Tuesday, September 23, 2008

Eid is coming


Hi everyone!!! The Eid is coming.It is so near.And I am so happy about it. I can't wait to go back to Malaysia.I can't wait to see my grandmothers, my granddfather ,my cousins,aunties,uncles,my friends etc.Ohh,before i forgot, HAPPY EID!!! everybody.Please forgive me from my hair to my toe nails.Do read our blog. Till next time...Bye!!! See you all in Malaysia!!!



By,

Amanda Zulkarnain

Monday, September 22, 2008

Kirim Raya

Jadilah..walaupun balik sekejab...nak ambil stok barang-barang juga .Wah panjangnya list barang yang nak dibawa dari Malaysa...biarkan... Kicap senarai nombor satu...ada lagi setengah botol, punyala jimat...kadang hairan juga kenapa barang Thailand ,Filipina dan Indonesia banyak di sini.Agaknya orang Malaysia tak ramai atau orang Malaysia kurang aktif nak promosi barang sendiri...anak-anak Melayu bangunlah wahai bangsaku,berjuanglah ...ini macam baca sajak dah...

Sebenarnya nak cerita pasal raya yang mendatang,tengah kalut nak susun barang dan hari-hari selalu dok fikir apa nak masak? Naik bingung rasanya... Raya-raya... teringat pelita , teringat mercun bunga api ketupat lemang rendang dan segalanyalah...zaman kecil yang paling seronok...dulu-dulu kalau raya baru dapat baju dan kasut baru......manalah ada banyak 'shopping complek.' besar-besar macam sekarang di Malaysia...beli baju rayapun di pasar malam...Seronok tak kira...hari-hari tengok kasut dan baju dalam lemari ..yalah takutla kena curi...sapa ada cerita yang sama marilah kongsi...


Kuih cara ku...


Apple pie mu...

Tak sedar masa berlalu kitapun dah tua. (bukan tua tapi matang fikiran)..anak-anak pula mengambil giliran...zaman berubah...Anak-anakpun sibuk cerita nak' henpon' baru...kalau dapat duit raya...saban tahun tukar 'henpon ' wei!

Jari sepuluh disusun...ada nak kirim barang? Sempat lagi.. tempahan masa dibuka ...tapi di blog ini sahaja...antara barang yang boleh di bawa dari sini...kurma ...tak ada apa sangat di sini...banyak barang 'Made in China '...ada rakan nak hati unta kering , kami tengah cari...kalau ada akan di bawa, kakak iparku nak kemenyan yang boleh dimakan tak jumpa lagi...nanti kami carilah apa benda ala-ala kemenyan yang boleh dimakan ok?
minyak wangi ada, habatul Sauda ada, bukhur- haruman yang di asap bagi wangi kedai atau rumah ada, (ini macam nak buka pasar malamni)... Abaya nak?...yang murah tak berapa cantiklah...tapi semua satu warna hitam je. Balik Malaysia abaya berehatlah, pakailah pakaian kebangsaan ya Cikgu...Ok jumpa lagi.. Pantun raya

Hari raya nak pakai kebaya,
bulan posa 5 kali makan kuih cara , huwa!
Maaf dipinta sempena raya
Akan kubawa balik kicap jua...huwa!


Bukhur - (org Oman guna bagi wangi kedai atau rumah...kamipun guna jugalah...bagi wangi rumahku syurgaku..) setengah orang Oman guna bagi wangi abaya atau jubah putihtu..



Habatul Sauda hitam



Kicap yang tinggal sedikit...huwa!

Jumpa selepas raya...

By

Cikgu Sue

Monday, September 15, 2008

Menghitung Hari








Raya di rantauan ...bayangkan raya di rantauan tanpa kehadiran mak ayah ,ibu mertua kakak ipar dan abang-abang ipar anak buah serta adik beradik semua. Berpuasa selalunya bersama rakan taulan.Beraya pula tanpa makanan tradisi lemang dan ketupat...Ah, tak boleh nak bayangkan.!(macam baca dialog drama radio a...) Hakikatnya kita mesti biasakan diri dengan perubahan. Dulu pernah dua tahun beraya di rantauan tanpa ibubapa dan keluarga belum ada anak-anak lagi...Tahun pertama rasa sedih sikit, tapi terhibur dengan kehadiran sahabat handai di rumah kami yang kecil .(nak masuk rumah kena ikut giliran) beserta cuaca yang membeku...tapi selalu ada orang Malaysia singgah...Rakan taulan juga adalah keluarga rapat kita kala di rantauan.Tahun kedua beraya bersama Amanda serta abang ipar yang juga sambung belajar datang bersama keluarga dengan tiga orang anak mereka yang masih kecil-kecil masatu...terasa raya bersama keluarga...


