Wednesday, August 11, 2010

Sporting ke?

Teksi yg akan membawa kami ke Luxor (setelah habis tempoh 'ber' kapal) sebelum ke Kaherah...ho..macam naik roller coaster ..laju dan siap salah hotel lagi(hotel dah tutup lama)...driver dia selamba je bila salah hotel...tayar spare tinggal dulu ok!Barang penuh!


Luxor temple...malam ada light and sound, kagum macam mana mereka boleh bina tanpa alatan moden beribu tahun dahulu.

Bahagian atas kapal...dalam pelayaran ini ada laluan air di atas..tak reti nak terang,kami berdiri di sini untuk menyaksikan peristiwa itu..
Room cleaner siap buat decoration atas katil kami juga bilik lain...rajin benar,takut nak tido...


Majlis Gala-baya semua mesti berpakaian ala arab!

Ini sebahagian kawan-kawan sekapal(gambar bawah sekali).
Tak henti-henti bercerita pasal kapal...
Yalah sekeping gambar itu akan menceritakan seribu makna....

Biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya...
Biarkanlah si Suriani dengan blog-blog terakhirnya...Chewah!
Sewaktu hari terakhir di dalam kapal itu kami dah begitu mesra,
ibarat adik beradik,ibarat isi dengan kuku...
kami bertukar-tukar email ...salah satu
pesanan,' untuk menambah peruntukan hidup atau dilanjutkan usia
hendaklah dia mengekalkan tali siratulrahim'..(Al Bukhari dan Muslim)

kemesraan dalam kapal terasa seperti tak mahu berpisah,dengan kapten kapal, tukang masak,pelayan,room cleaning ...dan rakan sepercutian.
Tourist guide yang bernama Ramez, berkata ,

"inilah kumpulan yang paling sporting yang dia pernah bawa!"
Hmmm..dan ada seorang mat salleh berkata" entah-entah pada setiap kumpulan dia akan berkata begitu"...Ramez tu kata benar!!
Dia suka kumpulan kami ini!(cakap orangputih lah)
Terima kasih kalau betul.
Yalah mana tak suka..dalam kumpulan ni ada ahli yang meyayangi haiwan!
Main kejar mengejar lagi! Pobia!!

Okey...selamat berpuasa,
ada ruang waktu akan kuberbicara lagi
walau taufan badai melanda,kerna denganmu "blog"
selagi terdaya,
aku bisa melahirkan bicara hati...KAU kekuatanku!

p/s ni nak jadi penulis sajak tak lama lagi nih!

'Happiness is not at the destination, but in the flower that you smell!'


Oleh,
Cikgu Su

10 comments:

t linda said...

salam ramadan suee....
heheh walau pon sue mase ni kat mesia,..dan dah 2 kali jumpe...nak gak komen kat blog sue nih..heheheh

best nyer trip ke Egypt tuhh....nak la p jugak...sue kasik tau ek..berape RM habis tuk trip tu ek???sorangan baper hengget...baper hari tuor tuh ek???

ShookranJazilan said...

salam ramadan lindaaaa...lindanih dah takda rahsiatau..mana ada su kat mesia,su kat oman tau...cinta kasih rinduku kat oman tau..hati kat mesia..

tula pasal su nak tulis lagi pasal egyptni tak habis2 sebelum su letak cerita gamba kita gi olak lempittu tunggu tau,

trip ke egyptu su tak tahu...org bawa su pergi, rasanya sorang 5 hinggit je....tour tu 8 hari 7 malam kot.linda nak pergi honeymoon ke sana?ek!!!

Anonymous said...

Kak shoe!! akak ni gi egypt tak ajak orang, seronoknyer kak naik kapal...rasanyer satu masa dulu kak shoe pernah dikejar angsakan!! saya risau akak dikejar dinosaur pulaks!!

Anonymous said...

hei

ShookranJazilan said...

adik shoe, bila pulak akak tak ajak orang kak su ajak semua tau ,sesiapa yg membaca coretan ini maknanya dia pergi ke Egyptlah....mereka kan ikut sekali bila memebaca coretan ini...inilah yg terdaya kuajak dgn secubit coretan ini...
yalah tu dikejar angsa ,masa muda dulu...alah dinosaur mana ujud lagi sekarang...klu dikejar hutang kad kredit lagi takutlah!
tq dinosaur pulaks!

norainnas said...

salam kali kedua su..amboi lagu su pilih bikin kaki k.ain cam nak goyang sama..tkpe k.ain control macho...ari ni su masak apa? tolong makankan udang masak sambal petai utk k.ain..bila sebut ni pun dah macam terliur..k.ain makin termenung nengok daging..ayam dan ikan dlm freezer ni..macam dah tak tahu nak masak apa..
cecantik foto2 mesir yg su letak d sini..ada buat album d FB tak?

norainnas said...

salam kali kedua su..amboi lagu su pilih bikin kaki k.ain cam nak goyang sama..tkpe k.ain control macho...ari ni su masak apa? tolong makankan udang masak sambal petai utk k.ain..bila sebut ni pun dah macam terliur..k.ain makin termenung nengok daging..ayam dan ikan dlm freezer ni..macam dah tak tahu nak masak apa..
cecantik foto2 mesir yg su letak d sini..ada buat album d FB tak?

ShookranJazilan said...

Salut to u to Bogdan.
Thank you for dropping by!!

ShookranJazilan said...

Salam banyak kali kak ain, pun takpe.terima kasih kak.Ya kak ain hidupku sepi tanpa lagu-lagu itu...walau sebenarnya su tak tahu masukkan lagu..su gagahi juga mendengarnya...(buka rahsiani!)
Udang masak petai dan segala masak kampung su dah makankak..lepas rindu di rantauan dulu...

Kak Ain, ada banyakkk gamba..tapi su suka lagi nak cerita dlm blog,
nntila su masuk dlm FB sikit2..su risau juga takut timbul riak2 di jiwa bila letak gamba bebanyak itu kak.Lagipun balik Malaysia su jarang pulak bukak komputer...oh sibuknya..
Sibuk tapi Redha...Syukran Kak Ain!

ShookranJazilan said...

Terima kasih 'hei'.Selamat menjalani ibadah puasa semoga puasa kita diberkati.