Sunday, August 29, 2010

Nilai Budi


Ingat nak sambung cerita ke Mesir,
tapi cukuplah dulu, sempena raya menjelang semangat raya
seakan tak boleh dibendung lagi.

Seminggu menjelang puasa,
kami membawa rakan dari Egypt yang bercuti ke Malaysia ke
Menara Kuala Lumpur.

Pemandangan dari dalam restoran berputar...
Rakan dari Egypt, Dahlia, bersama Amanda. Gambar bawah, suami beliau.



Alahai kemain pujinya mereka suami isteri akan negara Malaysia.
"Untungnya jadi rakyat malaysia, Malaysia hijau, bersih
Malaysia menarik, "dan tak habis puji semuanya bagus,ujar mereka!
siap hantar email terima kasih!

Bila bawa ke Restoran berputar di Menara Kuala Lumpur bukan mereka aje yang hairan
kami juga seakan teruja. Tak pernah pergipun sebelum ini.
Eii!! macammana restoran ini boleh berputar,kepala tak peningpun,
indahnya pemandangan dari atas,
dengan layanan mesra penyambut tetamu,
pekerja yang berbudi bahasa dan peramah!

Eh aku ini warga Omankah atau warga Malaysia!!
Di luar sedar terasa Malaysia masih kaya dengan jati dirinya...Teruskan!

Dua hari menjelang puasa, kami ke Olak Lempit,Banting, bersama Rose Linda.
Ini merupakan aktiviti tahunan bersama Linda membeli pelbagai kerepek, murah katanya.
Suka ke sana selain jalan kampung yang menarik, melalui pula Putrajaya yang indah,
kami singgah minum pagi di MMU Cyberjaya (bus stand)!!

Penuh kereta dengan kerepek ....ada lagi dlm kedai tu..

Terima kasih Linda kerana setia..Kami borong kerepek sakan,
Lindapun sakan macam nak berniaga rasanya.

Pemandu pelancongkerepek sejak tahun 2003 (tak silap) 4 bakul dia borongkan!

Dari Olak lempit kami 'bertiga' terus ke Damansara,
atas cadangan Linda juga..ke "Doli Parton" eh ke 'Doli'
'Doli'ni kata Linda adalah kedai makan asalnya dari Taiping.


Terkenal dengan char kuew tiau kerang.
Tapi dah buka cawangan di Kuala Lumpur...
baru-baru ini masuk TV3,jalan-jalan cari makan.
Fuyoo memang sedap makanannya..
Boleh beri 5 bintang!!ada juga mee rebus (suka)

mee rebus super power kan linda!

Restoran ni dah masuk TV....


Aktiviti harian adalah melawat ke Bazaar Ramadhan.
Oh, kadang rasa bersalah sebab dah mula jarang masak,

Bazaar Ramadhan yang dah melawat :

Bazaar Ramadhan Nanding,Hulu langat (terlalu selalu)
Bazaar Ramadhan Batu 9, Suntex ,Hulu Langat
Bazaar Ramadhan Bangi,Kajang
Bazaar Ramadhan Saujana Impian, Kajang
Bazaar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail, Damansara.
(Nama masjid solat Tarawikh? tak perlu ya!)

Untuk teman di rantauan, moga lepas rindu walau lihat bumbung bazaar Ramadhan .

Terima Kasih kepada Bazaar Ramadhan itu ...
Okey masa semakin pantas berlalu...
Tak mampu menghitung hari untuk kembali ke bumi Oman...

Salam lebaran ,
Salam Merdeka Malaysia yang ke 53,

doakan yang baik-baik untuk semua ..
jangan lupa ucapkan terima lasih...kerana mereka yang selalu mengucapkan
terima kasih itu adalah juga orang selalu bersyukur...
Jika selalu bersyukur Rahmatnya pasti ada...
Hari Raya menjelang tiba...lemang bersusun, maaf dipinta...
Oleh,
Cikgu Su



























Wednesday, August 11, 2010

Sporting ke?

Teksi yg akan membawa kami ke Luxor (setelah habis tempoh 'ber' kapal) sebelum ke Kaherah...ho..macam naik roller coaster ..laju dan siap salah hotel lagi(hotel dah tutup lama)...driver dia selamba je bila salah hotel...tayar spare tinggal dulu ok!Barang penuh!


Luxor temple...malam ada light and sound, kagum macam mana mereka boleh bina tanpa alatan moden beribu tahun dahulu.

Bahagian atas kapal...dalam pelayaran ini ada laluan air di atas..tak reti nak terang,kami berdiri di sini untuk menyaksikan peristiwa itu..
Room cleaner siap buat decoration atas katil kami juga bilik lain...rajin benar,takut nak tido...


Majlis Gala-baya semua mesti berpakaian ala arab!

Ini sebahagian kawan-kawan sekapal(gambar bawah sekali).
Tak henti-henti bercerita pasal kapal...
Yalah sekeping gambar itu akan menceritakan seribu makna....

Biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya...
Biarkanlah si Suriani dengan blog-blog terakhirnya...Chewah!
Sewaktu hari terakhir di dalam kapal itu kami dah begitu mesra,
ibarat adik beradik,ibarat isi dengan kuku...
kami bertukar-tukar email ...salah satu
pesanan,' untuk menambah peruntukan hidup atau dilanjutkan usia
hendaklah dia mengekalkan tali siratulrahim'..(Al Bukhari dan Muslim)

kemesraan dalam kapal terasa seperti tak mahu berpisah,dengan kapten kapal, tukang masak,pelayan,room cleaning ...dan rakan sepercutian.
Tourist guide yang bernama Ramez, berkata ,

"inilah kumpulan yang paling sporting yang dia pernah bawa!"
Hmmm..dan ada seorang mat salleh berkata" entah-entah pada setiap kumpulan dia akan berkata begitu"...Ramez tu kata benar!!
Dia suka kumpulan kami ini!(cakap orangputih lah)
Terima kasih kalau betul.
Yalah mana tak suka..dalam kumpulan ni ada ahli yang meyayangi haiwan!
Main kejar mengejar lagi! Pobia!!

Okey...selamat berpuasa,
ada ruang waktu akan kuberbicara lagi
walau taufan badai melanda,kerna denganmu "blog"
selagi terdaya,
aku bisa melahirkan bicara hati...KAU kekuatanku!

p/s ni nak jadi penulis sajak tak lama lagi nih!

'Happiness is not at the destination, but in the flower that you smell!'


Oleh,
Cikgu Su

Sunday, August 1, 2010

Mereka terus mengejar!

Kapal 'ku'




Masjid tertua di Cairo, berusia beratus tahun
Terserempak dengan orang Malaysia yang belajar di Universiti Al Azhar di Piramid.



Salah satu keajaiban dunia...





Kereta kuda pun banyak di Egypt...



Kesibukan melanda dan dilanda selama berada di bumi tercinta ini...
Kesibukan mengunyah ,kesibukan meneruskan siratulrahim tentulah pasti...Rindu merindu seakan terbayar!

Tapi demi 'tugasan' ini kuteruskan juga perjuangan penulisan blog ini supaya tidak ada insan yang merindui akan catatanku ini..
Amboi.. .

Hari keempat...di Mesir
semasa masih di dalam kapal sewaktu kapal berhenti di Luxor
terjadi satu peristiwa yang "menggerikan"

Peristiwa ini mungkin tak dapat dilupakan ...kerana ..rasanya satu pengalaman yang mencuit jantung pisang!
Orang lain tak turun dari kapal tetapi kami bertiga,
Amanda, Mak Amanda dan Pak Amanda turun jua..
Kononnya nak ambil angin Sungai Nil..
Setelah minta izin pada pemandu pelancong dan beliau memberi penerangan mengatakan ada Coffee house di seberang jalan..


Jalan raya yang amat sibuk menyukarkan kami untuk melintas jalan..
Sibuknya jalan di Egypt..hingga rakan ,orang Egypt sendiri kata sesiapa boleh memandu di Egypt orang tu boleh memandu di seluruh dunia!

Kalau naik teksi, dalam teksi berapa kali kami menjerit,sungguh laju dan rakyatnya melintas jalan suka hati mak bapak dia je..sekejab-sekejab bunyi hon!
Ingatkan pemandu di Oman yang teruk, dahsyat lagi mereka dan stering kereta mereka !
Bak kata anak-anak semua kereta kat Mesir kemek-kemek kan mak!
Betul..nak tengok kereta tak kemek agaklah ganjil!

Jadi kami berpatah balik,
Dalam perjalanan balik itulah...
kami bertiga dikejar oleh anjing!
MasyaAllah...dua anjing dewasa, suami isteri agaknya
dan 3 ekor anak mereka...

Mula-mula hanya menyalak, tetapi kemudian mereka mengejar
Dah dipesan supaya jangan lari,tetapi Amanda dan maknya berlari juga ke garisan penamat,
hingga rasanya tak nampak tanah dan sungai Nil itu!!

Akhirnya "lelaki perkasa "itu ,(Pak Amandalah) berjaya
menewaskan anjing sewel itu..hentak kaki aje larilah anjingtu!

Dan bila toleh ke kanan, Chewah sebahagian ahli-ahli kapal sedang menonton kami bertiga ...
Mereka ada yang tersenyum dan terpegun.

Dan bila sampai dalam bilik, ada orang yang 'call' tanya pasal kejadian tragis itu,
Kelasi kapal kot...
Dan kami menjadi tajuk bualan dalam kapal, bila ada beberapa orang yang bertanya,
okey tak?Okey tak dan ada yang kata tak apa anjing kat Egypt
tak ada gigi...

Amboi kami rasa nak K .O..mereka boleh buat lawak pulak...
Apalah sangat dikejar anjingtukan!
Kalau dikejar ceti lagilah malukan!

Oleh,
Cikgu Su