Tahun-tahun seterusnya kami raya di Malaysia dengan ahli-ahli yang makin bertambah..Tahun 2003 terasa kehilangan, kerana kehilangan arwah abang menjelang hari raya...Tahun ini juga...kami kehilangan lagi tiga orang ahli keluarga yang amat rapat,disayangi dan baik hati, dua abang ipar sulong (kembar ) dan biras. Semua dalam KetentuanNYa. Kitapun semua akan ke SANA cuma masa yang menentukan.


Alhamdulillah...kami dah mula nak kemas barang...InsyaAllah kami tidak beraya di rantauan...walaupun sekejab tapi jadilah melerai kerinduan,menyimpul kasih sayang.. ...Pesan orang tua 'mentara ibubapa ada , jenguk-jengukla mereka'...Harapnya begitula bila kami meniti usia emas nanti, kalau dipanjangkan umur...

Beg ,baju yang akan naik kapal terbang ...dalam proses pemilihan lagi...



Di sini dah mula kedengaran orang bermain mercun...dan malam terdengar bunyi wisel...wisel bola! Hmm mereka bermain bola sepak sehingga pukul 1 pagi. Tiap2 malam, terutama di hujung minggu lagila. Pasang lampu terang benderang. Waktu malam di sini seperti pesta...ramai orang keluar sampailah ke pasar raya Lulu tu yang di buka waktu puasani sehinggga jam 1 pagi... Kalau pergi malam-malam memang penuh `parking' dan ramai betul orang, tak kira hari..Waktu siang sunyi...Mereka tidur , kitapun tidur...Tapi kedai makan seperti KFC, PizzaHut apa lagi restoran tutup waktu siang. Tak ada can nak beli buat buka...bazaar Ramadahan sendiri nampaknya...sentiasa laku walaupun tak berapa istimewa( kena kata istimewa!)...Sembahyang tarawikh sini 8 rakaat sahaja. Buka puasa 6.20 dan habis sahur 4.25di Soharni.

Pasaraya Lulu yang selalu penuh....tambah waktu,buka hingga 1 pagi


Waktu malam ...seperti pesta...taman permainan buka pukul 10.00 malam( tidur pukul berapa ya?)



Antara makanan di Bazaar Ramadhan kami...ini gabungan tukang masak ya..

tengok....kiuh bom


tengok...kuih keria..


tengok.... chocolate-dipped kurma with almond...

pizza...


samosa coklat dan cheese


lepat `ultraman'


dan tengok...
alas kaki....


Ali dah mula kemas barang...cari alas kaki ...rupanya dia masuk plastik "nak bawa alas kaki balik Malaysia "katanya...


Jadi kami menghitung hari untuk beraya di Malaysia...mak (dah kemas rumahlah tu), ayah ( dah service kereta?), mak mertuaku(rindu masakanmu)...tunggu kami ya...peluk cium dari anak menantumu dan cucu-cucumu di rantauanni...ahli keluarga semua...tunggu 'mak su 'ya...tunggu 'suria' ya...tunggu 'kakak' ya dan sahabat handai semua kalau sempat jumpa...jumpa su, jumpa kak su ya...anak-anak murid juga, yang rajin sms...terutama Nur Izzati (Melaka) yang dari darjah 1 sehingga tingkatan empat tahun lepas (sekarang belum lagi..)tak jemu-jemu hantar kad raya terima kasih dari Cikgu Sue ya...juga yang sudi singgah di teratak ini dan pada semua-semuala, ...berapa banyak da...Maaf dari hati...






By,
Cikgu Sue




Saturday, September 13, 2008


By Ali

Friday, September 12, 2008

Babu

Babu(Borhanuddin) in Ali's spectacles

I have an adopted brother name babu.I met him in the bus on our way to Saudi Arabia.He is really cute and always laugh too.He always laugh like this hihihihihihihihihi.He always follow me to where ever I go.He likes to seat beside me.when i change the place he cried and say Nahi nahi...
My sister, my brother and i really miss babu...I dont know when we will meet again?

