Friday, July 23, 2010

Ke Mesir

Kami ke Mesir...ya benar kami ke negara the land of 'Pharoah's'.
Selama 8 hari 7 malam,baru balik pagi tadi..kami meninggalkan bumi Oman (terasa makin sayang pulak pada Oman) bila balik dari Egypt!

Bila berjalan rasa seronok,tapi bak kata Kak Ain Illinois bila kembali kain baju ibarat gunung Everest yg perlu dibersihkan.

Bukan tak curi masa mencuci tau..siap bawa berus sabut dan sabun kain tau..yalah kalau tak membasuh tu bukanlah seorang mak...dok atas kapal membasuh,dok hotelpun kumembasuh! Kalau boleh dalam kapal terbangpun nak membasuh kain2 itu...

Baiklah kembali membebel,
Hari pertama:
Naik kapal terbang selama 4 jam dari Oman untuk sampai ke Egypt...Sampai di airport Egypt kami kena tunggu selama 7 jam untuk ke Aswan...Tapi tak terasa lama..sebab kami berjalan di Cairo..'melawat' dalam Mall dia yang besar.

Dari Cairo kami akan menaiki kapal terbang lagi untuk ke Aswan selama 2 jam.Hmmm tiba di Aswan kami tinggal dalam kapal selama 4 malam 5 hari...kami duduk dalam kapal di Sungai Nil...sungai di mana Nabi Musa a.s dihanyutkan oleh ibunya sebelum dijumpai oleh isteri Firaun.

Ada hampir 50 orang semuanya dalam kapal itu...kami seperti keluarga yang besar..Mereka ada dari Lubnan, Canada, South Afrika, Amerika,New Zealand dan pelancong Egypt sendiri. Kapal ini akan berlayar dari Aswan ke Luxor dan akan singgah di tempat-tempat bersejarah.

Okey nanti cerita lagi...lihat gambar-gambar dulu...kepenatan melanda..InsyaAllah akan 'naikkan blog'(update) dari Malaysia pula(Malaysia kami kembali padamu!)..

bukan untuk menunjuk okey tapi sebagai catatan perjalanan dan bagiku 'perkongsian adalah kebahagiaan ! '

Sehari sebelum balik Ke Oman,dapat berita kakak ipar ,isteri arwah abang,Azam Shariff, telah kembali ke rahmatullah (20 Julai) berusia 43 tahun...,
Seorang ipar yang baik ,suka memberi,penyabar dan amat tabah walau sakit beliau amat lama .

Paling kagum masih menggantikan 'tugas' abang sejak 7 tahun dulu,beri duit bulan pada mak,walaupun mak tak pernah minta.Sepatutnya tak perlu,beliau bukan bekerja lagi,abangpun dah tak ada!

Ambil petikan dari sebuah majalah ,"bersemadilah dikau kak Ina,NORHALINA RAZALI di Taman Abadi...kami akan menyusul juga nanti. Al Fatihah!





Menuju kapal...' Nile Admiral'
Nombor kereta Egypt....

Dalam kapal banyak kata-kata hikmatnya...


Berlatar belakang ' High Dam'...di Aswan


Di 'Philae Temple,Aswan


Oleh,
Cikgu Su.


8 comments:

t linda said...

waaaaaaaaaaa..best nyer jenjalan mesir....nak la ikuttttttt
sue...ari tuh zul ckp sue silap kasik info..sue sefamily sampai klia 24hb malam..kui 10?? sila kompom balik ngan linda ek...

ShookranJazilan said...

lindanih habis satu dunia tahuni..bahaya tau!!seronoknya makan nasi lemak mlm tadi linda belanja ...waaa cayang lu...sila kompom pulak bila nak makan mee rebus, nak gi beli kerepek nak gi ikea dan sewaktu dgnnya...

Anonymous said...

wow!!

norainnas said...

k.ain bet it was a fantastic trip..hope one day dapat smpai ke sana n boleh refer sue&zul ttg info egypt..
d mesia camane? dah habih sue jelajah? dah rasa semua yg kempunan slama ni? hv a wonderful stay d tanahair bumi tercinta..salam pd family sue n zul..tcare

Unknown said...

salam...baru perasan kamu komen...cita-cita memang nak melancung ke mesir..tapi nanti dulu..anak masih belajar lagi

ShookranJazilan said...

Terima kasih "wow"...wow bulan

ShookranJazilan said...

Fantasia trip juga kak ain...boleh klu kak ain nak info...satu info..satu rial..he..he..
Oh..kak ain balik tanah air..tercinta kesibukan melanda...kesibukan mencari makananlah, kesibukaN berceritala,sibuk tapi gumbira...zulkarnain juga kirim salam
take care juga..tkasih kak ain Illinois!

ShookranJazilan said...

Yalah kak ina klu dtg mesir boleh singgah Oman