Saturday, April 5, 2008

BUAH FAWAKIHA

Bila baca `paper' mengenai Azali Azlan dari Tikam Batu, Kedah,yang mendapat 21 A dalam SPM baruni,mengalahkan rekod Amalina yg dapat 17A1 tahun 2004 seronoknya rasa...macammanana dia belajar?...antara petua pemakanan yang diberi ialah berpuasa, minum madu dan susu serta makan kurma selepas bangkit tido sebelum solat subuh, tiga biji setiap hari....makanan minda .Kami memang sentiasa ada stok kurma di rumah..kadang orang beri atau kami beli bila ada murah,cuma budak-budakni yang kurang nak makan..bila tunjuk artikel pasal Azali Azlan makan kurma barulah nak makan..betul-betul. Itupun sebab mereka nak periksa...Tak tahula sampai bila..penat cakap makan kurma sementara murah dan senang dapat kat sini...Berharap juga bila makan kurma kat sini selalu nanti balik Malaysia bolehla mengajar dengan cemerlang. Mudah-mudahan. Pokok kurma dah mula berbunga di sini...lihat gambar pokok kurma yang sedang berbunga di belakang rumah kami..bulan 6 atau 7nanti bolehlah makan hasilnya.Tapi itu pokok orang....


Tahun lepas kami dapat makan buah kurma yang `fresh' di pasar.Mula-mula rasanya kelat manis..dua tiga hari sedap sesangat.Manis campur lemak.Pasarni kecil..macam pasar minggu..ada papan tanda tulis "Friday Market" banyak buah kurma dijual..ramai orang yang beli..berkilo-kilo..macam orang Cina di Malaysia kalau nampak buah durian di tepi jalantu..macamtula mereka `excited' membeli.Rasanya memang sedap..bila bangkit pagije memang terus nak makan kurmani..masani rasa tak mahu makan kurma kotak dah.. .Pokok kurma yang tepi jalan berbuahpun orang tak hairan nak makan..tapi tahun lepas kami ambil di tepi jalan..Ramai orang hon..tapi mereka tak marah..kami ambil..jatuh berlambak di tanah..Barunipun ada seorang kawan Iraq beri kurma sedap sangat.Sekejab dah habis.
Pokok kurma sedang berbunga belakang rumah...

Haritu kami pergi `Saham' lebih kurang satu jam dari Sohar,jumpa buah kelapa alhamdulillah .Sekilo RM2.50.Memang sekilopun. Adam kena campak . Sedap rasanya air kelapa (semuanya sedap belaka di sini!!), dapatlah satu cawan.

Buah kelapa...untuk Adam ..

Ingat buah (Fawakihadalam Arab) ingat sama buah durian di Malaysia..ada jual di Lulu pasaraya yang tak `tido' waktu tengah harini..buah durian Siam..sekilo harganya RM 25.Nampak besar dekat tiga kilo rasanya. Kalau terlalu kat buah durianni cepat-cepat pusing tempat lain sebab tak sanggup nak tengok...anak-anakpun pandai menjerit nak makan..kawasan larangan..Dalam hati tertanya juga bilalah buah durian Malaysia termasuk kicap Malaysia nak sampai ke seluruh dunia? Patriotiknya saya.






Belakang rumah


By Cikgu Sue

No comments: