Tuesday, April 27, 2010

Tomato Yang Gembira

Ganjil tapi benar..
Ada kata buah tomato ada ekor

Ada kata buah tomato 'Pinocchio'
Ada kata buah tomato 'boy'
Ada kata buah tomato kena 'sensor'
Ada yang tak terkata apa-apa...


Beli buah tomato...nak cepat ambil saja
...

Dari belakang tak nampak...
Sampai rumah ada kepelikan berlaku...

Ini Ali pegang



Dari depan...
Ini buah ganjil tu...terpulanglah pada penilaian masing-masing nak kata tomato apa...

Rasa heran juga, kenapalah buah ini terpilih....semua atas kuasaNya...

Baiklah nak kongsi kata-kata hikmat dari sebuah kedai makan..sukalah kedai ni...sebab dia letak kata-kata hikmat atas meja....macam dia tahu hobi orang lain mengumpul kata -kata...siap dia beri bagi kertas tu untuk bawa balik...sebab hati terusik-usik nak salin siap keluar pen buku nota dah.


.. "Life laughs at you when you are unhappy...
Life smiles at you when you are happy...
Life salutes you when you ... make others happy!"

Marilah kita gUmbirakan semua orang...kita tak pernah sedihkan!
By,
Cikgu Sue



Monday, April 19, 2010

Akhirnya Bersua Jua !

Akhirnya bersua jua...
Setelah lama berpisah...hampir 3 tahun,akhirnyabersua jua...

rindu dendam membara tak terkira...

Bagai uda merindu dara,

pungguk merindukan bulan,
kumbang merindukan madu,
ceti menunggu hutangnya...
kami merindukannya... d--- --s---




Akhirnya kujumpa jua
5 kelopak daun pisang..2 keping kuning dan 3 keping hijau..
Umpama jejak kasih...hampir mengalir airmata cintaku...
dibeli di pasaraya Lulu..

Balik rumah terus dilap dan dilayur..terkejut mereka...
"mak kenapa mak nak 'waxing ' daun pisang tu!"..hairannya Amanda bila minta dia tolong 'bakar' daun tu.

Sambil dalam kepala ni..fikir nak buat macam2 bila dah ada daun pisang ni...
Ya..lepat pisang..yang utamanya...

Pernah nak cuba ambil kat rumah orang...tapi tak muncul tuan rumah.Nak ambil aje..mereka kata nanti kita sakit perut ambik orang punya!

Silap silap Ali gelar lagi mak dia perompak!

ini dia...

dalam dulang yang dapat percuma...

sebaya dengan senduk kayu...



Adam," mak bakar daun pisang tu?"..sessi layur...


mahal...dari Kerala, India...

Hmmm..seminggu berlalu...
daun pisang..masih kekal dalam peti ais
bungkus dalam aluminium foil.
Kalau boleh nak tunggu lagi...
biar daun pisang tu membiak jadi banyak dan banyak lagi lagi lagi !(gila!)...

