Thursday, December 31, 2009

Hadiah bedak sejuk




Sempena 'anniversary' haritu..dapat hadiah bedak sejuk...bukanlah..terjumpa!
Ha...anak-anak sekarang sibuk dengan 'face book'la..anak perempuan tambah sibuk dengan 'face powder'la. Mak dia aje sibuk dengan bedak sejuk...adatak lagi orang guna bedak sejuk?

Ada bawa bedak sejuk dari Malaysia..terjumpa semasa mengemas..la..tak pernah kuguna? Tak ingatpun bawa bedak sejuk tu..patutla muka ku kurang jelita sedikit, mata turun , hidung pun dah kemek ..he..he.....baru ingat mak yang bagi dulu..ada orang datang jual kat rumah...
hadiah untuk dibawa ke Oman.


Orang yang jualtu sentiasa anak-anak akan kata, "mak tok kawan mak tok datang!"
...jadi semua penjual yang datang rumah termasuklah orang minta derma,sedekah, pakcik Hashim ikan itu kawan mak tok..ramainya kawan mak tok...

"Biar ramai kawan..musuh jangan satu ,satu musuh itu adalah ramai dan akan membuatkan hidupmu sukar,!" tetapi..kalau ramai kawan susah juga..nak belanja makanla..nak 'fridge magnet'la...

Sebenarnya nak ucap selamat Hari Jadi kepada mak Damansara dan mak Langat (selalu beri nama ni utk beza, sebab kedua-duanya dipanggil 'mak!')

Selamat Hari Jadi untuk mak dan mak mertua tersayang....31 Disember 2009 (kongsi 'birthday')

Tiada kebahagiaan yang lain selain mempunyai seorang ibu dan ibu mertua yang penuh dengan kasih sayang dan kasih sayang itu telah mengalir padaku dan akan kuberi atau kujual pada insan yang memerlukannya...he..he.. ....

Antara ayat 'power' mak Damansara :

1. Buat kerja kerana Allah, simpan duit.(dapat duit singgit belanja 50 sen aje)
2. Ikut resmi padi ,makin berisi makin tunduk.
3. Tanamla pokok

Ayat 'power' mak Langat:

1. Jangan suka meminta-minta (anakmu tak pernah minta apa mak...hanya minta kain batik aje)
2. Biar banyak membaca jangan banyak mengata.
3. Tanamla pokok

Semoga mak dan mak terus di beri Allah kesihatan yang baik! Amin!



Mak Rokiah Ruslan 71 tahun (sweet 17) dan mak Halimah Nordin 79 tahun (sweet sweet!) Dua-dua tunduk sebab tengok pokok bunga la tu...bajupun sedondon dengan bunga, cuba perhati!

Aduhai rindunya nak panggil " MAKKKKKKKK!"

Selamat Tahun Baru 2010!

By,
Cikgu Sue

Sunday, December 27, 2009

" Happy ' Anniversary ' "

Pejam celik , ulang alik tepian pantai, tanam pokok mati pokok, ambil Ali tinggal Ali..dah 2 tahun kami di Oman! Allahu Akbar cepatnya masa berlalu tanpa disedari..28 Disember 2009!

Ingat dulu masa tiba waktu nak tinggalkan Malaysia...
rasa lamanya nak habiskan "percutian 'Honeymoon' 3 tahun" ini...ya Tuhan!
Rasanya tak sanggup nak berlama di bumi kering pepasir Oman ,

Dan ..di saat kami dah serasi dengan kehidupan di Oman,
di saat pertemuan dulu ...waktu rindu bertaut...
kami rasa masa yang ada amatlah sedikit...rasa tak mau balik?
Ya macam-macam rasa ada..di hati...dah mula jatuh cinta?

Kalau nak cerita masa baru sampai Disember 2007...saban hari di telinga ku yang beranting-anting berlian 24 k ini...:


Amanda " mak, kenapa kita nak datang Oman , Amanda sedih tau tinggalkan Putrajaya!"
Adam " mak, Adam selalu mimpi Malaysia ,rindu semua orang mak!"
Ali " Mak, Ali nak balik Malaysia hari ini jugak!"

Tapi sekarang nada itu dah makin kurang dan jarang didengar...dan ada yang takut nak balik!

