Thursday, April 30, 2009

Tak Ingat

Bagaimana nak kuatkan daya ingatan?

Kadang kala masa sedang 'masuk opis ' maksudnya menatap komputer , tengok internet , bersembang di alam maya..sambil tu masak sesuatu...kadang terlupa..sedang masak..adala beberapa kali sampai kering lauk ataupun tanya balik "Siapalah yang masak ni..sedapnya bau...!"

Jadi buat perjanjian dengan garpu...kalau tengah jerang sesuatu di dapur , jika berada depan komputer , menonton tv sambil kupas bawang atau udang , sidai kain atau mandi, bawa garpu bersama...


Adanya garpu disisi akan menunjukkan tanda ..kita sedang masak sesuatu...berkesan juga...
Ini macam nak ikut P.Ramlee, dalam filem Ibu Mertuaku..suka hatilah..

Tapi baru-baru ni beli serai lengkuas puas cari di mana..tak jumpa-jumpa..jadi diamkan diri aje..buat anggaran tertinggal di kedai..Masa nak buat kurma popia.. keluarkan kurma dari bekas...tak sangka sesudah tiga minggu jumpa balik serai duduk bertapa dalam plastik kurma...

Alamak serai dah tumbuh..
lengkuas dah membusuk
ada daun limau purutpun dah hitam.....macammana ni?
nak kata tua taklah tua sangat...
tapi rasanya tu terlepas pandang...
senyum ajelah...

Ingat cerita kawan,Linda,..kononnya nak peram buah ciku..tapi terus biarkan ciku bertapa hingga jadi ' cisuk' ..cikubusuk...ada keluar ulattak?

Seorang lagi rakan guru , cikgu W, bercerita...puas mencari cermin mata...rupanya ada terletak dalam peti sejuk!

Tapi seronok baca email dari biras..Kak Linda ...tq..
4 cara nak kekal muda...jadi bila kekal muda..daya ingatan akan kuat! InsyaAllah. (panjang emailnya tapi ambil ringkas)

' There are only four secrets to staying young,
being happy,
and achieving success.
You have to laugh and find humor every day.
You've got to have a dream..
When you lose your dreams, you die...'


Serai yang bertapa...


Garpu nak elak lupa...


By

Cikgu Sue

Friday, April 24, 2009

Kelahiran pertama





...Dengan penuh debaran kami menunggu...di Sohar , Oman ini...rasa tak percaya...dah buka panggung wayang yang pertama.. Kami bersama orang Sohar tumpang merasa bangga ..sebab inilah yang pertama, Awang sulong ....


Hari pembukaan , kami tak singgah ramainya orang...nampaklah ada perasmian..ramai pakai putih..ada bunga-bunga plastik dari luar..nak bagitau orang Omanni suka sangat dengan bunga plastik..kalau ada dijual memang cepat sangat laku...bungatu rasanya takla berapa cantik..ada nampak mereka beli sampai dua tiga pokok..bukan yang rendahtu..tapi tinggi hampir sekerat dinding..

Yalah mana ada banyak kehijauan di sini...ada yang ke Malaysia..akan kata "Malaysia so green..." Mereka suka...hijau..Ke mana pula melalutni..

Sambung balik...maka hari kedua kami pergi melawat panggung wayang itu...Hmm masa sedang ambil gambar, " Amboi... kat Malaysia banyak panggung wayang, tak pernahpun ambik gambar! "Alamak jumpa pula orang dari Malaysia...lucu juga..benarlahtu...

Rupanya bukan panggung wayang sahaja di dalamnya tapi ada banyak kedai makan dan pertama kali ada satu kedai 24 jam...Selang beberapa hari rakan dari Egypt ( baru sampai dari Egypt semula yang adiknya pelakontu) belanja makan di restoran Cina di situ..Tak rasa makan di restoran cinapun sebab pekerjanya semua orang India. Bersyukurlah orang dah belanja makankan....

Tapi pencuci mulut dia sedap..ais krim, popia berbalut kurma..Dah beli kulit popia dan kurma..tinggal tunggu masa rajin nak buat..pencuci mulut ala cina ke tu?

