Wednesday, April 16, 2008

KELAS BAHASA ARAB

Kelas Bahasa Arab .

Dah mula belajar Bahasa Arab. Seronoknya rasa sebab impian nak belajar Bahasa Arab hampir tertunai. Jadi setiap hari Selasa kami empat beranak akan belajar bahasa Arab. Cikgu yang mengajar adalah orang Iraq yang pernah datang ke rumah haritu.Sohar namanya. Dia memang bekas guru sekolah Menengah dan mengajar Bahasa Inggeris semasa di Iraq dulu.

Sebelumtu tanya dia dulu minta mengajar. Dia dengan ramah dan gembira kata boleh,di dalam telefon ,dia anggap kami macam adik dia, . Siap sebut nama Amanda , Adam dan Ali .Dia kata budak-budaktu macam anak-anak dia.. Tapi kitani dok risau..takut dia tak larat dengan kelakuan anak-anak yang bertuahni. ..Semasa sampai di rumah beliau terus dia mula mengajar. Wah, dengan bersungguh-sunggguh dia mengajar. Mula-mula belajar huruf dal.dari huruf daltu boleh dapat perkataan banyak perkataan Arab, Contoh dar- rumah,dur -banyak rumah, dub - beruang, darba- jalan, assad- singa.. Bila depa bergaduh dah mula sebut dub dan assadni..

Banyak juga perkataan yang dipelajari sebelum suami dia hantar makanan dan minuman untuk berehat. Eh, banyaknya makanan yang dia orang masak. Masak pizza, muffin, manisan seperti kuih makmor berkurma tapi besar dan karipap Iraq. Sedapnya.Semuanya dimasak sendiri. Tapi siap cakap dengan dia jangan susahkan diri kami datang nak belajar. Kita pula naik malu..anak-anak makan berselera. Ali siap masukkan pizzatu dalam `hand bag'mak dia. Punyala gelak cikgu kami. Lepastu cikgutu tolong bungkus ,siap bagi kami bekal dua tiga kuih lagi.


Lepas makan ingat nak balik tapi Cikgutu kata kena sambung lagi huruf mim pulak.Yalah bekas guru mesti bersemangat. Dari huruh mim boleh dapat perkataan masmuka-siapa nama,kalau orang lelaki , masmuki -siapa nama awak kalau orang perempuan. Ismi Suriani, Ismi Adam-Ismi Zuriah maksudnya-Nama saya Suriani,Nama saya Adam, Nama saya Zuriah....Ada perkataan lain lagi.

Anak orang Iraqni akan belajar di Malaysia Julai nanti.Di UNITEN, Bangi.Dia kata mereka suka Malaysia.Nanti kalau anak dia kat sana dia akan ke Malaysia. Dia selalu dengar cerita pasal Malaysia.Malaysia bagus kata dia. Kawan anak dia ada di Malaysia dah.

Itula pasal kadang rasa pelik, sebab baruni jumpa orang Malaysia, dia kata dia takut balik Malaysia.Sebab bila balik Malaysia mak dan ayah dia orang selalu pesan...pegang beg tangan kuat-kuat, anak biar jalan depan, kunci pintu kereta,barang jangan tinggal dalam kereta, dia kata rumah mak dia ada lima selak kunci belakang rumah.Rumah mak ayah dan rumah jiran dia selalu masuk pencuri, banyak orang kena bunuh... Tong gas dalam rumahpun kena curi.Lepastu ada banyak tol.dia tak tahan kejab-kejab kena bayar, Jadi dia rasa tension...kalau kat sini dia rasa aman...tapi kalau fikir balik rumah kat sini tong gas nya luar rumah, Insyaallah tak hilang. Ada gambar tong gas rumah kami belakang rumahni Tong gas luar rumah

,Insyaallah setakatni ada lagi...tak boleh cakap lebih-lebih..nanti esok Suriani tak masak pulak! Kedai emas kat sinipun banyak berderet-deret tapi sorang jagapun tak ada. Kadang nampak mereka tinggalkan kedai emas mereka macamtuje,kalau nak keluar sekejap...Jadi siapa yang bersalahni...

Sunrise, jalan balik rumah.




By
Cikgu Sue.

1 comment:

AMY SENSEI said...

wah! lepas ni kak sue terror le spekin arab ye..