Anyway, Happy Ramadan too all.

Babu and us in the bus...



By,

Adam Zulkarnain

Wednesday, September 10, 2008

Kenapa Lambat ?

Kenapa lambat keluarni? Risau juga . Tapi fikir yang baik dulukan. Beginilah nak cerita...pada tarikh kemerdekaan 31 Ogos ( Chewah, patriotiknya) anak-anak bawa balik kertas yang mengatakan waktu balik sekolah bulan Ramzan (sini panggil begitu) pada pukul 12.30. Jadi esoknya 1 September kitapun pergilah sekolah nak ambik anak-anak. Pukul 12.15 dah sampai sekolah. Tengok suasana sunyi..sepi...nak jadi sepi itu indahke? Hinggala 12.30 tak nampak bayangpun budak-budak sekolah keluar. Takpelah tunggu hingga 12.35, 12.45 dan nak hampir pukul 1.00. Eh dah nak marahni...Ibubapapun tak nampak nak tanya. Keretapun tak banyak.Pagar berkunci. Ke mana anak-anak aku pergi ni...?







Surat yang mengatakan anak-anak balik 12.30 semasa Ramzan. Bertarikh 31 Ogos.


Tunggu dalam kereta sampai dah keluar kereta.Ha..nampak tukang sapu .Kitapun melambai dari luar. Dia cakap mafi-mafi...Alamak dia tak tahu Inggeris .Kita tanya kenapa budak-budak tak keluar sekolah lagi,kan bulan Ramzanni? Kita cakap campur Arab sikit, Inggeris sikit , Melayupun ada.! Dia tunjuk isyarat tangan suruh tunggu...Sambiltu sempat tangkap gambar sekolah dan buah kurma...di hadapan sekolahtu...Lepastu .Tukang sapu tu keluar siap nak tanya nama anak dan kelas apa. Dia tulis di tapak tangan dia nama Ali, Adam dan bila nama Amanda kena eja untuk dia. Nampak dia suruh tunggu lagi.Sabar .Puasa kena banyak sabar .



Tengok jam hampir 1.07.Nampak gurubesar perempuan keluar dan pandang.. Dia masuk balik .Kemudian penolong kanan dia keluar, lelaki. Penolong kanan siap tanya kenapa? Kita cakaplah( dalam Bahasa Inggeris) dalam surat tulis bulan Ramzan balik 12.30. Habis tengok jam 1.12 dah masatu.Kenapa budak sekolah tak keluar-keluar? Konon macam kita marahla. Penolong kanan dia kata memangla..bulan Ramzan balik 12.30.....tapi bulan Ramzantu ESOK 2 September!!!! Ha...apa..?kita katala..tanpa berfikir panjang, eh harini Ramzanla! Malaysia harini puasa. Dia terus cakap di sini Oman kita kena ikut Oman, di mana negara yang kita berada dan adala lagi yang dia cakap....bla, bla..Ya Allah, masani rasa betul-betul diri ini macam Mak Andeh. Nak gugur segala urat-urat muka...


Pokok kurma depan sekolah... mesti dia senyum pada kitakan...

Jadi masa ambil dia orang (masa dalam kereta) semua jerit ," mak !!!Oman puasa esoklah!. Tapi Adam dan Amanda pandai cover bila kawan-kawan tanya , kenapa tak makan? Dia orang cakap dia orang kenyang dan nak 'diet'! Mak dia yang yang terkedu...ingatkan ada ceramah Ramadanke...kat sekolahtu....keluar sekolah macam biasala 1.40.Sampai rumah kami tergelak...besar!! Mesti jadi bahan umpatan Guru besar dan Penolong Kanantukan dan seterusnya cikgu-cikgu mereka....Memangla kami tengok tv Oman malam sebelumtu tengok berita dia dalam bahasa Arab konon fahamla! Siap cakap macamni, "Oh, Oman pun macam Malaysia sama esok 1 September posa, nampak anak bulanla." Pandaila Pak Pandir dan Mak Andeh ni....mujur juga tak jadi Lebai Malang..., Angan-angan Mat Jeninke masatu?Tah apa yang kami faham.Kalau tahu cikgu Iraq kami yang ajar Arabtu mesti dia buat kelas intensif...pagi petang siang dan malam !!!