Apapun Redha akan ketentuanNya...masih terus bersyukur dengan anugerah kehidupan ini...
Bukankah mensyukuri itu dapat menolak azab!
Hidup adalah pelayaran juga tanpa sedar ia
adalah singkat untuk dilalui...jadi 'just wait and see'

I love you too...Oman! Happy Anniversary!

Kami...


By,

Cikgu Sue.


Thursday, December 24, 2009

Adam' s Stories

Dear bloggy, Im going to tell all of you who read this bloggy. This is about my friend at the school. Emanual is my friend. But sometimes I and my other friends call him Eman . But on Wednesday 23December2009 in the school that day that I write the date at there. In the school when the second period my music teacher told me that my friend Emanual is always be naughty in all the subject. My teacher told me if I am the best friend of Emanual or not? Then I said yes and then my teacher said dont be so friendly with Emanual my teacher mean that I can friend with him but dont be so friendly because in all the subject he is not concentrating and he always said the f word you all know what is f thing right? When it is finished about the talking I said thank you then my teacher said have a nice weekend then I said you too.

When I heard my teacher told me that I will friend with any kind of friend I have I don’t care is it a girl or a boy.


Ini lagi satu cerita Adam nak bagi tau semua orang yang baca blog ni. Adam dah main bola dengan orang belakang tu mak chek taukan budak2 tu yang main bola tu. Adam join dorang. Dorang dah jadi kawan Adam yang Adam tau nama dorang Ahmad and Walid je kalau dah habis main bola dorang cakap buzz khalas macam habis tulis blog le.

Anyway, even if I have many good friends here but there are not the same as the friends in Malaysia.


By Adam Zulkarnain.

Tuesday, December 22, 2009

2 Perkara

Perkara pertama...

1.SMS..ertinya.. Saya Menerima Sesuatu...semua orang rasanyalah (termasuk semua dlm rumah ini)dapat sms ni minggu lepas...di Oman ..oh..sukanya kalau terima sms dari sesiapa kala di Oman, nak
delete pun sayang ...asyik nak baca aje..(siapalah aku!)

"Despite the low rainfall level yesterday, dramatic casualities were recorded due to people driving into wadis.We urge you to extremely cautions."


Wow ...sehari sebelum tu hujan...bila anak2 balik dari sekolah ,mereka sibuk bercerita...cikgu kata masa announcement tadi..kalau esok hujan tak perlu datang sekolah...wah hebatnya di Oman...sesekali nak hujan tak perlu datang sekolah? Ada ribut taufanke..ya habibi..

Esoknya bangkit seperti biasa..nak sekolah atau tak sekolah?Cuaca sejuk pula...tak hujanpun ,cuaca aje mendung.....tetapi menjelang pukul 9 pagi cuaca mulai gelap ..dan hujanpun turun...

Hmmm..hujan tak adalah ribut petir begitu...tetapi khabarnya ...7 orang mati..kerana ada yang redah aje wadi..dan kereta mereka dihanyutkan air..memanglah..bila dalam kereta..rasa wadi..tu rendah aje..tapi aliran airnya amat deras....

Ini sebahagian gambar yang sempat diambil sehari selepas hujan...waktu hantar anak-anak ke sekolah..



Ni terowong rahsia (ayat mc)..laluan ke sekolah Ali

dan malam yang hujan tu kebetulan malam Awal Muharram..kami berhenti di tepi jalan kerana menyaksikan awan yang sangat pelik tak pernah lihat..rendah sangat rasanya bagai menyentuh daun kurma..dan berjalur-jaur, dalam gambar tak jelas..tapi masa tu kami takjub benar ...Subhanallah!


2. SMT...Saya Menerima Terung!!

22 biji terung...masak apa yang sedap?

MasyAllah jiran belakang rumah memberi 22 biji terung panjang yang ditanam sendiri...Apa nak
masakni..hanya diriku seorang yang makan terung ini..orang di sini kalau memberi memang
banyak-banyak..kalau sikit bukan orang Omanlah...dulu beri mangga banyak juga..tapi tak sempat nak kira terlalu banyak ya maulana...


Semenjak di sini memang tak pernah beli terung..sebab tak ada geng nak makan...
Cakap syukran padanya..tetapi minta juga anak terung dan betik..kata nak tanam..nanti kalau terungku tumbuh..boleh bagi semula terung itu pada nya...22 kali 2 maa..

