Thursday, December 31, 2009

Hadiah bedak sejuk




Sempena 'anniversary' haritu..dapat hadiah bedak sejuk...bukanlah..terjumpa!
Ha...anak-anak sekarang sibuk dengan 'face book'la..anak perempuan tambah sibuk dengan 'face powder'la. Mak dia aje sibuk dengan bedak sejuk...adatak lagi orang guna bedak sejuk?

Ada bawa bedak sejuk dari Malaysia..terjumpa semasa mengemas..la..tak pernah kuguna? Tak ingatpun bawa bedak sejuk tu..patutla muka ku kurang jelita sedikit, mata turun , hidung pun dah kemek ..he..he.....baru ingat mak yang bagi dulu..ada orang datang jual kat rumah...
hadiah untuk dibawa ke Oman.


Orang yang jualtu sentiasa anak-anak akan kata, "mak tok kawan mak tok datang!"
...jadi semua penjual yang datang rumah termasuklah orang minta derma,sedekah, pakcik Hashim ikan itu kawan mak tok..ramainya kawan mak tok...

"Biar ramai kawan..musuh jangan satu ,satu musuh itu adalah ramai dan akan membuatkan hidupmu sukar,!" tetapi..kalau ramai kawan susah juga..nak belanja makanla..nak 'fridge magnet'la...

Sebenarnya nak ucap selamat Hari Jadi kepada mak Damansara dan mak Langat (selalu beri nama ni utk beza, sebab kedua-duanya dipanggil 'mak!')

Selamat Hari Jadi untuk mak dan mak mertua tersayang....31 Disember 2009 (kongsi 'birthday')

Tiada kebahagiaan yang lain selain mempunyai seorang ibu dan ibu mertua yang penuh dengan kasih sayang dan kasih sayang itu telah mengalir padaku dan akan kuberi atau kujual pada insan yang memerlukannya...he..he.. ....

Antara ayat 'power' mak Damansara :

1. Buat kerja kerana Allah, simpan duit.(dapat duit singgit belanja 50 sen aje)
2. Ikut resmi padi ,makin berisi makin tunduk.
3. Tanamla pokok

Ayat 'power' mak Langat:

1. Jangan suka meminta-minta (anakmu tak pernah minta apa mak...hanya minta kain batik aje)
2. Biar banyak membaca jangan banyak mengata.
3. Tanamla pokok

Semoga mak dan mak terus di beri Allah kesihatan yang baik! Amin!



Mak Rokiah Ruslan 71 tahun (sweet 17) dan mak Halimah Nordin 79 tahun (sweet sweet!) Dua-dua tunduk sebab tengok pokok bunga la tu...bajupun sedondon dengan bunga, cuba perhati!

Aduhai rindunya nak panggil " MAKKKKKKKK!"

Selamat Tahun Baru 2010!

By,
Cikgu Sue

Sunday, December 27, 2009

" Happy ' Anniversary ' "

Pejam celik , ulang alik tepian pantai, tanam pokok mati pokok, ambil Ali tinggal Ali..dah 2 tahun kami di Oman! Allahu Akbar cepatnya masa berlalu tanpa disedari..28 Disember 2009!

Ingat dulu masa tiba waktu nak tinggalkan Malaysia...
rasa lamanya nak habiskan "percutian 'Honeymoon' 3 tahun" ini...ya Tuhan!
Rasanya tak sanggup nak berlama di bumi kering pepasir Oman ,

Dan ..di saat kami dah serasi dengan kehidupan di Oman,
di saat pertemuan dulu ...waktu rindu bertaut...
kami rasa masa yang ada amatlah sedikit...rasa tak mau balik?
Ya macam-macam rasa ada..di hati...dah mula jatuh cinta?

Kalau nak cerita masa baru sampai Disember 2007...saban hari di telinga ku yang beranting-anting berlian 24 k ini...:


Amanda " mak, kenapa kita nak datang Oman , Amanda sedih tau tinggalkan Putrajaya!"
Adam " mak, Adam selalu mimpi Malaysia ,rindu semua orang mak!"
Ali " Mak, Ali nak balik Malaysia hari ini jugak!"

Tapi sekarang nada itu dah makin kurang dan jarang didengar...dan ada yang takut nak balik!

Apapun Redha akan ketentuanNya...masih terus bersyukur dengan anugerah kehidupan ini...
Bukankah mensyukuri itu dapat menolak azab!
Hidup adalah pelayaran juga tanpa sedar ia
adalah singkat untuk dilalui...jadi 'just wait and see'

I love you too...Oman! Happy Anniversary!

Kami...


By,

Cikgu Sue.


Thursday, December 24, 2009

Adam' s Stories

Dear bloggy, Im going to tell all of you who read this bloggy. This is about my friend at the school. Emanual is my friend. But sometimes I and my other friends call him Eman . But on Wednesday 23December2009 in the school that day that I write the date at there. In the school when the second period my music teacher told me that my friend Emanual is always be naughty in all the subject. My teacher told me if I am the best friend of Emanual or not? Then I said yes and then my teacher said dont be so friendly with Emanual my teacher mean that I can friend with him but dont be so friendly because in all the subject he is not concentrating and he always said the f word you all know what is f thing right? When it is finished about the talking I said thank you then my teacher said have a nice weekend then I said you too.

