
Sempena 'anniversary' haritu..dapat hadiah bedak sejuk...bukanlah..terjumpa!
Ha...anak-anak sekarang sibuk dengan 'face book'la..anak perempuan tambah sibuk dengan 'face powder'la. Mak dia aje sibuk dengan bedak sejuk...adatak lagi orang guna bedak sejuk?
Ada bawa bedak sejuk dari Malaysia..terjumpa semasa mengemas..la..tak pernah kuguna? Tak ingatpun bawa bedak sejuk tu..patutla muka ku kurang jelita sedikit, mata turun , hidung pun dah kemek ..he..he.....baru ingat mak yang bagi dulu..ada orang datang jual kat rumah...
hadiah untuk dibawa ke Oman.
Orang yang jualtu sentiasa anak-anak akan kata, "mak tok kawan mak tok datang!"
...jadi semua penjual yang datang rumah termasuklah orang minta derma,sedekah, pakcik Hashim ikan itu kawan mak tok..ramainya kawan mak tok...
"Biar ramai kawan..musuh jangan satu ,satu musuh itu adalah ramai dan akan membuatkan hidupmu sukar,!" tetapi..kalau ramai kawan susah juga..nak belanja makanla..nak 'fridge magnet'la...
Sebenarnya nak ucap selamat Hari Jadi kepada mak Damansara dan mak Langat (selalu beri nama ni utk beza, sebab kedua-duanya dipanggil 'mak!')
Selamat Hari Jadi untuk mak dan mak mertua tersayang....31 Disember 2009 (kongsi 'birthday')
Tiada kebahagiaan yang lain selain mempunyai seorang ibu dan ibu mertua yang penuh dengan kasih sayang dan kasih sayang itu telah mengalir padaku dan akan kuberi atau kujual pada insan yang memerlukannya...he..he.. ....
Antara ayat 'power' mak Damansara :
1. Buat kerja kerana Allah, simpan duit.(dapat duit singgit belanja 50 sen aje)
2. Ikut resmi padi ,makin berisi makin tunduk.
3. Tanamla pokok
Ayat 'power' mak Langat:
1. Jangan suka meminta-minta (anakmu tak pernah minta apa mak...hanya minta kain batik aje)
2. Biar banyak membaca jangan banyak mengata.
3. Tanamla pokok
Semoga mak dan mak terus di beri Allah kesihatan yang baik! Amin!


Mak Rokiah Ruslan 71 tahun (sweet 17) dan mak Halimah Nordin 79 tahun (sweet sweet!) Dua-dua tunduk sebab tengok pokok bunga la tu...bajupun sedondon dengan bunga, cuba perhati!
Aduhai rindunya nak panggil " MAKKKKKKKK!"
Selamat Tahun Baru 2010!
By,
Cikgu Sue