SMAM...Selamat Menyambut Awal Muharram.







By,

Cikgu Sue

Tuesday, December 15, 2009

Lena dibuai mimpi...

Dia marah! Muka nya sangat masam mencuka...Selalunya dia pasti senyum menampakkan barisan giginya yang belum penuh itu....Giginya gongak juga..
Siapakah insan itu..

La..nak berdramalah pulak Suriani ini...Ini kisah benar mungkin biasa-biasa didengar...tapi bagiku ia amat membuatkan lututku menggeletar...


Pagi itu masak kuew tiau sup dan sebagai tambahan buat kuih serimuka .Masa dirasa begitu singkat sebab baru balik dari Malaysia uruskan kain baju dan segala -galanya ..takpe kita Redha ......kan setiap perkerjaan itu adalah ibadah...


Lepas habis kukus kuih seri muka ,
tengok jam baru 12.15 oh..ada masa untuk membaca..seronok! sebab balik haritu sempat beli beberapa buah buku lagi....
Dia balik pukuk 12.55....Baca bukulah dulu..
12.15 baca buku hingga 12.30 tengok jam awal lagi ...baca lagi...12.45 baru nak pergi..
dan...
tak sedar terus membaca dan terus tertidur ,buku yang membaca diriku,cuaca sekarang pulak sudah dingin ala Cameron Highland gitu..lagi enaklah dibuai mimpi indah..
Tersedar 1.15
Ya Allah punyalah terkejut dan menggigil...teringatkan anakku...Ali!

Macammana seorang ibu Mithali boleh terlupakan anaknya Ali?!!Mithalikah aku?
Tak sempat pakai abaya hitamtu...tapi pakai baju sopanlah..capai kunci kereta
dan terus melompat masuk dalam kereta...

Bawa kereta lajulah sikit...takla selaju pelumba di litar Sepangtu...
Sampai di sekolah ..suasana sungguh sepi...tak adapun bas-bas sekolah keluar masuk...Sebuah baspun tak ada...
Anakku di mana? Jam menunjukkan angka bahaya...1.33!

Alhamdulillah..nampak dia duduk di tembok sorang-sorang berhampiran pohon kurma...Dia berteduh!
Dari jauh senyum pada Ali...masamnya muka, sapa tak marah tinggal sorang-sorang
Masuk dalm kereta , Ali diam saja lama baru bersuara dan nak tahu apa dia kata,bertuahnya anakku...
" Mak , mak minum arakke mak? Mak lambat ambik Ali? Mana dia dapat ayat arak tu entah! Mak mabuk betul2 baru tahu!

Tapi bila hati dia dah sejuk dia kata,ada cikgu yang teman dan tanya "Where is your bas?" Dia jawab "My mummy take me" Ali kata baik ada cikgu teman tadi...

Ya, kitapun guru( yg pencen sementara)...kita faham perasaan seorang anak murid dan kita percaya pada ayat ini,

'untuk bahagia dunia akhirat-berbuat baik sesama manusia dan hulurkan kebaikan pada semua orang,maafkan orang yang menzalimi anda dan sambungkan tali siratulrahim org yg memutuskannya dengan anda...'

...Moga mimpi kita terus indah!
Ni masa Ali tido dalam kereta...

Kawasan sekolah Ali.. Sunyi....
Ini masa ambil Ali cepat... bas banyak lagi dan selalu ada orang solat bawah pohon kurmatu..kadang berjemaah lagi....3 atau 4 orang je berjemaah...

Inilah buku yang kubaca sampai terlena ada diskaun lagi....tak ada rahsia..janganlah risau...kalau kaya tak perlu baca blogku lagi..orang kaya kan sibuk! Tak sempat nak menulis mengarangni... Betul cikgu?


By,
Cikgu Sue.


Monday, December 7, 2009

Bawang goreng nak habis...

Balik Malaysia? Biar betul..
Semua balik ke?
Biar betul...

Dah habis kontrak ke...nak mengajar balik? jadi cikgu betul ni...Wow seronoknya...Biar betul betul

Maka 23 November lalu kami berenam dengan perasaan bercampur-campur gembira sedih tergamam dalam masa 2 hari buat keputusan balik beraya Adha ke Malaysia. Terima kasih kepada pihak penaja...

