Monday, March 15, 2010

Makan dan berjalan....


Jumpa seorang kawan di bank, orang Oman, terkejut juga bila tengok dia dah kurus...
Rasanya 3 bulan dah tak bersua...setelah bertukar khabar, bercerita padanya mengenai kelas salsa yang dimasuki...Begitu semangat dia nak join sekali..maka hari salsa tu kami ambil dia dan sekarang dia dah masuk juga tarian salsa...dia suka..
Dia kata bagus sebab banyak guna pergerakan kaki...(dia guna teknik yang betula tu..nampak leher dia okey aje)

Sempat tanya pada dia macammana boleh kurang berat..dia kata dia berjalan kaki setiap hari selama 45 minit...itu aje petua dia......dia berjalan waktu malam selepas Maghrib,mudahkan dan percuma...rasanya berjalan dalam rumah ni tak cukup..kalau boleh nak berjalan dari Sohar ke Muscatkan...

Baiklah nak kongsi nota dari Mak Rokiah..Nota mak ni dapat dari murid tadika yang mak jaga dulu..hmm nota ini mak letak di peti ais..ku photostet dan bawa ke Oman.Walaupun dari sekolah tadika, ia berguna. Perkara asas aje.

Inipun bermakna perkongisan ilmu....kongsi jangan tak kongsi!

Adab makan;

1. duduk mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w..
pernah dengar ceramah dulu, rasanya duduk seperti bersila tapi kaki kanan (lutut) ke dada ,jadinya kaki itu akan menekan perut dan kita akan cepat kenyang, dan perut tak 'timbul'.Duduk di lantai agak selesa. (Tapi dah biasa ada meja kerusila )

2. pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu.

3.berdoa sebelum makan.

4.menjemput ibu/ayah/adik/abang untuk makan besama.

5.kunyah makanan tanpa bunyi .

6.makan dengan tangan kanan.

7. kunyah makanan dengan betul baru telan.

8. tidak gelojoh.

9. selepas makan jari dijilat (kalau makan dengan tanganla) kalau makan dengan sudu garpu tak payahla jilat jaritu...kang terkejut pulak orang.

10.Baca doa selepas makan.

Baiklah...yang baik diambil okey! Selamat berjalan dan menjamu selera...

By,
Cikgu Sue

No comments: