Sunday, February 7, 2010

Hari Baru








Ini gambar2 di masjid Abu Dhabi...Masjid Sheikh Zayed bin Sultan al Nahyan dimana Sheikh Zayed dimakamkan di sini . Sheikh Zayed merupakan Presiden UAE dari 1966 hingga 2004.Bulan lepas juga Perdana Menteri Malaysia melawat ke Masjid ini.

Cantik dan syahdu itu perkataan yang mampu digambarkan...

Walaupun bertudung kena pakai abaya juga..dan abaya ini berbau wangi..sekali aje pakai kemudian mereka basuh...



Ramai-ramai



Bergaya...semua wanita solehah itu...



Itu para pemimpin UAE ambil gambar di Imigresen mereka.Masa di sini kena cek mata...tak tahu kenapa? Bila masuk ke UAE rakyat Malaysia tak kena bayar berbanding negara lain seperti Filipina, Indonesia, Thailand banyak juga bayarannya.

Dan nak ambil kesempatan di sini ucap Selamat Hari Jadi buat ayah Shariff Saad yang ke 72 pada 8 Februari , (bersamaan tarikh lahir Tunku Abdul Rahman (Al Fatihah) ) semoga ayah diberi kesihatan yang baik...
Walau kini terasa ayah kurang dah sms anakmu ini... ayah kata mata tak nampak...bersabar ayah...Allah menduga kita...hanya doa yang mampu kuberi..

Masa post blog ni rasa badan bagai dipukul...tekak perit , macam nak demam berjalanpun macam orang tua...macamlah kita muda lagi... gigipun rasa nak longgarni...lama dah tak rasa macam ini...

Dua hari lepas kami baru pulang dari Salalah nanti cerita ya bila dah sihat ...ada Makam Nabi Ayub, Makam Nabi Salleh dan Makam Nabi Umran...

Okey Moga hari-hari yang kita tempuhi membawa keceriaan, kebahagiaan dan jangan lupa sentiasa memaafkan semua orang .Setiap hari adalah hari yang baru! Bersyukur dengan kehidupan ini...




By,

Cikgu Sue


Tuesday, February 2, 2010

Bintang-bintang berkerlipan...


Mengapa amik gambar beg kertas ini? Beg kertas hotel. Bila nampak beg kertas ini maka ternampaklah bintang-bintang . Inilah 5 bintang sebenarnya yang kunampak waktu pergi bercuti.


Ini hari dan tempat terakhir kami bercuti iaitu di Sharjah .Bandar Sharjah ini melaui Dubai dahulu.Dekat dengan Dubai. Hotel di sini agak murah ,murahlah sikit berbanding dua hotel yang kami menginap di Al Ain dan Abu Dhabi. Bandarnya pula lebih besar dari Muscat .

Di Sharjah ini ada banyak tempat menarik tetapi kami hanya pergi ke Souk nya yang boleh dikatakan menarik dikenali sebagai 'Blue Souk'.Tak puas rasanya berjalan dalam souk ini dan harap dapat datang lagi...Barang-barangnya murah berbanding di Muscat .Kurang sikit barang dari China banyak dari Mesir, India ,Pakistan ,Yaman dan Afghanistan.

Ada satu gedungnya pula jual abaya dan karpet saja....macam-macam corak dari 20 dirham hingga beratus dirham..Gila dibuatnya .Kalaulah duitku berjuta...akanku beli semua karpet-karpet itu...

Tapi sejak menjadi jutawan 'fridge magnet' kami banyak membeli fridge magnet aje......macam tak ada idea lainkan...bukan tak idea lain..takkanlah nak bawa karpet berat2 nak bagi pada orangkan?Lagipun beli karpet akan dipijak , beli fridge magnet kita tahu kita ada ramai kawan dan saudara mara...lagi penuh pintu peti ais lagi baaaanyak la kawan dan saudara mara yang menyayangi kita...kan?


Waktu menginap di hotel PanGulf ini dalam tak sedar kepala ini terhantuk pada pintu cermin ..Ya Allah kuatnya...ingatkan tak ada pintu..terus masuk!

Boom! kepalaku yang besar terlanggar cermin..orang hoteltu (berdua di kaunter) punyalah tahan gelak...tapi sikitpun tak tanya kita okey atau tidak. Biarlah deritaku kutanggung sendiri...

Nak elak malu gelak aje..sakit sebenarnya ... terasa 'besar kepala' kejab dan masatu terus nampak bintang-bintang berkerlipan! ..
Benarni...anak-anak dah masuk dalam..mereka berlari dan datang dekat..mereka kata ingatkan orang lain...rupanya "mak 'accident'!"
Rasa kepala jadi empat segi...Kena tuam kepalaku ini...

