Thursday, May 28, 2009

Token DAL...

Pagi, yang pos blog bertarikh 24 Mei dulu..pasal aduan roti.nan tandooritu berambuttu, waktu siangnya;
tanpa disangka kami mendapat bungkusan dari India!!

Fullanek!!, bahasa orang tua..bagusnya...cepat betul tindakan diambil...
Anak-anak ku.."mak! mak dapat hadiah" dari India mak!!
Cepatlah mak bukak!!
Hati ini berbunga bangga..sebab rasa juga dapat 'hadiah hari guru.'..dua tahun bercuti ..dari menerima hadiahkan..

Anak yang tidurpun (Ali , tido siang) minta Amanda kejutkan...sebab mak nak buka hadiah..yalah hadiah..dari India...jauhtu..

Maka sessi membuka hadiah bermula... 'excited' sungguh!!

Buka satu bungkusan berbalut -balut ada surat minta maaf...dan
kata ada barang nak beri...
Bila sessi buka hadiah suspen...sarike..token tengok wayang ke..atau 'vaucer 'membelah belahke...??

Mak...ingatkan mak dapat hamper...kata Amanda...
Mak ingatkan mak dapat buku..Adam berkata...
Mak, mak 'gila kentang'...bahasa anak-anak...Ali bersastera...

Bersyukur...dapat ...
dua paket kari segera- dal yang perlu dipanaskan dalam microwave selama 2 minit!!


Ikutkan setakat kari dal rasanya dah boleh masak
(resepi bonda Halimah, waktu mula belajar masak)
Tapi...
entahlah..terimalah pemberian dari kejauhan tu seadanya...
untuk mengubati hati kami pasal terjumpanya rerambut itu??
Terubatkah ..atau taubat??
ya memang ..terubat...sedikit pasal kami tertawa...
terima hadiah yang tak disangka!!
Ketawa itu ubat segala penyakit...ada betul makcik??

' Kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari...
Kusangka token kain sari yang datang:
Rupanya dalca serahkan diri.....'

express laju...


tebal ...
Ini..................................syukran ya habibi...

By,
Cikgu Sue

Monday, May 25, 2009

Buat Aduan

Kami buat aduan!!
Dalam kesibukan ini kami buat aduan...
Bukan buat aduan ke balai polis atau bomba..kami buat aduan ke negara India,,,!

Ayoo..yo.. semasa sedang menikmati makanan nan tandoori di rumah..
terlihatlah rerambut keluar dari celah-celah roti itu..
nak kata rambut ku yang hitam mayang mengurai bak puteri gunung Oman...bukan!
Rambut itu bewarna keperang-perangan...

Ahli-ahli dalam rumah ini semua nya juga berambut hitam...Rambut itu betul-betul berada dalam roti itu...

Ini rerambutnya...mayang mengurai....!dalam tepung tau!

Tanpa berlengah lagi kami mencari alamat email di pembalut roti nan tandoori itu..dan kami membuat aduan akan rerambut itu....

Fulamak!! bahasa orang muda...
selang sehari mereka balas email..
di sini disertakan balasan email itu....nanti tulis Inggeris mak kata tak faham...
Dia kata ini complain yang pertama setelah tujuh dekad..dia rasa kesal dan syarikat tu nak beri token...token...apa entah..dia suruh beri nombor siri...dan sebagainya..

Kami dah balas email dan sedang tunggu token apa yang dia nak beri..kalau dapat kain sari okey jugakkan!

Ini kandungan email...balasan dari syarikat tu...nama dan alamat tak disertakan ..takut kena saman !

Dear..........(rahsia)

We are in great regret and shock when we received the photographs sent in by you of the foreign material in our Ashoka Tandoori Naan. We are grateful to you for bringing this issue to our notice, and deeply regret the inconvenience caused to you.



At ADF Foods Ltd, food quality & hygiene is most important & hence products are developed in line with stringent standards laid down under ISO 9002, BRC & HACCP. We have been in business for 7 decades now. Our Quality Assurance Team too ensures adherence thereto thus such instances are least expected, hence the shock.



I on behalf of the Product Quality Assurance Department offer my sincere apologies for the ordeal and assure you that our Products are committed to high quality standards & are hygienic and this may be one of the stray incidences in our company.



Our Quality Assurance team here would ensure that the root cause is identified and tackled at the earliest, to avoid any untoward incidences like this in the future. For that we would like you to kindly mail us the Batch No. & Expiry Date of the product. We promise you immediate application of corrective, as well as preventive actions.



