Thursday, January 28, 2010

Luasnya pemandangan

Kami berjalan -jalan ke negara Timur Tengah yang tak bertepi- Al Ain , Abu Dhabi dan Sharjah....selama 4 hari 3 malam menaiki kereta bersama dua orang rakan Malaysia yang baik hati N dan S.Betullah kata orang jauh berjalan luas pemandangan...keringlah poket!

Oleh kerana cuaca yang masih lagi suam-suam sejuk jadi perjalanan ini bolehlah dibanggakan dan kami memberi 5 bintang kepada perjalanan kami ini...Sesungguhnya indahnya bumimu Ya Tuhan!

MasyaAllah...Alhamdulillah ... .segalanya perancangan yang sepintas lalu..'kertas kerja' dibuat oleh N dan S kami mengikut sahaja...(ini kali ketiga kami bercuti bersama N dan S )

Kami dicadangkan akan melawat Muzium- muzium ,padang pasir dan tempat sejarah seperti penempatan Badwi...

Tapi 17 Muzium yang ada dalam 'kertas kerja' satupun kami tak melawat muzium itu
tapi kami melawat Zoo di Al Ain di mana di Oman tak ada Zoo.Adam dan Ali pulatak pernah melawat Zoo walau di Malaysia...herannya mereka masuk zoo...

Tempat pertama yang kami pergi ialah Jabal Hafeet yang tempatnya amatlah cantik, indah dan amat mendamaikan...di atas bukit...jalannya pula seperti ular dipalu...

Jadi saksikan gambar percutian berbintang-bintang ini....

Bersama rakan seMalaysia dari kiri N, Amanda, makciktu dan S...asyik ketawa saja bersama mereka...
Di atas bukit ini kami terjumpa batu kristal...orang saksikan pemandangan kami sibuk mengutip batu-batu kristal..kemudian ada pulak pelancong lain yang juga mengutip setelah melihat kami mengutip kristal itu..Waktu tengah hari kebanyakan binatang juga turut tidur

Amanda kena interview waktu dalam zoo...lepas interview dia dapat buku percuma mengenai Abu Dhabi..bukuni kalau nak beli berharga 36 ringgit.Buku ini banyak menolong kami mencari jalan dan tempat semasa di Abu Dhabi.
Atas bukit....'Jabal 'tu maksud bukit

Di luar zoo

Okeylah percutian ini akan bersambung ceritanya sebelum tu ada 2 pesanan kepada kita semua...

Can you read this?
By,
Cikgu Sue

4 comments:

t linda said...

waaaaaaaaaa....best nyerrr kempunan la nak p sana....tak pe2...nnt adam n ali balik mesia kite p mlawat zoo kat melawati tu ek....hehehehhe

ShookranJazilan said...

waaaaaaaaa....okeylah linda...best sikit-sikit jer...tak boleh seronok sangat...nnti linda yg bawa kami p zoo taiping ya..itu sebutan linda kali ke 12 nak p oman oleh linda ,su kira tau linda... kempunan klu tak datang sini...simpan duit tu..buat tambang air asia dah ada dah sampai Abu Dhabi...
tq...linda...

Masnira Ramli said...

waaaaaaaaaaa.... nk g juga! hehe... ade zoo tu... kl bawa rania best nih!.

ShookranJazilan said...

waaaaaa...eira memang betul bawa rania..mesti dia suka..bukan anak2je suka kitapun pasti happy..org Omanpun datang zoo di Al Ainni katanya terbesar di UAEni..tapi rasa ZOO Negara Malaysia banyak lagi haiwan2lah..lain tempat lain suasananya kan...jgn tak pergi...boleh berkelah sekali kat situ!!