Oman.
Tembikai susu (honey dew) berbuah 3 biji. Berjaya!
Riuh sekampung....tula pasal berbudi pada tanah air....
Sekian lama menunggu..saat nak pulang dikau berbuah pula!
Rezekikan!Alhamdulillah!
Pokok cili pula berbunga lebat...macam tak beri balik aje?
Sorang Bangla baru call tadi..katanya..
" Kaka ada barang nak bagi ka?"
"Saya dapat nombor kaka kata mau balik Malaysia!"
"Saya sudah 3 tahun duduk Malaysia?
Sekarang duduk Oman baru satu tahun!"
Amatla terkejut kerana dia fasih berbahasa Malaysia..
dia kata lagi,"kalu senang saya datang tolong kaka kemas rumah ya kaka..."
"Saya kerja 12 jam,6 pagi 6 petang,malam saya boleh datang"
Hmm rasa macam pemain bola Brazil..Kaka! nama baru ku...
...InsyaAllah akan masukkan nanti,gambar buahku...
Moga rezeki kita semua terus murah!
Oleh,
'Kaka'

Subscribe to:
Posts (Atom)