Sunday, May 2, 2010

Apa salah saya?




Apa salah saya?
Ya anda tak ada buat apa-apa kesalahan di bawah akta apa jua...
Tapi anda telah begitu berubah ...berubah..360 darjah!
Hmmm kali ini...nak jadi penulis ruangan hiburan kejab...


Kalau siapa ingat Fenomena Tsumawi...tentu ingat akan keterujaan zaman Mawi,Akademi Fantasia.Chewah bukan apa nak kongsi ...sebab tengok Tv 1 RTm sebuah rancangan ,Mawi bertanya apa salah dia , dia kena boo masa Anugerah Bintang Popular baru ini...


Sebagai pemerhati tak bertauliah..(anggaplah bagai kakak menegur adiknya) memang dah agak Mawi akan tidak disukai suatu hari nanti...sebab ...secara tak langsung macammana boleh terminat 'giler'perkataan anak muda sekarang, pada Mawi masa itu .Kami cikgu-cikgu sekolah masatu pun ada bercerita pasal Mawi...termasuk anak murid, "Cikgu Suriani suka Mawi tak?"


Tambahan masa dia nyanyi lagu....'Memori Cinta Luka' nyanyian Nasir Wahab dengan berjaket dan masatu dia tak ubah seperti arwah abang .Isteri abang juga kata begitu..Sebijik .


Kata seorang Profesor ,Mawi seorang contoh anak melayu glokal yang tidak berpelajaran tinggi tapi tinggi nilai jati dirinya ...ha...profesor yang bagitau tu...Dengan sifat beliau yang merendah diri, agak kampung,berbudi bahasa dan baik hati,boleh bersilat, berzanji dan mengaji...Auranya sangat kuat!, ini temuramah dalam akhbar...masih simpan keratan akhbar itu.


Banyak lagila..kisah beliau...Memang sentiasa menantikan kemunculan beliau...(ketika itu)Tetapi semenjak dua menjak ni..bila baca akhbar dan menonton televisyen...nampak Mawi semakin berubah...


Percakapan dan gaya beliau telah 'lain' ... tak seperti diawal kemunculannnya...Memang dia kata bintang segera memang macamtu(cepat turunnya)...tidak juga, Mawi kena ingat...kalau kita berada di tempat yang tinggi banyak orang yang menunggu-nunggu kita jatuh...


Tambahan kalau kita menyombong diri ,tak pandai bawa diri..cepat perasan,Tetapi kalau sifat sebaliknya,InsyaAllah kalau kita jatuh orang tak akan tertawakan kita...mungkin ada (ini hakikat)..tapi orang yang simpati juga lebih ramai...


Tetapi dalam televisyen baru ini Mawi masih seperti 'berlagak' dan tidak boleh menerima hakikat...Hmm..kalau satu jari kita tunding pada orang , ingatlah empat jari lagi akan balik kepada kita...



Kebetulan baru ini juga tengok temuramah Shah Rukh Khan dalam Al Jazeera..bagusnya Shah Rukh....beliau juga berasal dari keluarga yang susah,ayah meninggal semasa kecil, kehidupan yang amat perit semasa itu...tapi bila saksikan temuramah beliau, Shah Rukh Khan amat humble walau hampir satu dunia kenal beliau...Kita akan terus 'jatuh hati' dengan kata-katanya ..
bukan peminat pun...tertengok rancangan tu...(kalau jatuh minat apa salahnya...)


Jadi...MasyaAllah ...(Suriani ni macam pengulas orang dah)
Mawi boleh dapat balik 'peminat'nya yang "lari"...beliau punyai bonus pada vokalnya , boleh pergi jauh tapi sendiri mau ingat....


kena ikut resmi padi...,makin berisi makin tunduk,
jangan jadi kacang lupakan kulit,
juga...ingatlah ular yang menyusur akar takkan hilang biasanya...


'Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.-'( Al Israa' Ayat:37)


by,
Cikgu Sue


9 comments:

Karbon Kopie said...

jue dari dulu tak minat mawi...sekarang ni double tak minat beliau..huhuhu..tp beliau pandai simpan duit kan...:)
cume agak sombong je skang ni..

Anonymous said...

'Penyakit' menyombong ni senang sangat hinggap pada manusia yang LUPA DIRI...yang perasan dialah paling cantik, paling kaya, paling cerdik, paling segala-galanya...! Semoga 'penyakit' ini dijauhkan dari hinggap pada kita ye adik Sue. MC

ShookranJazilan said...

jue...tula pasal...jgn jadi triple fourple..dan segala pel tak minat..lagi dan lagi...tapi mekasih jue..sudi gak minat nak baca...'kesedihan' kakak jueni...tula pasal...
duit banyak tapi iannya tak boleh beli jiwa...jue..

ShookranJazilan said...

Ya..kakak ku...elakkanlah penyakit LUPA DIRI ni dari kita...patutla Allah beri peringatan...
kita mudah lupa...kekayaan duniawi tu tak kekal...kalau DIA nak tarik balik nikmatnya..ha.sekejab saja...sekarang pula bayaran dariNYA..CASH...Bersyukur sentiasa...

Anonymous said...

Salam Kak Su..betul tu...ya..kita bukan nak menghina..tapi membina yer,saya n keluarga termasuk mak n anak saudara terminat dan tersms Mawi tu...tapi kini kian jauh kian hilang...hu hu..sapalah bulih bagitau Mawi yer...
Wakaka akakni blh jadi ustazah moden lo!!

ShookranJazilan said...

Salam adikku...tkasih singgah...he..he yg baik diambil..janganlah panggil ustazah moden..berat tu..
byk lagi yg perlu direpair...kadang kak su rasa kak su ni macam mak andeh moden..tak caya tanya kakak iparku itu...
Hmm ..siapa boleh bagitau Mawi ya?

Anonymous said...

insap!

Anonymous said...

insap!

ShookranJazilan said...

insaf...insaf apa ya..insaf baca ke insaf tak nak jadi peminat Mawi ke atau insaf nak jadi macam Shah Rukh Khan...he..he..he..
Terima kasih sudi singgah...adik insaf..(siapa yg tak ada nama semua kita panggil adikla kat sini...walaupun kak su sedar kak su muda lagi dari semua orang...hai tak insaf-insaf!!)