Saturday, November 13, 2010

"Tuai Padi " di Musandam!

Dalam kesesakan nafas mengemas,
kami sempat membuat perjalanan terakhir ke Musandam.
Ingatkan dah sampai Malaysia,ada lagi di Oman!
Relaksla..nanti kembalila daku ke tanah air tu...

Maka seperti yang dijanjikan pada 4 Nov,
kami seramai 15 orang warga Malaysia,
yang baik baik dan sporting belaka membuat kunjungan ke Musandam!
Dari Musandam,kalau naik bot laju 3 jam boleh sampai Iran,
Kami naik kapal kecil (dhow) ,5,6 jam boleh tiba Iran kata pemandu pelancongtu.
Tapi kami taklah ke Iran ,kami round2 di laut Musamdam itu...

sebagai kenangan terakhir setelah ber 'meeting'sesama rakan di Sohar,
misi ini akhirnya berjaya!
Pada malam 3 nov,berkumpul di teratak kami yang telah dipenuhi dengan aneka kotak2 ,

umpama 'farewell' kami berbincang apa yang perlu dilakukan di Musandam itu...
sebenarnyakan kami asyik ber'meeting' sepanjang perjalanan
dari Sohar 2 jam pergi .
(ada masalah di sempadan,ambil masa 3 jam lebih sikit)dan balik itu...
di tepi jalan, dalam kapal, di Lulu Fujairah sehingga tiba di Sohar baru 'meeting' itu selesai!

Yalah,pergi 4 kereta ,mesyuarah itu sangat penting!oleh kerana selalu meetingla perjalanan ini diakhiri dengan 'Happy Wedding' oh bukan 'Happy Ending' !

lengkaplah misi ini...kapal kecil yang disewa adalah untuk kami 15 orang sahaja!
terima kasih dan tahniah untuk mereka yang menjayakan majlis ke Musandam ini.
Saksikan gambar-gambar di Musandam,
mungkin ini catatan terakhir ku sewaktu di Oman,

Oman,
Selamat tinggal' Maasalama'
mekar selalu di hati,
3 tahun menjadi 'tetamu' mu
Syukran, Syukur Ya Tuhan!
dalam hati tidak kulupa...
bagaikan tali bersimpul mati!


Banyak sotong dan ikan di sini..dasar lautnya juga cantik.
Bukit Musamdam ni macam muka orangpun ada...ada hidung!

















Masjid lama...





Masjid lama antara yang tertua di Oman...lihat kubahnya...unik!




Patung ikan di 'roundabout'


Dlm perjalanan...ada pasu besar! Cam pasu alibaba!


Rombongan Cik Ki ah,baru tiba!





Drebar kapal


Bukit berlapis-lapis,macam kuih lapis...


Indah alam ciptaanNya....


Acara menyelam yang kadang cemas dan lucu....







para jejaka...para jelitawan gambar mereka tidak dapat disiarkan... kerna mereka terlalu jelita!






Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
nanti jangan rindu-rinduan!

p/s tak ada siapa nak rindu!
Oleh,
Suriani Shariff

5 comments:

Anonymous said...

janganla simpul tali tu sues.....area mane musamdamtu sue! -tapel ibu!!

draziqfauzi said...

Kami baru balik dari Oman melalui Ibri,Bahla, Hota, Nizwa, Rustaq, Muscat dan Sohat semuanya cantik belaka...udaranyapun segar..

ShookranJazilan said...

hello tapel ibu...hmm su nak simpul tali dah rasanya...tunggu entry yg akan datang,InsyaAllah!terima kasih!

ShookranJazilan said...

wow seronoknya balik jenjalan oman..oh! terasa rindu dah sikit pada oman!ya sekarang udaranya pasti segarkan..oman musim sejuk sekarang!

Anonymous said...

Salam,,kak sue belajar d sana or berkahwln dgn org sana..masyarakat oman dsna baek2 ke??