Tuesday, February 24, 2009

On the 15th of February

On the 15th February , I have posted a picture of a certificate and the title was Mabrook (Congratulation) The drawing competition was held on 14th February...He..he... I didn’t write any descriptions about it. So now I am going to continue my previous blog. I am going to tell you about the certificate. On Valentine’s Day, mostly the most special day to all, in my school, I had a drawing competition. As you all can see in the certificate I got number 1. Alhamdullillah.But I couldn't have won without my mother and my father's help. So on 15th of February when the teacher announced that I got first place, I was so happy. My mom said that it was the best valentines present.


I don’t have the picture of my drawing. Because it is being paste in my school notice board. But still I do have my practice picture that I practiced at home. Every day, my mom, my dad and I always slept late. We always slept late because of this drawing competition. My dad gave me the ideas. My mom also helped me, and I do the drawings and colorings. All our hard works wasn’t really a waste. I was so happy I got number 1. Ohh yes the title of the art competition was ‘spring festival’. I did a Japanese style spring festival. Thanks to one of my teachers in Malaysia that once showed me how to make a ‘kimono’. On my picture there was a ‘sakura’ flower on it. I think that’s it for now. Thanks for reading, till next time!


by,

Amanda Zulkarnain

Wednesday, February 18, 2009

Bilik Keluarga

Family Room? Masa mula-mula makan di kedai di Oman rasa popular...perasan lagi ni...

Sebab tak tahu kita terus masuk dalam kedai. Lepastu semua orang pandang...Lelaki semua!Owh rupanya kalau nak makan berkeluarga di sini ada 'Bilik keluarga' yang dipanggil "Family Room'...masuk ikut pintu lain yang kecil. Ada bilik khas macam V.I.P tu. Mereka letak tabir atau penghadang .

Jadi siapa yang pakai purdah bolehla buka . Siapa yang ada anak-anaknya aktif macam anak-anak bertuahku ini bolehla tak malu sangat...mungkin mereka ingat anak orang lain yang menjerit atau makan berlaga sudutu. Bolehla makan banyak juga.Anak-anak kata kita makan `berjemaah'kan mak? Yalah anakku...





Jangan salah pintu ,masuk 'Family Room' tau. Ikut pintu lain.

Haritu kami pergi doktor gigi terus masuk satu keluarga dan duduk menunggu dengan meriahnya. Kebetulan belum ada orang.Tiba-tiba Amanda kata kena duduk asingla. Tengok gambar...Bilik Lelaki dan Perempuan asing. Jadi kami sendiri malu. Kalau nak bersembang susah juga. Kejab-kejab Adam dan Ali tinjau tengok mak dia.









Papan tanda bilik 'lelaki gagah 'dan 'wanita sejati'....







Sudah tentu bilik airpun asing. ..bilik air wanita




Ini di klinik gigi yang sama. Semua dua. Dua bilik menunggu dan dua bilik air.Dalam bilik menunggutu juga ada dua benda yg sama,majalah, sejadah, kerusi dan televisyen. Jantina manusia saja tak sama.






Ada restoran Baru buka...boleh duduk campur tak ada langsir. Siapa datang sini kira orang modenla.


Budak ni dalam Bilik Keluarga la..bukan di rumah ...




Family room lagi...banyak sini...

Tengok di tv Oman masa perlawanan bola sepak tu bagus juga sebab orang lelaki dan perempuan duduk asing..tak campurpun..kecuali yang berkeluarga bawa anak kecil duduk sekali...

Walaupun dah ada restoran baru yang boleh duduk campur...seorang kawan Iraqtutak berapa suka.Yalah mereka dah biasa asingkan. Tapi di Muscat, Carrefourtu...ada banyak tempat boleh makan campur semua.

Seorang kawan Malaysia cerita ada satu keluarga Oman datang rumah dia , yang perempuan terus masuk bilik tidur dia, ingatkan nak solat atau apa ,rupanya memang adat mereka .Bila tetamu datang rumah, yang lelaki duduk asing yang perempuan masuk bilik.Jadi bilik mesti sentiasa 'up to date'la. ..Oooh kalau datang ke rumahku masuk bilikku...terus ajak tarik cadar, sapu sawang , cek tempe ada tak bawah katil, dan buat apa yang patutla. Tak baik cikgu...



By,

Cikgu Sue
.,

Sunday, February 15, 2009

Mabrook



by.

Amanda Zulkarnain

Thursday, February 12, 2009

Nak jadi Cikgu

Mengapa nak jadi cikgu?..Lama dah nak cerita...Nak berkongsi cerita.Tahu tak berapa kali Cikgu Suriani mohon nak jadi Cikgu? Kita cerita dulu...

Masa zaman sekolah dulu, selalu cikgu bagi borang suruh isi tiga cita-cita. Jadi yang pertama wajib letak , Guru , Kedua Doktor dan ketiga Cikgu!! Tapi bila tiba sekolah menengah yang pertama kedua tetap sama tapi yang ketiga selalu tukar-tukar antara polis dan paramugari!!

Alhamdulillah cita-cita yang pertamatu tercapai...cuma cikguni belum belajar tinggi lagi.Suka sangat nak jadi cikgu. Kalau jadi paramugari mesti dah `gelama' sekarangkan!

Susahnya cikgu Suriani nak jadi guru tetap.. Lepas sekolah jadi guru sementara selama 5 tahun.

