Monday, November 1, 2010

Berjaya, jadi Kaka!

Masih di Oman.
Tembikai susu (honey dew) berbuah 3 biji. Berjaya!
Riuh sekampung....tula pasal berbudi pada tanah air....
Sekian lama menunggu..saat nak pulang dikau berbuah pula!
Rezekikan!Alhamdulillah!
Pokok cili pula berbunga lebat...macam tak beri balik aje?

Sorang Bangla baru call tadi..katanya..
" Kaka ada barang nak bagi ka?"
"Saya dapat nombor kaka kata mau balik Malaysia!"
"Saya sudah 3 tahun duduk Malaysia?
Sekarang duduk Oman baru satu tahun!"
Amatla terkejut kerana dia fasih berbahasa Malaysia..
dia kata lagi,"kalu senang saya datang tolong kaka kemas rumah ya kaka..."
"Saya kerja 12 jam,6 pagi 6 petang,malam saya boleh datang"

Hmm rasa macam pemain bola Brazil..Kaka! nama baru ku...
...InsyaAllah akan masukkan nanti,gambar buahku...
Moga rezeki kita semua terus murah!

Oleh,
'Kaka'

No comments: