Tuesday, February 2, 2010

Bintang-bintang berkerlipan...


Mengapa amik gambar beg kertas ini? Beg kertas hotel. Bila nampak beg kertas ini maka ternampaklah bintang-bintang . Inilah 5 bintang sebenarnya yang kunampak waktu pergi bercuti.


Ini hari dan tempat terakhir kami bercuti iaitu di Sharjah .Bandar Sharjah ini melaui Dubai dahulu.Dekat dengan Dubai. Hotel di sini agak murah ,murahlah sikit berbanding dua hotel yang kami menginap di Al Ain dan Abu Dhabi. Bandarnya pula lebih besar dari Muscat .

Di Sharjah ini ada banyak tempat menarik tetapi kami hanya pergi ke Souk nya yang boleh dikatakan menarik dikenali sebagai 'Blue Souk'.Tak puas rasanya berjalan dalam souk ini dan harap dapat datang lagi...Barang-barangnya murah berbanding di Muscat .Kurang sikit barang dari China banyak dari Mesir, India ,Pakistan ,Yaman dan Afghanistan.

Ada satu gedungnya pula jual abaya dan karpet saja....macam-macam corak dari 20 dirham hingga beratus dirham..Gila dibuatnya .Kalaulah duitku berjuta...akanku beli semua karpet-karpet itu...

Tapi sejak menjadi jutawan 'fridge magnet' kami banyak membeli fridge magnet aje......macam tak ada idea lainkan...bukan tak idea lain..takkanlah nak bawa karpet berat2 nak bagi pada orangkan?Lagipun beli karpet akan dipijak , beli fridge magnet kita tahu kita ada ramai kawan dan saudara mara...lagi penuh pintu peti ais lagi baaaanyak la kawan dan saudara mara yang menyayangi kita...kan?


Waktu menginap di hotel PanGulf ini dalam tak sedar kepala ini terhantuk pada pintu cermin ..Ya Allah kuatnya...ingatkan tak ada pintu..terus masuk!

Boom! kepalaku yang besar terlanggar cermin..orang hoteltu (berdua di kaunter) punyalah tahan gelak...tapi sikitpun tak tanya kita okey atau tidak. Biarlah deritaku kutanggung sendiri...

Nak elak malu gelak aje..sakit sebenarnya ... terasa 'besar kepala' kejab dan masatu terus nampak bintang-bintang berkerlipan! ..
Benarni...anak-anak dah masuk dalam..mereka berlari dan datang dekat..mereka kata ingatkan orang lain...rupanya "mak 'accident'!"
Rasa kepala jadi empat segi...Kena tuam kepalaku ini...

Esoknya masa turun dari hotel ada lagi tanda hidung dan dahi di pintu hotel itu..Ha..seronok sangat padan muka ...siapa yang bersalah? Pihak hotelkah? Kepalaku kah? Pintu itukah?

Tetapi bila kepala dah terhantuk terasa fikiran ini berubahlah ..daya ingatan makin pulih..tak percaya? Cuba hantuk kepala kowrang kat pintu.... seorang yang positif diriku menjadi lebih 'positive thinking'- suka tersenyum dan suka beli tudung!




Blue Souk dari luar



Kedai abaya...dalam ada baju, beg besar beg kecik,banyak barang kaum wanita ...semua nak beli..Amanda 'didemokan' pakai tudung cara Arab...
Blue Souk dari dalam tutup pukul 2 hingga 4.30 petang


Kedai Ali


Kedai karpet
Deretan karpet yang mampu kami beli...eh ..,deretan 'besi berani peti ais' yang berjaya ditawan oleh hati ini...


By,

Cikgu Sue

5 comments:

Anonymous said...

Ish, ish, ish....ingutkut kes langgar pintu kaca ni jadi dekat orang lain je rupa2nyer adik ipaq ku pun kena jugak! kesian2...tula kalau bawa mc mesti tak kena... lain kali bagitau boleh 'escort' ikut....eeee jeles

ShookranJazilan said...

Ish, ish, ish.....itula pasai tak bawa kak ipaq sama ...waktu dia mai Oman ..bukan pun jauh dari Oman .
2 jam perjalananpun dr sohar masa tu tak tau ...nnti kita p sekali lagi klu p sekali kak ipaq ada escot pasti tak langgar apa2 dan pasti kak ipaqku belikan kain tudung lagi....
syukran mc bagi tudung dan jam tangan dulu...

t linda said...

huisshh...banyak nyer collection fridge megnet yg nak kasik kat lindaaaaaaa...sayaaaannngg sungguh kami kat sue....heheheheh nak semua2 yg dlm gambo tu ek...dr dubai 1...dr oman nak 1...dr mana2 pon nak jugakkkkk terbayang2 dah megnet2 tu nak lekat kat fridge kami...
bestnyerrr.....hehhehe kesian sue...ni linda dah tiup2 dr cemara kat dahi sue...semoga cepat baik...heheeh

ShookranJazilan said...

huissh...banyaknyer songeh linda...amboi amboi amboi...tak malunya nak semua..he ..he..he...su pun sayang kat suma termasuk koleksi fridge magnettu..eh sapa cakap nak bagi kat linda..su ni kedekut tau...su nak bagi plastik fridge magnettu aje...lagi cantik transparent lagi...
tq la jugak dah beri tiupan semangat dr cemara...yalah tiap satu perkara tukan ada hikmahnya...syukran ya linda!!

khairul said...

macam mane nak contact Cikgu su,
mane la tau kan nak gi jalan2 Oman n boleh la nak tanye tips2 jalan2 di Oman.