Tuesday, April 14, 2009

Wasiat 2-Baki Akaun

Ini 'wasiat' kedua....hmm dapat nota ni dari sekolah kedua..di Hulu Langat..koleksi tahun 1997..
Saja dan seronok nak kongsi...

Guru Besar di sekolah ini sebelum mula mesyuarat akan beri sedikit kata-kata hikmat atau motivasi...dia akan edarlah kertas atau nota..lepastu cikgu-cikgu kena baca ikut giliran..Cikgu Suriani masih simpan notanya sebab kena baca juga masatu...lagipun nak penuhkan fail.. Mungkin di ambil dari buku atau mana-mana tapi tak kisahlah...

Kata Gurubesar lagi kalau debit banyak guru akan disayangi dan murid suka belajar...jika sebaliknya..murid akan membenci...



Tajuknya - BANK AKAUN EMOSI GURU PENYAYANG....

DEBIT

1. Membelai
2. Memujuk
3.Mesra
4.Pujian
5.Senyum
6. Pengukuhan
7. Motivasi
8.Suara Lemah lembut
9.Prihatin
10. Timbang rasa
11.Tolak ansur
12. Sabar

KREDIT

1. Menengking
2. Membeliakkan mata
3.Menjerit
4.Mencekak pinggang
5.Acuh
6.Merungut
7.Berleter/ Membebel
8.Cepat tangan- cubit, rotan
9.Marah-marah
10. Meninggi suara
11.Berat sebelah
12.Kasar


Hmm..berapa banyakkah baki kredit atau debit kita ? Jangan kira baki duit aje tau...bukan untuk anak murid juga tapi untuk anak sendiri..atau anak buah jua...yang baik diambil okey....
Sabar itu yang paling sukar.........



By ,
Cikgu Sue

2 comments:

t linda said...

cik gu sue nih rindu nak mengajor balik ek....heheheheh

ShookranJazilan said...

Rindu juga..tapi nak ngajor di Malaysia tanah tumpah darahKu..tpkan dok sini boleh jadi macam gurubesau juga..boleh cakap , tulis apa aje...
dan..bila linda nak buat sebutan ke 9....anyway tekiu..linda ever!