Monday, January 5, 2009

Tiada

Tiada Sambutan Tahun Baru di Oman..tapi bohongla kalau tak ada sambutan langsung...ada di buat di hotel tapi kena bayarlah lebih kurang 10 rial, 19 ikut pakej.Maksud ku tak adalah macam di Malaysia..sambutan besar-besar percuma pulaktu ,Perdana Menteri pergi..ke Dataran Malaysia ada persembahantu..seronok tengok dalam televisyen..siap ada bunga api memancar..Mereka tak sambut tak pernah sambut Tahun baru dan tak ada cuti, tapi cuti Maal Hijrah ada . Sambutan Maal Hijrahpun dibuat di Muscat dan tak ada perarakan.Khabarnya di Dubai (dah keluar duit banyak)), Jordan, Egypt dibatalkan sambutan Tahun Baru 2009 kerana peperangan di Gaza. Di surau berhampiran rumah sinipun diadakan solat hajat untuk membantu mangsa Palestintu..






Tengok tayangan Maal Hijrah di TV 1, di sambut di PICC Putrajaya.. hebat!


Nak tunjuk juga gambar iklan kereta Malaysia di Oman..sekarangni dah banyak (adalah beberapa) kereta Waja, Persona, Gen 2 di Oman. berkat kesungguhan Cikgu Suriani promosi dari rumah ke rumah..bawa bertenang Sue..sudah-sudahlahtu!
Maksudnya RM 44 ribu lebih...


Barunipun kami jumpa beberapa orang Malaysia Sarawak di pasaraya. Kata salah sorang dari mereka ,mereka datang 300 orang dari Malaysia untuk menyiapkan projek di Oman ni.. Wah , jadi perkampungan Malaysia nanti di Soharni. Bila mereka tanya " Malaysia?"itu yang seronoktu...dan boleh cakap Melayu dengan banyaknya...



Susahnya nak cari diari dan kalendar yang menarik di sini..Masa di Malaysia selalu dapat diberi percuma kan..

Baru perasan diari tahun 2007 sebesar buku tulis,


diari tahun 2008 separuh buku tulis dan diari 2009 yang dibeli di Oman 1/4 dari buku tulistu...keciknya !!Nak tulispun kena guna kanta!


diari 2009 ..untuk tahun 2010 nanti ada tak yang kecik lagi dari ini?


Yalah sekarangni semuanya letak dlm handphone, laptop...dah maju. Tak kisahlah. Biar banyak menulis jangan banyak menangis...



Buat sementara ini..ini kalendar tahun 2009 kami (diambil dari diariku 2008), tampal pada almari tempat asal kalendar kuda 2008, tiada lagi kalendar kuda buatan Malaysia ...nantilah kalendar unta dan kambing akan menyusul!!


By,

Cikgu Sue.

2 comments:

t linda said...

laaaaaa ...baru sebut 7 kali je ke???linda target nak sebut 44kali...baru la termakbul hehehhe
dah tanye ka kat zul??? linda dok tanye tapi tak de jawaban dr sue ...heheheh

ShookranJazilan said...

Linda ni memang tau.Januari hingga april murah.Oktober to Disember pun murah.Anak prof.tamyiz datang 24 januari.nanti Su tanya berapa tambang.Orang Dubai tak ceritake tambang?Tq linda sentiasa setia bersama kami.......