Saturday, May 10, 2008

Bilik 206

Di Ibri sewaktu matahari hampir terbenam.Di atas bukit.



Bilik 206

Dah lama tak mengarang di blog. Anak-anak sibuk final exam dan beberapa berita yang memeranjatkan agak terganggu juga fikiran dan masa. Bila anak-anak periksa jadual harian juga berubah. Mereka balik pukul 11 pagi ,terasa waktu amat singkat untuk membuat segala.
Bila mereka periksa kita yang terasa `nervous' . Kalau di Malaysia rasanya tak berapa risau sebab kenal cikgu-cikgu yang mengajar anak sendiri.Kawan sendiri.Tahu di mana lemahnya anak kita. Selalu cakap kat kawan-kawan guru marahje anak kita. Tak apa untuk kebaikan. Agaknya inilah perasaan ibubapa yang anak-anaknya di sekolah...

Kami ke Ibri sekali lagi. Kalini `excited' nak pergi sebab rasanya dah lama tak kemana-mana. Sesekali tukang masak nak juga jalan-jalan..cari idea. Pergi selepas anak-anak balik sekolah. Jadi baru mula perjalanan mereka dah tido. Letih agaknya.Oh, bila tengok padang pasir sahaja terasa sepi dan kosong...masani kata tak apalah ada tolpun...janji dapat tengok macam-macam bangunan, kedai-kedai, rumah yang cantik masa lalu Highway Malaysia..tambahan dengar berita yang menyedihkan...lagi terasa..sepi..tapi itu semua kekuasaan Allah, kita mesti redha akan takdirNya, Qadaq dan QadarNya..Al Fatihah untuk yang tiada...

Kami tiba lebih kurang Maghrib, tidur di hotel. Rakan yang di Ibri ada telefon ajak ke rumah mereka. Tapi tak pergi atas desakan masa. Ibrini lebih kecil bandarnya dari Sohar tempat kami tinggal. Ini merupakan kali ketiga kami tidur di hotel. Dua kali tidur hotel di Muscat dan kalini tidur di Ibri. Hmm bilik 206. Lepas ke Ibri dua malam kami akan meneruskan perjalanan ke Nizwa. Istana lama...tunggu gambar-gambar di Nizwa..pula



Hari pertama di Ibri ,keesokannya,waktu petangnya kami dibawa berjalan oleh pemandu pelancong yang menaiki van.Kami ikut dengan kereta. Anak-anak sibuk nak naik van , tapi tak bagi. Nanti pelancongtu bukannya tengok pemandangan tapi tengok kehebatan Adam dan Ali `bersilat'.Melihat istana lama bangunan rumah lama, Cantik sungguh. Setiap rumah lama yang hendak dimasuki di pintu masuk rumahnya ada diletakkan tanda tapak tangan. Ini kononnya untuk menghalau hantu. Bangunan rumah lamani anak-anak kata macam rumah semut. Sempatla kami tengok kedai emas, kaum wanita yang ikuttu memang berminat sangat,kitapun minat...tapi duit penat..Ada kedai jual senapang, sapa nak order boleh nanti . Hmm kami nampak kereta Gen2 anak-anak sibuk kata ...keta Malaysia.. Keta Pak Su dengan Umi.
Nampak kereta Gen2....ingat pak su Amir...bangganya kereta Malaysia!



Depan kedai emas...tak payah ada jagapun...Insyaallah selamat kalau nak `shopping' emas berkilo...



Tapi pengalaman yang tak boleh dilupakan masa hari pertama tido di bilik 206tu..hampir pukul 11.45 dapat panggilan telefon...lelaki yang bercakap. Dia cakap dalam Bahasa Arab, kita jawab` "Mafi Arabic", maksudnya tak tahu Arab, Lepastu dia cakap dalam Bahasa Inggeris, apa dia kata, Terjemahan dalam Bahasa Melayuya.."minta tolong anak-anak awak diam sikit sebab ada orang `complain' bilik 206 ada macam orang main bola, bising , mereka tak boleh tido...Akhir sekali dia cakap ,Sorry for that. Alamak malunya . Esoknya nak keluar hotelpun malu...Itulah baik dan bertuahnya anak-anakku ini...ayah mereka tak balik lagi masatu jadi ambil kesempatanla Amanda dan adik-adiknya bukan bermain bola tapi buat pertandingan lagu macam Akademi Fantasiatu tapi versi Arab! Ali dan Adam lompat turun katil..punya nak menari..Lepas diberitahu terus senyap dan tidur. Dengan maknya dia orang tak takut...sebabtula kadang selalu kata, "mak ajar 30 orang anak murid mak semua dengar cakap,anak-anak makni mak sendiri nak pengsan. Menuntut ilmu dengan mak mertua tak habis lagini...macammanani mak, mak jaga sembilan anak??


11 Mei 2008...
Selamat Hari Ibu untuk ibu mertuaku Halimah Nordin dan ibuku..Rokiah Roslan..Sayang Selalu...juga pada mereka yang bergelar ibu...anak-anak adalah satu Anugerah! Cookies buatan sendiri, inilah buat pertama kali sejak berumahtangga...masa anak dara selalu buat...he..he..he..

By

Cikgu Sue..

No comments: