Thursday, June 24, 2010

Ia Bertambah Juga...

Puas kata tak mahu tambah..cukuplah dah banyak,
ia datang bertambah juga...
Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan!
Hari ini ia bertambah lagi...


SyukurAlhamdulillah pada tika dan saat ini ...
masa diberi peluang untuk menghirup udara segarmu...mensyukuri nikmat dan rahmatMu,yang tidak terhitung Ya Allah!


Rasa baru sahaja cerita umur "dua puluh empat "tahun lalu di blog ini...tiba-tiba naik lagi setahun..berapa lagi usia yang bersisa?


Meniti sabda Nabi.."Ada apa pada aku dan dunia ?" Riwayat-Al-Tarmizi dan surah Al Qashah ;Ayat 60 amat mengesankan! 'Kehidupan duniawi adalah bayangan belaka dan kehidupan akhiratlah yang kekal abadi ...


dan apa saja yang diberikan kpd kamu,maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya;sedang apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal.'


Petikan ini pula diambil dari kaset yang diberi rakan ,terima kasih !
Bila uban sudah bertabur,
Bila mata sudah kabur,
Bila urat mula kendur,
Bila ingatan mula luntur,
Bila lutut mula berundur,
Bila jalan tidak teratur,
Bila gigi mula gugur,
Bila mula makan bubur,

Ingatlah akan ...kubur!

Sesiapa yang ada tanda-tanda 'UR' itu marilah kita bersyukUR ,sekurang-kurangnya kita diberi amaran awal...

Tua atau muda tidak tahu siapa yang akan dijemput menemuiNya..yang pasti janji temu itu pasti datang...


Lindungi aku dari lalai mengingatimu ,
Jauhkan aku dari bersikap riak , rendahkan hatiku dalam mengingatimu,jauhi aku dari dengki dan khianat, kejahatan duniawi,
penuhi kalbuku dengan kesabaran,keimanan,
Ampuni dosa-dosa silamku Ya Allah!


Kita semua adalah sama di sisiNya...perjalanan hidup yang berlainan dan semoga perjalanan kita ini bukanlah perjalanan yang menyedihkan untuk tiba ke destinasi ITU.

24 Jun, Suriani binti Shariff dilahirkan oleh Rokiah Ruslan, terima kasih mak!....






21 Jun 1996 Amanda binti Zulkarnain dilahirkan oleh Suriani Shariff....

By,
Cikgu Sue

9 comments:

t linda said...

waaaaaaaaahh...lepas jek 24 jun...complete la besday2 bagi keluarga sue kan....
dr adam..ali...manda...last penutup jun...ialah sue....
Alhmadullilahhh...semoga sue sekeluarga sentiasa di berkati...di rahmati..Aminnnnnnnnn

mrsjukogyu said...

hepi besday kak sue n anak2...:)
semoga sentiasa bahagia..

Anonymous said...

Mc teringat lagi satu 'ur' iaitu dengkur, syukur juga diberi Nya dengkur sebagai tanda masih subur(?)...baru tiga puluh empat kan..selamat hari jadi dik Su!

Anonymous said...

Selamt berharijadi sues..akak dah ada 3 ur dah...hu hu..hu..uban..lupes...lututs..
dapat haiah apa sues...take care

ShookranJazilan said...

waaah....penatla...linda..tiup lilin..bulan jun....mancung dah mulut kami he he....Aminnn..moga linda juga sentiasa diberkati....
ada lagi satu majlis..bulan depan...ia penting juga..tapi biarla rahsia....he..he..he..syukran linda

ShookranJazilan said...

Terima kasih jue....semoga kita juga sentiasa berbahagia...oh utk jue juga..25 jun..hepi birthay ...

ShookranJazilan said...

Mc..
ya alangkah sepi waktu malam jika bunyi 'kur' itu tiada lagi...menemani hidup ini...he..he..mujur ia masih berbunyi ...tanda masih subur...kreatifla..kakak ku ini..yalah..tahun lepas dua puluh empat tahun ni...25 lah...muda lagi kan adik iparmu ini!Betul kata kc dlm smsmu di awal pagi..'remember age is just a figure' tq

ShookranJazilan said...

Kak...kiranya akak menangla dari su..tahniah kak!
su ada satu baru...he..he..gurau ya..amalan dan taqwa jadi pegangan
semua tu putaran alamkan...hakikat yg harus kita terima..
Adalah hadiah sikit-sikit kak.
Terima kasih kak 'take care'

norainnas said...

rasanya dah mewarisi kelapan2 UR yg d senaraipendekkan oleh sue..tapi ngape ye sering jer lalai cam akan idup lebih lama?

Hepi belated bithday buat sue n amanda..pohon d pelihara dan sentiasa d beri kesejahteraan olehNYA