Thursday, June 24, 2010

Ia Bertambah Juga...

Puas kata tak mahu tambah..cukuplah dah banyak,
ia datang bertambah juga...
Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan!
Hari ini ia bertambah lagi...


SyukurAlhamdulillah pada tika dan saat ini ...
masa diberi peluang untuk menghirup udara segarmu...mensyukuri nikmat dan rahmatMu,yang tidak terhitung Ya Allah!


Rasa baru sahaja cerita umur "dua puluh empat "tahun lalu di blog ini...tiba-tiba naik lagi setahun..berapa lagi usia yang bersisa?


Meniti sabda Nabi.."Ada apa pada aku dan dunia ?" Riwayat-Al-Tarmizi dan surah Al Qashah ;Ayat 60 amat mengesankan! 'Kehidupan duniawi adalah bayangan belaka dan kehidupan akhiratlah yang kekal abadi ...


dan apa saja yang diberikan kpd kamu,maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya;sedang apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal.'


Petikan ini pula diambil dari kaset yang diberi rakan ,terima kasih !
Bila uban sudah bertabur,
Bila mata sudah kabur,
Bila urat mula kendur,
Bila ingatan mula luntur,
Bila lutut mula berundur,
Bila jalan tidak teratur,
Bila gigi mula gugur,
Bila mula makan bubur,

Ingatlah akan ...kubur!

Sesiapa yang ada tanda-tanda 'UR' itu marilah kita bersyukUR ,sekurang-kurangnya kita diberi amaran awal...

Tua atau muda tidak tahu siapa yang akan dijemput menemuiNya..yang pasti janji temu itu pasti datang...


Lindungi aku dari lalai mengingatimu ,
Jauhkan aku dari bersikap riak , rendahkan hatiku dalam mengingatimu,jauhi aku dari dengki dan khianat, kejahatan duniawi,
penuhi kalbuku dengan kesabaran,keimanan,
Ampuni dosa-dosa silamku Ya Allah!


Kita semua adalah sama di sisiNya...perjalanan hidup yang berlainan dan semoga perjalanan kita ini bukanlah perjalanan yang menyedihkan untuk tiba ke destinasi ITU.

24 Jun, Suriani binti Shariff dilahirkan oleh Rokiah Ruslan, terima kasih mak!....






21 Jun 1996 Amanda binti Zulkarnain dilahirkan oleh Suriani Shariff....

By,
Cikgu Sue

Thursday, June 17, 2010

Detik Pertemuan ini...

Dah dua kali ditanya....
Telegu? Malayalam?


Kenapa? ada macam rupa bintang filem Hindustan ke?
Di situlah tempat pertemuan kami...

tidak berbau segar, tapi cukuplah setakat melepaskan bual bicara pagi...

Tanya khabar sepatah dua ,
Kaifahaluka.....Apakhabar maksudnya..Jawab Alhamdulillah dan kemudian kata
" Ana takalam Arabic suwey -suwey"
Maksudnya saya boleh bercakap Arab sikit-sikit sahaja.....

Kadang ditanya....Hindi?Itulah heran...
Nak beritahu ni...masa buang sampah awal pagi dengan matahari yang terik walau setakat pukul 7,masa itu adalah masa pertemuan para pembantu rumah!

Orang Arab ni macam kemestian ada pembantu rumah.Orang di belakang rumah ini...bermadu, dan kedua-dua isteri beliau ada pembantu..Seorang orang India dan seorang orang Indonesia.
Kami (diriku dan pembantu2 lain )baik tau...walhal tuan rumah tak pernah tengok mukanya...yalah terasa macam rakan seangkatan semasa buang sampah di sini...



Malah rakan 'sebuang sampah' yang lain juga jadi 'best fren'...dan mujur mereka tak terkejut kata saya bukan pembantu...saya 'Membantu!'
Seronok juga kawan dengan mereka..mereka bersembang;

gaji berapa, bila nak balik kampung, majikan mereka hamil lagipun mereka cerita! sebab ada seorang tu orang Indonesia...
Jadi kami saling memahami....mujur mereka tak sibuk-sibuk nak tanya gajiku...berapa? Merekakan mengerti...


Cuma kalau pembantu orang Indonesia tu tak ada...susahla sikit...yang lain ajak cakap India gitu..!masani ..cepat aje nak kulontar sampah2 itu...

Baru ni Ali pergi ke rumah rakan dia,orang Oman...tuan rumah datang hantar Ali bersama 2 pembantu, dan pembantu tu kata ,Orang Indonesia juga...tuan rumah tu ada 3 orang pembantu! MasyaAllah...

Pelik sikit..dengan tuan rumah tak berapa baik ,dengan pembantu rasa lebih mesra...ada juga rakan yang pesan jangan baik sangat dengan pembantu ni...

Yalah kita menghubung siratulrahim, baik berpada , tak rasa rugipun...dan kita berserah pada Allah baik buruk itu.

Kalau tak ada siapa nak kawan dengan mereka ,siapa nak kawan dengan diriku?
' Patik 'pecal' yang hina?
Kawan jalur lebar...alam internet memang ramai...boleh ke mereka datang segera di saat kecemasan? Boleh?


Berbaik dengan jiran adalah harus, Jiran ibarat saudara dekat, semasa senang tambahan semasa susah...Nak berkawan dengan si tukang emas ,nanti asyik nak beli emas aje.Layakke?

Hebatkan pembantu, mereka adalah sahabat si 'Membantu' .
Akan kuhargai setiap detik pertemuan ini...
Marilah kita buang sampah!

Di sini.....pertemuan itu...
By,
Cikgu Sue.

Friday, June 11, 2010

Ini Jawapannya!

Inikan sekali lagi hendak jadi penulis ruangan hiburan !
Di saat lelah menjemur kurma, biar cepat masaknya, di saat keseorangan di rumah macam tak ada kerja lain...

Jadilah penonton setia rancangan RTM,tv 1,satu-satunya TV Melayu di Oman.(TV2,termasuk Muzik Aktif juga ada)
Bukan apa...tergelak sendiri di rumah apabila ada satu temuramah antara Rosyam Nor, Saiful Apek dan Mila....


Dibandingkan Saiful Apek dan Mr Bean lebih minat Saiful Apek!
MasyaAllah ....yalah nak cerita pasal celebriti orang putih tak ramai yang kukenal,jadi jati diri Melayu ku kuat,tambahan sejak dah pandai buat sambal belacan..ceritalah pasal artis Melayu...Tak gitu?

Rancangan itu adalah berkaitan dengan artis yang kena 'Boo',
Tajuknya 'Kuasa Peminat' pada 22 Mei lalu,macam mereka tahu pula luahan perasaan seorang 'penulis hiburan' ini dahulu...

Apabila Rosyam Nor bertanya kepada Mila,memang disebut 2 artis yang diboo,

apakah patut peminat 'mengeboo' artis?

Jawapan Mila..tak patutla..dan bla,bla
Tapi bila tiba giliran Saiful Apek,dia menjawab begini,
" kalau orang boo kita,
kita boo mereka balik. Siap cakap macam ni..."Boooo"

Lagi satu soalan yang ditanya,lebih kurang begini soalannya,
Mengapa artis sekarang agak over?Jawapan Saiful Apek,

"Yalah artis tu mungkin sedang membuat penggambaran atas jambatan 'fly over'"
"jadi artis tu sudah dianggap ' over ' " ada ke patut?"

Hmmm...memangla tak patut!
Asyik ketawa sendiri dengan jawapan yang diberi oleh Saiful Apek!

Tetapi di akhir rancangan Rosyam Nor cakap pada Saiful Apek begini...

"Terima kasih ,Ustaz"

Sebabnya bila diminta mengulas balik, Saiful Apek cakap,

"Sabda Rasulullah s.a.w syurga juga adalah bagi mereka yang selalu dan sentiasa memperbetulkan diri mereka sendiri..."

Dalam jenaka beliau diselit juga dengan nasihat...
Memang benar perkara paling sulit dilakukan adalah memperbaiki diri sendiri,dan perkara paling mudah adalah mencari kesilapan orang...

Maafkan daku duhai teman!
Wallahualam.



Bahan berita....Rosyam Nor, Mila, Saiful Apek.
Kurma pelik (kamila rasa pelik!) ... depan kedai...daun sikit, buah banyak ,kurma merah!

8 Jun 2010...Ali 8 tahun , Syukur.
By,
Cikgu Sue


Saturday, June 5, 2010

Satu Permintaan

Permintaan itu begini...
" Kak Su, saya ada satu permintaan?" Seganla nak bagitau..."


Amboi dalam hati ini...tertanya, apa yang perluku beri?

"Macam ni kak su, saya teringin nak makan sambal belacan...boleh kak Su buatkan?"






Sayunya 'satu permintaan 'di rantauan ini...

Bukan apa teringat kisah 15 tahun dulu, sewaktu di rantauan juga,
teringin makan kuih seri muka tapi tak mahir buat, minta seorang kakak buatkan..dengan segera ditunaikan.


Hmm.. selain syahdu dengan permintaan itu...risau juga sebenarnya.

Bukan apa diriku ini bukanlah penumbuk sambal belacan aktif.

Jadinya ahli rumah ni memang di'lupakan' sambal belacan itu...





Pernah ke ku buat semenjak di Oman?

Sambal nasi lemak adalah,sambal tumis ada...lepat pisang sudah...

Sambal belacan? Oh...tidak mungkin!




Kata pada adiktu(isteri dan seorang anaknya di Malaysia), "InsyaAllah kak Su buat nanti," dan kata nanti ajak dia makan nasi di rumah!


Setelah bertanya pakar dari Malaysia,

ada pakar dalam bidang sambal belacan itu...belacan dibakar,cili tak perlu!

walau hampir nak kubakar juga cili itu duhai pakar,...ingatkan cilipun kena dibakar!

Betapa mak andehnya daku ini...


Ya..betapa berharganya....batu tumbuk itu jua...ada batu tumbuk di Oman,tapi kata seorang kawan tak sama...ringan sangat!
Walaupun dulu diri ini adalah tukang masak 'tegar'

tapi maklah..selalu pesan,

'bawak batu tumbuk', bawa jugak2, pesan orang tua-tua sebuah rumah itu tiada seri kalau tiada batu itu...walhal dalam hati.." blender kan ada mak!"

mujur mak tak suruh bawa batu giling....tapi kini kuhargai nasihat itu bila usia merangkak senja ...ku mengerti...

Mengembara ke Oman kubawa jua batu sungai itu...

ada petua mengatakan curahan terakhir, sedikit air ke dalam batu itu,lepas menumbuk...tuang ke dalam masakan atau sambal...petua bagi lazat makanan..kalau guna penumbuk tak campur air...kalau blender banyak air,tak asli...tapi kalau banyak gunalah blender, tak larat...


Sambal belacan siap ;sejarah tercipta sudah!

kami jemput lagi satu pasangan orang Malaysia, yalah nak makan sambal belacan mesti ramai2 baru gembira...Memang lucu..bila hidangan dah siap ..mereka makan tak nampak 'kakak mertua' dah...


Sebabnya ..

semasa makan semuanya baru perasan tangan tak dibasuh...terus makan!maknanya sambal itu sedapke?

Ya ..sambal habis...rasa sayu juga,

adakah mungkin kejadian tumbuk menumbuk ini akan berulang lagi...

bukan sebab sedap tapi lama tak makan sambal belacan...
Oleh itu sesiapa yang ada permintaan terakhir,

InsyaAllah akan kutunaikan duhai teman, sebelum daku mengakhiri blog ini nanti, silakan...

belacan diberi oleh adik 'satu permintaan'..
Tumbuk menumbuk bermula
Cili dari Thailand 11 biji RM 6.47 sen
Percikan cili bertaburan di angkasa dapur.