Kalendar Malaysia(kalendar kuda)...Awal Ramadhan 1 September./ Isnin..tapi sini pun tengok anak bulan, sini posa 2 September/ Selasa!!



Beli kurma ...pejam mata sesaat konon bayangkan beli 'otak-otak' di pasar Ramadan...





Puasa kedua kami buka dengan minum susu unta...diberi oleh rakan orang Oman tiga botol, ingat anak-anak tak suka...tapi sekejab dah habis...minum dengan cereal juga,pertama kali minum...ada bau sikit tapi sedap...baik untuk lelah, hati..jantung ,bahagian dalaman...macam doktor dah...




By,

Cikgu Sue .





Sunday, September 7, 2008

Ramadan


Hi everyone.It is already Ramadan here in Oman.I am having a hard time fasting here as it is summer.But when it is winter,it will be a very fun time to fast.I happened to know some countries have also started their fast.Example,Malaysia.I am so sorry that i haven't written since i came home from Saudi Arabia.I've been busy lately with school tests and i need to catch up on my school work.I really ,really miss bazaar Ramadan in Malaysia.With all the food we can eat,it is so interesting.Bet everybody is having a fine time in Malaysia.



I made some chocolate chip cookies.At the first trial it didn't went well, at all.Then my dad helped me a lot.And after that it was so well and delicious to eat too.During my weekend holidays,there was nothing to do and no where to go since it is Ramadan.So, i have this funky idea to create a doll.And i did.It was so cute.Then i made one for my mom.Her's was black and white.Mine was pink.So if you happen to get bored, order some dolls from me.I heard that my friend Zulfa and Jazmin is reading my blog.So, I would just like to say Hi and thanks for reading.I miss you Zulfa and Jazmin.Ohh, before I forgot Happy Ramadan and to all my friends, Good luck on you UPSR for 2009.I hope all of you get 5A's in everything.There's one story related to my doll.When I went to the mosque in Masjidil Haram, the guard of the door 73, have to check our bags.So, I handed mine to the guard.My phone charm was a cute lil puppy.It was a gift from my friend.The guard took it out and she said "Ya habibi, haraaaam".And on our way upstairs, my mom and I laughed about it.That's it for now.Till next time........

RAMADAN KAREEM.

by;
Amanda Zulkarnain

Thursday, September 4, 2008

LambaianMU 3

Amboi,Macam drama bersiri pula ada sambungan, satu, dua ,tiga. Tapi suka hati kitakan. Kita tak susahkan orang. Sebelum menulis lebih lanjut tak lewat rasanya nak ucap selamat berpuasa dan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 51."Perpaduan Teras Kejayaaan." Hmm masani teringat pula cerita masa sampai di Madinah.

Ada lagi satu keluarga Iraq yang dalam bas kamitu, masa tunggu nak `check in' di hoteldi Madinah dia suami isteri datang bersama orang Tunisia ,suami dia tanya lebih kurang macamni," Awak Malaysia?" Kitapun jawab ya. Ini mesti orang Iraq yang lagi satu beritahuni., kata dalam hati.Dia terus kata " Malaysia nice and good."

Sambung dia lagi, Putrajaya di Malaysia ada bangunan cantik dan ada tasik cantik. Kitapun terus tanya , kena alih bahasa melayuni, "Bila pergi Putrajaya, bila pergi Malaysia" Dia terus kata ,"dia tak pernah pergi Malaysia! Dia tengok di internet sahaja dan orang cerita,Malaysia negara Islam contoh!!!" Dia dan isteri berharap suatu hari dapat pergi Malaysia bawa anak-anak. Dia kata nanti bagi `adress' di Malaysia pada isteri dia ya.Masani rasa kembang sangat abaya yang dipakai... Rasa nak menjerit kata, aku bangga! Ini benar , siap catit dalam buku nota...Eh selalupun cerita yang benar! Dia doktor haiwan , manakala isteri dia ahli farmasi.Tapi macammana Malaysia sekarang ya. Rasa nak bagitau balik, itu dulu....tapi tak mampu ! Tak boleh berkata-kata. Terharu ke campur terbangga perasaan ni. Tapi ucap juga terima kasih dan kata "You're welcome to Malaysia"



Dalam Bas...kiri kanan orang Iraq, makcik Suad, Fatin, Suriani(Malaysia), doktor haiwan (lupa nama) dan isteri Um Sarah. Yang belakang-belakangtu ramailah kalau nak sebut namakan...

