Wednesday, January 21, 2009

HUJAN

Alhamdulillah....minggu lepas hujan dah 3 hari menimpa bumi Sohar ni..berturut-turut...Isnin, Selasa(13,14, 15 Januari) dan malam Rabu yang paling lebat sekali..sehingga tak ada elektrik...angin bertiup kuat dan ada bunyi guruh..Rasa lain pulak bila hujan dan ada guruh serta kilat..Mendung.. anak-anakpun cerita cikgu tanya , "you enjoy the rain?"


Rupanya hari Rabu tu apartment kami diluar telah dinaiki air..tak tahupun...sebab tak keluar rumah sehinggalah waktu tengahhari...Jadi sebagai 'pemberita' sambilan sempatlah ambil gambar diluar rumah..seronok tengok air keliling rumah..wau macam ada wadi..budak -budak Arab pun keluar bermain air termasuk Amanda, Adam dan Ali...





tempat 'parking' kereta di pasaraya Lulu...naik air..

Bila kami keluar banyaklah takungan air yang bertakung...barulah perasan disini...tak ada longkang.. yalah jarang hujan..


Menurut orang yang dah lama sikit di sini (En Z)...tahun 2009 ni baru rasa hujan lebat dan berturut-turut.....Mungkin merasai sama kesedihan di Gaza... Untuk makluman cuaca di sini masih lagi sejuk...seperti Cameron Highland lah..jadi bila sejuk..dengan hujan bertambahlah sejuknya...nyaman..syukur..



banyak pokok tumbang...

...kerana hujan lebat pokok pandanku yang menjangkau setahun juga telah rebah ke bumi...tak tahulah perasaan ini...masa ni kata tak payahlah makan kuih seri muka yang ada daun pandan..kurang serilah ..mukamu.. , kurang enaklah nasi lemak , kuih cara nanti ...Masa tengok pokok pandanni tak sedar terjerit..."alamak anak daun pandanni dah nak mati!!! Ali boleh tanya, " mak! mak! anak daun pandan tu lelaki ke perempuan? Aduhai anakku... sukar ibu mu hendak tertawa..atas kesedihan ini...

...akar tercabut ...sayonara....



By,

Cikgu Sue

2 comments:

t linda said...

salammmmmmmmmm.....waaaaaaaaa...hujan dah turun....musim ujan ade ke kat sohar tuh???eh...ari tu silap p tulis kat ruangan si adam...so nilinda nak tanye kat sue pesal nak ke kite bayo kan cukai pintu cemara tuh???sekali dgn mentenence bulan 1-2??? ker sue ade plan nak balik cuti2 ke mesia nnt???hehehhehe

ShookranJazilan said...

he..he..linda..tak taulah..sepatutnya tak ada musim hujan...okla..bayarlah apa yang patut..mekasihlah..sue pun dah bagaitau kak cek..