Menu-udang masam manis, sayur campur,ayam berempah,telur dadar,ikan pekasam dan sambal belacan...aje!
4 June 2010

By,
Cikgu Sue

Saturday, May 29, 2010

Bila ia mula berkedut...


berkedut pula:
Sudah berkedut lalu kerepot..


MasyaAllah ...kenapalah semenjak dua menjak ni amat gemar bersajak , berpantun dan bermadah helah..kalaulah kumampu menggantikan Usman Awang...atau A.Samad Said..hatta Shah Rukh Khan...

akan ku berhenti dari profesion ini...(Profesion penulisan karangan darjah tiga...)



Baiklah sambung balik...
Bila muda nampak cantik tapi sayang tak boleh dipetik...


Musim kurma bermula sudah...hidup ini terasa indah...

(ni macam pantun raya je kan!)



Macam nilah..bila terpandang buah kurma...terbayang begini...bila dah masak warnanya kuning (ada juga merah) tapi masih kelat lagi...tak berapa sedap dimakan..ada juga yang suka..



Buah kurma ni..bila masak dia akan berkedut kedut..masa nilah baru sedap dimakan...manisnya dan berbau sedikit wangi...

Macam itulah kita...biarpun hampir ke usia tua bukan bermakna kita tidak berguna maksudnya bukan tidak menarik,fikir positif okey!...


Tapi semakin berusia kita...


Makin banyak pengalaman

Makin banyak kenalan

Makin banyak rahsia kehidupan

Makin banyak uban he..he..



Begitulah rahsia alam...Rahsia yang Maha Esa...hidup tidak berjalan mengundur ke belakang... jadilah seperti pepohon kurma...mengindahkan pandangan, gemersik buahnya...lagi masak ranum lagi bererti...mampukah kita?


Jadi sesipa yang berusia Asar (Asar atau Maghrib ni!) sepertiku usah gentar... (macam nak pergi medan perang ni..)

lagi tua ,berkedut kita lagilah berharga seperti buah kurma...

jadi sesiapa di luar sana sangatlah rugi tak dapat makan kurma segar....(gurau tau)



kerana walau kini panas melanda di bumi Oman...

tatkala kami seakan kena pejamkan mata bila keluar rumah...

lantaran suhu panas seakan menggugat keimanan ...

bermulanya musim kurma..kami seakan terkesima...

Syukur Ya Allah..

'maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya,(Surah Abasa : Ayat 24)
lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu,anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma '(Surah Abasa: Ayat 27-29) '




Tanda-tanda penuaan...kekedutan bermula...


segar lagi...




kurma..kurma.. minggu pertama beli harganya dua rial lima ratus sekilo (RM 25),
selang seminggu kami beli lagi harganya turun satu rial (RM 10) dan esoknya ada orang Oman beri dua bekas kurma segar..Kami dah mabuk kurma!!

By,
Cikgu Sue







Friday, May 21, 2010

Si 'I Love You'


Sempena musim piala dunia,Nak cerita pasal pemain bola juga......
Maaf ya..kalau cerita ni masih berkaitan dengan anak-anak lagi...
Apalah lagi yang mampu ku cerita untuk menemani Sepimu duhai teman?
Eh, siapa yang Sepi ni!


Mula-mula anak-anak tak mahu bermain bola dengan budak-budak Oman ni,
tapi nak galakkan mereka bergaul, bercampur dan mengurangkan 'peperangan raksaksa' dalam rumah,
maka mak mereka sibuk tarik Adam dan Ali..memang tarik tangan mereka...
Macam dipaksa Adam dan Ali disuruh bermain bola bersama budak Arab tu yang mereka kata ;
"kasarlah mak, dia orang tak tahu cakap Inggeris!"

Hari pertama...
Perkenalkan mereka pada budak2 Arabtu...
Mak mereka siap tunggu sekejab mereka bermain...
Perkenalkan nama Adam dan Ali...
Cakap Inggeris memang mereka tak tahu,
mereka siap tepuk tangan tanda kawan baru kot...

