Buat kelas tambahan Bahasa Melayu...
Dengan siapa lagi kalau bukan dengan murid bertiga itu...di Oman ni manalah ada Kelas Bahasa...supaya mereka tak lupakan Bahasa Jiwa Bangsa itu!
Masuk bab penjodoh bilangan soalan yang diberi pada mereka..apakah penjodoh bilangan untuk pisang? Beri mereka pilihan jawapan :
Se kuntum pisang
Se rawan pisang
Se sisir pisang
Ali jawab mendahului yang lain...
" Ali tahu...semua tak...Se Rasheed !
Sir Rasheed pisang mak !! Berderai ketawa kami...Sir Rasheed tu cikgu dia.
Kalau ditanya lagi penjodoh bilangan, mahu banyak lagi 'Sir' Cikgu dia yang keluar..Kalau Sir Rasheed makan pisang tak apa jugakan.
Alamak banyak lagi yang perlu di ajar pada mereka. Lemah betul jiwa..Itu belum lagi tanya Se jarah...Sir Hugh Low, Sir Francis Light..Sir Paresmeswara?,, Yes Sir..No Sir !!
Se nak perut , se runding
Se tiap hari adalah hari yang baru..
Se nyum lah selalu
Se moga awet muda...
Se perti ...
(Saya)

By,
Cikgu Sue
2 comments:
Hahaha....lawaknya ali ni. Tunggu tau nanti cikgu besaq nak pi ajar!!! MC
Tula pasal cepatla mai tolong cikgu kecik ajarkan.......
Cikgu besar daftarpun lambat lagi.September baru nak mai Oman.....
janji datang.....upahnya setandan pisang dlm sebuah mini cooper.T.Q
Post a Comment