Hence, we assure you that this matter would be dealt with utmost care & due diligence.



We would like you to accept a small token of gratitude of our complimentary products for helping us in the betterment of our products. We would appreciate if you could send us your full address and telephone number.

Kindly continue to enjoy our products without any doubts in mind.


By,

Cikgu Sue





Wednesday, May 20, 2009

Dalam proses

Kami dalam proses
penghijrahan...
pindah rumah jangan tak pindah..
nak bagitau...air percuma tak perlu bayar..sebab air dari telaga mata air...
tuan rumah sedekah..Air dari Allah..Amin!
Ini dapur rumah baru ..nanti dah hias kita tunjuk gambar baru tau..bukan nak menunjuk ya..

By,
Cikgu Sue

Sunday, May 17, 2009

Umpama bintang

Guru umpama bintang...

Selamat Hari Guru...Cikgu!!




By,

Cikgu Puan Suriani (nama baru...)

Wednesday, May 13, 2009

Buah apa?
















Semasa balik dari Muscat haritu...(suka benar pergi Muscat....alah macam-macam ada ..macam pergi Kuala Lumpurlah)...kami berhenti di sebatang pokok...berhenti kat pokokpun nak 'habaq' ...

Masa dalam kereta nampak ramai orang kutip sesuatu di atas pokok...orang tu kat bawahlah..ambil kayu jolok buah atau melompat ambil buah... Di sepanjang jalan ada ditanam pokok yang sama..bukan pokok kurma...jadi hatini pun teringin nak tau..buah apa yang diambil...sedapke...bungake..atau apa?

Kami berhenti nak tengok pokok apa......ada buah warna kemerah-merahan...ambil satu dan rasa.. sedap!! .Buah nya berpintal-pintal macam buah asam jawa..tapi rasanya macam buah epal hijau..

Tapi tak tahu buah apa...bijinya macam biji tembikai , hitam dan nipis......ada simpan biji untuk di bawa ke Malaysia..10 tahun lagi jemputla makan!

Sedang kyusuk ambil buah tu datang pula sekawan kambing juga makan buah yang jatuh...
Anak-anak takut kambing terpaksalah beredar dari situ, mak anak pun suspen juga..pobia..sebab masa anak dara dulu pernah kena kejar dengar angsa...

Lagipun cuaca dah mula panas di sini...panas! Keluar rumah macam masuk oven!!
Siang semakin sepi, malam semakin gemilang dan terbilang..Mereka balik sekolah berjalan cakap macam matahari kejar ikut belakang...

Makanya sekarang mereka naik teksi pergi balik sekolah..walaupun dekat, kerana panas seperti menggigit kaki......pukul 6 pagi dah terang benderang ....fajar pukul 4.08 pagi. Selamat hadapi musim panas yang seterusnya untuk kami....
Maasalama! Panas Maa..




Musim panas ..buat projek ais krim Malaysia...


By

Cikgu Sue

Saturday, May 9, 2009

Jadi Ibu...

Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu ...terutama
Ibu Halimah Nordin dan
Ibu Rokiah Ruslan...
Kasih sayang dan doa kudusmu tidak ternilai...
terima kasih atas segala-galanya..

Alhamdulillah selamat menjadi ibu......


Ikut muka siapa....?



By,

Cikgu Sue

Tuesday, May 5, 2009

Pekerja

Sempena hari Pekerja Haritu..nak kongsi ceramah agama yang didengar di TV 1..rasa macam penceramah pulakni...

Aduhai Sungai Lembing..apa yang merapu ke Sungai Lembingni?..Haritu tengok dokumentari mengenai 'Sungai Lembing yang Ditinggalkan' rasa sayu.. Bagus ceritanya pasal bijih timah, hanya warga emas yang mengerjakannya sekarang.....kejab-kejab disebut "Aduhai Sungai Lembing.."

Jadi sambung balik ceramah yang didengari itu hari....

Ada 3 jenis pekerja..dimanakah anda atau saya?

1.Pekerja ibarat dedalu- bekerja untuk menindas orang lain...

2.Pekerja ibarat melukut di tepi gantang- kalau dia bekerja atau tak , adalah sama-..sebab semua orang tak betul.

3. Pekerja ibarat lebah- kerja dengan tekun untuk menghasilkan madu kerana amanah yang diberi..

Ini kata penceramah tau...benda yang baik disebarkan walau satu ayat...juga untuk diri sendiri..Suri rumahpun pekerja juga kan..kan...
Aduhai Sungai Lembing!


By,

Cikgu Sue