Hari Kedua :
Mereka dah tak sabar nak bermain tapi bersungut juga .
Beri semangat pada Adam dan Ali..rasa macam jurulatih bola !kata tak apa..nanti lama2 tahulah cakap Arab...pergilah main...berlatih untuk piala dunia!
Baguskan suruh anak2 pergi main...

Hari Ketiga :
Hmm nampak Adam dan Ali tak sabar nak tunggu pukul 5 bermain...
dan hari ni masa balik bermain gelihati sangat sebabnya tiap hari 'juru-mak' mereka akan tanya..

"Macam mana harini, mereka baik tak?"
"Cakap tak dengan budak-budak Arab tu?"
"Tahu tak nama dia orang?"

Ali dan Adam teruja nak bercakap-
Adam : Mak, kita orang tahu nama dua orang aje...Waheed dan Abut

Ali :Tapi seorang budaktu kan mak dia pandai cakap Inggeris dah!!

Mak : Ya,dia cakap apa!!?

Ali : Dia cakap " I love you, pada Ali!!"

Adam : Haah mak, dia cakap I love you!!
Tapikan mak Si I love you tu pandai main bola!

Mak : Terkedu ..(dalam hati)...biar betul budak-budakni...(anakku dicintai!)

Setelah mendapat maklumat,
Owh..rupa-rupanya perkataan I love you itu memang biasa disebut pada orang Oman di sini terutama pada orang luar, kalau mereka suka, mereka akan cakap I love you...
Terbukti..sebab baru-baru ni..bila buang sampah.. budak-budak Arab tu ternampak, mereka jerit " I love You" pada makcik tua ni, sebab sebelum tu beri mereka kek coklat panas lagi...

Hmm diriku pula di'jatuh cintakan!
Marilah kita hidup berkasih sayang...
I love you too !!


Sepi itu indah......

By,
Cikgu Sue




Saturday, May 15, 2010

Tapel kita berbeza...

Nak tahu apa itu tapel....
Inilah nama baru yang diberi...semenjak menetap di rantauan otak kita mesti kreatif dalam apa juga segi...segitiga bermudapun boleh!

Bahan-bahannya yang diperlukan untuk membuat tapel...
1. 12 ketul semuanya..(12 bahagi 5 = ?)
2. berbakul pertanyaan .. apa kebenda ini..
3. sikit tak cukup..kalau banyak tak habis..."Excellent tapel mak ni!!"

Cara membuatnya:

1. Dikukus dengan pengukus
2. di balut dan letak isi
3. dilenyek
4. berdoa..jadilah ....

Bila sudah masak dihidang biarkan sejuk baru dimakan..mula-mula mereka tak makan..rasa nak kecik hati...lepastu minta lagi...sedih pulak hati...tak cukup!
Maka hari itu, ...hampir 3 tahun atau lebih seorang mak baru memasak juadah itu...menggunakan perkara yang sebenarnya...ada makan ..tetapi selalu dibeli...(kat Malaysia)

Selamat menjamu selera...tapi kubangga..bak kata arwah kawan seorang guru(Al Fatihah untuk Cikgu Muhammad Razif meninggal hujung tahun lepas) :-

"kau masak su..biar anak-anakkau rasa air tangan kau..., jangan asyik beli aje,lagi berkat,bersih, ha.. kau baca selawat bila masak..."
...memang terasa masa tu, kata-kata beliau tatkala tangan ini sering sangat menjinjing bungkusan dari kantin itu...
Tapi kini..biarpun tak seenak mana.. bila anak-anak puji sikit takla.. kembang...tapi ....penat memasak hilang..dan berharap hari esoknya adala orang belanja makan di luar..he..he...!!

Ya...tapel kita memang berbeza citarasanya...manakan sama tapelku dan tapelmu, Oman dan Malaysia bukankah lain...tapi tapel ku buatan sendiri...bukan juga Made in China!

T A P E L...
L E P A T pisangku...
(rinduku terlerai sudah , kau terlalu istimewa!)





By,

Cikgu Sue.