Malaysia..melambai-lambai kami...
Alhamdulillah 24 November kami tiba...
Kepulangan kami adalah satu rahsia .
Rahsiaku rahsiamu jua!(kecuali diberitakan kepulangan kakak ipar sorang)

Terharu ada bila kami tiba...yalah siapa sangka...kami nak balik lagi...


Tetapi jangan lupa kami mesti kembali semula ke Oman...kami diberi masa 10 hari sahaja...untuk membeli belah...di Kuala Lumpur itu tidak termasuk pergi IKEA..he..he..sukalah kalau dapat pergi IKEA..

Dan...di saat kami perlu pulang ke Oman...kami tinggal berlima semula...
Pantas masa berlalu ...2 bulan mak chek mereka di Oman tak terasa masa itu emas!
Siapa lagi nak buat ......

bawang goreng (sikit aje tinggal )
cili jeruk
bawang jeruk hijau
karipap
barbeque
mendamaikan pergaduhan anak-anakku

serta

membeli belah
bersenam
main kriket sambil minum teh di tepian pantai
kita memberi kritikan membina waktu nonton TV 1 (itu aje tv Melayu di Oman)
suruh istifar waktu
kena tahan poliskan? (bukan buat salah...saja polis nak berkenalankan kak?)
di dera berjalan hampir 5 kilometer di Dubai...aduh sakit kaki mu!
dan banyak lagi....

Kami faham ada insan lain yang memerlukan mu...
Kasih sayang terlalu indah untuk dikenang...moga terus abadi di hati...
Doakan yang terbaik untuk kami yang jauh ini...Amin!


Hayati gambar-gambar kenangan manis ...
Sempatlah beraya di rumah ' Rose Ikea'...he..he..Rose Linda...terima kasih...
2 Disember kena balik Oman semula...di KLIA, sebahagian anak buah..
Adam dan Mak Chek nya...


Michael Jackson Ali dan Mak Chek nya.


adik ipar dengan kakak iparnya...

Anak buah dengan MC nya ...di Dubai Mall...Sayonara...


By,




Cikgu Sue





Friday, November 13, 2009

Tanya pada rumput.

Rumput oh rumput mengapa engkau panjang?Ingat tak lagu ni?

Nyamuk? Apakah yang menyebabkan demam denggi...Ya tentulah nyamuk aedes...yang berbelang di kaki..hitam putih...(masa depan )

Ha...rasa macam guru semula..bila cakap pasal perkara di atas...
nak tahutak...bukanlah membuka aib di kaki...apa pulak di kakini..bukanlah membuka aib sendiri...tetapi nak bagitauni..kami dapat surat Saman!!!

Dapat surat saman dari Malaysialah...anakbuah hantar email...wow banyak juga kena saman jika tak dibuat pembetulan...Tetapi kami bukanlah pembiak nyamuk itu tau...kami sentiasa pastikan ad
a orang yang menebas rumput dikeliling kawasan rumah kami,walaupun kami tak pernah tinggal di rumah itu
kami ni pembersih tau..tak percaya? Cuba tengok jari kuku ku pendek lagi tau!! Semua kuku tabur kat pokok tau... ..tetapi kenapa?

Kami akan di saman oleh Majlis Perbandaran... (rahsia)!!
kerana dikatakan menjadi pembiak nyamuk , rumput di halaman rumah telah panjang benar.

Apa? Padan muka? Korang memanglah..kenapalah dugaan ini yang harus kami terima...
Chewah macam berat sangat dugaannyakan....Memanglah kami tak duga... ..cepat sangat rumput itu panjang?

Macammmanalah kami nak balik menebas rumput..setelah kami menjadi penternak unta yang berjaya di Oman ini??
Tetapi tak mengapa...segalanya akan diselesaikan oleh mereka yang baik hati itu....InsyaAllah.


Moga Allah membalas budi baik semuanya...
Ada hikmah disebalinyakan...
Yalah kita akan lebih menghargai kebersihan
menghargai persahabatan, persaudaraan
dan menghargai nyamuk...
kami takkan bakar kelambu kerana nyamuk2 itu...sebab kelambupun kami tak ada di Oman ini...
Okeylah ini sebahagian surat saman itu..
Apa?