When I heard my teacher told me that I will friend with any kind of friend I have I don’t care is it a girl or a boy.


Ini lagi satu cerita Adam nak bagi tau semua orang yang baca blog ni. Adam dah main bola dengan orang belakang tu mak chek taukan budak2 tu yang main bola tu. Adam join dorang. Dorang dah jadi kawan Adam yang Adam tau nama dorang Ahmad and Walid je kalau dah habis main bola dorang cakap buzz khalas macam habis tulis blog le.

Anyway, even if I have many good friends here but there are not the same as the friends in Malaysia.


By Adam Zulkarnain.

Tuesday, December 22, 2009

2 Perkara

Perkara pertama...

1.SMS..ertinya.. Saya Menerima Sesuatu...semua orang rasanyalah (termasuk semua dlm rumah ini)dapat sms ni minggu lepas...di Oman ..oh..sukanya kalau terima sms dari sesiapa kala di Oman, nak
delete pun sayang ...asyik nak baca aje..(siapalah aku!)

"Despite the low rainfall level yesterday, dramatic casualities were recorded due to people driving into wadis.We urge you to extremely cautions."


Wow ...sehari sebelum tu hujan...bila anak2 balik dari sekolah ,mereka sibuk bercerita...cikgu kata masa announcement tadi..kalau esok hujan tak perlu datang sekolah...wah hebatnya di Oman...sesekali nak hujan tak perlu datang sekolah? Ada ribut taufanke..ya habibi..

Esoknya bangkit seperti biasa..nak sekolah atau tak sekolah?Cuaca sejuk pula...tak hujanpun ,cuaca aje mendung.....tetapi menjelang pukul 9 pagi cuaca mulai gelap ..dan hujanpun turun...

Hmmm..hujan tak adalah ribut petir begitu...tetapi khabarnya ...7 orang mati..kerana ada yang redah aje wadi..dan kereta mereka dihanyutkan air..memanglah..bila dalam kereta..rasa wadi..tu rendah aje..tapi aliran airnya amat deras....

Ini sebahagian gambar yang sempat diambil sehari selepas hujan...waktu hantar anak-anak ke sekolah..



Ni terowong rahsia (ayat mc)..laluan ke sekolah Ali

dan malam yang hujan tu kebetulan malam Awal Muharram..kami berhenti di tepi jalan kerana menyaksikan awan yang sangat pelik tak pernah lihat..rendah sangat rasanya bagai menyentuh daun kurma..dan berjalur-jaur, dalam gambar tak jelas..tapi masa tu kami takjub benar ...Subhanallah!


2. SMT...Saya Menerima Terung!!

22 biji terung...masak apa yang sedap?

MasyAllah jiran belakang rumah memberi 22 biji terung panjang yang ditanam sendiri...Apa nak
masakni..hanya diriku seorang yang makan terung ini..orang di sini kalau memberi memang
banyak-banyak..kalau sikit bukan orang Omanlah...dulu beri mangga banyak juga..tapi tak sempat nak kira terlalu banyak ya maulana...


Semenjak di sini memang tak pernah beli terung..sebab tak ada geng nak makan...
Cakap syukran padanya..tetapi minta juga anak terung dan betik..kata nak tanam..nanti kalau terungku tumbuh..boleh bagi semula terung itu pada nya...22 kali 2 maa..

SMAM...Selamat Menyambut Awal Muharram.







By,

Cikgu Sue

Tuesday, December 15, 2009

Lena dibuai mimpi...

Dia marah! Muka nya sangat masam mencuka...Selalunya dia pasti senyum menampakkan barisan giginya yang belum penuh itu....Giginya gongak juga..
Siapakah insan itu..

La..nak berdramalah pulak Suriani ini...Ini kisah benar mungkin biasa-biasa didengar...tapi bagiku ia amat membuatkan lututku menggeletar...


Pagi itu masak kuew tiau sup dan sebagai tambahan buat kuih serimuka .Masa dirasa begitu singkat sebab baru balik dari Malaysia uruskan kain baju dan segala -galanya ..takpe kita Redha ......kan setiap perkerjaan itu adalah ibadah...


Lepas habis kukus kuih seri muka ,
tengok jam baru 12.15 oh..ada masa untuk membaca..seronok! sebab balik haritu sempat beli beberapa buah buku lagi....
Dia balik pukuk 12.55....Baca bukulah dulu..
12.15 baca buku hingga 12.30 tengok jam awal lagi ...baca lagi...12.45 baru nak pergi..
dan...
tak sedar terus membaca dan terus tertidur ,buku yang membaca diriku,cuaca sekarang pulak sudah dingin ala Cameron Highland gitu..lagi enaklah dibuai mimpi indah..
Tersedar 1.15
Ya Allah punyalah terkejut dan menggigil...teringatkan anakku...Ali!

