

Alhamduillah setakat ni hampir 3 tahun di Oman tak ada sakit yang teruk-teruk datang, adala sakit sikit-sikit makan panadol hilang...sakit leher buat sendiri!
Tapi ini sebenarnya rawatan mata yang perlu dibuat susulan ...dulu pernah pergi hospital Putrajaya dibawa oleh Roselinda (Linda, ingat tak bawa Su ke hospital Putrajaya hujung tahun 2007!!Terima kasih Linda!).. tapi sebab dah nak datang Oman, doktor buat surat susulan untuk di rujuk di Oman,sinus kata doktor.
Oleh kerana sampai di Oman kononnnya sihat, maka tak pergipun klinik.
Tetapi baru-baru ini....mata dah mula berair (sebelah kiri sahaja), bangkit pagi mata membengkak.Alamak lainnya muka...Bengkak tak susut , maka hari kedua pergi ke klinik.Inilah pertama kali pergi klinik kerajaan di Oman.
Setelah urusan pendaftaran selesai...,pesakit wanita masuk bilik wanita (biasala kena duduk asing laki pompuan)nurse tu kata bila tak ada orang masuk.
Eik tak ada nombor?Namapun tak panggil? Nurse kata masuk aje...
Jadi tengok dalam bilik doktor ada orang.Kiri kanan wanita Oman..ramai dan ada bawa baby .
Bila nak masuk aje, seorang wanita yang bawa baby kata dia nak masuk dulu (cakap Arab) faham la sikit..senyum aje dan beri dia masuk,
hmm kali kedua dah berdiri, seorang wanita juga bawa baby nak masuk , masa ni masih boleh senyum lagi...dan kali ketiga ..kesabaranku hampir hilang..
Amboi, mentang-mentangla babyku dah besar ..tak apa akan kubawa anak patung nanti..kali ni tak larat nak senyum...beri juga dia masuk..
Masa sedang tunggu inila..ada seorang doktor lain datang dan kata ada pemeriksaan bahagian wanita...(faham2 sendiri ya) lepas jumpa doktor nanti kena check up ..berat hati rasanya...nak menunggu...
Kali ni dapat masuk (masa bersembang dengan doktor tadi nampak ada sorang budak muda masuk,sempatla jeling)
Susahla tak ada nombor...tak aci tau!
Bila dah keluar dari bilik doktor, doktor dan nurse tahan, mereka kata siapa yang ada bawa baby dikecualikan dari pemeriksaan bahagian wanita....jadi siapa yang tak ada baby diwajibkan jalani pemeriksaan!
Tunjukla mata yang bengkak, doktor kata tak apa, nanti makan ubat baik..mereka datang untuk dua hari sahaja (hari ini ,hari pertama) ,mereka dari Muscat, rawatan 10 minit sahaja katanya...hmm tunggu lagi...dan rawatan tu bukan 10 minit..tapi lebih kurang 2 jam...macam-macam yang kena periksa,...tekanan darah,kolesterol, dan bahagian wanita nak cek ada tak tumbuh sana sini...(kot-kotla tumbuh pokok kurma dalam badan ya)
Syukur, doktor kata tak ada apa tumbuh,...makanlah lagi kurma banyak2!, dan dia kata kalau ada anak perempuan dan jiran-jiran ajar mereka teknik pemeriksaan yang betul..."Lebih baik dapat kesan awal penyakit", ceramah doktor.
Oh...mataku yang patut dirawat..ke lain perginya...tapi mata dah okey..kalau sakit balik pergi lagi..tapi kalini nak bawa anak patung...

By,
Cikgu Sue