10 ribu denda! 2 tahun penjara!
Kami tak bersalah Kan?





By,
Cikgu Sue

Sunday, November 8, 2009

JaZZZ

Pukul 9.00...Ring-ring (bunyi telefon zaman dulu...)telefon berbunyi....sewaktu sedang beratur membayar bil api... "Walaikumsalam..."

"Nak tengok konsert jazz tak? Jazz..Shiela Majid??
Bila? Dimana?
Petang ni pukul 4 di...salah satu Hotel...

Tiket percuma....terima kasih

Ada tiket percuma..yang sepatutnya dibayar 5 rial (RM 50) seorang
Percuma?....siapa tak nak?
Terima kasih kepada orang Malaysia Sarawak yang baik hati itu...
kami diberi 6 tiket percuma untuk menyaksikan konsert jazz di Oman ...



Singgah rumah orang Sarawak tu untuk ambil tiket dan dia beri pokok bunga yang mahal di Oman tapi di Malaysia belakang rumah dalam hutantu dulu banyak pokok ini...pokok 'money plant'

Maka kami pun pergi...

Ini Hotel Keraun Pelaza...



Pentas


Tempat minum

Ha..cuba tengok...ada cop di tangan...masuk nak masuk konserttu...pengawaltu cop di tangan...

...konsert tu mula betul-betul pukul 7...kami tiba pukul 5 lebih ada konsert lain sebelum jazz tu..untuk tidak membuang masa...kami pergi main bowling...Inilah kali kedua bermain bowling bagi kami berempat yang semuanya enam orang ini...

......Ha...ini kasutku saiz 7...manalah tahu ada insan baik nak sponsor kasut bowling waktu usia emastu!
bola...pun nak tunjuk! Tak tahu bola bowling ada banyak warna...cantikkan selalu guna bola no 10 . Ini.....apa ya? Tempat bola di buang...

La...dah umur 40 an baru nak main bowling? Sempattak nak ganti Shalin? Rasanya umur 50 bolehlah bertanding....Tetapi kali kedua bermain dua-dua kali dapat nombor akhir. Kak iparku KC tak sangka sangatla terror walau baru bemain.
Inilah bakal pemain 'baling'ke longkang...tepitu kak iparku...kc belakang Adam Ali

Tak apa mak beri peluang kepada semua orang untuk menang...nanti mak dah umur 50 tahun tak lama dah.. 8 tahun lagi mak mungkin jadi pemain bowling ternama dunia...Masatu mak akan kata.."L ihatlah dunia, seorang perempuan tua yang awet muda...he..he..jadi pemain bowling ternama..."
Eh tak naklah...harap umur 50 nanti kalau masih bernyawa...terus jadi guru tua yang bersemangat!(main bowling!!)


Tapi yang lucunya...masa Ali nak baling bola, Adam siap cakap dengan kuat..."Okey Ali ...ingat Allah!"Oh..oh..oh...anakku...tapi memang patutkan...sebab selalu cakap dengan mereka..apa-apa ingat Allah sentiasa....mulakan apa-apa juga dengan Bismillah...tapi tak perlulah jerit kuat-kuat ya anakku...

Masa tengok konset jazz tu...anak-anak siap kata, "lagi seronok main bowlingkan...
"kalau konsert Michael Jackson lagi best!
Memanglah..korangni...tak ada seni...
Bowling kena bayar tau..jazz dapat tiket free..hayatilah jazz itu..."Lihatlah sekitar alam..."


By,
Cikgu Sue

Wednesday, October 28, 2009

Bunga Raya


Walaupun raya dah habis..nak cerita pasal raya juga...alah bukan pasal hantu raya...e...takutlah kalau cerita pasal hantu raya...dulukan sepupu ada terserempak dengan hantu raya...dia naik basikal..bukan hantu tu naik basikal ..tapi sepupu yang berbasikal..

Secara tiba-tiba .....
hantutu betul2 berdiri depan dia...tak gerak2 dan tinggi warna hitam,mata merah ...hantutu tak pergi mana...sepupupun patah balik ...agak2 sejam dia pergi balik tempattu... hantutu dah tak ada....orang yang kat rumah depantu kata itulah hantu raya!...barulah sepupu rasa takut...sebelumtu tak takut!!masatu malam raya...hahkan dah takut dan melalut...


