Sunday, April 5, 2009

Roti Canai 15 keping.




Pergi ke Muscat baruni ...kami makan roti canai ... .Kami 'order' 5 keping roti
canai...kami nak jadi 'Melayu mudah lupa'lah ni... sebab bila roti canai sampai dia bukan hantar 5 keping untuk kami anak beranak tapi dia hantar 15 keping! Banyaktu makcik! Maksudnya seorang kena makan 3 keping.Ha jemputlah makan!.


Macam biasa terkejutlah diri kami terutama makcik ni...sebab macammanalah nak makan roti canai sampai 3 keping..Dia ingat peraduan makan roti canaike? Tapi kami pernah terkena dulu 'order 'roti canai 2 yang dihantar 6. Jadi kami suruh dia tarik balik roti canai 3 pinggan dan tinggallah 6 keping sahaja...
Masa dia ambil balik roti canai tu sempatlah ambil gambar buat bahan buktikan...


Ini roti canainya 3 sepinggan..besar juga walau sekeping...



Bila balik rumah rasa bersemangat pula nak buat roti canai.Lagipun sejak makan di Muscat ,Ali sibuk nak makan roti canai . Ini percubaan kali kedua..kali pertama buat dulu tak menjadi tak apa..`first time'..jadi awal pagi dah buat ikut dua jenis resepi...

Goreng satu dan makan sendiri..masa makan, kata "boleh tahan juga aku buat kalini...sedap!" apa nak jadi diri ini ....masuk bakul angkatlah sendiri...

Jadi bila anak-anak bangkit ..cepat -cepat goreng..tak tahulah kenapa..tapi kita mesti berfikiran besar walaupun hati nak kecik...maksudnya fikir positif , terima teguran dengan hati terbuka walaupun dari anak sendiri....dengan jujurnya Ali boleh kata " roti canai mak tak sedap, dahlah tu ada mata pulak!" Ada mata? Dua anak lagi pun kata kurang sedap.. tak ikut piawaike?

Tak tahulah nak kata tengoklah gambar...

Roti canai satu mata...
Roti canai bermata dua..
Roti canai bintang kejora...

Tapi bangkitkan semangat semula..buat kitaran semula roti canai bermata yang belum digorengtu, banyak lagi baki...letak 'hotdog' dan bakar dalam 'microwave'..masani semua cakap.."eh, sedaplah kuih ni, kuih apa mak?..

Selalu ingat kata pujangga - Jadikan masalah itu satu peluang..ini peluanglah ni...peluang mencipta..buat roti canai jadi 'Roca -dog -'-Roticanaihotdog- eh..dekat-dekat dengan nama makku - Rock-iah...


'Roca-dog'..


Pengkritik roti canai..

By,

Cikgu Sue

5 comments:

Anonymous said...

kahkahkah....roca-dog nampak sedap sangat! pengkritik2 nih nanti akan buat mak depa jadi pakar masak. kritik membina tak pa tapi jangan menghina atau mengutuk kan.MC

ShookranJazilan said...

Ya MC memang selalu kena kritik..elokpun klu utk kebaikan..dulu jarang masak..yalah mak kitapun selalu kata membina bukan menghena..MC nak ambik tempahan tak roca-dogtu atau roti bermata...syukran mc

Mrs Who? said...

salam.. wahh.. adam dan ali dah besar dah ek?? handsome boy la dua2 tua.. blaja rajin2 yer?

aieenayan said...

Roti canai with mata?? hehehehe! That is so funny! Sama lah kita kak Su, shahmi pun lebih 'prefer' masakan zain! adus...

ShookranJazilan said...

Lyna..
dah besa n pandai komen la..masak, pakaianpun..tq

aieen, tula pasal...kena mengkaji lagi dlm bidang masakan..aieen tak apala sedang belajar ...kajian kak su belum menyeluruh ..masak jgn tak masak...tq