Saturday, June 5, 2010

Satu Permintaan

Permintaan itu begini...
" Kak Su, saya ada satu permintaan?" Seganla nak bagitau..."


Amboi dalam hati ini...tertanya, apa yang perluku beri?

"Macam ni kak su, saya teringin nak makan sambal belacan...boleh kak Su buatkan?"






Sayunya 'satu permintaan 'di rantauan ini...

Bukan apa teringat kisah 15 tahun dulu, sewaktu di rantauan juga,
teringin makan kuih seri muka tapi tak mahir buat, minta seorang kakak buatkan..dengan segera ditunaikan.


Hmm.. selain syahdu dengan permintaan itu...risau juga sebenarnya.

Bukan apa diriku ini bukanlah penumbuk sambal belacan aktif.

Jadinya ahli rumah ni memang di'lupakan' sambal belacan itu...





Pernah ke ku buat semenjak di Oman?

Sambal nasi lemak adalah,sambal tumis ada...lepat pisang sudah...

Sambal belacan? Oh...tidak mungkin!




Kata pada adiktu(isteri dan seorang anaknya di Malaysia), "InsyaAllah kak Su buat nanti," dan kata nanti ajak dia makan nasi di rumah!


Setelah bertanya pakar dari Malaysia,

ada pakar dalam bidang sambal belacan itu...belacan dibakar,cili tak perlu!

walau hampir nak kubakar juga cili itu duhai pakar,...ingatkan cilipun kena dibakar!

Betapa mak andehnya daku ini...


Ya..betapa berharganya....batu tumbuk itu jua...ada batu tumbuk di Oman,tapi kata seorang kawan tak sama...ringan sangat!
Walaupun dulu diri ini adalah tukang masak 'tegar'

tapi maklah..selalu pesan,

'bawak batu tumbuk', bawa jugak2, pesan orang tua-tua sebuah rumah itu tiada seri kalau tiada batu itu...walhal dalam hati.." blender kan ada mak!"

mujur mak tak suruh bawa batu giling....tapi kini kuhargai nasihat itu bila usia merangkak senja ...ku mengerti...

Mengembara ke Oman kubawa jua batu sungai itu...

ada petua mengatakan curahan terakhir, sedikit air ke dalam batu itu,lepas menumbuk...tuang ke dalam masakan atau sambal...petua bagi lazat makanan..kalau guna penumbuk tak campur air...kalau blender banyak air,tak asli...tapi kalau banyak gunalah blender, tak larat...


Sambal belacan siap ;sejarah tercipta sudah!

kami jemput lagi satu pasangan orang Malaysia, yalah nak makan sambal belacan mesti ramai2 baru gembira...Memang lucu..bila hidangan dah siap ..mereka makan tak nampak 'kakak mertua' dah...


Sebabnya ..

semasa makan semuanya baru perasan tangan tak dibasuh...terus makan!maknanya sambal itu sedapke?

Ya ..sambal habis...rasa sayu juga,

adakah mungkin kejadian tumbuk menumbuk ini akan berulang lagi...

bukan sebab sedap tapi lama tak makan sambal belacan...
Oleh itu sesiapa yang ada permintaan terakhir,

InsyaAllah akan kutunaikan duhai teman, sebelum daku mengakhiri blog ini nanti, silakan...

belacan diberi oleh adik 'satu permintaan'..
Tumbuk menumbuk bermula
Cili dari Thailand 11 biji RM 6.47 sen
Percikan cili bertaburan di angkasa dapur.

Menu-udang masam manis, sayur campur,ayam berempah,telur dadar,ikan pekasam dan sambal belacan...aje!
4 June 2010

By,
Cikgu Sue

11 comments:

Anonymous said...

Jadikanlah blog ini blog '5 stars' Sueeeeeeeee.Itu ler nak minta...ahaks
Hepi Besday 2 Adam 's ^-^

mrsjukogyu said...

kak sue...nanti try campur ngan cili padi..wane ijau..sedapppppppp...taruk air asam jawa tak?

Anonymous said...

WOW!!!kalau balik tak jd cik gu suria boleh tukar profesion ni .... buka restoren ... KC boleh apply jd pembantu tukang masak...kek besday Adam tu pun home-made jugakke?

t linda said...
This comment has been removed by the author.
t linda said...

waaaaaaaaaa....bulan besday berderet2 bagi keluarga sue...dimulai dgn adam....peh tu ali ker amanda...peh tu sue...heheheh hadiah2 ali, adam n amanda dah siap di beli...hadiah sue jek tak de....cemana ek...kasik hadiah sambal belacan leh ka???hehehehhe

ShookranJazilan said...

ahaks,
eh,bukan dah 5 setarke!...he..he..
ni mesti baca bahagian bawahje kan,dulu kata tak sempat nak baca...tengok gambar je,
ni mcmmana nak jadi bangsa membaca bangsa berjaya,
..apalah kemampuan sue nak buat blog berbintang...blog bersuka hati ku bolehlah...tapi su buat 'research'tau supaya cepat dapat phd...dlm bidang blog ni..tq ahaks.

Anonymous said...

Kak Shoe...akak nak kemaner?tuler mula2 bakar belacan,cili dan kemudian akak bakarler batu tumbuk tu..he..he..-V Tapel ugas-

ShookranJazilan said...

Jue,
O..blh campur cili padi? Kak su memang tak makan sambal belacan,mak kata kak su ikut atuk kak su ,mcm action je jue,
sedap rupanya...kak su taruk asam limau Jue..nanti kak su taruk asam jawa ya..jue ni mesti pakar masak kan! tq Jue



KC,
Wow ada pembantu nanti berapa pulak nak kubayar gaji kc ?ni...bukan setakat restoren..takut2 balik Malaysia terus rest masak memasak apalah dayaku..tapi itu satu doakan....moga kita berjaya..klu tak buka restoren kita buka restopel...tq kc!
Oh..kek tu adalah Rahsia Kehidupan!



Waaaaaaa Linda...mana aci hadiah su tak ada...kecik hati tau..su ni suka meminta2...linda kena beli juga tau...adake beri sambal belacan je? kalau tak gelang emas gelang berlianpun aci...tak perlulah linda...linda oakan su berbahagia sentiasa dunia akhirat cukuplah...mereka semua kata tak sabar nak jumpa T Linda....(kes nak hadiah)nampaknya sampai mereka besar linda kena kasik hadiah...linda dah biasakan mereka..tak tahu Lindaaa!Tq Linda

ShookranJazilan said...

Lepat Sagu V- Bila pula kak su jadi kakak kasut? Pandai sungguh puan hamba mereka ya,
Kasut ku bukan sebarangan tau..kasut rekaan Jimmy Choo bertatah berlian 24 jun lagi...okey akan kubakar segala- kasut yang lelama itu!
Tq...Lepat tusak!!

ainnas said...

ermm..ingat zaman dulu kala..bermalam d hospital..sorang adik d sebelah katil berpesan

"kak klau akak buat sambal blacan pastikan jumlah cilinya angka ganjil" ..walahualam.. tak pernah kirapun sebab sibuk mengira sambal dah habih..hehe nyway boleh cuba try testing..who knows..adik ni beriya2 khabaq kelazatannya berbeza.

sedikit tips klaulah k.ain boleh share..sbab k.ain pun tak kuasa nak menumbuk tambahan lagi zaman 'ipad' ni...bila blender- masuk cili angka ganjil + blacan n jgn letak air..guna air limau nipis atau lemon sahaja full stop! dan blender skejap skejap bagi kasar sikit..jgn berterusan nnt terlalu halus kurang macho ;)

boleh juga tabur sikit ikan bilis atau udang kering mentah yg dah d bersihkan..pilihan je ni tak buat tak sabit kesalahan..ish panjangnya cite k.ain ni macamlah blog sendiri..hehe numpang blog cikgu sue ni mencurah2 plak idea

bilalah lagi dpt menjamah hidangan sue d oman..berselera kami..no wonder bila makan org umah dah tk nmpak adik mertua..biras mertua..sepupu mertua..tok wan mertua..burung kakak tua

d celah2 menu ni..rupanya hari jadi adam..hepi belated birthday adam..rasanya baru cam smalam c.ain dukung adam ;)

ShookranJazilan said...

Kak Ain!!! Itula..kalau org senior memang banyak lagila..petuanya...terima kasih Kak Ain!!
Angka ganjil ya..kenapa ganjil ya...kalau dlm Islam pun byk guna angka ganjil...yalah kak, klu tak de kakak senior nak menghidupkn warisan lama..sapa lagi kak? Mujurla kita cepat jadi seniornya...nnti petua kak tu su boleh turunkan pd anak cucu poyang su Insyaallah kak...
oh ya su ingat akak ajar su buat kuah kacang di bumi Lady Diana dulu...nnti kita cerita k!
Tak sabar nak tunggu blog kak Ain!