Macamni...haritu masa main badminton kat taman..konon nak jaga kesihatankan...nampaklah...orang nak buang pokok bunga raya..kat tamantu.....jadi semangat membara semula sejak balik Malaysia... sebab bawa pokok pandan 4 tangkai semuanya..mati...jadi kesiankan..pokok rayatu...ambillah bawa balik...mengubat hati yg sedih atas kematian pokok pandan lalu..

Bawa balik pokok rayatu dengan akar-akarnya sekali dan dengan tanah tanahnya sekali....Ali siap cakap," mak ni macam pencuri pokok!" Penuhlah bonet kereta dengan dua batang pokok bunga rayaku itu...Susah nak tutup bonet!

Hati gembira sangat..esoknya awal lagi dah tanam ,satu tepi rumah satu jauh rumah!!!He..he..Hari-hari siram pokok tu...letak air beras, kulit telur, kulit bawang dan segala kulit yang ada dirumah ini termasuk cebisan kuku.....bukan kuku hantu raya ya...
kak ipar ku sayang juga...tolong menyiram dan menjaga...pokok bunga raya itu ibarat menjaga anak kecil adanya....

Tetapi...kusangka panas hingga ke petang..
Bunga raya ku tak kunjung tumbuh...
Semakin lama ia semakin layu...terus layu...
dan menyepi...sepi..pi..p...
Kenapa? Why ? Why me?

Ini pokok yang hendak dibuang itu....semua terbaring kesedihan..mujur ada cikgu nak kutip ..

Itu pokok bunga raya asal... masih subur...





Inilah hasilnya segalanya penat lelah diriku berkebun...bunga kebangsaanku musnah!

Tetapi..ada pokok lain yang tumbuh subur...nanti akan dicerita lagi...
Lihatlah dulu pokok rayaku yang nazak itu....
Apapun berlaku hidup perlu diteruskan...jangan buang masa!

Wasallam...


By,

Cikgu Sue

Sunday, October 18, 2009

Senipis kulit bawang


Sentiasa berfikiran positif...kali ini cikgu Sue ingin terus memberi ceramah motivasinya....juga untuk memotivasikan diri sendiri...


Minggu ini anak-anak bersekolah baru...pindah sekolah senang cerita...
Ali berpisah sekolah dengan abang dan kakak dia.Pentadbiran yang sama , sekolah lain-lain. Mula-mula dia bersungut tapi dah dua hari sekolah alhamdulillah semuanya okey..

Di sekolah baru ni cikgu lain sikit...yang nak cerita mengenai layanan mereka...
Kita sebagai ibu....terasa nak pergi sekolah juga...sebabnya...cikgu mereka amatlah mesranya...siap pegang tangan dan salam lama waktu bersua pertama kali....siap cakap jangan risau...

Setiap kali jumpa sentiasa senyum tanya khabar, pegang kepala Ali dan murid-murid lain dan tepuk bahu mesra.. bila nak balik melambai-lambai hingga kitapun rasa sedih..nak berpisah dengan cikgu dia...Cikgu perempuanlah...
perempuan ya....
Begitu juga di sekolah Amanda dan Adam...semua harap sekolah tak cuti! Rajin benar?

Hingga cakap dalam hati , cikgu-cikgu ni tak ada angin 'puss puss' ke? ...Sentiasa tersenyum...
Itulah kuasa senyuman...Semua masalah letak di pagar rumah mereka agaknya..Bila balik harap mereka terus tersenyum walaupun kepada rumput d taman dan kuali di dapur!

Itu aje...semoga semua cikgu-cikgu di dunia ini...dilimpahi dengan kesabaran dalam mendidik...
Walau kadang cikgu di rumah pun tahap kesabarannya sudah nipis ibarat kulit bawang adanya...tak begitu...para ibu, mummy, ummi atau mak?
Anggaplah itu semua amanah...
Bila amanah dibuat dengan ikhlas ganjarannya pasti ada...
Insyaallah pasti ada....
Nanti kita tua sabar tak mereka...menjaga kita? (Wahai anak-anakku?)
Jangan bagi mak makan kulit bawang sudahlah...



By,

Cikgu Sue.


Sunday, October 11, 2009

Selamat Hari Jadilah...

Kami beraya ke Ibri baru ni..untuk menonton konsert Jamal Abdillah...apa hal pulak konsert Jamal di Ibri? Hmm..saja nak beritahu masa cuti 2 bulan di Malaysia haritu sempatlah menonton konsert Jamal Abdillah di Istana Budaya bersama kak ipar , mc dan dua orang anak buah..seronoknya...bukan peminat setia..sangat ...tapi minat pada lagu dendangan nya...lagipun tak pernah masuk Istana ...Budaya.. lahEnjoyla sikit.... Malam akhir tu Mantan Perdana Menteri , Tun Mahathir juga datang....

Kami dah beraya di Muscat rumah Duta Malaysia...amat baik Datuk dan Datin,juga ke rumah pembantu mereka... layanan sangatlah mesra...kalau saya seorang Suriani..saya juga akan memberi layanan yang baik kepada tetamu..masak yang enak-enak, senyum selalu, seronoknyakan jadi orang baik dan ternama..kalau jadi ternamalah...kalau jadi cikgu lagi cakap macamni aje.."jom kita makan kat kantin sekolah...lagi seronokkan!!
Bersembang di perpustakaan sekolah baru-baru ini..amatlah seronoknya...syukran sahabat-sahabatku..
Balik cuti baru ni bersama rakan guru...rin, are, cikgu sue..eh dia dipanggil cikgu, zura dan husna...duduk dalam library sekolah...macam dalam rumahkan. Kita kalau bersembang boleh sampai malamkan..cikgu-cikgu...



Rumah lama yang dibuat dari tanah..dah bertahun-tahun...di Ibri

Cop di dinding dalam rumah lama itu...

Kami juga baru balik Ibri...beraya lagi ...menikmati pemandangan di Ibri... memang indahkan bawa..ipar berjalan-jalan..tapi tak tahulah kenapa sekarang ini bila naik kereta terlelap, bila terlelap aje naik kereta...(ikut ayat saiful apek) kadang sedang beri penerangan pada ipar tak sedar tertidur sendiri...
tolonglah Suriani... Itu dia.....di Klia

Juga nak ambil kesempatan di sini nak ucap selamat hari jadi ..kepada adik Amir, 11 Oktober, terus tabah, dan harijadi terlampau kepada sahabat yang sentiasa beri komen di blogku ini..saudari bunga Rose Linda ..1 Oktober lalu, dengan ucapan.."terus menghadapi hari -hari indah dalam hidup ini..dan hidup perlu diteruskan...walaupun kita tak jumpa jalan ke Damansara..." hayati lah lirik dendangan Jamal ini...

"Kenangan manis kau dan aku..takkan ..terluput"..
okeylah tu...dan juga pada para sahabat yang menyambut harijadi pada bulan September dan Oktober juga..siapalah daku tanpa sahabat-sahabatnya...
ibarat mentimun adanya..
digolek luka tak golekpun terus terluka....

Sayang menyayang....

By,
Cikgu Sue.

Saturday, October 3, 2009

Yang Tinggal...

Tinggal sementara dulu Malaysia...
Dah ada di Oman semula...
Macam-macam yang tertinggal sebenarnya di Malaysia..
Nak cerita juga satu persatu..

Tinggalkan gigi, Ali..
Tinggalkan kapas...
tinggalkan pokok pisang ...
tinggalkan kicap dan tinggal kamera..itu semua sangat penting bagi seorang insan di perantauan ini....

Ali cabut gigi..jadi tinggallah gigi dia di Malaysia..3 batang semuanya..
Bukan itu aje...malam hari cabut gigi tu..baru lepas buka....waktu nak tuam pipi dia dengan air batu
dia tertelan kapas ...bukan kapas lembuttu..tapi kapas kain...

Ya Allah punyalah panik...bawa kereta punyalah laju...Makku ,Puan Rokiah yang sabar selalu...siap cakap...bawa perlahan..telefon biras tanya nak bawa ke mana...habis pikir bawalah ke hospital swasta...terus bawa masuk wad kecemasan..layanan punyalah baik...masa pembantu hospital rawat tu , Ali siap tanya," kenapa mak Ali nak mati dah ke?


Bila doktor rawat dan kata tak apa kapastu dah masuk dalam perut nanti dia keluar sendiri..lega sikit kena bayar 35 ringgit...Balik rumah Ali digelar, " Ali kapas..."-Bila cerita pada doktor gigi,(doktor India) doktor gigi ketawa dan kata, "sekarang nak raya orang kena mercun, adik telan kapas okeyla! "
Eh..buat eksperimen ke doktor ni!



Lagi satu dah ambik pokok pisang kecil tapi takut nak bawa, mujur ada anak saudara nak tanam, tenkiu Rafiq!
Kicap pulak sebab terlebih barang,,bukan satu tau 3 botol kicap yang tinggal...jadi sesiapa yang dapat kicaptu masaklah sesedap rasa...kicapmu kicapku jua...

Kamera cari makan juga tertinggal..aduhai lupa kat mana letak.
..yalah macammana nak syok sendiri nanti nak tulis blog nak letak gambar sebagai bahan buktikan!...Nak snap gegambar indah ..yalah banyak tempat lagi nak melawat ...di Oman ini...


Yang lain kutinggalkan
mak , ayah ...mak mertua..
ampunkan anakmu ini...bila melihat kelibat mereka ..yang semakin dimamah usia..(yalah nak bagitau juga, kami masih lagi memamah baki kurma hujung-hujung ini...sehari selepas tiba Oman kami beli kurma segar lagi...)
rasa sayu nak tinggalkan...semua itu...
ah, tak boleh nak cerita..kesedihan melanda kelak...

...Selamat datang kepada...iparku ke Oman...MC..selamat menempuh hari -hari baru di Oman dengan penuh kasih sayang...he..he..he..

Masalah kapas yang perlu diselesaikan oleh Ali...

By,
Cikgu Sue

Wednesday, September 9, 2009

Tembok dan Salam Raya






keras...temboknya

Bulan mulia ni waktu time masa sikit lari kerana...sibuk membeli juadah di pasar
Ramadan...penuh jari jemari di tangan...he..he..cerita balik kenangan di China Julai
lalu...



Masa sekolah dulu di Kajang selalu pergi pasaraya 'Great Wall'...selalu kata ,"dapat
tak nanti nak jejakkan kaki kat Tembok Besar China yang betul-betultu nanti...?"
Alhamdulillah masa jejakkan kaki di tangga Tembok Besartu..siap hentak kaki 3
kali..tapi sebelum tu pandang orang sekeliling dulu..yalah nanti ada orang kata , apa
gila ke orang yang pakai baju putihni..hentak-hentak kaki..nak jadi kudake...




Ya Allah takjubnya melihat kebesaran Allah..pemandangan yang indah sayup-sayup gunung ganang mata memandang. Diiringi dengan suasana hujan yang renyai-renyai rasa nak menari di kaki bukit tembok Chinatu.



Tembok China tu panjangnya lebih kurang 6000 batu, dan kalau berjalan mendaki temboktu ambil masa 2 tahun lebih baru akan sampai. Berjuta-juta orang yang mati...dan katanya kalau 10 orang yang pergi buat temboktu..hanya 1 orang yang akan pulang dengan selamatnya! Selamatke..kalau dah sorang-sorang.



Kenangan terindah....9 bersaudara, ipar biras seorang anak buah ..tepian tasik...'Summer Palace' tempat raja bercuti ...dululah...


Nenek ni umurnya 74 tahun..panjat tangga China ni sangatlah laju...jangan pandang belakang nek!


Nenek ni umurnya...4 lah puluh dua tahun...panjat tanggani..kuranglah laju...

Ini..tembok `kasih sayang' pengantin baru akan bawa mangga kunci ni dan ikatkan di tembok China ni..menandakan utuhnya perjanjian perkahwinan mereka ..alamak lupalah pulak nak bawa mangga basikal dari Oman ...




Atas puncak.... sekerat puncak je....banggalah juga...hitam putih kehidupankan...ada coklat sikit maa...

Okeylah..Selamat Hari Raya..maaf zahir batin............
InsyaAllah berjumpa lagi merisik khabar dari Oman nanti.
Selamat tinggal Malaysia ( buat sementara waktu)..kenang daku dalam doamu...
Sampaikan Salam....
Terima kasih.

By,

Cikgu Sue