Sayang tau..daun pisang itu ,5 kelopak dua ringgit empat puluh lima sen...(RM 2.45)!Untuk pesanan semua..sayangilah pokok pisang kita ...

~~~~~~@~~~ Bila tiada kita akan tahu erti menghargai!! Aku cinta padamu...
By,
Cikgu Sue




Wednesday, April 14, 2010

Sedulang nasi...

Hari tu dapat satu dulang nasi ,
Rezeki, Syukur,,,,Satu dulang nasi itu hampir 10 orang lebih rasanya boleh makan.
Setimbun!
Sampai tak cukup orang nak tolong makan!
Kami baru saja nak berdiet ...kurangkan makan kononnya!

Masyaallah! katanya orang Oman selalu ...
Dapat nasi itu bersama dulang-dulangnya sekali...
Sebabnya kami tak kenal siapa yang bagi..

Tapi orang tu bawa lori dan dalam lori tu ada banyak dulang....siapa yang baik hati itu?
Seronoknya bersedekah!!

Ada kata jiran depan ada kata jiran belakang ada kata tak mesra jiran,,,
nampak sangat tak kenal jiran.(Bukan begitu)
Hantar ke rumah rakan Malaysia...beri dia banyak juga hampir seperiuk diapun boleh makan seminggu!

Rakan lain ke Muscat.
Dalam sedulang nasi itu ada pula 2 ketul daging kambing yang besar-besar...

Beberapa hari tak perlu masak nasi...tak makan siang kami makan malam...
Penuh lah satu peti ais dengan nasi itu..banyak sangat! Satu hari memang tak boleh habis..

selain masuk microwave nak bagi lain rasa nasi itu dikukus pula...tapi rasanya tetap sama.
Kenapa ya! Orang bengong aje yang tanya soalan macam itukan!
Hampir beberapa hari makan nasi itu...datanglah pertanyaan ,


"Mak, berapa hari lagi kita kena makan nasi ini...?"
"Mak, bila kita boleh makan nasi putih?"

Ini bukan lagi soalan unik tapi dah jadi soalan kronik!!

Memangpun selagi nasi itu tak habis...sampai termimpi-mimpi bagaimana cara nak menghabiskannya.


Akhirnya ketakutan itu muncul jua...wah, macam tengok cerita seram kan!
Bila dah beberapa hari makan nasi itu perutpun jadi tak sedap.
Nasi itu sedap terasa rempah-rempahnya...

' Membazir itu saudara syaitan...' tahu itu tetapi...banyak sangat!
Orang Oman memang begitu...suka beri dan masak banyak-banyak.
Maafkan kami wahai nasi...

Ini nasi...pada siapa lagi nak beri! Dalam gambar nampak kecik tapi dulang besar ni..boleh letak 5 pinggan lauk.


Ini dulang ...tak tahu pada siapa nak pulang!Buat souvenir bawa balik Malaysia...ada siapa nak?
By,
Cikgu Sue




Friday, April 9, 2010

Happy Birthday Daddy!



When I scratched my knee,
Or if I bumped my head;
When I was afraid of the dark.
Or that thing under my bed,
When I cried in the night,
Or even in the day;
You were there for me,
To make it all okay.
You tickled my feet,
And laughed at all my jokes.
You taught me to believe,
In having high hopes.
You are my father
You did what u had to do.
But more than a father
You are a friend too.
You made everything good,
That was once bad.
I just want you to know
I love you dad.


Monday, April 5, 2010

Trek Tag Tag

Hmm dapat tag dari adik Jue,..pertama kali nak jawab..sebenarnyakan ada pernah kawan bagi tag...tapi masatu baru berblog...macam tak reti nak jawab dan tulis...apa ke benda tag mengetag ni...jadi biarkan aje...di angin lalu...Jadi sekarang nak jawab...(macam jawab kuiz ya)

1.Siapakah diri anda di rumah??
~ Timbalan Menteri Perumahan, Setiausaha sulit, Menteri kewangan Kedua,Peladang Jaya , Tea Lady, Penyusun data pinggan mangkuk,Penulis jalanan, Guru tuition/ guru ngaji dan penjaga 'raksaksa-raksaksa' itu..he..he..he

2.Siapakah diri anda di samping rakan???
~ Mungkin seorang rakan guru yang hampir dilupakan...


3.5 bende yg anda idamkan tapi masih belum tercapai.
~ 1. Menggulung

2. Segenggam
3. Ijazah
4. Hari konvo
5. Pakai jubah konvokesyen itulah!!

4.Siapakah nama pasangan anda..??
~ ada pada entry , blog di bawah...


5. ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda
~ Hmm susah sikit hal-hal peribadi nih...Semua kasih sayang simpan dalam peti..ada masa-masa yang sesuai baru kita buka peti itu...



6.bila tarikh anda couple
~ tak couplelah...pilihan keluarga...jadi couple betul-betul lepas kahwin...(adake couple tipu-tipu?!!)


7.apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
~ Kenangan itu sekarang telah menjadi manis...


8.lagu tema cinta anda
~ Lagu patriotik -Warisan- nyanyian Allahyarham Sudirman....cinta negara maa


9.apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda?
~ Semoga kita semua sentiasa berubah ke arah kebaikan dan berada dalam Rahmat dan KeredhaanNya..


10. tag 10 rakan yg lain
~Tak cukup kawan 10 nak taglah..di tepian blogku....ada yang berehat,hmmm rasa kurang rakan blogger ...tag Eira boleh kan! Linda sudikan juga...


