Sunday, August 29, 2010

Nilai Budi


Ingat nak sambung cerita ke Mesir,
tapi cukuplah dulu, sempena raya menjelang semangat raya
seakan tak boleh dibendung lagi.

Seminggu menjelang puasa,
kami membawa rakan dari Egypt yang bercuti ke Malaysia ke
Menara Kuala Lumpur.

Pemandangan dari dalam restoran berputar...
Rakan dari Egypt, Dahlia, bersama Amanda. Gambar bawah, suami beliau.



Alahai kemain pujinya mereka suami isteri akan negara Malaysia.
"Untungnya jadi rakyat malaysia, Malaysia hijau, bersih
Malaysia menarik, "dan tak habis puji semuanya bagus,ujar mereka!
siap hantar email terima kasih!

Bila bawa ke Restoran berputar di Menara Kuala Lumpur bukan mereka aje yang hairan
kami juga seakan teruja. Tak pernah pergipun sebelum ini.
Eii!! macammana restoran ini boleh berputar,kepala tak peningpun,
indahnya pemandangan dari atas,
dengan layanan mesra penyambut tetamu,
pekerja yang berbudi bahasa dan peramah!

Eh aku ini warga Omankah atau warga Malaysia!!
Di luar sedar terasa Malaysia masih kaya dengan jati dirinya...Teruskan!

Dua hari menjelang puasa, kami ke Olak Lempit,Banting, bersama Rose Linda.
Ini merupakan aktiviti tahunan bersama Linda membeli pelbagai kerepek, murah katanya.
Suka ke sana selain jalan kampung yang menarik, melalui pula Putrajaya yang indah,
kami singgah minum pagi di MMU Cyberjaya (bus stand)!!

Penuh kereta dengan kerepek ....ada lagi dlm kedai tu..

Terima kasih Linda kerana setia..Kami borong kerepek sakan,
Lindapun sakan macam nak berniaga rasanya.

Pemandu pelancongkerepek sejak tahun 2003 (tak silap) 4 bakul dia borongkan!

Dari Olak lempit kami 'bertiga' terus ke Damansara,
atas cadangan Linda juga..ke "Doli Parton" eh ke 'Doli'
'Doli'ni kata Linda adalah kedai makan asalnya dari Taiping.


Terkenal dengan char kuew tiau kerang.
Tapi dah buka cawangan di Kuala Lumpur...
baru-baru ini masuk TV3,jalan-jalan cari makan.
Fuyoo memang sedap makanannya..
Boleh beri 5 bintang!!ada juga mee rebus (suka)

mee rebus super power kan linda!

Restoran ni dah masuk TV....


Aktiviti harian adalah melawat ke Bazaar Ramadhan.
Oh, kadang rasa bersalah sebab dah mula jarang masak,

Bazaar Ramadhan yang dah melawat :

Bazaar Ramadhan Nanding,Hulu langat (terlalu selalu)
Bazaar Ramadhan Batu 9, Suntex ,Hulu Langat
Bazaar Ramadhan Bangi,Kajang
Bazaar Ramadhan Saujana Impian, Kajang
Bazaar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail, Damansara.
(Nama masjid solat Tarawikh? tak perlu ya!)

Untuk teman di rantauan, moga lepas rindu walau lihat bumbung bazaar Ramadhan .

Terima Kasih kepada Bazaar Ramadhan itu ...
Okey masa semakin pantas berlalu...
Tak mampu menghitung hari untuk kembali ke bumi Oman...

Salam lebaran ,
Salam Merdeka Malaysia yang ke 53,

doakan yang baik-baik untuk semua ..
jangan lupa ucapkan terima lasih...kerana mereka yang selalu mengucapkan
terima kasih itu adalah juga orang selalu bersyukur...
Jika selalu bersyukur Rahmatnya pasti ada...
Hari Raya menjelang tiba...lemang bersusun, maaf dipinta...
Oleh,
Cikgu Su



























8 comments:

t linda said...

salammmmmmmmm....
ammboii2...glamer nyer linda...dipuji2 mcm tuh....apo la sangat yg kite tolong...setakat tolong tunjukan jalan jek...hheheeheh
so raya tahun ni linda nak g beraya ke langat la...sue nak masak apo yg special tuk linda??? lama tak makan kwe tiaw kung fu sue yg sedap tuhhh...

Anonymous said...

Tenkiu linda habaq pasai doli, memang sedap makanan kat situ... kalau lapaq masa pi situ boleh pulun lagi...tapi apakan daya kita pi lepaih berbuka kat ghumah dulu.MC

ShookranJazilan said...

salammmmmm ..amboi amboi...bila lagi nak gelama ikan duri linda!!
alah linda setakat 'kita kita '
aje apa yg gelamornya linda..lainlah klu masuk paper atau tv ,berita dunia ka lagilah gelamor ikan piranha gitu...
oh su teringin gak nak masuk tv...bagi ceramah motivasi ka...he..he angan2 mat jenin lagi..
raya? maaf linda su raya di london kot, ha ha acahje...kuew tiau kung fu tarak kuew tiau king kong ada!!terima kasih ya sahabat!!

ShookranJazilan said...

Ya mc..kita makan di doli itu lepas buka..amat kenyangnya perut seakan mahu meletup, "berhenti makan sebelum kenyang" kita dah langgar kata2 itu...
Walau camanapun memang sedap dan tak sangka bila malam lagi ramai org..wah nak promosi..apa yg kudapat..tolong menolongkan...(promosi)
p/s Mc ..bila malam menjelma..semoga kita terus berbahagia..
terima kasih ya kakak iparku!

Anonymous said...

terima kasih sue..oh itu ghupanya linda!! Hai!!**

ShookranJazilan said...

Sama sama "sama-sama"..oh itula linda merangkap pemandu pelancong, pakar masakan, 'wedding planner' eh pemasang banner mana kedai makan yg sedap, pembayar cukai pintu, penasihat peribadi,pelanggan setia ikea,penyambut tetamu kami di klia, selain tugasnya sebagai Pensyarah yg baik hati,di sebuah universiti yg gah gitu...
Linda Boleh! Syukran Jazilan.

Danial Raziq said...

Salam,
Saya terbaca blog anda menarik...,
Sya Fauzi & family tinggal kat Bahrain, brcadang nak melawat Muscat dan Salalah Raya haji ni... Kalau tak keberatan, nak minta nasihat anda tempat2 melawat dan hotel2 yg murah kat 2 bandar tersebut. Email kami draziq@gmail.com

ShookranJazilan said...

Danial Raziq Fauzi,
Walaikumsalam,
Terima kasih.
Setakat ni tempat yg dah kami pergi melawat di Salalah..dah pergi Nizwa ,ada tempat menarik di Nizwa tapi tak melawat lagi..ada satu tempat menarik juga tak silap Musandam,boleh naik feri,boleh aje nak tanya hubungi email.