Monday, July 13, 2009

Tak Letih


Dah letih ke nak berblog? Tak letih...seronok sebenarnya....

Di ambil yang positif...mengeratkan lagi siratulrahim,tak kiralah keluarga , anak beranak, ipar duai, sepupu, kekawan, dapat kawan baru...dan jumpa kawan yang lama terpisah...wow hebat betul pengaruh alam maya...macam misteri jugalah..


Selain berkongsi cerita, dan perasaan....dapat mengisi masa..dan melepaskan lelah..'gumbira ‘ juga tapi nak bagitau ni satu malaya...nak berehat dulu menulis..tak tahu sampai bila..

Sebenarnya kadang tertanya juga..rasanya macam 5 orang aje yang baca blogku ni termasuk diri sendiri...tak pasti …tak apa sebenarnya (orang lainpun banyak benda nak buatlah)…jadinya 5 kali 100 maksudnya 500 ringgitlah.Cukuplah kalau nak beli maskara, gincu dan bedak asas tu...

Tulis blog dapat duitke makcik?


Ada tengok blog orang..pandai mereka sambil menyelam minum air..jual cadarlah, jual sambal bilis..dan macam-macam..Ada juga yang ajak bisness internet..Okeyke..dalam 2 bulan mereka kata boleh jadi jutawan...teringin juga mencuba...tapi risau juga..takut jadi cendawan..


Tapi kalau Cikgu Sue berjaya buat bisness melalui internet akan kukhabarkan di blog ini ok..pasti..jutawan tau..Tajuk dah ada.. ' Dari guru darjah Satu..bergelar jutawan internet..' Canggih tu...bila dah jadi jutawan ha..jangan lupa nak sedekah!! Belum lagilah..Jadi orang biasapun dah syukurlah...Itu angan-angan.


Okey nak bercuti lama berblog..tapi kalau tetiba muncul balik (sebelum 2 bulan)syy..ada aje nak cerita.. di alam maya blog ini maksudnya duit dah habis tau...nak beli lipstik! Tapi jangan risau (siapa yang risau entah..perasan benar!) ..selagi hayat di kandung badan selagi masih di bumi Oman (cuti hingga hujung 2010) ..saya Cikgu Suriani binti Shariff akan terus menulis di pepasir Oman..InsyaAllah...supaya terus dapat duit..he..he..Terus setia ok k k l m n...


Maaf dan tegur apa yang patut..sekiranya saya

terlajak perahu…,terpatah jarum..

tersandung batu terlepas pandang...

hanya nampak kuman di seberang..

pisang emas dah belayar…

mendongak ke langit,

terlupa rumput di bumi..

tegurlah..

Selamat Merindu..jikalau merindu...

Sumur di ladang..

Salam Sayang...

Cantikkan..bukan makciktu...pemandangan di Dubai...


perasan...

By,

Cikgu Sue

Friday, July 10, 2009

Pisang

Buat kelas tambahan Bahasa Melayu...

Dengan siapa lagi kalau bukan dengan murid bertiga itu...di Oman ni manalah ada Kelas Bahasa...supaya mereka tak lupakan Bahasa Jiwa Bangsa itu!

Masuk bab penjodoh bilangan soalan yang diberi pada mereka..apakah penjodoh bilangan untuk pisang? Beri mereka pilihan jawapan :


Se kuntum pisang

Se rawan pisang

Se sisir pisang


Ali jawab mendahului yang lain...

" Ali tahu...semua tak...Se Rasheed !


Sir Rasheed pisang mak !! Berderai ketawa kami...Sir Rasheed tu cikgu dia.

Kalau ditanya lagi penjodoh bilangan, mahu banyak lagi 'Sir' Cikgu dia yang keluar..Kalau Sir Rasheed makan pisang tak apa jugakan.


Alamak banyak lagi yang perlu di ajar pada mereka. Lemah betul jiwa..Itu belum lagi tanya Se jarah...Sir Hugh Low, Sir Francis Light..Sir Paresmeswara?,, Yes Sir..No Sir !!

Se nak perut , se runding

Se tiap hari adalah hari yang baru..

Se nyum lah selalu

Se moga awet muda...

Se perti ...

(Saya)



By,

Cikgu Sue

Saturday, July 4, 2009

Banjir pasir







Rumah baru kami dilanda banjir pasir....kenapakah begitu? Ini cerita haritu.. Rumah kami betul-betul di tengah padang pasir...panas o kopi o.....jadi pasir itu yang dipanggil 'ribut pasir' pandai-pandai tukar pada 'banjir'telah menolak pasir masuk ke dalam rumah...

