Walaupun harga barang2 di Lulu (tempat kami soppingtula yang tak tido siangtu ) kerap naik,
tapi harga minyak sini masih seperti biasa. Lagipun, setakatni tak ada nampak barang yang
naik mendadak sampai 78sen seliter. Terkejut juga baca Utusan online pagi ni tentang
kenaikan harga petrol, diesel, gas & elektrik di sana. Rasanya family & kawan2 pasti ramai
yang mengeluh. Sedih pun ada sebab ada gambar tunjuk beratus2 biji kereta beratur malam
tadi untuk beli minyak kat stesen Petronas sebelum 12 tgh malam, kejadian yang telah kami
lalui 2-3 tahun lepas. Masa tu sampai kat Pertonas Presint 11 dekat rumah tu baru 3 minit
lepas pukul 12 tgh malam, terpaksa la bayar harga baru. Masa tu baru naik 10 sen seliter.
Bayangkan masani kalau terlewat 3 minit tu kena bayar 78sen seliter! Berdoalah.
Hmm suhu di sini dah sampai 47 darjah celcius.Panastu..Waktu kami balik dari Sur
singgah di Muscat atas urusan kerja .Berhenti di `traffic light'ada bacaan suhu tertulis 47
darjah celcius.Tapi kata cikgu Arab kami bacaantu tak tepat,mungkin dah sampai 50 celcius
Terkejutnya.Patutla dlm keretapun rasa panas. Kena bukak nombor 3 `air cond'nya. Bila hujan
nak datangni...KuasaMu Ya Allah. Kadang dengar bunyi air mendidihpun rasa macam bunyi
hujan. Bunyi dengkur pulak rasa bunyi guruh !!! Betulni!!Rindu hujan..Ya Allah. Ada angin
tapi angin panas. Panas, panas . Sebabtu ada kawan cerita bila hujan turun orang kat sini
terus sujud syukur di mana-mana...tepi jalan, di padang, di pasar...
Pohon kurma yang kekeringan...
Ada satu lagi cerita panasni... Di Muscat kami hendak singgah di Mutrah salah satu
tempat membelah belah yang bukan dalam gedung besar, tapi di buat khas kedai-kedai
berderet,ramaila selalunya orang datang sini, parkingnya baruje dikenakan berbayar. Jadi
kamipun bayarla parking sebab tiket perlu diletakkan pada`dash board' kereta.Jadi suruhla
Adam yang letakkan pada `dash board 'kereta.Tempat baya parkingtu jauh,parking keretapun
jauh.
Adam pergi sorang kami tengok dari jauh,Sebelumtu sempatla bergambar...sebab tepi
pantai,ada tempat duduk lagi. Kami jalan dulu di hadapan . Sini tak apa tak takut,
Insyaallah ok. Pesan pada Adam letakkan tiket parkingtu dalam kereta di depan. Nak tahu apa
jadi...? Mungkin salah kami juga tak terangkan betul-betul pada Adam...
Adam bukan sahaja letakkan tiket parkingtu pada `dash board 'kereta tapi dia letakkan
sekali kunci kereta pada `dash board 'dalam kereta dan ....dia kunci keretatu pada pintu.
Amanda tanya mana kunci kereta, dia kata dia dah letak pada dash board keretala.
MasyaAllah! Kami patah balik ke kereta dah sah memang tak boleh bukak pintu kereta. Hati
banyak panaslo...dengan cuaca yang memang panasnih.
Lihatlah kunci kereta...yang di tinggalkan ....

`Call' seorang kawan tak ada jawapan...jadi nak tahu kami call siapa..`call' orang yang
pernah tanya nak beli gelang Amanda dulu. Alhamdulillah dia carikan orang tapi kami kena
tunggu lebih dua jam . Dari terang dah gelap. Yang lucunya orang yang datangtu bawa truck,
macamla kunci kereta kamitu besar benarkan...lebih kurang sepuluh minit pintu kereta boleh
buka dia guna dawaije...apa lagi...kanak-kanak riangku menjerit ,"yeah, dah boleh masuk
kereta! senangje orangtu bukakkan mak !!!" Mujur masatu dah pukul 8 malam , hati dah
sejuk..Bertuahnya kami...diuji lagi dengan Kesabaran.Nak kata apalagi.
dan....tempat kasut yang berjaya di`musnahkan' semasa cuti sekolahni.Keluar
tajuk sikit.
By,
Cikgu Sue
1 comment:
tgk muka adam ni, sah2 kena mrh dgn semuuuaaaa org... xpe2.. jdkan pengajaran.. lama2 kenangan.. Bak kata Pak Cik Nani.. bagi kena baru tahu.. bila adam tahu tu mistake, baru dia xkn buat.. kalau kita larang, xde hasil nnt.. adam belajar rajin2 ye..??
Post a Comment