skip to main |
skip to sidebar
Kami buat aduan!!
Dalam kesibukan ini kami buat aduan...
Bukan buat aduan ke balai polis atau bomba..kami buat aduan ke negara India,,,!
Ayoo..yo.. semasa sedang menikmati makanan nan tandoori di rumah..
terlihatlah rerambut keluar dari celah-celah roti itu..
nak kata rambut ku yang hitam mayang mengurai bak puteri gunung Oman...bukan!
Rambut itu bewarna keperang-perangan...
Ahli-ahli dalam rumah ini semua nya juga berambut hitam...Rambut itu betul-betul berada dalam roti itu...
Ini rerambutnya...mayang mengurai....!dalam tepung tau!
Tanpa berlengah lagi kami mencari alamat email di pembalut roti nan tandoori itu..dan kami membuat aduan akan rerambut itu....
Fulamak!! bahasa orang muda...
selang sehari mereka balas email..
di sini disertakan balasan email itu....nanti tulis Inggeris mak kata tak faham...
Dia kata ini complain yang pertama setelah tujuh dekad..dia rasa kesal dan syarikat tu nak beri token...token...apa entah..dia suruh beri nombor siri...dan sebagainya..
Kami dah balas email dan sedang tunggu token apa yang dia nak beri..kalau dapat kain sari okey jugakkan!
Ini kandungan email...balasan dari syarikat tu...nama dan alamat tak disertakan ..takut kena saman !
Dear..........(rahsia)
We are in great regret and shock when we received the photographs sent in by you of the foreign material in our Ashoka Tandoori Naan. We are grateful to you for bringing this issue to our notice, and deeply regret the inconvenience caused to you.
At ADF Foods Ltd, food quality & hygiene is most important & hence products are developed in line with stringent standards laid down under ISO 9002, BRC & HACCP. We have been in business for 7 decades now. Our Quality Assurance Team too ensures adherence thereto thus such instances are least expected, hence the shock.
I on behalf of the Product Quality Assurance Department offer my sincere apologies for the ordeal and assure you that our Products are committed to high quality standards & are hygienic and this may be one of the stray incidences in our company.
Our Quality Assurance team here would ensure that the root cause is identified and tackled at the earliest, to avoid any untoward incidences like this in the future. For that we would like you to kindly mail us the Batch No. & Expiry Date of the product. We promise you immediate application of corrective, as well as preventive actions.
Hence, we assure you that this matter would be dealt with utmost care & due diligence.
We would like you to accept a small token of gratitude of our complimentary products for helping us in the betterment of our products. We would appreciate if you could send us your full address and telephone number.
Kindly continue to enjoy our products without any doubts in mind.
By,
Cikgu Sue
Kami dalam proses
penghijrahan...
pindah rumah jangan tak pindah..
nak bagitau...air percuma tak perlu bayar..sebab air dari telaga mata air...
tuan rumah sedekah..Air dari Allah..Amin!
Ini dapur rumah baru ..nanti dah hias kita tunjuk gambar baru tau..bukan nak menunjuk ya..
By,
Cikgu Sue
Guru umpama bintang...
Selamat Hari Guru...Cikgu!!
By,
Cikgu Puan Suriani (nama baru...)
Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu ...terutama
Ibu Halimah Nordin dan
Ibu Rokiah Ruslan...
Kasih sayang dan doa kudusmu tidak ternilai...
terima kasih atas segala-galanya..
Alhamdulillah selamat menjadi ibu......

Ikut muka siapa....?
By,
Cikgu Sue
Sempena hari Pekerja Haritu..nak kongsi ceramah agama yang didengar di TV 1..rasa macam penceramah pulakni...
Aduhai Sungai Lembing..apa yang merapu ke Sungai Lembingni?..Haritu tengok dokumentari mengenai 'Sungai Lembing yang Ditinggalkan' rasa sayu.. Bagus ceritanya pasal bijih timah, hanya warga emas yang mengerjakannya sekarang.....kejab-kejab disebut "Aduhai Sungai Lembing.."
Jadi sambung balik ceramah yang didengari itu hari....
Ada 3 jenis pekerja..dimanakah anda atau saya?
1.Pekerja ibarat dedalu- bekerja untuk menindas orang lain...
2.Pekerja ibarat melukut di tepi gantang- kalau dia bekerja atau tak , adalah sama-..sebab semua orang tak betul.
3. Pekerja ibarat lebah- kerja dengan tekun untuk menghasilkan madu kerana amanah yang diberi..
Ini kata penceramah tau...benda yang baik disebarkan walau satu ayat...juga untuk diri sendiri..Suri rumahpun pekerja juga kan..kan...
Aduhai Sungai Lembing!
By,
Cikgu Sue