Nyamuk? Apakah yang menyebabkan demam denggi...Ya tentulah nyamuk aedes...yang berbelang di kaki..hitam putih...(masa depan )
Ha...rasa macam guru semula..bila cakap pasal perkara di atas...
nak tahutak...bukanlah membuka aib di kaki...apa pulak di kakini..bukanlah membuka aib sendiri...tetapi nak bagitauni..kami dapat surat Saman!!!
Dapat surat saman dari Malaysialah...anakbuah hantar email...wow banyak juga kena saman jika tak dibuat pembetulan...Tetapi kami bukanlah pembiak nyamuk itu tau...kami sentiasa pastikan ada orang yang menebas rumput dikeliling kawasan rumah kami,walaupun kami tak pernah tinggal di rumah itu
kami ni pembersih tau..tak percaya? Cuba tengok jari kuku ku pendek lagi tau!! Semua kuku tabur kat pokok tau... ..tetapi kenapa?
Kami akan di saman oleh Majlis Perbandaran... (rahsia)!!
kerana dikatakan menjadi pembiak nyamuk , rumput di halaman rumah telah panjang benar.
Apa? Padan muka? Korang memanglah..kenapalah dugaan ini yang harus kami terima...
Chewah macam berat sangat dugaannyakan....Memanglah kami tak duga... ..cepat sangat rumput itu panjang?
Macammmanalah kami nak balik menebas rumput..setelah kami menjadi penternak unta yang berjaya di Oman ini??
Tetapi tak mengapa...segalanya akan diselesaikan oleh mereka yang baik hati itu....InsyaAllah.
Moga Allah membalas budi baik semuanya...
Ada hikmah disebalinyakan...
Yalah kita akan lebih menghargai kebersihan
menghargai persahabatan, persaudaraan
dan menghargai nyamuk...
kami takkan bakar kelambu kerana nyamuk2 itu...sebab kelambupun kami tak ada di Oman ini...
Okeylah ini sebahagian surat saman itu..
Apa?
10 ribu denda! 2 tahun penjara!
Kami tak bersalah Kan?

By,
Cikgu Sue