Esoknya masa turun dari hotel ada lagi tanda hidung dan dahi di pintu hotel itu..Ha..seronok sangat padan muka ...siapa yang bersalah? Pihak hotelkah? Kepalaku kah? Pintu itukah?

Tetapi bila kepala dah terhantuk terasa fikiran ini berubahlah ..daya ingatan makin pulih..tak percaya? Cuba hantuk kepala kowrang kat pintu.... seorang yang positif diriku menjadi lebih 'positive thinking'- suka tersenyum dan suka beli tudung!




Blue Souk dari luar



Kedai abaya...dalam ada baju, beg besar beg kecik,banyak barang kaum wanita ...semua nak beli..Amanda 'didemokan' pakai tudung cara Arab...
Blue Souk dari dalam tutup pukul 2 hingga 4.30 petang


Kedai Ali


Kedai karpet
Deretan karpet yang mampu kami beli...eh ..,deretan 'besi berani peti ais' yang berjaya ditawan oleh hati ini...


By,

Cikgu Sue

Thursday, January 28, 2010

Luasnya pemandangan

Kami berjalan -jalan ke negara Timur Tengah yang tak bertepi- Al Ain , Abu Dhabi dan Sharjah....selama 4 hari 3 malam menaiki kereta bersama dua orang rakan Malaysia yang baik hati N dan S.Betullah kata orang jauh berjalan luas pemandangan...keringlah poket!

Oleh kerana cuaca yang masih lagi suam-suam sejuk jadi perjalanan ini bolehlah dibanggakan dan kami memberi 5 bintang kepada perjalanan kami ini...Sesungguhnya indahnya bumimu Ya Tuhan!

MasyaAllah...Alhamdulillah ... .segalanya perancangan yang sepintas lalu..'kertas kerja' dibuat oleh N dan S kami mengikut sahaja...(ini kali ketiga kami bercuti bersama N dan S )

Kami dicadangkan akan melawat Muzium- muzium ,padang pasir dan tempat sejarah seperti penempatan Badwi...

Tapi 17 Muzium yang ada dalam 'kertas kerja' satupun kami tak melawat muzium itu
tapi kami melawat Zoo di Al Ain di mana di Oman tak ada Zoo.Adam dan Ali pulatak pernah melawat Zoo walau di Malaysia...herannya mereka masuk zoo...

Tempat pertama yang kami pergi ialah Jabal Hafeet yang tempatnya amatlah cantik, indah dan amat mendamaikan...di atas bukit...jalannya pula seperti ular dipalu...

Jadi saksikan gambar percutian berbintang-bintang ini....

Bersama rakan seMalaysia dari kiri N, Amanda, makciktu dan S...asyik ketawa saja bersama mereka...
Di atas bukit ini kami terjumpa batu kristal...orang saksikan pemandangan kami sibuk mengutip batu-batu kristal..kemudian ada pulak pelancong lain yang juga mengutip setelah melihat kami mengutip kristal itu..Waktu tengah hari kebanyakan binatang juga turut tidur

Amanda kena interview waktu dalam zoo...lepas interview dia dapat buku percuma mengenai Abu Dhabi..bukuni kalau nak beli berharga 36 ringgit.Buku ini banyak menolong kami mencari jalan dan tempat semasa di Abu Dhabi.
Atas bukit....'Jabal 'tu maksud bukit

Di luar zoo

Okeylah percutian ini akan bersambung ceritanya sebelum tu ada 2 pesanan kepada kita semua...

Can you read this?
By,
Cikgu Sue

Monday, January 18, 2010

Rehatlah wahai pokok!

Puas sudah kutanam budi emas juga dipandang orang...(Orang Oman suka emas) Pergilah souk malam2 terutama hujung minggu pasti ramai orang yang beli emas...pernah pergi ke Souk emas tapi tak beli...tengah kumpul duitni nak beli yang besar sekali...biar semua orang nampakkan?

Puas sudah kutanam pokok cerita bermula ...cerita pokok lagi. ..

Sebenarnya nak tunjuk gambar pokok yang 'rajin' ditanam di pepasir Oman...
MasyaAllah rajin benar ke?
Bukannya rajin...yalah kalau tak tanam pokok akan ku post blog ini setiap hari....


Waktu kat Omanni..rasa macam pokok tu nak minta ampun..janganla..siram dia banyak sangat! Satu hari sampai 4 kali nak siram ..ada yang dah matipun terlebih air...

