Nak tinggal wasiatke? Bukan saja nak ajak kongsi nota yang di simpan sekian lama tahun 1993 dulu, sewaktu mula mengajar di SK Sungai Lui, Hulu Langat , Selangor. Suka simpan benda-benda lamani yang bagiku amat berharga...biarla orang nak kata cikgu antik...tak apa..baru ada 4 fail..contoh keratan akhbar , majalah, nota dari sekolah atau keratan kata-kata hikmat yang menarik.Dulu bukan zaman komputer sangat...jadi belilah fail (folder).Ada juga rakan yang hairan masatu sebab diapun kumpul fail tapi letak resepi . Yalah..dah hobi nak buat macammana.
" Bahawa Rasulullah s.aw. berwasiat kepadaku dengan sabdanya: Ya Ali, aku berwasiat kepadamu dengan sesuatu wasiat, maka jagalah ia baik-baik, kerana selama engkau memelihara wasiat itu nescaya engkau akan tetap berada dalam kebaikan."
Antara wasiatnya :-
Ya Ali,
BAHAWA SEGALA SESUATU ITU ADA PENYAKITNYA:
Penyakit bercakap adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah Riya'
Penyakit budi pekerti ialah memuji diri
Penyakit berani adalah aggresif/ pemarah
Penyakit pemurah adalah menyebut -nyebut pemberiannya
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah bangga
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah menunjukkan diri
Penyakit kaya adalah kikir
Penyakit royal (boros) adalah berlebih-lebihan
Penyakit agama adalah hawa nafsu
Sekian. Wasallam. Juga ingatan untuk diri sendiri.

Inilah notanya...simpanan tahun 1993( koleksi antik 1)
By,
Cikgu Sue.
4 comments:
waaaaaaaaaa....semua2 tu pon sue bwk p ke oman??? Patut la penuh beg2 tu...hehehehe wasiat tuk linda apo ek???
ya linda semua su bawa nota kaki dan nota tangan..tak la! su bawa tiga keping nota antik aje..nnti ada yg tak balik mlsiakan..suma nak bawa...wasiat tuk linda habiskan master linda dan sambung sampai Phd..linda dpt Dr..su senang nak minta tlg lagi dan lagi..dan jgn lupa dtg Oman..sebelum kami balik.!tq
baguih sangat wasiat Rasulullah swt tu untuk kita jadikan pedoman.... semoga kita selamat dunia akhirat. aminnnnn. MC
slamat dunia akhirat dan selamat kami menunggu tiba di Oman.....syukran afwan
Post a Comment