Lihatlah sikit gambar panggung wayang yang kami tumpang bangga ..Bangganya..ada panggung wayang!! Tapi bak kata kawan dari Egypt tu bila dia masuk panggung rasa masuk panggung di New Delhi..sebab kebanyakannya orang India..orang sini tak boleh terima hakikat lagi kot sebab duduk bercampur...

Kecil saja..tapi syukurlah bagi kami ..yang duduk

di kampung yang tenang ini berhampiran pantai itu..
dikelilingi pepohon kurma yang sedang berbunga itu..
bersama pasir yang gersang itu ..
dengan panggung wayang nan satu itu....dah..dah ..lah tu..

tepi tu..bunga plastik...


Ada air pancut...






Bersama kawan baru , Dalia..di tingkat atas


wayang Ali...





By,

Cikgu Sue



Saturday, April 18, 2009

Tempahan dibuka.


Tempahan telah dibuka sekarang....sesiapa yang berminat bolehlah menempah...Macamni cerita bermula......

Tak perlulah cerita panjang...kami buat projek congkak , dari bekas Yoghurt. Masa di Malaysia ada congkak tak pernahla main letak aje ditangga rumah kumpul habuk.. ..masa di Oman adala sedikit masa tapi tak ada congkak! Duduk jauh semuanya teringin...

Jadi nampak Amanda dan Ali main congkak atas penutup kotak ...dapat akal kancil ,suruh Amanda cuba buat guna bekas yoghurt...Jadi kami gabungkan bekas plastik tu dan letak rumah atau ibu congkak ..ha boleh guna periuk sebagai rumah atau guna 'frisbees'. Tapi tak boleh juga guna periuk selalu sebab nak masak...jadi guna tapis pun boleh...Lihatlah gambar...


congkak asal..


mula-mula guna batu..untuk anak congkak


lepas tu guna buah zaitun kutip dekat rumah ..tapi rasa 'bersalah' lah pula ...


akhirnya kami beli guli.. puas kami main congkak seronoklah main permainan tradisi...

ini congkak ciptaan...cantikkan... ' you'll be amazed! '

letak guli dalam periuk...


guna tapis pun boleh..itu anggur tu...

Kelebihan congkak ini..

1. Bunyi yang perlahan..tak ada sangat - tuk tak tuk

2. Ringan .. boleh dimain dalam kereta, kapal terbang, beca..dalam kolam renangpun..akan terapung..
3.Boleh dilipat ..bawa dalam beg tangan pun boleh.

4.Jimat-Guna bahan kitar semula...

5. Boleh ditukar ganti untuk ibu / rumah- periuk, tapis , besen , lesung batu , apa aje yang melengkunglah..

6. Dua dalam satu- beli yoghurt (baik untuk kulit ,kaya Vitamin D) dapat congkak...

7. `Jarang'- nampak 'transparent' tau macam tengok aquarium...rasa tenang bila bermain...yalah tu.....bila nak masak semua barang dapo ku dah hilang..

Ada tempahan tak? Kami sedang buat lagini congkak kedua ....Ada cadangan nama baru tak untuk congkak ini.? Congkak + periuk + yoghurt+ guli + zaitun+ Oman...
Kalau ada nama yang menarik kami akan beri satu percuma..congkak ni...he..he..
Pat patnya..siapa cepat dia punya..

By,

Cikgu Sue

Tuesday, April 14, 2009

Wasiat 2-Baki Akaun

Ini 'wasiat' kedua....hmm dapat nota ni dari sekolah kedua..di Hulu Langat..koleksi tahun 1997..
Saja dan seronok nak kongsi...

Guru Besar di sekolah ini sebelum mula mesyuarat akan beri sedikit kata-kata hikmat atau motivasi...dia akan edarlah kertas atau nota..lepastu cikgu-cikgu kena baca ikut giliran..Cikgu Suriani masih simpan notanya sebab kena baca juga masatu...lagipun nak penuhkan fail.. Mungkin di ambil dari buku atau mana-mana tapi tak kisahlah...

Kata Gurubesar lagi kalau debit banyak guru akan disayangi dan murid suka belajar...jika sebaliknya..murid akan membenci...



Tajuknya - BANK AKAUN EMOSI GURU PENYAYANG....