So this is the picture...masih sejuk speaking lagi..'
Tanam pokoktu takla banyak sangat ...saja nak kongsi kegembiraan ..kerna
'kejayaan' menjadi pekebun !


Ha...Ini 12 batang pokok cili..tak taula cili merah atau cili capcicum..tabur biji..pasti tumbuh...Dulu ada lagi banyak TAPI ....

Inilah tangga naik ke rumah...itu deretan pokok cili...dan koleksi kulit siput kami...dekat pantaikan!

bangga..megah..mewah..ciliku banyak!

juga nak kongsi mungkin dah tau kot,
daun cili dan pucuknya tu rupanya boleh dibuat sayur resepi mak mertua...campur dengan keledek ...
sedapnya...


dah tanam 5 batang pokok kurma keliling rumah..bukannya kami sempat makanpun tapi kata pepatah cina :
nak tanam pokok tanam 20 tahun dari sekarang! Alah maksudnya nak simpan duit simpan 20 tahun dulu maa..Ke manakah duitku menghilang paa??

Ini biji kurma yang kami makan...dah jadi pokok..
kurma lagi...belakang dan depan rumah ada ditanam...

pokok naga 'dragon fruit' bawa dari Malaysia...satu jengkal bawa 6 bulan lalu..satu jengkal masih juga begitu...


dan akhirnya..kongsi kedukaan...




pokok cili....ikut juga... kelebihan air dan masa main kejar2 dengan ayam habis ayamtu langgar banyak pokok ciliku...

'R.I.P' semua pokok-pokokku...


By,
Cikgu Sue

Tuesday, January 12, 2010

I Beri


I beri you tak mahu...
Hmmm ...Kami ke IBRI lagi..rasanya inilah tempat jauh yang kerap kami pergi dua jam perjalanan dari Sohar jadi berilah nama baru selain I berry pun bolehlah!

Waduh tak sangka cuaca di Ibri sangat sejuk tambahan waktu malamnya..sejuk yang mengggigit tulang temulang.....Ibri ni tempatnya kecil sahaja tetapi banyak bukit (sebabtu sejuk kot) dan jauh dari pantai .Kami juga menyewa rumah kecil seperti sebuah studio..jadi tiadalah kemudahan seperti hotel...tidur atas lemek aje...

Barulah rasa nikmatnya tidur atas tilam...yalah kita akan menghargai sesuatu bila ianya tiadakan?

Okeylah gambar rumah tak ambil tapi ambil gambar pemandangan waktu musim sejuk..tak adalah salji tu...tapi pelik jalan sikit ada saja orang berkelah...siap bawa gendang lagi..tambahan kalau tempat tu ada air...ramai yang berkelah ...so enjoy the picture...cakap orang putih sikitla...sebab sejuk kena speaking...







Tak ambil gambar mereka berkelah dekat-dekat..takut mereka marah...

lagipun kena ambil gambar kalau tidak mataku akan terpejam kalau cerita dah habis...(apalah sangat ceritaku kala di Oman duhai teman? )



Hanya ada bukit dan padang pasir...


Banyaklah sikit pokok dan rumput kehijauan...kata doktor untuk sihatkan mata banyakkan pandang benda2 hijau...jadi kami mengambil kesempatan yang sedikit hijau ini menyihatkan mata...sebelum musim warna coklat dan musim 'microwave ' tiba ...
Ni pokok dekat rumah kami...ada rumput ! adalah air embun boleh letak di mata...

Belakang kedai makan ada bukit cantik seperti disusun batunya...

kedai makan di Ibri...yang Ali kata, "kedai buruk tapi makanan dia sedapkan"..apa ajelah Ali...asal dikau bahgia nak( walaupun hatinya mulai gusar sebab telur tak menetas!)...
Sesungguhnya mee rebus jua yang tiada di sini...

By,
Cikgu Sue.


Tuesday, January 5, 2010

Telur nan sebiji/ ( sebutir )

Harini terlambat lagi! Terlambat bukan sebab tertidur tetapi buat aktiviti kejar mengejar. Apakah yang dikejar dalam hidupmu? Ini lagu okey...

Kalau peribahasa kata ayam bertelur sebiji riuh sekampung bolehlah dikata bukan ayam yang riuh tapi kami sekeluarga yang riuh se Oman!
Pagi 2 Januari, anak-anak menjerit ,"mak, mak ayam beranak mak ! Duduk Oman beranak dengan bertelur pun tak boleh beza.

"Bertelur..."Ha ayam bertelur bawah kereta ! La..kelam kabut nya kami..Mereka semua di luar rumah dah sedia nak naik kereta ke sekolah...Cepat-cepat keluar rumah nak tengok telur ayam...Mereka kejar ayamtu sebab nak suruh ia keluar ...terlanggar pulak nantikan!