Sehari sebelum itu kami ke Muscat...masa sidai kain nampaklah angin pasir berpusing-pusing...macam puting beliung...suspen juga...secara tiba-tiba ..aku mengingatimu...eh..secara tiba-juga angin pasir masuk ke dalam cermin mataku... mujur juga badan sudah bersaiz XXL,kalau masih saiz S pasti Cikgu ini dibawa ribut pasir ke atas pepohon kurma itu!

Bila ke Muscat lupa mengenai ribut pasir itu...balik rumah nampak pasir merata-rata..diluar dan di dalam rumah...barang yang di luar rumah juga nampak bersepahan...seperti pasu bunga, kulit siput, kasut , botol minyak wangi...
sampaikan dalam mesin basuh, pun pasir masuk...ingatkan ada orang letak kemenyanke di luar rumah..

Nak jadi cerita paip air kami dari telaga juga tersekat oleh pasir yang berkumpul itu..

Masa pergi ke telaga yang ada di rumah sebelah...untuk mencari kerosakan terlupa waktu tidurnya orang Oman..maka orang itu macam tak suka aje...diri ini dapat merasakannya...nampak baru tidur ..sambil tu bawa kamera...kalaulah dia tahu...mesti dia bertambah marahkan...nak buat macammana..

Sempatlah ambil gambar telaga 'ajaib' itu...banyakla pokok-pokok...
puas kami menggoyang-goyang paip air, menguis-nguis pasir, jenguk di dalam telaga itu...seramnya, ...akhirnya kepala kami yang bergoyang sebab kena panggil orang 'repair' juga..mahal pula tu..21 rial bersamaan RM 210

Rasanya kena buat pulut kuningla..kenduri rumah baru ini...
Tunggu ya kami membuat jemputan....tunggu...kena buat 'paper work'dulu
Jangan tak datang...
InsyaAllah..

By,
Cikgu Sue

Sunday, June 28, 2009

Jiran datang...

Baru ini jiran datang rumah...jiran ini adalah Cikgu Iraq yang mengajar Bahasa Arab dulu...Suami dia di sini..Dia datang bercuti ke sini kiranya...Dia datang pada 24 Jun tau...kebetulan dia bawa..baju untuk kami anak beranak...dapatlah lagi Abaya...terima kasih...(hadiah besday tu)

Dia kata di Iraq tak sesenang di Oman...elektrik terpaksa di catu ...dapat bekalan 6 jam sahaja...dua jam pagi, dua jam petang dan dua jam malam...Kadang dapat sepuluh jam bersyukur sangat..Cuaca pula panas sama macam di Oman...Mereka guna generator..Dia kata di Malaysia adatak macamtu....Orang Malaysia jawablah...

Dia kata...tak tahu bila suasana di Baghdad, akan aman sebab dia mengajar di sana...dia menyewa apartment Saddam Hussin yang bina dulu...Rumah dia ada besar..tapi jauh dari sekolah dia...barang-barang rumah dia semua kena disimen...letak macam bawah tanahtu..

Dia kata...sebelum tidur dia selalu risau sebab anak dia bekerja di Selatan Iraq dan di sana selalu ada bom juga..anak dia jurutera...

Dia kata bila anak bongsu dia dah habis belajar di universiti Baghdad, dia akan duduk di Oman...Tapi dia masih sayangkan Iraq.Dia juga kata dia suka buat kuih, ada di ajar dulu..tapi di Iraq kalau nak buat kuih kena buat banyak2 dan hantar ke kedai untuk dibakar! Kalau tak ada elektrik kuih tak boleh diambil...

Rasa terkedu dengar...sebab sekarang merasa ada elektrik, ada pemusing kuih ada ovenpun ada segalanya....tak buat kuih.....Buatlah juga...tetapi ...bersyukur ya syukur ya kur !!

By,
Cikgu Sue

Wednesday, June 24, 2009

Dua Puluh Empat

Umur adalah (rahsia...) tau..

Alhamdulillah 24 Jun bermakna 24 tahunlah umurnya penulis ini...MasyaAllah .....(orang Oman suka sebut MasyaAllah).semalampun ada orang nak pasang internet tanya you Malaysia? MasyaAllah Malaysia!..tunjuk jari 'good' katanya.....belakang keretapun mereka selalu letak ayat 'MasyaAllah.'.

