
Kami baru balik Dubai. ..Akhirnya sampai juga di mana dikatakan pemain bola sepak, David Becham tu di beri tanah di Dubai 'The Palm'-nama tempatnya..tapi tempattu kami tak sampailah Kami pergi bersama rakan dari Sur ( N dan S terima kasih!) sewa kereta pacuan empat roda .

Rasanya macam di Kuala Lumpur bila dah sampai ke Dubaini...macam di jalan Ampangpun ada , di Jalan Pekelilingpun ada , bila naik bot nak ke seberang rasa kejab macam di Venicepun ada di di jeti Penang pun ada...biasalah kalau dalam gambar memang nampak cantikkan.


Naik bot...bus air..





Kami nak ke seberang ...dan nak ke hotel. Pemandangan dari dalam bot.


Hotel apartment yang mampu kami bermalam...ingat kampung halamanku...di Hulu Langat, Sungai Serai...kat Dubai pun ada Serai 11..
Hmm..kalau nak sewa rumah..murah aje sini apartment satu bilik lebih kurang 12 ribu dirham( RM 12 ribu) di tengah kota Dubai..cerita benar!







deretan kedai kain berderet-deret dan murah tapi sepasang kainpun diri ini tak beli...ada rakan dari Malaysia..beli kain sampai tujuh kayu...balik rumah dia potong 4 meter...laku bila dijual...


Dubai juga terkenal dengan emasnya... tak beli juga! ada orang Malaysia, Singapore beli emas berketul dan bawa balik buat rantai, gelang, dan yang berkaitan dan selalu ramai ke sini sebab nak beli emas berkarat-karat..ada satu gedung jual emas semata-mata...

Atuk jual emaske?
'Dragon Mart'...hampir sampai sempadan Oman, balik kami singgah sini...100 % barang dari China...yang menjual juga orang China mali..panjang sangat tempatni tapi menarik...rasanya kena datang lagi...tak cukup sehari...

Nak kata indah khabar dari rupa boleh juga...tak boleh juga mengata ..sebab kami pergi dua tempat sahaja dan tak lama...kalau pergi berhari-hari dan duduk sana..bolehla nak nilai negara Dubai ini....kalau boleh memang nak pergi lagi! Tapi kalau datang lagi kena bawa minyak urut sebab sakitnya dan lenguh kaki berjalan...dari satu kedai ke satu kedai( souq)...sebab panjang , banyak.. ...dan ...dan...eh tak tahulah nak cerita!

By,
Cikgu Sue