Tak sedar tak tutup pintu tadi, ayam masuk dalam rumah...La..macam mana ni? Jadi sessi kejar ayam bermula dengan Ali dan Adam memecut..tak mau keluar ayamtu..masuk ke ruang tamuku yang 'indah' itu...



Tengok ayam dalam ruang tamu...naik atas kerusi lagi...


Bila acara melepaskan ayam selesai acara menyelamatkan telur ayam pula...
Banyaklah pesanan.."reverse keta elok-elok." "jangan bagi telur pecah"..."Eee..nanti keluar baby ayam"

Amanda siap cakap, I feel like a villager!(telo sebiji dah suka sangat!)


telur bawah kereta (kenapa dia bertelur bawah kereta kami?)Ada 'ong' tak?


Tengok ayam bertelur atas batu...sini mana ada rumput banyak...


Oleh kerana dah lambat dan pintu rumahpun dah dikunci, jadi bawalah terus telur nan sebijitu masuk dalam kereta.

Tak sangka Ali yang boleh dikatakan kadang bermulut cili capcicum boleh cakap begini :

:" Mak ,makni macam perompak!"

Kenapa??"

:"Kenapa mak tak biarkan aje telur tu!"

Eh,mak takutla nanti burung makanke ,kucing makanke.."Kawasan terbuka tu"

:"Biarkan ajelah..nanti mak ayam cari anak dia...mak ayam sedih!"

:"Cuba anak mak orang curik...mak marah tak!?"@@$$*&^%

La..ke situ pulak budakni...Perompakkah aku ini? Benarkah?

'
Ini telur ayam dalam kereta 'perompak!'. Jangan tembak ya 'perompak' itu...


By,
Cikgu Sue

Thursday, December 31, 2009

Hadiah bedak sejuk




Sempena 'anniversary' haritu..dapat hadiah bedak sejuk...bukanlah..terjumpa!
Ha...anak-anak sekarang sibuk dengan 'face book'la..anak perempuan tambah sibuk dengan 'face powder'la. Mak dia aje sibuk dengan bedak sejuk...adatak lagi orang guna bedak sejuk?

Ada bawa bedak sejuk dari Malaysia..terjumpa semasa mengemas..la..tak pernah kuguna? Tak ingatpun bawa bedak sejuk tu..patutla muka ku kurang jelita sedikit, mata turun , hidung pun dah kemek ..he..he.....baru ingat mak yang bagi dulu..ada orang datang jual kat rumah...
hadiah untuk dibawa ke Oman.


Orang yang jualtu sentiasa anak-anak akan kata, "mak tok kawan mak tok datang!"
...jadi semua penjual yang datang rumah termasuklah orang minta derma,sedekah, pakcik Hashim ikan itu kawan mak tok..ramainya kawan mak tok...

"Biar ramai kawan..musuh jangan satu ,satu musuh itu adalah ramai dan akan membuatkan hidupmu sukar,!" tetapi..kalau ramai kawan susah juga..nak belanja makanla..nak 'fridge magnet'la...

Sebenarnya nak ucap selamat Hari Jadi kepada mak Damansara dan mak Langat (selalu beri nama ni utk beza, sebab kedua-duanya dipanggil 'mak!')

Selamat Hari Jadi untuk mak dan mak mertua tersayang....31 Disember 2009 (kongsi 'birthday')

Tiada kebahagiaan yang lain selain mempunyai seorang ibu dan ibu mertua yang penuh dengan kasih sayang dan kasih sayang itu telah mengalir padaku dan akan kuberi atau kujual pada insan yang memerlukannya...he..he.. ....

Antara ayat 'power' mak Damansara :

1. Buat kerja kerana Allah, simpan duit.(dapat duit singgit belanja 50 sen aje)
2. Ikut resmi padi ,makin berisi makin tunduk.
3. Tanamla pokok

Ayat 'power' mak Langat:

1. Jangan suka meminta-minta (anakmu tak pernah minta apa mak...hanya minta kain batik aje)
2. Biar banyak membaca jangan banyak mengata.
3. Tanamla pokok

Semoga mak dan mak terus di beri Allah kesihatan yang baik! Amin!



Mak Rokiah Ruslan 71 tahun (sweet 17) dan mak Halimah Nordin 79 tahun (sweet sweet!) Dua-dua tunduk sebab tengok pokok bunga la tu...bajupun sedondon dengan bunga, cuba perhati!

Aduhai rindunya nak panggil " MAKKKKKKKK!"

Selamat Tahun Baru 2010!

By,
Cikgu Sue