Baiklah itu aje...suka pantun ini...

Pohon sena dahannya sena trek tek tek,
Sena patah menimpa perigi trek tek tek;
Tahun mana bulan yang mana,
Boleh kita berjumpa lagi...trek tek tek.
By,
Cikgu Sue



Tuesday, March 30, 2010

Tak ACI Tau...


Melawat klinik...awal pagi...
Alhamduillah setakat ni hampir 3 tahun di Oman tak ada sakit yang teruk-teruk datang, adala sakit sikit-sikit makan panadol hilang...sakit leher buat sendiri!

Tapi ini sebenarnya rawatan mata yang perlu dibuat susulan ...dulu pernah pergi hospital Putrajaya dibawa oleh Roselinda (Linda, ingat tak bawa Su ke hospital Putrajaya hujung tahun 2007!!Terima kasih Linda!).. tapi sebab dah nak datang Oman, doktor buat surat susulan untuk di rujuk di Oman,sinus kata doktor.

Oleh kerana sampai di Oman kononnnya sihat, maka tak pergipun klinik.
Tetapi baru-baru ini....mata dah mula berair (sebelah kiri sahaja), bangkit pagi mata membengkak.Alamak lainnya muka...Bengkak tak susut , maka hari kedua pergi ke klinik.Inilah pertama kali pergi klinik kerajaan di Oman.
Setelah urusan pendaftaran selesai...,pesakit wanita masuk bilik wanita (biasala kena duduk asing laki pompuan)nurse tu kata bila tak ada orang masuk.

Eik tak ada nombor?Namapun tak panggil? Nurse kata masuk aje...
Jadi tengok dalam bilik doktor ada orang.Kiri kanan wanita Oman..ramai dan ada bawa baby .
Bila nak masuk aje, seorang wanita yang bawa baby kata dia nak masuk dulu (cakap Arab) faham la sikit..senyum aje dan beri dia masuk,
hmm kali kedua dah berdiri, seorang wanita juga bawa baby nak masuk , masa ni masih boleh senyum lagi...dan kali ketiga ..kesabaranku hampir hilang..
Amboi, mentang-mentangla babyku dah besar ..tak apa akan kubawa anak patung nanti..kali ni tak larat nak senyum...beri juga dia masuk..

Masa sedang tunggu inila..ada seorang doktor lain datang dan kata ada pemeriksaan bahagian wanita...(faham2 sendiri ya) lepas jumpa doktor nanti kena check up ..berat hati rasanya...nak menunggu...

Kali ni dapat masuk (masa bersembang dengan doktor tadi nampak ada sorang budak muda masuk,sempatla jeling)
Susahla tak ada nombor...tak aci tau!

Bila dah keluar dari bilik doktor, doktor dan nurse tahan, mereka kata siapa yang ada bawa baby dikecualikan dari pemeriksaan bahagian wanita....jadi siapa yang tak ada baby diwajibkan jalani pemeriksaan!

Tunjukla mata yang bengkak, doktor kata tak apa, nanti makan ubat baik..mereka datang untuk dua hari sahaja (hari ini ,hari pertama) ,mereka dari Muscat, rawatan 10 minit sahaja katanya...hmm tunggu lagi...dan rawatan tu bukan 10 minit..tapi lebih kurang 2 jam...macam-macam yang kena periksa,...tekanan darah,kolesterol, dan bahagian wanita nak cek ada tak tumbuh sana sini...(kot-kotla tumbuh pokok kurma dalam badan ya)

Syukur, doktor kata tak ada apa tumbuh,...makanlah lagi kurma banyak2!, dan dia kata kalau ada anak perempuan dan jiran-jiran ajar mereka teknik pemeriksaan yang betul..."Lebih baik dapat kesan awal penyakit", ceramah doktor.

Oh...mataku yang patut dirawat..ke lain perginya...tapi mata dah okey..kalau sakit balik pergi lagi..tapi kalini nak bawa anak patung...

Ini anak patung kami sekeluarga..Memang dah ada nak patung kat rumah,kami namakan AINA Zulkarnain...gila kentang!
By,
Cikgu Sue




Saturday, March 20, 2010

Ada raksaksa dalam rumah!

Terjumpa (tak habis-habisnya terjumpa)..nota yang Adam kena berucap di hadapan kelas pada cikgunya..
Biar mak Adam yang taipkan...anak-anak sibuk dah dengan 'face book'nya. Dia dah baca depan cikgu dan rakan-rakan
nya.

Mari baca coretan ikhlas Adam mengenai adik beradiknya...

" Good morning teacher and my fellow students. Today I want to talk about my brother and my sister. I have one brother and one sister.

My sister's name is Amanda. She is also in this school.

My brother's name is Ali. He is in al uwainat. He is in Grade 2 and my sister is in grade 8. My sister is oldest in my family and my brother is the youngest and I am in the middle.

We always fight with each other. When the fighting starts, I felt like a monster. Although I have a sister and brother who always fight, I don't care, because at least, I still have a brother and a sister. I love them very much.

Thank You."



.. anakku...ini curahan hati atau curahan kasih sayangni??Hmm.. bila pergaduhan bermula , kadang memang rasanya mak Adam nak panggil monster datang tolong!


Dulu (2003).....kini dan selamanya.......

By,
Cikgu Sue