MasyaAllah mudanya lagi cikgu ini...
Amboi...sedar ke tak sedar insan ini..selalu bertanya pada anak-anak , apakah penyakit bercakap? Penyakit bercakap berbohong...ya ustazah!

Ini bukan berbohong tapi ...berguraukan.... diterbalikkan angka itu...masih nak mengucapkan syukur ke hadrat llahi...kerana dipanjangkan umur...untuk terus menempuh kehidupan ini , merasa nikmatNya mendapat keberkatanNya...

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah ibarat setitis air di lautan berbanding kehidupan yang kekal di Sana...

Arwah abang dilahirkan 19 Jun (Jun lagi..) di saat akhir pernah kata...adik jangan minta doa kaya, minta doa murah rezeki...Masa tu tak kisah senyum aje (6 tahun dulu), siapa tak mau kaya?
Kaya jiwa...bila berusia muda ini baru sedar...

Murah rezeki dari segi ;
kesihatan,
urusan hidup,
ketenangan,
murah siratulrahim,
murah sahabat,
murah senyuman ,
murah kasih sayang,
murah harga barang...

Ya Allah jauhkan aku..dari kesombongan, hasad dan dengki,meninggi diri, menunjuk serta riak...sucikan hatiku sentiasa...Amin..

'The More You Give, The More You Get '

By,
Cikgu Sue

Sunday, June 21, 2009

Fathers Day is My Birthday

Fathers day is my birthday.Weird right.Well here in Oman fathers day is on my birthday.So it can also be called as 'Twin Day'. Well I didn't do much on my birthday. Cause my dads in Muscat. Anyway I had a fun day being locked out by my brother-Ali-.He is very naughty these days.And sometimes could be funny too.Like the last time we were on the way to Muscat,he spelled tersekat like this>>>>>>tersircat.I was locked by him for twice today.

Ughhhh he is so naughty.But I still remain patience because now I'm .......years old.hehehehhe.Well I'm ......this year.and I hope to be a better person, if I could. Well as today is fathers day too so I'm going to talk about fathers day too.Well i didn't celebrate fathers day either.Cause my dad's in Muscat.But I am great full to have a dad like my dad.My dad is my hero.I love you daddy! Well happy fathers day to all and till next time.





From me,

Amanda Zulkarnain

Air Terjun


Tanda air dah penuh...

Peliklah juga...oleh kerana kami menerima air dari telaga..yang tuan rumah beri percuma...syukran ..ya tuan rumah...
..jadi air sentiasa perlu dipetik suisnya ...sebab air akan keluar perlahan..jika dah habis.Bayar letrik jugatu...Maksudnya air akan dipam dari telaga..jadi masa mula-mula pindah tidaklah mahir lagi...
Petik suis dan biarkan lama-lama...

Rupanya ada orang mengadu...bila air dah penuh...para hadirin sekalian ,air tu akan melimpah dari bumbung..ikut saluran paip yang dipasang. macam air terjun tu...apa lagi budak-budak ni sukalah...nampak air terjun dari bumbung...he..he..rupanya bunyi air yang bisingtu menganggu kententeraman awam...yalah tambahan orang sinikan tidur siang..bisinglah bunyi air terjun...nantilah akan kubawa melawat air terjun di Malaysia yang indah-indah itu....

Lagi lama tak ditutup lagi hebat airtu akan melimpah ruah...betul-betul macam bunyi air terjun....
kalau tengok dari tingkap dapur sesekali macam air terjun di Sungai Gabai, Sungai Tekala...air terjun di Hulu Langat yang populartu...rindunya!!


Jiran kami ada orang Iraq...rasanya ada jiran mengadu pada beliau ..dialah yang bertanya..nampak seperti air terjun banyak keluar dari rumah kami...maaflah...jiran-jiranku...

Jadi semenjak haritu..sebelum air terjun turun melimpah ruah sentiasa pastikan air TAK terjun dari bumbung.....dan sentiasa pastikan suis ditutup sebelum waktunya...

Sampaikan nak tidur bangun balik ...nak pastikan suis air terjun ditutup..hinggakan anak-anak bertanya "mak ni berapa kali nak tengok suis air?"

Bukan apa..takut lah lagi air terjun itu terjun melimpah ruah...seperti mana kasih sayangku yang melimpah ruah ini....ya habiBi C...D...E...F..



Itu....paip airnya..lima buah rumah sahaja yang ada paip di atas bumbung..sini.....kecil sahaja..tapi bila turun hebat seperti air terjun 5 bintang!


p/s Amanda ..21 Jun ...Selamat Hari Lahir....


By,
Cikgu Sue.