Selama 8 hari 7 malam,baru balik pagi tadi..kami meninggalkan bumi Oman (terasa makin sayang pulak pada Oman) bila balik dari Egypt!
Bila berjalan rasa seronok,tapi bak kata Kak Ain Illinois bila kembali kain baju ibarat gunung Everest yg perlu dibersihkan.
Bukan tak curi masa mencuci tau..siap bawa berus sabut dan sabun kain tau..yalah kalau tak membasuh tu bukanlah seorang mak...dok atas kapal membasuh,dok hotelpun kumembasuh! Kalau boleh dalam kapal terbangpun nak membasuh kain2 itu...
Baiklah kembali membebel,
Hari pertama:
Naik kapal terbang selama 4 jam dari Oman untuk sampai ke Egypt...Sampai di airport Egypt kami kena tunggu selama 7 jam untuk ke Aswan...Tapi tak terasa lama..sebab kami berjalan di Cairo..'melawat' dalam Mall dia yang besar.
Dari Cairo kami akan menaiki kapal terbang lagi untuk ke Aswan selama 2 jam.Hmmm tiba di Aswan kami tinggal dalam kapal selama 4 malam 5 hari...kami duduk dalam kapal di Sungai Nil...sungai di mana Nabi Musa a.s dihanyutkan oleh ibunya sebelum dijumpai oleh isteri Firaun.
Ada hampir 50 orang semuanya dalam kapal itu...kami seperti keluarga yang besar..Mereka ada dari Lubnan, Canada, South Afrika, Amerika,New Zealand dan pelancong Egypt sendiri. Kapal ini akan berlayar dari Aswan ke Luxor dan akan singgah di tempat-tempat bersejarah.
Okey nanti cerita lagi...lihat gambar-gambar dulu...kepenatan melanda..InsyaAllah akan 'naikkan blog'(update) dari Malaysia pula(Malaysia kami kembali padamu!)..
bukan untuk menunjuk okey tapi sebagai catatan perjalanan dan bagiku 'perkongsian adalah kebahagiaan ! '
Sehari sebelum balik Ke Oman,dapat berita kakak ipar ,isteri arwah abang,Azam Shariff, telah kembali ke rahmatullah (20 Julai) berusia 43 tahun...,
Seorang ipar yang baik ,suka memberi,penyabar dan amat tabah walau sakit beliau amat lama .
Paling kagum masih menggantikan 'tugas' abang sejak 7 tahun dulu,beri duit bulan pada mak,walaupun mak tak pernah minta.Sepatutnya tak perlu,beliau bukan bekerja lagi,abangpun dah tak ada!
Ambil petikan dari sebuah majalah ,"bersemadilah dikau kak Ina,NORHALINA RAZALI di Taman Abadi...kami akan menyusul juga nanti. Al Fatihah!






Cikgu Su.