Ada lagi satu cerita yang mengingatkan nak berdoa untuk negaraku Malaysia.. Masa duduk hotel di Mekah, pekerja hoteltu siap tanya ," You all Omani, Malaysia?" Kitapun terkejut. Baru teringat bas yang bawa kami semuanya dari Oman. Jadi kitapun fikir nak jawab Oman ke Malaysia. Ada dua kerakyatan pulakni. Jadi kita cakap Omani, Malaysian. Bukan sekalitu je orang tanya. Jadi kitapun kata , Omani Malaysian. Bila pergi kedai kitapun jawab orang Oman , Malaysia. Mesti bingung orang fikirkan.
Bangunan lama di celah-celah kedai...unik

Jadi bila suatu malam , lepas solat magrib dan selesai baca yassin dalam Masjidil Haram, ada seorang budak (muka macam Mat Salleh, rambut perang) beri Adam dan Ali coklat. Amanda tengok coklattu dan kata buatan Malaysialah mak. Masani rasa terharu bila baca pada pembaluttu tulis, " Persiaran Bunga Tanjung 1, Senawang Industrial Park,70400, Seremban, Negeri Sembilan , Malaysia. " Jauh -jauh kami pergi nama Malaysia sentiasa ada. Oh..pengajaran bagi diriku juga....mengapa mengaku dua kerakyatan....sedangkan aku rakyat Malaysia!!! Tempat tumpah darahku...nenek moyang semua....tak ada niat nak apa sebenarnya...ya Allah ampuni aku, di Tanah SuciMu!! Lepas tengok pembaluttu esok-esok jawab Ya Malaysia. Yes I'm Malaysian. No...I'm Malaysian!



Di atas bukit Jabal Rahmah., Padang Arafah... tempat pertemuan Nabi Adam(saw) dan Hawa




Bukit Uhud bersentang bukit Uhudni ada batu...kata Fatin orang Iraqtu, batuni dari syurga.




Batu yang dikatakan dari syurga..tak berapa jelas kisahnya. Ketua rombongan beri penerangan ...tak pasti ,takut tersilap maklumat.



Bergambar di deretan kedai-kedai...ada pokok cantik..penjualpun kebanyakan boleh cakap melayu...

Begitu juga rasa terharunya masa nak turun bas , lampu bas telah dipadamkan...sebab orang dah nak tidur. Tapi kami dah nak sampai Sohar. Hampir 500 meter lampu bas pasang balik sebab kami nak turun. Kesian orang yang nak lenatu. Masani berpelukan dengan orang Iraqtu. Rasa sedih. Nampak orang dalam baspun buka mata ucap 'good bye'. Nama Adam ,Ali mereka sebut kuat. Kenal sangatlahtu.Bila turun bawah mereka lambai tangan. Kami dah mesra bas .Tak kira bangsatu.Sampai satu waktu dalam bas nak ke Madinah Ali cakap, "driver basni baik dan handsome, Ali rasa besar nanti Ali nak bawa baslah!". Adik angkat Adam orang Indiapun lambai tangan macam nak menangistu...dia nak duduk sebelah Adam saja...Amandapun siap cakap..."sedihnya mak, semua lambai tangan macam nak tinggalkan Putrajaya..." ke situ pulak sedihnya ...Kami juga melambai pada mereka, rasa sayu , berdoa dalam hati semoga kami dapat menyahut LambaianMu lagi Ya Tuhan, ke bumiMu, ke Tanah SuciMU...



Bergambar dari tingkat atas... Masjidil Haram


Adik angkat Adam, kami panggil Babu...bangsa India,agama Islam,nak duduk sebelah Adam aje...dan sentiasa ikut Adam.


Gambar dari dalam bas masa nak sampai Madinah



Adam dan unta




Berhenti makan dan minum air zam-zam yang segar di dataran ruang luar Masjidil Haram


Di dataran Masjidil Haram



By,

Cikgu Sue