Selamatulah juga tak jemu-jemu mohon jadi guru tetap. Enam kali mohon jadi guru dan kali yang keenamtu baru dapat. Nak tahutak masa temudugatu siap cakap dengan orang temudugatu,

"Encik saya minta maaf , saya nak cakap sikit." sambil takut-takut. Bila orang tu cakap ,"Ya apa dia?" "Encik sayani minat sangat nak jadi cikgu, ini kali yang keenam saya mohon nak jadi guru." Encik tu jawab apa? "Ya? kalau awak dah minta 6 kali tak dapat kenapa awak tak kahwin aje? sambil dia tergelak dengan kawan sebelah.

Ingat sangat!! Tapi kita sabarkan...kitapun jawab, " Encik ,saya bukan nak kahwin saya nak jadi cikgu , "...Hmmm enciktu senyum...dia jawab, "Ok"...dan dia boleh kata lagi...masa nak keluar..." kalau awak tak dapat jadi cikgu kalini masuk kali ke 7 awak kena mandi bunga tau!!"

Teruknya orangtu!! Takla..lepastu dapat jadi cikgu pelatih di Maktab Melaka (kisah 18 tahun dulu)...masa orientasi pensyarah tanya mengapa nak jadi cikgu, kitapun cerita pasal mandi bunga ,pensyarah dan rakan baru tergelak.

Tapi ada seorang kawan yang cerita masatu juga, dia tak minta langsung nak jadi cikgu lagipun dia tak minat ,ayah dia yang isi borang, tahu-tahu dapat ujian bertulis dan temuduga...sekali saja minta terus dapat! Itulah keganjilan, asam garam hidupkan.. kerana itu saya sayang sangat gelaran 'Cikgu'.....Redhalah akan ketentuanNya...yang pasti setiap sesuatu ada Hikmahnya...


By

'Cikgu '

Saturday, February 7, 2009

Untuk Tersayang 2

8 Februari 2009 (Ahad)
Hari tu mak dan mak..Untuk keadilan ..dan ada kesempatan di sinilah untuk mengucapkan rasa terima kasih dan selamat Hari Jadi yang- ke 71 buat ayah tersayang....kali ni nak cerita juga..mengenai ayah...apa nak cerita ni ayah...


Hmmm..ayah anak yang ke 3 dari 14 orang adik beradik , satu mak satu ayah (tinggal 12 sekarang) Wow ramainya...cucu-cucu tok ada ramai..makanya sepupu-sepupukupun ada ramai (hampir 40 orang rasanya), Oh! dimanakah dikau sepupu sepupu?..Alhamdulillah semua adik beradik ayah amat baik hati dan mereka sangat erat hubungannya...apa petua arwah tok dan tok wan guna dulu ya?

Ayahni sebenarnya amat kelakar orangnya..seperti anak perempuannya juga..he..he..dah mula dah...tapi dengan anak-anak ayah amat serius.(masa kecil dulu)..bila kami tak dengar cakap mak ..ayah besarkan mata..kami terus..takut..Tapi sekarang bila guna teori ayah pada anak-anak, mereka tanya balik, " mak , mak sakit matake, mata mak nampak besar!!??




Selamat Hari Lahir ke-71 ayah, bersama puteri tunggalnya, cucu Adam dan Ali.(raya 2008)


Ingat pada satu waktu, lebih kurang usia 5 tahun, ayah buka buku gambar haiwan dan tanya, " Suria ini gambar apa?" Oleh kerana takut dengan ayah , kita pun jawab cepat-cepat...i..ni "jagah" Ha.."jagah" ..ayah ketawa kuat..ayah tak marah pulak!! Ini bukan jagah Suria..ini..GAJAH!!

"Ikut ayah..GA....Ga (kita ikut ) JAH....(jah)..ayah sebut kuat "GAJAH"..kita jawab.."JAGAH " jugak!! Ayahpun kata..dah la!! Dia terus tutup buku..Takutnya.!.Arwah abang ada masatu..dia gelak perlahan..Lepastu bila pergi zoo arwah abang nampak..gajah dan panggil.." adik, tu JAGAH..tu bukan GAJAH !! Ya..la..


Ayah nampak garang pada anak-anak tapi baik hatinya..semasa remaja , selalu belikan krim muka untuk puteri tunggalnya ini....dan majalah. Waktu dulu kami jarang bersembang...bila dah besar rajin pula kita berbual...dan ayah setiap minggu akan kirim berita dan komen dalam smsnya...terima kasih ayah..sebenarnya faham garang ayah dulu ada sebabnya..mungkin nak anaknya jadi orang.., kenal orang, kenal diri dan kenal g.a.j.a.h...


JaGah...


..Ayah ada pesan... merendah diri ( ikut resmi padikan ayah, makin berisi makin tunduk).Maafkan anakmu ini tak pernah beri hadiah semahal set kayu golf dari Eropah...lagipun tahu ayah tak pernah dan tak tahu main golf.... tapi kebahagiaan bukan terletak pada hadiah yang mahalkan ayah, atau harta yang banyak ..kebahagiaan sebenar terletak pada hubungan siratulrahim, kasih dan sayang...juga doa yang tak putus ..itu yang berterusan dan mampu kami beri...Amin...Hmmm...

By,

Suriani binti Shariff