DEBIT

1. Membelai
2. Memujuk
3.Mesra
4.Pujian
5.Senyum
6. Pengukuhan
7. Motivasi
8.Suara Lemah lembut
9.Prihatin
10. Timbang rasa
11.Tolak ansur
12. Sabar

KREDIT

1. Menengking
2. Membeliakkan mata
3.Menjerit
4.Mencekak pinggang
5.Acuh
6.Merungut
7.Berleter/ Membebel
8.Cepat tangan- cubit, rotan
9.Marah-marah
10. Meninggi suara
11.Berat sebelah
12.Kasar


Hmm..berapa banyakkah baki kredit atau debit kita ? Jangan kira baki duit aje tau...bukan untuk anak murid juga tapi untuk anak sendiri..atau anak buah jua...yang baik diambil okey....
Sabar itu yang paling sukar.........



By ,
Cikgu Sue

Friday, April 10, 2009

My Daddy's Birthday

On 9th April we celebrated daddy's birthday. He is now....... years old. His surprise party was not a surprise party anymore. Because he found out about it. But still we celebrated his birthday. It was fun. His cake was 'pulut kuning' cake. My mom made it. But he had work that day. So we celebrated his party at 4.00 p.m. He got presents from all of us. My mom gave him a tie and a prayer mat. My brother Adam gave him a torch, Ali gave him a mug and I gave him a dishdash(Omani shirt).Below are the pictures of the Birthday party. Enjoy!

My card with 'pop-up'! My mom's 'special' birthday cake...




The goodie bags The presents


By;
Amanda Zulkarnain

Sunday, April 5, 2009

Roti Canai 15 keping.




Pergi ke Muscat baruni ...kami makan roti canai ... .Kami 'order' 5 keping roti
canai...kami nak jadi 'Melayu mudah lupa'lah ni... sebab bila roti canai sampai dia bukan hantar 5 keping untuk kami anak beranak tapi dia hantar 15 keping! Banyaktu makcik! Maksudnya seorang kena makan 3 keping.Ha jemputlah makan!.


Macam biasa terkejutlah diri kami terutama makcik ni...sebab macammanalah nak makan roti canai sampai 3 keping..Dia ingat peraduan makan roti canaike? Tapi kami pernah terkena dulu 'order 'roti canai 2 yang dihantar 6. Jadi kami suruh dia tarik balik roti canai 3 pinggan dan tinggallah 6 keping sahaja...
Masa dia ambil balik roti canai tu sempatlah ambil gambar buat bahan buktikan...


Ini roti canainya 3 sepinggan..besar juga walau sekeping...



Bila balik rumah rasa bersemangat pula nak buat roti canai.Lagipun sejak makan di Muscat ,Ali sibuk nak makan roti canai . Ini percubaan kali kedua..kali pertama buat dulu tak menjadi tak apa..`first time'..jadi awal pagi dah buat ikut dua jenis resepi...

Goreng satu dan makan sendiri..masa makan, kata "boleh tahan juga aku buat kalini...sedap!" apa nak jadi diri ini ....masuk bakul angkatlah sendiri...

Jadi bila anak-anak bangkit ..cepat -cepat goreng..tak tahulah kenapa..tapi kita mesti berfikiran besar walaupun hati nak kecik...maksudnya fikir positif , terima teguran dengan hati terbuka walaupun dari anak sendiri....dengan jujurnya Ali boleh kata " roti canai mak tak sedap, dahlah tu ada mata pulak!" Ada mata? Dua anak lagi pun kata kurang sedap.. tak ikut piawaike?

Tak tahulah nak kata tengoklah gambar...

Roti canai satu mata...
Roti canai bermata dua..
Roti canai bintang kejora...

Tapi bangkitkan semangat semula..buat kitaran semula roti canai bermata yang belum digorengtu, banyak lagi baki...letak 'hotdog' dan bakar dalam 'microwave'..masani semua cakap.."eh, sedaplah kuih ni, kuih apa mak?..

Selalu ingat kata pujangga - Jadikan masalah itu satu peluang..ini peluanglah ni...peluang mencipta..buat roti canai jadi 'Roca -dog -'-Roticanaihotdog- eh..dekat-dekat dengan nama makku - Rock-iah...


'Roca-dog'..


Pengkritik roti canai..

By,

Cikgu Sue