Macammana seorang ibu Mithali boleh terlupakan anaknya Ali?!!Mithalikah aku?
Tak sempat pakai abaya hitamtu...tapi pakai baju sopanlah..capai kunci kereta
dan terus melompat masuk dalam kereta...

Bawa kereta lajulah sikit...takla selaju pelumba di litar Sepangtu...
Sampai di sekolah ..suasana sungguh sepi...tak adapun bas-bas sekolah keluar masuk...Sebuah baspun tak ada...
Anakku di mana? Jam menunjukkan angka bahaya...1.33!

Alhamdulillah..nampak dia duduk di tembok sorang-sorang berhampiran pohon kurma...Dia berteduh!
Dari jauh senyum pada Ali...masamnya muka, sapa tak marah tinggal sorang-sorang
Masuk dalm kereta , Ali diam saja lama baru bersuara dan nak tahu apa dia kata,bertuahnya anakku...
" Mak , mak minum arakke mak? Mak lambat ambik Ali? Mana dia dapat ayat arak tu entah! Mak mabuk betul2 baru tahu!

Tapi bila hati dia dah sejuk dia kata,ada cikgu yang teman dan tanya "Where is your bas?" Dia jawab "My mummy take me" Ali kata baik ada cikgu teman tadi...

Ya, kitapun guru( yg pencen sementara)...kita faham perasaan seorang anak murid dan kita percaya pada ayat ini,

'untuk bahagia dunia akhirat-berbuat baik sesama manusia dan hulurkan kebaikan pada semua orang,maafkan orang yang menzalimi anda dan sambungkan tali siratulrahim org yg memutuskannya dengan anda...'

...Moga mimpi kita terus indah!
Ni masa Ali tido dalam kereta...

Kawasan sekolah Ali.. Sunyi....
Ini masa ambil Ali cepat... bas banyak lagi dan selalu ada orang solat bawah pohon kurmatu..kadang berjemaah lagi....3 atau 4 orang je berjemaah...

Inilah buku yang kubaca sampai terlena ada diskaun lagi....tak ada rahsia..janganlah risau...kalau kaya tak perlu baca blogku lagi..orang kaya kan sibuk! Tak sempat nak menulis mengarangni... Betul cikgu?


By,
Cikgu Sue.


Monday, December 7, 2009

Bawang goreng nak habis...

Balik Malaysia? Biar betul..
Semua balik ke?
Biar betul...

Dah habis kontrak ke...nak mengajar balik? jadi cikgu betul ni...Wow seronoknya...Biar betul betul

Maka 23 November lalu kami berenam dengan perasaan bercampur-campur gembira sedih tergamam dalam masa 2 hari buat keputusan balik beraya Adha ke Malaysia. Terima kasih kepada pihak penaja...

Malaysia..melambai-lambai kami...
Alhamdulillah 24 November kami tiba...
Kepulangan kami adalah satu rahsia .
Rahsiaku rahsiamu jua!(kecuali diberitakan kepulangan kakak ipar sorang)

Terharu ada bila kami tiba...yalah siapa sangka...kami nak balik lagi...


Tetapi jangan lupa kami mesti kembali semula ke Oman...kami diberi masa 10 hari sahaja...untuk membeli belah...di Kuala Lumpur itu tidak termasuk pergi IKEA..he..he..sukalah kalau dapat pergi IKEA..

Dan...di saat kami perlu pulang ke Oman...kami tinggal berlima semula...
Pantas masa berlalu ...2 bulan mak chek mereka di Oman tak terasa masa itu emas!
Siapa lagi nak buat ......

bawang goreng (sikit aje tinggal )
cili jeruk
bawang jeruk hijau
karipap
barbeque
mendamaikan pergaduhan anak-anakku

serta

membeli belah
bersenam
main kriket sambil minum teh di tepian pantai
kita memberi kritikan membina waktu nonton TV 1 (itu aje tv Melayu di Oman)
suruh istifar waktu
kena tahan poliskan? (bukan buat salah...saja polis nak berkenalankan kak?)
di dera berjalan hampir 5 kilometer di Dubai...aduh sakit kaki mu!
dan banyak lagi....

Kami faham ada insan lain yang memerlukan mu...
Kasih sayang terlalu indah untuk dikenang...moga terus abadi di hati...
Doakan yang terbaik untuk kami yang jauh ini...Amin!


Hayati gambar-gambar kenangan manis ...
Sempatlah beraya di rumah ' Rose Ikea'...he..he..Rose Linda...terima kasih...
2 Disember kena balik Oman semula...di KLIA, sebahagian anak buah..
Adam dan Mak Chek nya...


Michael Jackson Ali dan Mak Chek nya.


adik ipar dengan kakak iparnya...

Anak buah dengan MC nya ...di Dubai Mall...Sayonara...


By,




Cikgu Sue